Tuesday, October 31, 2006

Kesidang Teguh Enterprise : Minyak Kelapa Dara


MINYAK KELAPA DARA
seribu guna menyimpan seribu rahsia
Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.


Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelabagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:

1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
26. mengurangkan risiko dan kesan buasir
27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
36. mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
38. mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
43. mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate
44. mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau radang paru paru
45. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga


Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil.

Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan kerdil menidakkannya.

Sunday, October 29, 2006

Nak Ucapkan Terima Kasih


Bismillah...

Ni sepatutnya jadi entry semalam. Tapi disebabkan ketiadaan digital camera (adik aku angkut gi Kelantan), makanya terpaksa di post-pone ke hari ni...
Hari ni semalam la!! aku dapat baju ni dari abg Lan & kak Yatie. Dia orang datang rumah semalam. Bawa mak kak Yatie skali.
Saya nak wish terima kasih banyak2 sebab sudi datang. Tahun depan datang lagi la ye. Tapinya sebelum memandu, make sure kereta dalam keadaan baik dan sempurna. kekekeke... Apa2 pun terima kasih, ampun dan maaf dipinta sempena Syawal ni

T-shirt ni, abang Lan beli masa dia gi Australia hari tu (huhu.. wa promote lu bro, bak la t-shirt 1 lagi). Terima kasih. Tapi masa pakai gi jalan-jalan raya tadi, rasa cam sempit sket. Tak tau la kot2 dah gemuk ke sejak 1 Syawal ari tuh. Apa2 hal pun, terima kasih sekali lagi. Lupakan apa yang berlaku semalam, kelmarin dan masa2 yang lalu (yang tak best je la, yang best2 simpan bebaik tau)
Nak cerita pasal hadiah2 dari oversea ke? hmm... next entry la. Buat masa ni aku ada beberapa perkara nak kena buat. Sok dah kerja.. huhuh.. rasa cam boring la pulak nak gi kerja besok. Rasa cam nak cuti je lagi. Tapi tak per.. sok petang boleh ular2.. huhuhuhu..
Sejak semalam, time aku nak publish post, tertera there were errors. Banyak kali aku click kat button bawahnya tu. Sudahnya, aku sign out. Pas tu, sign in balik.. baru boleh, tapi puas jugak la mengklik. Apesal ek???

Memo Untuk Si Warga Kota

Saturday, October 28, 2006

Digamit Memori : Kisah-Kisah Hari Raya Pula

Bismillah...

Haaa.. time puasa ari tu, aku dok citer pasal kisah aku ketika di perantauan. La ni aku nak citer lak kisah raya aku time zaman budak2 & zaman remaja. Tapi kisah2 ni semua berlaku kat kampung la. Sebab 9 tahun aku kat perantauan. Tak pernah sekali pun aku beraya kat sana. Raya puak lain je raya kat sana:)


Zaman Budak2
Masa budak2 dulu, aku ni tak la aktif sangat. Maklum la, ada masalah kesihatan. So tak der la putar 3-4 kampung collect duit raya. Kalau ada pun takat rumah jiran tetangga yang semuanya bertangga batu. Masa tu, collection yang dikutip (macam cukai pintu lak) dari jiran tetangga tak der la banyak mana. Maklum la orang kampung. Paling ihsan pun 20 sen. Lelebih pun seringgit. Tapi collection banyak dikutip dari saudara-mara aku. Kalau dikumpulkan semuanya, dapat la around RM70-RM100. oppss.. silap, time aku budak2 tak pakai RM, kita orang pakai $, ntah tahun bila ntah pakai RM, aku pun dah lupa.. sesapa ada info, tolong tulis kat comment ye..
Berbalik balik pada hari raya. Zaman ni, persiapan raya aku complete. Saban tahun baju melayu bertukar warna. Songkok (time ni tak reti ikat samping lagi, so tak de lagi la), kasut, baju tshirt waima stokin pun bertukar. Then, time sembahyang kat masjid siap pakai stokin lagi. hehehe..Kebiasaannya, raya pertama, kita orang akan balik rumah nek. Kadang2 malam raya kita orang tidur sana. Time ni la kami melenjan mercun dan bunga api. Aku lebih banyak tengok dari melompat2 ngan dia org. Maklum la, kesihatan tak mengizinkan. Raya ke 2-3 baru la ronda2 kampung ngan kengkawan.


Zaman Remaja
Raya zaman ni lebih kurang sama je dengan zaman budak2 dulu. Cuma, kalau dulu tertunggu2 orang bagi duit raya, zaman ni kalau orang hulur angpau, dah segan dah nak ambik. Lebih2 lagi kalau kat rumah tu ada aweks kan.. Tapi ambik la jugak kan... kui..kui..kui.. bak kata pepatah pun malu tapi mau.
Zaman belajar di kolej aku mempunyai rakan2 kamceng yang aku kenali time form 6 dulu. Haa.. time ni kira zaman yang mana Aidilfitri disambut dengan penuh bermakna. hehehe..hari raya makan pengat, sendirii mau ingat. Kami akan adakan rombongan dengan menziarahi setiap rakan dalam group kami tu. Apa2 hal pun, awal2 lagi rumah pertama yang akan dikunjungi adalah rumah aku. Sebabnya rumah aku je yang agak jauh dari rumah rakan2 yang lain. Dari rumah aku, kami akan ke Kesang, Bukit Senggeh, Bemban dan Ulu Duyong. Tak cukup sehari nak beraya tu, so kami plan 2 hari.. huhuhu.. dari Bemban nak ke Ulu Duyong tak jauh sangat, Adalah dalam sekilo dua.. so kita orang pakat2 jalan kaki. Huhuhu.. sesapa yang ternampak segerombolan (betul ke?) remaja yang menapak menghala ke Ulu Duyong (sila tulis dalam ruangan comment ye).. Masa tu dalam tahun 1994-1996. Pernah 1 masa time beraya kat Ulu Duyong, aku jatuh basikal. huhuhu, koyak la pulak seluar raya aku. Kisahnya cam ni, time berjalan nak gi rumah member ni, kami singgah kejap kat rumah nenek member yang sorang ni, ambik basikal. Then aku bonceng la. Member pun kayuh la slow2 sambil borak2 dgn pejalan2 kaki tu semua. Sampai bab ni tak jadi kisah pun. Yang jadik kisahnya, time balik.. kaki aku terpijak tanah dan secara tak langsung, aku tersungkur lah. Nasib baik tak cedera parah, kena tahan wad ke, masuk ICU ke atau masuk rumah mayat. Time jatuh tu boleh gelak2 lagi. Takkan nak nangis kot.. depan awek tu.. huhuhuhuhu... Di samping kejatuhan fizikal aku, air muka pun turut jatuh gak.. jatuh depan awek.. huhuhuhuhu.... Tapi apa2 pun itu antara kenangan terindah time Aidilfitri aku.. ahaks
Memang best time tu. Maklum la kan.......
Zaman Merantau
Zaman ni, biasanya time open house je yang best. Tapi selalunya, aku la yang paling last bertandang ke rumah member2 kamceng aku (6 jahanam tu lah). Sebabnya time raya, aku cuti panjang kat kampung. Member2 dah melantak dulu la kat rumah rakan2 yang lain. Kami mengenali rapat sebuah keluarga yang membuka kedai makan di Medan Selera Taman Melawati (Nasi Campur Kak Ina... siap promote lagi.. hehehe). Saban tahun mereka akan buat open house, sama ada di rumah atau di kedai. Dan kami adalah regular customer, for sure la dapat jemputan (tak jemput pun datang gak!). Time ni la kita orang akan lepak ngan dia orang lelama. Tetamu dah silih berganti, muker 6 jahanam ni still lagi ada kat situ.. huhuhu.. tak maluuu:)
Opis aku pun ada buat open house gak. Tapi kita orang buat collection la. Banyak collection, banyak la juadahnya. Tapi juadahnya bukan calang2. Best giler. Semuanya disumbat ke mulut. Kalau ular sawa tu, tak makan pat lima hari pun tak pe. Tapi masalahnya staff kat situ semuanya org. So dah melantak time lunch, time dinner pun lantak juga.. kekekeke
Dah la.... ada beberapa part yang terpaksa aku simpan.. huhuhu.. takkan nak tabur semuanya, ye tak?? hehehe.. Sebabnya, nak jadikannya sebagai bahan EKSKLUSIF antara aku dan mereka. :)
So, korangnya nostalgia raya?? amacam??

