Sunday, November 30, 2008

Resolusi Sidang 29 November 2008 6/2008


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :
  1. Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.
  2. Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.
  3. Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.
  4. Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.
  5. Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.
  6. Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.
  7. Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008. Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Tuesday, November 25, 2008

Mari Bayar Hutang

Name : Ezad

Sister(s) : 2

Brother(s) : Nil

Shoe size : err... kasut ada size ke? ahaha

Height : lama tak ukur dah

Where do you live : Jasin

Have you ever been on a plane : Tak pernah. Macam mana rupa plane ek?

Swam in the ocean : Tak pernah

Fallen asleep at school : Selalu!

Handsome guy on earth : Handsome guy? Muahaha.. I bukan gay, please lah!

Beautiful people on earth : Entah.. nanti check kat cermin ajaib

People with great hair : aku

Cute people you have ever seen : aku

Voice you can't resist to hear and hear : Suaraku sendiri

What do you love to do with friends : Lepak mampley, minum teh

Broken someone’s heart : Banyak kot

Fell off your chair : Blom kot

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Tak kot

What is your room like : Macam tempat kucing beranak

What’s right beside you: Entah

What is the last thing you ate : Sup ayam

Ever had…Chicken pox : Nope

Sore throat : Nope

Stitches : Biasa.. kubudak kampung!

Broken nose : Nope

Do you believe in love at first sight : Entah!

Like picnics : Suka gak

Who was/were…The last person(s) you danced with : Dance? Tak der kottt

Today did you…Talk to someone you like : Hari ni, banyak bercakap dengan org yg aku benci. Bos aku tu lah

Kissed anyone : Kiss? eheheehe

Get sick : Jarang

Miss someone : Ada gak sesikit

Who do you really hate: Bos aku la. Bodoh, tapi berlagak

Do you like your hand-writing : Sure! Tulisan aku cantik.. ahaks!

Are your toe nails painted : Apa tu? ehehe

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Entah.. apa tu?

What color shirt are you wearing now : Pagoda kaler putih je :)

Are you a friendly person : Tengok org la

Do you have any pets : Ada

Do you sleep with the TV on: Tak lah

What are you doing right now : Buat TAG

Can you handle the truth : Boleh kot

Are you closer to your mother or father : Mother

Do you eat healthy : ehehe... tak kot. main sebat je

Do you still have pictures of you & your ex : xyz?

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : terjun bangunanLepak sorang2

Are you loud or quiet most of the time : Quiet

Are you confident : Yup

5 things I was doing 10 years ago...
- Menetap di KL
- Bekerja di Taman Permata sebagai pelukis pelan
- Sibuk main chatting

- Mengurat awek chatting

5 places I’ve lived/living: Wangsa Melawati, Padang Balang, Zooview, Taman Melati, Desa View Towers, Jasin :)

Wassalam

Sunday, November 23, 2008

Musim

Bismillah

Sekarang musim apa?

1. Musim hujan
2. Musim cuti sekolah
3. Musim orang kahwin
4. Musim orang terjun bangunan

Friday, November 21, 2008

Sample Hampir Siap

Bismillah...

Sample untuk pameran di Jerman hampir siap. Tadi kami dah review beberapa item. Tak banyak masalah. Cuma ada sikit-sikit aje. Tu biasa la. Besok dia orang kata nak pasang wardrobe pulak. Wardrobe aku tak campur. Sebab bukan aku yang buat. Tapi lepas ni aku take over la jugak. Harap-harap tiada banyak masalah yang muncul.

