Saturday, October 27, 2007

Tutup Kedai

Bismillah....
Setelah melihat prestasi syarikat aku sejak kebelakangan ni, aku dapati ianya mengalami banyak kemerosotan. Ini disebabkan kos yang terpaksa aku tanggung terlalu banyak sedangkan perolehan yang aku dapat tidak seberapa. Maka, untuk mengelakkan syarikat aku mengalami kerugian, maka aku mengambil keputusan untuk menutup kedai dan menjalankan operasi perniagaan di rumah sahaja.
Kecewa? Memang la kecewa. Tapi nak buat lagu mana. Buat masa ni, belum rugi lagi. Jadi, sebelum rugi, lebih baik aku buat sesuatu.

Wednesday, October 24, 2007

Suasana Hari Ini

Bismillah..
Hari ni, pada mulanya, kehidupan aku seperti biasa. Bergerak ke sana ke mari, buat kerja. Tapi apabila pulang ke rumah, kawasan kampung aku sedang disembur racun nyamuk. Aku sampai rumah, dia orang sedang buat persiapan nak sembur kawasan rumah aku. Sudahnya aku aku sedut racun itu dengan banyaknya. Natijahnya kini, aku sedang bersin2, kepala sudah sakit, hidung berair...
arrrgghh!!!

Sunday, October 21, 2007

Selamat Kembali Ke Bumi

Bismillah...

Angkasawan pertama negara kini selamat kembali ke bumi.
Tahniah!
Semoga pengalaman yang dimiliki akan membantu dalam perkembangan sains dan teknologi negara ini.

Semoga sejahtera dan selamat maju jaya

Dari insan dibumi yang belum pernah ke sana lagi

Tuesday, October 16, 2007

Burung Murai

Burung apa?
Burung murai

Burung apa?
Burung murai

Burung apa?
Burung murai, nak

Burung apa?
Burung murai, sayang

Burung apa?
Burung murai

............................

Soalan:-
Kenapa burung murai?

Sunday, October 14, 2007

Hari Raya Hari Mulia

Bismillah...
Hari ini adalah hari ke dua Aidilfitri. Alhamdulillah
Beberapa tetamu hadir. Dan kebanyakannya adlah saudara mara. Lodeh den melayan, khususnya anak-anak saudara ataupun sepupu sepapat.
Makanan pula, jangan ceritalah. Macam-macam juadah yang mak aku buat untuk para tamu. Bila dah menjamu tetamu tu, tuan rumah pun join sekaki lah, kan...
Akibatnya, perut aku pun sendat...
Hahaha.. esok adalah sessi membalas kunjungan mereka, kottt

Friday, October 12, 2007

Salam Aidilfitri


Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.
Sempena Syawal ini, aku selaku pemilik blog Mencari Damai Abadi, menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan di blog ini. Mungkin ada di kalangan pembaca yang berkecil hati atau tersinggung di atas penulisan aku. Sebagai manusia, aku tak terlepas melakukan kesilapan. Insyaallah, aku akan memperbaiki segala kelemahan diri di masa akan datang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini termasuk seorang insan gemilang di angkasa sana.
Semoga Allah memberkati segala usaha kita semua.
Ya Allah, kami bersyukur atas pemberianMu, rahmatilah kami, lindungilah kami dari segala ancaman musuh-musuhMu. Jauhilah kami dari kemurkaanMu dan jadikanlah kami umat yang gemilang.
Ya Allah, kami bermohon agar Syawal ini memberi kebahagiaan kepada kami.
Amin

Thursday, October 11, 2007

Selamat Maju Jaya

Bismillah

Semalam, angkasawan negara telah selamat bertolak menuju ke angkasa lepas. Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35 menjadi angkasawan pertama Malaysia. Semoga misi beliau menempa kejayaan gemilang sebagaimana kejayaan Malaysia melahirkan angkasawan setelah 50 tahun merdeka.
Pemergian beliau diiringi oleh doa restu rakyat Malaysia...

Kalau hendak terbang, mesti tinggi-tinggi
Kalau tidak tahu, kita boleh belajar
Bila dah pandai
Bila dah berdikari
Ke manapun boleh pergi

Setelah 50 tahun merdeka
Kita boleh terbang lebih tinggi lagi

..................

Aku hanya sempat tengok roket tu berlepas sahaja kat tv.

Sunday, October 07, 2007

Persiapan Raya - Edisi Kemas Rumah

Bismillah...
Hari ni, kita orang pakat kemas rumah. Sapu laman, lap cermin tingkap, buang sawang kat syiling, ka kipas angin. Penat memang la penat. Rasa macam nak teguk air aje :)
Manakala edisi pasang langsir, tukar kain sofa, mop lantai dan pasang lampu kelip2 akan dilaksanakan kemudian...
Oh... satu lagi.. bayar zakat fitrah telah selamat dilaksanakan. Alhamdulillah... (gemuruh gak salam tangan tok imam baca akad zakat.. belum akad nikah lagi..kekeke)
Kepada orang Melaka yang belum bayar zakat fitrah, tahun ni, RM4.70.. Bayar jangan tak bayar..

Saturday, October 06, 2007

Yassin

Bismillah
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Thursday, October 04, 2007

Terbang Tinggi

Bismillah...

Kalau hendak terbang, mesti tinggi-tinggi
Kalau tidak tahu, kita boleh belajar
Bila dah pandai
Bila dah berdikari
Ke mana pun boleh pergi

Setelah 50 tahun merdeka
Kita boleh terbang lebih tinggi lagi


......

Kita mesti terbang tinggi....

Monday, October 01, 2007

Perihal Sahur

Bismillah
Tahun ni, kat kampung aku, telah diwujudkan team mengejutkan orang bangun sahur. Sebenarnya team ni, dah wujud sejak awal Ramadhan lagi. Tapi baru ni aku nak cerita. ehehe
Mereka ni akan bergerak kat jalan utama sahaja. Tak der la mengelilingi rumah atau ketuk pintu rumah orang. Sekadar melalui jalan utama sambil menjerit sahur! sahur!. Start dari pukul 3.30pagi sampai la pukul 4.30. Dia orang ulang alik ikut jalan utama tu sahaja.
So, tak der la yang menarik. Memang tak ada apa-apa yang menarik pun. Cumanya, tadi cara dia orang kejutkan kita orang tak berapa betul. Ada ke patut kejutkan kita orang dengan lagu raya. Ceh!! Mati-mati aku ingat dah raya. Nasib baik tak mati betul-betul!!
Hampeh budak2 ni...