Thursday, October 26, 2006

Kembali Seperti Biasa

Assalamualaikum

Selepas raya sakan, hari ni, aku kembali ke pejabat. Dengan semangat baru dan perut yang kenyang.
Rutin hari ni, macam biasa aje. Lagipun ramai lagi yang tak masuk kerja. Aik.. puak yang pandai berniaga pun cuti raya lelama.. gasak korang lah:)
Masa lunch, kedai makan yang biasa kita org lepak tak bukak. Kena la drive jauh sket. Gi kedai anak dia pulak. OK la. Ada macam-macam lauk. Ikan pari ada, sayur kobis ada, ikan keli ada, ayam goreng... sumernya sedap. Tapi aku terpandang sesuatu. Yeee.. SARDIN! Time raya dah melantak ayam lah, daging lah, tepung lah, air sirap lah... lepas raya aku makan sardin.. kekeke... Tengah2 makan, rasa cam kureng rasa lak. Pi cari telur mater & kicap... Pehhh!!! sedap giler ngko tau....!!! Rasa cam nak jilat2 je pinggan tu. Nasib baik kat kedai makan.. muahahahaha....
Time balik lak, hujan bukan main lebat lagi. Kol nam dah gelap dah. Untuk elak kesukaran memandu, aku ikut highway. Ye la, jalan kampung bengkang bengkok. Jalan licin. Lebih baik aku ikut highway. Pandu cermat jiwa selamat.. orang belakang hangin 1 badan.. muahahaha.. aku hangin ngan keter depan aku tadi. Dok merangkang-rangkak cam penyu.. huhuhu.. lane kanan banyak keter lak. Maklum la, orang nak balik JB la tu... Nasib baik dpt potong gak...
Lagi? Tak der arr.. nak tido la pulak.. sejukk.. tarik toto best nih
chowzzz....
Nota untuk TDMM,
TDMM, bantu lah DSAAB untuk mentadbir negara dengan jayanya. Janganlah ganggu gugat kepimpinan DSAAB demi kepentingan diri sendiri. Kami sanjung TDMM dan kami akan terus sanjung TDMM sehingga akhir hayat. Namun, jika TDMM cuba ganggu gugat kepimpinan DSAAB, akan hilanglah sanjungan kami kepada TDMM. Bukankah DSAAB hari ini adalah pilihan TDMM? Bukan kami yang menamakan DSAAB untuk jawatan ini. DSAAB memegang jawatan ini bukan sebab merebut kuasa dari TDMM. Tapi atas dasar kepercayaan TDMM berpaksikan keupayaan DSAAB sendiri. Kegagalan DSAAB hari ini adalah kegagalan TDMM memilih pengganti...... Dan kegagalan memilih orang untuk jawatan sepenting ini adalah kegagalan yang sememangnya tiada maafnya.
Dari saya, yang bukan ahli parti Melayu itu...

Tuesday, October 24, 2006

1 Syawal 1427

Bismillah

6.30am - Bangun, mandi solat subuh, guling2 atas katil
7.15am - Makan - Ketupat + sambal kacang
7.30am - Bersiap pakai baju melayu + songket + songkok (cam nak nikah lak)
8.00am - Korek wallet, cari RM5.00, masuk poket - Jalan kaki ke masjid
8.30am - Solat sunat Aidilfitri (time sembahyang tak leh makan)
9.00am - Balik rumah + makan
9.10am - Gi town, beli paper. Ronda kampung Kelubi + makan.. eheeemm
10.30am - Sampai rumah - Tengok TV + makan
11.00am - Pak cik & Family datangg... layaaaannnn + makan
12.00pm - Orang datang - layaaaaannnn + makan
1.00pm - Balik kampung nek + gi kubur (kat kubur pun tak leh makan)
2.00pm - Gi rumah sedara mara + makan
4.00pm - Lepak rumah nek + makan
5.00pm - Lepak rumah nek + makan, hujan lebat
6.00pm - Balik rumah, hujan lagi - rumah tak der elektrik
7.00pm - Mandi + makan
8.00pm - Guling atas katil, elektrik tak der lagi (atas katil tak leh makan)
9.30pm - Dah der elektrik + makan
9.50pm - Taip blog + makan
10.30pm - Bekalan elektrik terputus lagi
10.35pm - Tidur lah

.......................................................

Selepas bekalan elektrik terputus semula, aku langsung tepuk2 bantal, tarik selimut then tidur.... entry hanya di masukkan hari ni (25 October 2006 - 8.57pm)

Monday, October 23, 2006

Tika & Saat Ini - Takbir Sedang Bergema

Bismillah...