Tuesday, November 18, 2008

Tak Tik Tok

1. What do you think of the most when you are alone?
~ Macam mana nak cari duit.. :D

2. When it is a rainy night, what do you do most of the time?
~ Senggama Tidur

3. If you’ll go on a date, what would you like to do?
~ Ringan-ringan Makan

4. What do you do when you see a full moon?
~ Bagaimana nak ke sana

5. Would you rather swim in the lake or dive in the ocean?
~ Sorry.. Tak pandai berenang. Tak pasal2 je mati lemas karang

6. What would be the best partner of a good cup of coffee?
~ Biskut kering dgn waktu hujan.. fuh!! nikmat tolll!!

7. If you’ll ask yourself a question now, what would it be?
~ Bila nak kaya?

8. If certain things in your life will fall apart, what will you do?
~ Usaha tangga jaya

9. What was the hardest decision you made in your life so far?
~ Resign

10. When your friends forget you, what will you do?
~ Lu lupa gua, gua lupakan lu.. ahaks!

11.Shortest relationship?
~ Hubungan yang berpanjangan.. :)

12. Last gift you received?
~ Kain untuk buat baju melayu :)

13. Last food you ate?
~ Asam pedas

14. Can you cook?
~ Boleh!! Masak air

15. Last person who sends you a message?
~ Ms R.. ehehe

16. What time did you wake up this morning?
~ 5.50 am

NEXT..

1. I’ve come to realize that…
~ Nak jadi jutawan

2. I am listening to…
~ Tak der radio

3. Maybe I should…
~ Tukar kerjaya ke? ehehehe

4. I love…
~ Who love me? ehehehe

5. The best days of my life was…
~ Bila dapat gaji.. ehehe

6. I don’t understand…
~ Kenapa bumi bulat?

7. I’ve lost…
~ Gaji habis.. ahahaha

8. People say…
~ Aku budak bangang.. ahaha

9. Word that hurts you the most by your friend?
~ Tak der

10. The stupidest people you have ever seen?
~ Bos aku sekarang! Bos aku tu memang stupidest.. ahaks

11. The meaning of my screen name is…
~ Tak der maknanya

12. Love…
~ Apa ada dengan cinta? eh.. betul ke?

Sunday, November 16, 2008

Sajak Kematian

Bismillah...

Ada ibubapa yang kesal kerana video sajak kematian ini dipertontonkan depan anak-anak. Alasan yang diberi adalah ianya mengganggu emosi anak-anak mereka, berikutan visualnya yang dikatakan menakutkan.

Munasabahkah alasan sebegini? Mungkin bagi ibubapa yang 'liberal', ianya munasabah. Tapi kalau balik kepada asas agama, sewajarnya video ini dipertontonkan.

Rancangan-rancangan hiburan seperti nyanyian, tarian dan pergaulan bebas tidak pula dibantah. Sebaliknya digalakkan pula masuk rancangan hiburan tu. Ada ibubapa yang bangga apabila anak mereka menarik gelek dalam rancangan tv. Ada yang bangga apabila anak mereka masuk rancangan realiti, siap buat kenduri bagai.... Natijahnya, pelbagai gejala sosial melanda masyarakat kita. Tapi itu pun ibubapa masih nak mempertahankan anak-anak mereka.

Sebaliknya visual yang bercorak keagamaan yang mana boleh memberi keinsafan dicanang sebagai tidak sesuai kepada anak-anak. Ibubapa ini mungkin tidak sedar bahawa didikan agama itu penting. Mungkin anak-anak mereka tidak dirotan apabila meninggalkan sembahyang pada usia 7 tahun. Ye lah, dah mereka pun tak sembahyang kot. Ramai ibubapa hari ini yang cetek agama barangkali. Tak bertudung tu biasa dah, yang dok pakai seluar pendek ke sana kemari, yang berbaju ketat nampak lurah pun dah ramai. Bagaimana mereka hendak mendidik anak-anak dengan agama jika perangai mereka sebegitu rupa? Kalau dipertontonkan video sajak kematian dihadapan mereka pun mereka tak suka barangkali.

Itulah dunia hari ini. Semakin dunia ini berada di penghujung, makin ramai yang daftar diri untuk jadi ahli neraka.


............................

