Tuesday, June 02, 2009

Tak Boleh Tahan

Bismillah

Semalam department kami menerima draughtsman baru. Oh! Sila bezakan antara draughtsman dengan designer, ok.

Seorang lelaki Melayu, berusia 34 tahun. Sudah berkahwin. Mempunyai tubuh badan yang sihat dan tegap. Semasa membaca resume nya, dia menyatakan yang dia sedang bekerja di salah sebuah kilang perabot di Muar. Tetapi setelah dirisik, dia adalah kawan kepada salah seorang staf dari costing department. Dia memberitahu aku yang mamat ni sebenarnya sudah tidak bekerja beberapa bulan. Demi nak tolong, aku rahsiakan dari pengetahuan boss sengal kami. Masa meeting, aku setuju ambil dia sebagai team kami.

Maka semalam adalah hari pertamanya. Assigment pertamanya hanya perlu buat beberapa perubahan pada Assembly Instruction untuk produk kami. Ubah sahaja. Bukan suruh buat baru.

Hari ini, assignment dia adalah buat packaging untuk 1 set meja tulis. Meja simple aje. Pagi ada, lepas lunch dah lesap. Kawan dia inform aku yang dia tak tahan kerja situ.

Tak tahan?

Tak bagi kerja, komplen pihak swasta tak beri peluang kerja kat bumiputera. Tapi bila dah diberi peluang ini balasannya. Fine la kalau kau tak nak kerja. Tapi buat la cara elok sikit. Orang jemput kau masuk, kau nak keluar pun patut minta diri la. Bukan main blah gitu je. Banyak kes macam ni aku hadapi. Main blah gitu aje. Macam mana nak maju? Siapa nak percayakan kau lagi kalau kau terus buat perangai macam ni?

Badan sihat-sihat, tapi lukis pelan pun dah tak tahan. Habis, kerja apa yg boleh dilakukan?

Bancuh air?
Menjahit baju?
Masak?

huh!

6 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Ya Allah hampehnya budak ni.. kalau macam tu pun tak leh buat macam mana nak buat kerja lain yang lagi mencabar ye? Sampai bila-bila pun rasanya budak tu tak akan berjaya, selagi dia tak ubah sikap dia.

8:27 AM  
Blogger arsaili said...

salam...memang tak patut..kalau masuk secara hormat, keluar pun kena beradab....itulah masalahnya...memang susah nak maju kalau tak berubah

9:29 AM  
Anonymous Babe said...

mcm orang office akula, seminggu tak datang kerja lepastu tau2 lepas..hantar notis 24jam


tu ada hati nak mintak claim lepas2..memanglah takde kaitan dgn polisi lansung. Bila kita call tak angkat, pandai plak tinggal claim bawah pintu

iye aku tau draughtman


tukang lukis pelan:D

12:26 PM  
Blogger kuIna LadyInRed said...

draughtman & designer memang berbeza.. tugas & tangjwb

sbenarnya dia x tahan keja sbb dia x reti buat keja.....

3:29 PM  
Blogger Ezad said...

purple
nak buat mcm mana. dah namapun.. bumiputera melayu.. heh

arsaili
tu la. time nak minta kerja, bukan main lagi. masa interview ckp semua boleh buat. tapi hampeh

babe
tu mesti melayu jugak, kan? heh
tukang lukis pelan.. draughtsman
tukang kayu.. carpenter:)

kuIna
bukan saje tak reti. tp tak der daya tahan juga

9:51 PM  
Blogger Parpu Kari said...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

11:41 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home