Alhamdulillah, ketika usia menjangkau 30, aku berpuasa selama 30 hari juga. Alhamdulillah. Sesungguhnya, aku amat bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Nikmat yang Allah swt limpahkan kepadaku tak mampu kuhitung.
Ketika ini, takbir berkumandang tat kala hujan turun renyai-renyai. Sesungguhnya hujan juga adalah rahmat dari Illahi, Alhamdulillah.
Namun, masih ada segelintir umat Melayu yang dok sibuk menyambut Syawal dengan mercun dan meriam buluh. Tatkala gerimis mengundang, mereka sanggup berhujan semata-mata keseronokan bermain benda haram tu. Alangkah baiknya jika mereka turut sama bertakbir dan bertasbih. Namun, apa yang hendak dikatakan, segelintir umat Melayu memang begitu... mempunyai perangai yang sangat negatif (nak je taip perkataan yang kasar, tapi apa yang aku dapat selain kurang pahala aku?). Tak serik-serik ke? Banyak dah tragedi yang disebabkan dua benda haram tu terpampang kat surat khabar (ohh!!.. aku lupa, segelintir melayu malas baca surat khabar, kalau adapun ruangan hiburan & 4D)

Kat dapur dah ada macam-macam (@macam-macam ada.. takziah kepada keluarga Pak Abas)

- Nasi Himpit (kesian nasi tu kena himpit)
- Ketupat (jiran sebelah bagi)
- Lemang (beli kat rumah depan masjid)
- Rendang daging (daging beli kat pasar la..)
- Rendang ayam (ayam bela sendiri nih, tukang sembelih atok sebelah rumah)
- Kuih raya (ada la dalam lima nam jenis.. semua cash & carry, nama kuih? kuih raya lah)
- Kuih bakar (order kat orang, nak bagi sedara-mara terdekat & jiran tetangga)
- Dodol (buat kat masjid, gotong-royong sekampung)
- Sambal kacang (feveret aku, bleh makan ngan nasi himpit - tak sabar nak makan lah)
- Air sirap (mak aku buat.. sedaapppp.. slurrpp)


So, selamat hari raya kepada semua. Semoga Syawal tahun ini akan menjadi kenangan terindah, bersyukur lah

Saturday, October 21, 2006

Entry Edisi Raya - Balik Kampung

Bismillah...

Mulai hari ni, kebanyakan orang akan mula bercuti panjang. Ini la masanya perantau-perantau di kota pulang ke desa masing-masing. Indah sungguh suasananya.... teringat zaman silammmm
(sekali lagi, kalau dalam tv ni, gambar dah kabur..............)

Memandangkan waktu terluang panjang, aku nak cerita peringkat2 aku merantau.

Permulaan - Zaman Budak2 Kolej (time balik kampung pun gantung kad matrik kat baju) -1995 - 1997
Aku mula merantau ke kota pada tahun 1995 (takat dok hostel time sekolah tak yah cerita la kan..). Aku merantau ke KL untuk mencari ilmu. Tapi time aku belajar ni, aku duduk ngan pak cik aku. Rumahnya kat Wangsa Melawati (kemudian berpindah ke Sentul). Bila puasa dan nak raya, tak der la syahdu sangat pun. Semua dah tersedia. hehe.. tapi bila tiba untuk balik kampung, pak cik aku dah sediakan tiketnya. Ye la, aku biasa balik awal. Pak cik aku balik pagi raya. Maklum la, mentuanya dok KL gak, so, pempaham la... Pernah gak dia offer aku balik saing dia. Tapi aku tak nak.. huuhuhu.. tak rela aku nak beraya kat KL nu..... So, dia akan akan hantar aku sampai ke airport (pudu raya lah!), aku kendong beg besar. Selain pakaian, aku angkut gak buku2. Konon nak study kat kampung (study konon, time raya, engkau kemana.. buku still dalam beg!!). Dua tahun aku duduk dengan pak cik aku, dua tahun juga lah aku balik kampung dengan tambang percuma.. kekeke.. tak yah nak pakai diskaun kad untuk student. Cuti aku selama seminggu dihabiskan dengan beraya dengan kengkawan kat kampung.
Time balik KL, tiket penerbangan aku disponsor oleh mak aku lah...:)

Pertengahan - Tahun2 Terawal Sebagai Pekerja (1997 - 1999)
Sebagai manusia yang baru dapat kerja, for sure la aku belum mampu nak berkereta. Makanya bas express tetap menjadi pilihan hatiku (bukan pilihan, terpaksa, kalau tak naik bas ekespress, nak naik apa?). So, Pudu Raya akan jadi tempat kunjunganku saban bulan (setiap bulan aku akan balik ke kampung). Bila musim raya, aku akan beli tiket awal. Seawal 5-7 ramadhan aku dah booking tiket bas. Pernah seketika (rasanya bukan raya lah) aku terpaksa naik bas transnasional dr Puduraya ke Seremban, Seremban - Melaka, Melaka - Jasin.. sebab? tiket KL - Melaka habis daaa.... Hmm.. sepanjang aku berkelana di KL ni, bas yang selalu aku naik untuk pulang ke kampung ialah bas Melor Ekspress, iaitu bas dari KL ke Jasin terus. Kadang-kadang je aku naik bas Transnasional ataupun bas Naila. Itu pun sebab kalau kalau nak membohjankan diri kat Melaka town tu. Dulu2 Bandar Melaka tak secanggih sekarang ni. Tak der Melaka Sentral bagai... Dulu2 naik bas ekspres kat stesen bas serba kekurangan. Dari stesen bas ekspres, kena jalan kaki lagi untuk menuju ke stesen bas domestik. Tu la antara punca aku malas nak naik bas terus ke Bandar Melaka. Selalunya bila dah sampai ke destinasi (samada di Bandar Melaka atau Jasin) aku akan terus beli tiket untuk balik k e KL semula. Biasanya aku balik tengahari lah. Around kol 11 cam tu.. Sampai KL around 2 petang. Sampai Puduraya, gi Central Market. Tunggu bas. Zaman dulu2 belum ada LRT. Paling canggih pun Intrakota.
So bersesak2 la aku kat dalam bas tu. Kalau ketika berlakunya peristiwa tu, memang menyakitkan hati. Tapi bila dikenang2kan balik, rasa best la pulak. Mana taknya, boleh gesel2... kekekeke...