Hari ni aku balun buat kerja office kat rumah. Aku buat assembly instrauction. Kerja ni mula-mula aku buat, lepas aku sibuk dgn projek Jerman, kerja yang ni terbengkalai, so aku bagi la kerja ni kat sorang designer baru. Tapi hasilnya tak memuaskan hati (atau dia memang tak reti buat??). Sudahnya aku ambil balik kerja ni, aku buat sendiri. Tapi masih tak siap juga sampai saat ini.

Mata gua dah letih... gua nak layan tidur.. zzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, November 09, 2008

Tag La Pulak

Bismillah

Tag dari Erina Juliana

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. Ezad
2. Shah
3. Angah


THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-
1. Hari Raya Puasa
2. Hari Raya Haji
3. Hari Tahun Baru


THREE WAYS TO BE HAPPY:
1. Tidur
2. Lukis
3. Bawa kereta awal pagi


THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW:
1. Tak tau pasal lagu


THREE PERSONS(group)YOU MISS FROM YOUR PAST:
1. Geng2 sekolah menengah
2. Geng2 kolej
3. Geng2 opis lama


THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Digital camera
2. Laptop
3. Jam


THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Lukis
2. Tidur
3. Bawa kereta awal pagi


THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Pulau/pantai
2. Pergunungan
3. Mana-mana pun boleh asal ada sponsor


THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS:
1. Upin dan Ipin.. ehehehe
2. Tom & Jerry
3. Detective Canon


THREE MALLS YOU USUALLY GO TO:
1. ezadahmad tak suka pun pergi mall. Biasa beli barang kat kedai runcit je. Habis cerita


THREE FAVORITE DRINKS:
1. Teh tarik
2. Soya bean
3. Milo ais


THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:
1. Diari
2. Buku nota
3. Alatulis


THREE FAVORITE COLORS:
1. Biru
2. Ungu
3.Hitam-putih


TOP THREE HANGOUTS:
1. Minum teh kat warung
2. Taman rekreasi
3. Mana2 je lah :)


TOP THREE FOODS U LOVE SO MUCH:
1. Pedas-pedas
2. Roti canai
3. Ayam


TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. Family
2. Harta benda I la
3. negara ku yang tercinta.. walawei.. patriotik la pulak!


TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE:
1. Cerdik
2. Business-minded
3. Caring & Lovely


TOP THREE FACES YOU LIKE:
1. Air muka lembut
2. Rambut panjang
3. Suka senyum


THREE THINGS YOU’LL BE DOING TOMORROW:
1. Pergi kerja
2. Buat kerja
3. Balik kerja


TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME:
1. Buat assembly instruction utk perabot kami
2. Design baru utk projek di Jerman - 2 dah lepas, 1 sangkut, so kena develop 1 yang lain.
3. Buat tag ni la.. ahahaha

Thursday, November 06, 2008

Rezeki Datang Bergolek

Bismillah...

Pagi
Air minuman yang aku bawa tumpah dalam beg. Mungkin sebab tak tutup rapat. Habis semua khazanah dalam beg tu basah. Termasuk lah diari dan buku cek.

Petang
Masa nak balik kerja, tayar kereta pulak pecah. Dah la malam, kat ladang kelapa sawit pula tu. Nasib baik ada orang hati mulia membantu aku tukar tayar. Nak jadi cerita tayar spare pun kurang angin. Nak tak nak, redah juga la.

Itu rezeki aku hari ini

Wednesday, November 05, 2008

Selesai

Bismillah...

Design untuk pameran di Jerman telah pun selesai. Alhamdulillah. Tunggu production buat sample. Tengok macam mana. Rasanya final dah kot. Tak tau la kalo2 bos dungu aku tu dok meraban nak tukar lagi... ahaks

COO warning kita orang yang dia nak tengok sample paling lambat Sabtu ni. Hah! kecut perut masing-masing. Tension betul! Letih mental nak berfikir. Nak murah tapi international taste. Hampeh! Puas la kami perah otak masing-masing.

Moral
Kalau rasa tak kreatif, tak payah berangan jadi designer.

ceh!