Kemuncak - Tahun2 Terakhir di Kuala Lumpur (1999 - 2004)
Peringkat ni, aku dah mampu pakai kereta. Walaupun tak secanggih kereta orang lain, kancilku tetap juga kereta. Walaupun hanya mampu mencecah kelajuan 160km/j aku tetap kena saman bila aku bawak 140km/j. huhuhu...
Waktu ni, segala urusan pulang ke kampung berjalan dengan cukup mudah dan teratur. Tak perlu fikir beg yang nak dipikul ke, tiket ada lagi ke tak, nak tunggu bas ke Puduraya ke dan lain-lain lagi. Apa yang perlu difikirkan ialah, kat mana ank isi minyak.. hahahaha..
Kebiasaaannya, bila pulang ke kampung (tak kisah la, hujung bulan atau musim perayaan) aku akan bergerak seawal mungkin. Sebagai manusia yang menepati masa, acapkali aku bergerak jam 6 pagi. Kenapa? Sebabnya, aku suka keluar rumah awal pagi. Boleh hirup udara segar, dan lagi, kalau keluar awal, rezeki murah (ye ke?). Awal2 pagi tiada kesesakan. Di MRR2 ke, kat PLUS ke, gerenti jalan clear punya. Dan memandu awal pagi merupakan hobi aku.. Bila tiada kesesakan, tiada la tekanan, so aku boleh la bersiul2 sambil dengar ERA. Bawak kereta pun slow2, ketepi ke.. ketengah ke... maklum la, jalan tu aku buat macam Samy Vellu yang punya.. hahahahahaha.....
Bila dah ada kereta, aku tak perlu persediaan awal. Masukkan baju dalam beg ke.. fikir, ape barang nak bawak..apa2 je la. Bila aku nak keluar je, aku akan angkut kain baju sesuka hati aku.. then campak je kat seat belakang. Aku rasa, cara ni korang tak leh ikut. Pernah jadi 1 kejadian yang mana, aku dah beli beberapa jenis kuih raya untuk dibawa pulang, tapi tertinggal la pulak. Akibatnya, kuih raya tu dimakan selepas aku balik KL.. huhuhuhu..sadis sungguh.
Dari kampung nak balik KL pun sama. Aku akan keluar seawal mungkin. Dan kebiasaannya, aku akan berhenti kat Kawasan R&R Seremban. Kat sini aku akan buang apa2 yang patut, teguk apa2 yang patut & yang paling penting, sedut apa2 yang patut... hehehe

So itu la pengalaman aku pulang beraya semasa di perantauan. Hari ini, aku tak perlu fikirkan itu semua. Aku tetap bersama keluarga:)
Kepada pembaca blog, berhati2 ketika memandu. Kalau korang tak sayangkan nyawa korang, setidak2nya, fikirkan lah orang yang korang sayang. Apa akan jadi bila korang tak der akibat kemalangan.... hmmm.. Doa Pak Lah untuk semua pemandu di Malaysia..

‘‘Ya Allah...! Selamatkanlah perjalanan hamba-Mu dalam kenderaan ini; berikanlah perlindungan daripada malapetaka kepada dirinya dan seluruh ahli keluarganya; murahkanlah rezekinya dan Kau tambahkanlah keimanan, kasih sayang dan kebahagiaan kepadanya pada lebaran ini.
‘‘Ya Allah...! Hanya kepada-Mu kami sujud dan berserah; limpahkanlah kesejahteraan-Mu kepada rakyat negara ini; tambahkanlah rahmat-Mu kepada seluruh umat Islam; dan dakapilah kami dalam belas ihsan-Mu sentiasa. Amin.’’
Info Tarawikh
Malam 30
Allah swt memberi penghormatan kepada orang bertarawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman
"Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga dan mandilah engkau dari air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kauthar"
Malam 29
Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji mabrur

Salam AidilFitri


Pemergian Ramadhan akan ditangisi oleh orang-orang yang beriman. Namun mereka tetap menyambut syawal dengan penuh kesyukuran.
Sempena Syawal yang akan menjelang tak beberapa hari lagi, aku ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir dan batin
Kepada semua umat Islam diseluruh dunia amnya dan pembaca-pembaca blog aku khususnya. Semoga pemergian Ramadhan tahun ini akan membawa kemenangan bagi umat Islam. Sambutlah Syawal ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Insyaallah, Dia akan memberkati segala yang telah kita usahakan.
Dalam kita merayakan Aidilfitri, janganlah dilupa kepada mereka-mereka yang hidup dalam kedaifan. Sesungguhnya, mereka juga ingin merasai nikmat Aidilfitri. Bantulah mereka sedaya mungkin. Jika kita mengasihi mereka, Insyaallah, Allah juga akan mengasihi kita.
Aku juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada antara entry-entry aku dalam blog ini menyebabkan sesetengah pihak terasa hati. Bukan niat aku untuk mengguris perasaan, tapi sekadar luahan rasa pada ketika aku menaip entry tersebut. Namun aku percaya, serba sedikit entry-entry aku tu ada manafaatnya, kan? Apa-apapun yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri.
Kepada rakan-rakan dan saudara-mara (ada ke yang baca?) aku mohon maaf jika sepanjang perkenalan kita aku telah menyakiti hati korang. Halalkan makan minum. Semoga persahabatan ini bekekalan hingga akhir hayat. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Friday, October 20, 2006

Kerja Half Day

6.22pm

Buat masa ni aku tengah tunggu waktu berbuka. Hari ni aku kerja half day. Sesaje ambik cuti. Nak urusakan serba sikit pasal bil2 kat rumah ni. Maklum la, cuti panjang.

Lepas bayar semua2 tu, aku gi basuh kereta aku yang dah bertompok2 tu. Nak raya ni kan, kekeke.. kena la bersih2 sikit.

Petang sikit aku gi pasar ramadhan. Beli uadah berbuka. Hari ni aku beli banyak gak la. Ada murtabak (wajib nih!!!), sup ekor, air mata kucing & 1 lagi kuih apa yer.... kuih pelita kot? yang daun pisang lipat pat segi tuh? eh.. daun pisang ke? nanti aku check balik la.. muahahaha..

626pm

Perut makin kritikal ni. Lotih bona rasanya. (macam kerja angkat batu..)

Karang2 la sambung (tak sambung pun.....21.10.2006 - 6.36am)

Info Tarawikh
Malam 28
Allah swt mengurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat

Thursday, October 19, 2006

PC oh PC

Bismillah....
PC aku buat hal lagi. Virus apekebendantah menyerang seluruh jasadnya. Akibatnya. PC aku mendom tak tentu hala 2 hari lepas. Semalam bawak gi klinik. kena tahan wad semlm.. masuk air, masuk darah.. kui..kui..kui... Badan dah uzur, maklum la, dah tahap warga emas. Macam tu la. Harap2 dia panjang umur lagi. Lepas tarawikh tadi aku gi klinik tu, ambik balik pc aku nih. Alhamdulillah. Setelah connect internet.. dah boleh dah. huhuhuhu.. Nasib baik aku dah pandai add streamyx ni. Kalau tak kenalah acall help desk dia org tuh. Berbalik balik pada pc aku, power laju la pulak. Apa doctor tu bagi yer? Tongkat ali kot... power root semacam je nih...
Ape2 hal pun, aku berjanji, aku akan berhati2 ketika menggunakan internet.. (huh!! pi rah mabok!!!)
Layan tido lagi best la... sok last keje sebelum aidlifitri menjelang tiba. Tadi dapat gaji beserta angpau dari company. kui..kui..kui.. raya tahun ni nak lepak mana ek?? genting ke... langkawi... hmmm... lepak kat rumah je lah...

Info Tarawikh

Malam 27
Allah kurniakan ketangkasan melintas atas titian siratulmustaqim seperti kilat menyambar

Malam 26
Allah kurniakan pahala seumpama 40 tahun ibadat

Wednesday, October 18, 2006

Bismillah
Hari ni aku siapkan design katil 2 size sekali gus. Petang bos aku check. Terus sign. Peh, laju je... Besok aku nak siapkan lagi 1. Lepas tu, boleh la aku fikirkan aktiviti2 raya yang bakal menjelang. kui..kui..kui.. lepas raya bersiap la dengan projek2 yang bertimbun. Tadi dah briefing ngan senior dah. Sumer nak kena buat dulu. Ordernya belum tentu.
Bercakap pasal raya ni, selama aku beraya kat kampung (rasanya dah 3 kali kot), tiada apa persiapan pun untuk diri sendiri. Tapi last year baju melayu aku bertukar. Tapi kain adik aku beli kan. Aku bawak gi tailor je. OK la, kira ada la juga. Tapi persiapan yang aku buat sendiri, aku rasa 4 tahun lepas. Aku shopping raya ngan housemate aku kat Bukit Jalil. Aku beli 2 pasang baju (2 kemeja, 2 seluar). Kasut? hehe.. aku ada 2 pasang kasut. 4-5 tahun dulu aku beli. Yang 1 tu, tapaknya dah haus, so dah humban dah. 1 satu, aku pakai hari2 gi office. Baru2 ni tapaknya tercabut basa aku tengah buat kerja. So, aku pi cari super glue. Aku tampal. Boleh pakai lagi la sampai hari ni. Sempat kot nak pakai raya.. hahahaha.. Gi masjit pakai selipar je.
Bila seseorang dah tak hiraukan persiapan raya untuk diri sendiri, maknanya dia dah masuk level tua. kui..kui..kui... Ye la, budak2 je yang kemaruk buat persiapan raya. Aku pun dulu2 kemaruk gak. Natijahnya, sehingga hari ni, aku mempunyai lebih kurang 7 helai baju melayu yang masih boleh dipakai. Kalau dihitung dengan kaedah matematik tambahan serta matematik kejuruteraan, baju melayu aku paling lama adalah ketika aku berumur 20 tahun. Tak gitu? See, bagaimana aku jaga badan?? hahahaha.... mesti ada orang jeles, baju 10 tahun nan lalu masih lagi boleh aku pakai.. hahaha.. petua? biar lah rahsiaaaa.......
Kain samping terbaru aku, aku rasa aku beli 4-5 tahun yang lalu. Ah.. kain songket 2 kali setahun je digunakan. Aku rasa, tak perlu ditukar. Songkok pun lama songkok lama. Tak ingat bila aku beli. Tapi aku yakin, lebih lama dari songket terbaru aku tu.
Ada orang kata aku sengkek ke?? Ye la kot.. kui..kui..kui.. Tak der sesapa nak derma ke? hehehe. bukan sengkek sebenarnya. Tapi insaf. 7 helai baju melayu yang hanya digunakan sekali sekala, masih boleh digunakan. Takkan nak beli yang lain kot. Orang lain sehelai sepinggang, masih lagi mampu bergembira dipagi syawal... aku, masih mampu termenung untuk memikirkan baju melayu warna apa yang hendak dipakai...
Info Tarawikh
Malam 25
Allah taala angkatkan daripadanya siksa kubur

Tuesday, October 17, 2006

Info Tarawikh

Info Tarawikh
Malam 24
Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawikh malam ini (elok sekali berdoa ketika sujud)

Sunday, October 15, 2006

Hari Ahad Yang Mendom

huhuh.. hari ni, aku buat beberapa panggilan kepada taukey kedai servis kereta tu (William). Tanya pasal tiup kereta aku dah ada ke lom
Kol 12
E : Boss.. semlm saya yang mau tiup kereta. tangki bocor. Dah ada ke lom?
W : Saya belum pergi ambil barang.
Kol 2
E : Boss, apa cerita? Dah ada?
W : On the way ke sana. Boleh datang kedai dalam masa 45 minit
Kol 2.35
W : Bang eh? Itu tiup, dia ada untuk rusa saja. Tak ngam dengan kancil
E : Habis macam mana?
W : Besok saya dapatkan. Nanti petang besok boleh datang.
E : Lambat ke nak buat nanti?
W : Kejap aje. Nanti petang besok saya buat sampai siap
E : OK lah
(itulah perbualan aku dengan encik kedai taukey tu, lebih kurang la...)
Natijah dari kejadian itu?
Aku tak jalan2 hari ni. Hasrat di hati nak jumpa member kat Air Molek, nak bagi lesen perniagaan. Tapi terpaksa dibatalkan sebab nak save minyak petrol. Di samping tu, ingat nak gi town gak. Potong rambut ke.. cuci kereta ke... nak raya ni kan?? Tapi semua terpaksa dibatalkan.
Lepas tarawikh, aku belek2 kad raya. Nak bagi semua client yang beli barang ngan aku. hehehe.. hubungan dengan perlanggan perlu dijaga:) Takat cop & sain je. Tak der apa2 karangan pun. Bukannya nak bagi kat buah pinang (eh.. buah hati lah).
Hari ni mak aku buat kuih som-som untuk berbuka puasa. Sedaaapppp. Aku makan sampai habis (habis sepiring la, bukan habiskan semua tu..). Memang feveret aku makan kuih som-som time puasa:)
Lelain tak dak la...
Info Tarawikh
Malam 23
Allah binakan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga dari nur

Saturday, October 14, 2006

Aidilfitri Yang Semakin Hampir


Bismillah...

Diam tak diam, dah 3 minggu umat Islam berpuasa. Hari ni, aku keluar office agak lewat. Kol 1.30pm. Aku buat sikit 5's. Kemas meja, buang kertas2 tak pakai, susun buku, sample. Cun!! Terlupa nak copy ke dlm pen drive gambar yang aku ambik pakai digital camera company aku. Tak la best sangat. Setakat workstation aku je.

Aku biasa sampai office kol 720 - 730am. Hari ni, aku sampai jam 722am. Seperti biasa, setiap Sabtu ada Assembly untuk production. Aku tak join la, sebab aku pegawai.. hehehe.. around 735am, VGM call aku. Suruh datang bilik dia. So, aku dengan notes book, pen & pensil beregas ke biliknya (macam secretary lak).. Sampai bilik dia, dia bagi aku ang-pau merah. And wish selamat hari raya. Sumbangan kecil ni, sekadar beri kegembiraan untuk aku. hmmmm.. ye lah, last week dah kena gegar.. takut aku buang surat lagi la tu.. hahahahaa... Dalam angpau merah tu ada not 50 selai, not 100 selai.. lepas tu ada note jugak.... VGM aku ni, tiap kali hari raya & tahun baru cina, sure dia bagi ang-pau kat aku. Memula dulu dia suruh aku rahsiakan perkara ni. Takut kecoh 1 office. Then tadi dia cakap
"I tak perlu suruh u rahsiakan hal ni, sebab u mesti akan rahsiakan juga. I percaya u maaa"

Ni aku snap gambarnya.... err.. dia kata, tak der ang-pau hijau, so dia bagi la ang-pau merah, tak salah kan? Ye, tak salah boss, yang penting bukan sampul, tapi isi.. hehehehe


wawawa... best la, bleh lenjan digital camera.. kui..kui..kui.. aku rasa jakun sangat ngan digital camera aku.. muahahaha.. maklum la, orang kampung, jumpa benda best sikit.. pegang sampai time tido.. kekekekeke

Hmm.. semasa isi minyak petang tadi, aku tengok minyak menitis. Arghh..!! tangki minyak aku bocor ke? uhuhuhu.. tensionnya!!. Terus gi workshop kereta. Taukey tu kata, mungkin tiup dalam tangki tu bocor. Kena ganti baru. Tapi hari ni spare part tak der. Kena tunggu besok. uhuhuhuhu.. masalah betol la. By the way, dah terlanjur ke workshop tu, terus aku suruh dia service kereta aku sekali. Nak raya ni kan???

Info Tarawikh

Malam 22

Datang ia pada hari Kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar)

Friday, October 13, 2006

Hari Ni.. Letih Juga

Hari ni pun aku letih, pendek kata sepanjang Ramadhan ni aku letih la.. hehehe
Masa khatib baca khutbah jumaat, aku dah terhangguk-hangguk, ape ntah tok khatib tu cakap aku pun tak tau.
Masa tatarikh pun cam tu gak. Tapi tadi nyaris tak jadik kes.. kain pelekat aku rasa cam nak terlondeh je time solat tadi. dah la mata lelap.. kui..kui..kui....
Besok co aku kerja. Patutnya cuti untuk birthday TYT. Tapi co aku ganti untuk hari Isnin minggu raya nanti. So nanti, time raya tu, kita org direct la cuti sampai hujung tahun.. eh.. sampai hari khamis jeee..
Aku bawak balik kerja office hari ni. Tak larat nak buat time siang tadi. Tapi sebab dah terlanjur cakap kat boss nak submit esok, maka terpaksala aku gagahkan jga. Siapkannya hari ni juga.
Lelain tak der la...
Hmm.. 2-3 ahri ni dapat beberapa keping kad raya, baru aku terperasan, ramadan dah nak hujung2 ni... huhuhuhu.. kad raya pun tal beli lagi ni... adoihai..
banyak nya benda nak buat......
Info Tarawikh
Malam 21
Allah binakan sebuag istana daalam syurga daripada nur

Semalam Yang Letih

Semalam betul2 letih lah. Kat office kena packing barang. Nak hantar lab kat China. huhuhu.. kalau tak puasa dah sebalang air dah aku teguh. nasib baik puasa:)
Item baru hampir nak siap. Tinggal loft bed aje & bed. Lelain dah siap. Insyaallah, hari ni distribute la.
Lelain tak der. Letih giler semalam. Time tarawikh, aku solat dalam tidur.... kekekee

Info Tarawikh
Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Wednesday, October 11, 2006

Info Tarawikh

Malam 19

Allah swt tinggikan darjatnya di dalam syurga firdaus

Tuesday, October 10, 2006

Ulu Klang - Tanah Runtuh Lagi

Bismillah...
Hari ni baca paper, Ulu Klang mengalami kejadian tanah runtuh lagi. Kali ni kat kawasan Seksyen 10, Wangsa Maju. Dekat dengan office lama.
Semasa kami diarah keluar oleh owner baru rumah yang kami sewa kat Taman Melati, aku pernah survey rumah flat kat Seksyen 10 Wangsa Maju tu. Kawasannya memang berbukit. Ada sat kawasan tu bukitnya cerun sangat. Tapi setelah melihat keadaan rumah, aku deside untuk tidak menyewa kat situ. Rumah sempit, lepas tu keadaannya agak bising dan huru-hara. Tak privacy langsung. Last2 aku pilih rumah kat Kondominium Desa View Towers. Kawasan berbukit juga. Walaupun mainternance kat situ agak teruk, tapi aku suka. Nyaman dan sungguh mendamaikan.
Aku sebenarnya suka kawasan berbukit ni. Sejak mula kerja aku menetap di Taman Zoo View (masa belajar, aku duduk dengan Pak Ngah aku kat Padang Balang, Sentul). Taman Zoo View ni pun kawasan berbukit juga. Syok oo... Nyaman, sunyi dan sungguh privacy. kekekeke...
Sekarang kat Melaka, apun pun dok usya kawasan kat Cheng tu... hehehe.. ada apartment atas bukit. Kalau dapat la kat situ.. bahagianya aku....:)

Info Tarawikh
Malam 18
Seru Malaikat:Hai Hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Monday, October 09, 2006

09.10.06 - Hari Paling Teruk Di Pejabat

Bismillah...
Hari ni merupakan hari yang paling teruk aku kat pejabat. Semua benda yang aku buat serba tak jadi. Tak tau la apesal. Night stand, chest & dresser, 2 kali aku buat, salah lagi! Bed, aku discusss dengan carpenter, aku tak setuju dgn VGM buat side rail pendek, nanti tilam bawah tak boleh masuk. Aku tunjuk drawing asal kat carpenter. Dia discuss denga VGM, cong ceng..cong ceng....
"Zad, twin bed hole dulu.. ada masalah banyak". Kata VGM. Siapa yang create masalah tu??
Door chest, senior yang buat. tapi aku take over.. Memula VGM kata, profile salah, aku cari carpenter lagi. Discuss.. balik jumpa VGM dia kata OK, ikut carpenter... dia discuss dgn senior, senior tak setuju.. dia kata drawing dia betul. VGM ikut kata senior. So tak payah tukar. Carpenter naik, tengok drawing, dia kata salah. Dia pi jumpa VGM, then VGM suruh ikut carpenter... muahahahaha.. migrane aku kejap... L&^%*&##$.... Terus aku baling semua kertas atas meja... Hangin aku 1 badan... 530.. terus cabut. Tak tunggu lagi. Masa kemas meja baru aku perasan yang clipper aku hilang!!! uwaahahahahaq.. 1 hal lagi la pulak!!.. Terus blah gitu je.. Punch pun tidak. Masa berjalan menuju ke kereta, aku terperasan, diari aku pulak tinggal... Lantak la.. kepala berdenyut siot! Nak tenangkan hati yang membara, balik aku ikut jalan jauh.. siap kena bayar tol lagi.. hahahaha.. Ikut highway plus la.
Sampai rumah dah azan. Terus buka puasa dgn family aku. Lepas tu, tengok atas meja tulis ada surat dari DPMMNM. Yahoo...!! sijil dah dapat:) Kalau free nanti aku scan la:)
Lelain tak der dah. Kelapa dara dah pos... alhamdulillah.. reputasi kena jaga beb.. sesapa lagi nak beli minyak kelapa dara???
Info Tarawikh
Malam 17
Allah kurniakan orang yang bertarawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Sunday, October 08, 2006

Hari Minggu

Assalamualaikum...
Bertemu kembali. Hari ni, aku dah beli digital camera. Muahaha.. sakan giler.. Ingat nak pakai credit card. Tapi kedai tu tak accept kad lak (maklum la.. kedai kampung je..). Terpaksa la aku bayar cash (& carry). Nasib baik ada cash. Tak mahal & tak canggih mana pun. Sekadar boleh guna untuk keperluan sendiri. Brand Kodak, harganya RM399.00. OK la... kan??
Sepanjang hari ni, aku menghadap PC. Buat kerja untuk KTE sikit. Sambil baca manual digital camera aku tu. Praktikalnya, aku ambil gambar rumah aku, kucing aku, tv aku.. kekeke.. then delete. Cuma aku ada masalah 1 je. Aku tak tau cam mana nak ambil gambar digital camera aku sendiri tu... Gambar lain boleh ambil, gambar digital camera sendiri tak leh ambik.. heran aku.. muahahaha...
Petang sikit aku gi pasar ramadhan. Aku terlupa buat 1 perkara. Sepatutnya aku jumpa member aku, nak renew lesen perniagaan. Expired 16hb nie.. hehehe.. luper la bro. Sorry aaah..

Infor Tarawikh
Malam 16
Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Saturday, October 07, 2006

Hari Yang Agak Sibuk

Hari ni ni aku agak kesibukan kerana urusan di 2 buah syarikat agak banyak. 1 syarikat, si Taiwan tu punya, aku kena siapkan drawing sebab VGM nak tengok hari Isnin. Menggelupuh biawak gak lah. Sudahnya, aku keluar office jap 1.00pm. Lebih lewat daripada biasa (macam tagline Hot FM lak). Dari office bergegas ke Batu Berendam untuk ambil stok minyak kelapa dara. Tak lama, kejap je. Terus balik rumah. Pack minyak kelapa dara. Lepas tu bergegas ke Pejabat Pos. Nak pos minyak kelapa dara. Aku pecut bagai nak rak. Bila dah nak sampai kat pejabat pos tu aku terpandang sesuatu... CIZZZZ!!! Aku terpandang, pintu pejabat pos bergril. SAH!! pejabat pos dah tutup.. muahahahahaha... Isnin la kena pos jawabnya.. waduhhhh!! punyalah nak aku kejar masa, tak sempat juga. hmm.. aku ingat pejabat pos tu tutup kol 5. Aku tiba 435pm... uhuhuhuhu.... kalut la lu inche ezad...
Info Tarawikh
Malam 15
Semua malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Friday, October 06, 2006

Memerhati Seorang Warga Emas

Masjid Tun Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Melaka

Assalamualaikum...
Hari ni seperti biasa, aku solat Jumaat kat masjid Tanjung Minyak. Aku selalu terpandang seorang warga emas yang seorang ni. Tapi kebiasaanya, aku buat tak kisah aje. Tapi hari ni aku perhatikan atuk ni sehingga dia melepasi pagar masjid. Dia ni sama aje dengan warga emas yang lain. Tapi pada aku, dia ada sedikit keistimewaan. Orangnya cukup bergaya. Setiap kali solat Jumaat, dia akan berpakaian melayu lengkap dengan songkok hitam dan samping (kotak-kotak). Berkasut jogging (warna coklat). Cara dia pakai kasut pun menarik perhatianku. Mula-mula dia akan membuka ikatan tali kasut, kemudian disarungkannya ke kaki. Kemudian dia akan mengikat tali kasutnya semula (biasa, bukan?.. ye memang biasa). Sebelum dia keluar dari perkarangan masjid, dia akan membuka payung yang dibawanya (warna biru). Dan dia akan mengatur langkahnya dengan cukup tertib.
Aku rasa, ianya amat biasa bagi kebanyakan orang. Tapi hari ni aku rasa lain. Hari ni, sebelum dia menuruni tangga masjid, dia akan memakai sesuatu yang aku perhatikan sekeliling hanya dia sahaja yang memakainya. APA TU??.. TOPENG MUKA! Ye, topeng muka. Kawasan itu merupakan antara kawasan yang pernah mengalami kesan jerebu yang teruk. Dan sekarang ini, ianya menunjukkan tanda2 untuk mengulangi pencapaian lalu. Dan atuk ini telahpun memulakan langkah awal. Menutup hidung/mulut ketika berada di luar kawasan rumah. Hanya dia seorang sahaja yang melakukan nya. Orang lain (termasuk diriku) tak pernah mengambil langkah sebegitu.
Bukankah warga emas ni istimewa??


Info Tarawikh
Malam ke 14
Datang Malaikat menyaksikan ia besembahyang tarawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat

Thursday, October 05, 2006

Kelebihan Tarawikh

Info Tarawikh
Malam 13
Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan

Wednesday, October 04, 2006

Info Tarawikh Lagi

Info Tarawikh

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Tuesday, October 03, 2006

Hanya Info Tarawikh

Info Tarawikh
Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosaseperti ia baru dilahirkan

Monday, October 02, 2006

Digamit Memori II

Assalamualaikum...

Wah.. ada permintaan supaya drama sembilu kasih ni disambung lagi.. hahaha.. tengok la sampai lebam...

Semalam aku dah janji nak sambung cerita di bulan Ramadhan semasa aku kat KL. Sebenarnya banyak kenangan yang tersimpan ketika aku di perantauan. Kalau nak tulis satu2, alamatnya, hard disk blog aku ni pun penuh la (eh.. blog pakai hard disk ke?). Walaupun ketika melaluinya kadangkala terasa perit, tapi apabila ianya dah jadi kenangan, ianya merupakan sesuatu yang sangat indah (betul kan?) amboi.. macam berfalsafah la pulak. Tau dik orang DBP ni, mau dapat anugerah sasterawan negara.. hahaha.. orang DBP sihat ke? Namun begitu, sepanjang bulan Ramadhan di perantauan, tiada perkara yang sukar yang aku lalui. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusanku.

Ketika di kolej (kolej mana inche Ezad?.... adalahhhh.......) aku mempunyai 5 orang rakan baik. Kalau gi memana, mesti ber enam nih. Classmate gelarkan kami 6 jahanam (lantak korang la! kami tak hisap dadah pun). Dalam kelas, kita orang duduk 1 group. Kalau ponteng, semua ponteng. Kalau test/exam mesti duduk dekat2 gak. Tu yg jadi markah lebih kurang je. Kalau fail, semua fail... hahahaha (sah meniru ni kan???).. Ok, bab kawan2 ni, aku cerita lain kali. Sempena bulan Ramadhan, aku nak cerita pasal ramadhan je..:)

Time puasa, kita orang selalu gak la berbuka bersama. See, walaupun dapat gelaran 6 jahanam, tapi tetap berpuasa (solat .... subuh je tinggal, lain semua tak buat). Tempat yang selalu jadi tempat kami berbuka puasa adalah di medan selera Taman Melawati. Tempat2 lain adalah seperti kat Jaya Jusco Wangsa Maju, medan selera Greenwood, dan beberapa restoran area Ulu Klang & Gombak (nama lupalah, maklum la, dah lama, uncle pun dah lanjut usia, memori dah lemah sket). Kadang-kadang kami berbuka di medan-medan selera sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Tengok apa aktiviti kami petang tu, so kat situ la kami berbuka. Pernah suatu ketika, selepas habis kelas, kami gi Ulu Yam, untuk mandi-manda. Lepas tu terus ke Selayang untuk berbuka. So, semasa mandi-manda tu, aku tak sure la, samada, ada di kalangan kami yang tersengaja teguk air sungai tu... hehehe... Banyak lagi la aktiviti2 yang kami lakukan bersama. Walaupun di bulan Ramadhan. Enjoy tetap enjoy... Dah namapun member kamceng kan?

Bila dah bekerja, kami masih lagi bersama. 4 orang dari kami adalah warga KL, aku dari Melaka dan sorang lagi dari Sarawak. So selalu gak la lepak sesama. Semasa aku dan budak Sarawak tu duduk kat Taman Melati (sewa 3 orang, sorang lagi sepupu member kamceng kita org gak), rumah tu dah jadi rumah kami berenam. Tak der hal punya. Cuma kunci je tak bagi sorang satu. Kalau semua datang, memang havoc la. Macam2 aktiviti (tak melibatkan perkara2 maksiat ye..). Kalau bulan Ramadhan kita orang selalu berkumpul hujung minggu. Buat rombongan ke bazar ramadhan, pilih aje mana berkenan. Sampai rumah hidang atas lantai (beralaskan surat khabar)... kol 7 masing2 dah stand by. peh..!!! macam makan kenduri (tak jadi kenduri sebab pak imam tak der, berbuka pun tak der doa-doa punya - gelojoh betul). Masa tu boleh la tengok air jagung ada, tebu ada, soya bean ada.. hahahaha... meriah kan?? Tu tak tengok kuih muih dan lauk pauk. Bila ada majlis ni, yang selalu tarawikh pun tergolek... tak larat nak bangun... Lepas makan, upacara selanjutnya ialah memasukkan narkotin dalam badan. Berkepul-kepul macam serombong kapal. Haa... bab2 kemas pinggan mangkuk akan berlangsung lebih kurang jam 9 malam.. kekekeke.. buruk lantak betul dia orang nih!! Biasanya bila time ni, tak der lauk pun yang tinggal. Semuanya habis licin. Ye la, lepas makan, ada aktiviti main PS, tengok wresling, tengok VCD, tak pun layan internet. Manusia-manusia ni akan berjaga hingga ke pagi. Bila rasa nak sahur je, kita orang start kereta, then menuju ke tempat2 yang jual makanan. Paling koman pun kat curry house Taman Melati tu, paling jauh kat Kampung Baru (layan nasi lemak la).. Balik dari bersahur layan zzzzzzzzzzz.....
Kadang-kadang kami berbuka di luar. Tempat dan keadaan masih sama seperti kami belajar dulu. Bezanya ialah kalau time belajar dulu, bayar asing2, tapi dah kerja hanya sorang je yang akan bayar. Yang lain tengok je:)
Kini, semuanya dalam lipatan sejarah..:) Sesungguhnya, manusia hanya akan menghargai sesuatu, apabila ianya telah berlalu..... kan?

Info Tarawikh
Malam 10
Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Sunday, October 01, 2006

Digamit Memori

Selepas sahur tadi, aku tak terus tidur. aku on pc dan sambung streamyx. Terus aku lakukan aktiviti seperti biasa, belayar.
Lebih kurang pukul 7, aku tepuk2 bantal. Terus tidur balik. ehehehe.. bila tersedar aje, orang dah azan..... AZAN?? jeng.. jeng..jeng.. macam saspen je.. rupanya azan zohor.. bukannya maghrib.. ceh.. ingat dah boleh makan dah.... Aku jaga kol 1 lebih. tu pun mengantuk lagi tu.. kalau kat kl ni... sah2 aku tidur sampai time buka.. hehehe...
Dah 2 tahun dah aku berpuasa kat kampung, bersam family aku. hmmm.. teringat zaman masa kat KL dulu....................... (kalau dalam tv, kira gambar dah kabur dah)
Masa duduk bujang dgn kawan2 (kat Zoo View, Taman Melati.. then Desa View Towers), juadah berbuka aku made in bazar ramadhan. Masa tu selalu beli kat bazar ramadhan Taman Melawati, Taman Permata, Taman Melati, Greenwood, atau Setiawangsa. Aku beli sikit, housemates beli sikit, so kita orang berbuka la sesama. Jangan tak tau, walaupun duduk bujang, kita orang tak pernah berbuka dengan maggi tau. Semua siap. Gi bazar ramadhan beli lauk, kuih dan air (ais) je. Nasi dgn air panas kita orang masak sendiri. Kita orang hidang depan tv, alas ngan paper. Asal azan je, masing2 dgn gaya ala2 orang kebulur terus la melantak apa yang ada. Sudah makan je masing2 tersandar kat dinding sambil menghembuskan asap2 Dunhill, Marlboro, Mild Seven dan kadang2 ada Semporna gak... hehehe..
Bila dah puas, yang rasa-rasa insaf dan nak tambah pahala, terus solat Maghrib. Yang rasa cam muda dan rasa akan hidup lama lagi.. dok terus menghadap tv (@hidangan depan tv tu la). Yang nak tambah pahala lebih lagi, siap2 gi tarawikh. Gitu la rutin kami kat rumah bujang tu...
Then, lauk/kuih lebih kita orang simpan untuk sahur. Tapi masa aku kat Zoo View, aku selalu beli sahur kat Pasar Keramat tu. Beli nasi lauk ayam goreng. Tapi bila duduk kat Taman Melati & Desa View Towers, aku mula masak sebab kat rumah dah ada periuk karan & cerek air dan juga pinggan mangkuk. Sebelum tidur, biasanya kita orang akan masak nasi dulu untuk sahur nanti. Time sahur biasanya aku bangun awal, bukannya apa, aku suka makan lauk panas2. Kalau sejuk tu, kureng sket. Housemates aku semuanya boleh, tu pasal la dia org tak kisah sangat. Gaya tetap sama, time sahur semuanya melantak dgn sopan santunnya (maklumlah.. mamai..). Lepas makan, asap2 Dunhill, Marlboro dan Mild Seven akan memenuhi ruang rumah kita orang.
Tu la zaman bujang aku dgn kawan2 di KL (untuk makluman, sekarang pun bujang gak lagi). Nanti aku cerita lak time kita orang berbuka kat luar. Time belajar kat kolej & zaman duduk kat rumah bujang....
Info Tarawikh
Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW