Thursday, October 29, 2009

Training

Bismillah

Hari ini jabatan kami adakan latihan dalaman. Latihan mengenai sistem ERP PRONTO. Ia adalah sistem yang digunakan untuk operasi syarikat kami.

Ketika ini, aku dan pereka lain tidak mengendalikan sistem ini. Malah, aku sendiri tak pernah guna sistem ini. Nak buka sistem ini pun tak tau :D. Sebaliknya ianya dikendalikan oleh junior-junior kami. Tapi sejak dikendalikan oleh mereka, kira-kira setahun yang lalu, jabatan kami menghadapi pelbagai masalah dan sering menerima aduan pekerja lain tentang kesilapan yang dilakukan di dalam sistem ini.

Baru-baru ini, aduan mereka telah dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah. Maknanya, masalah yang kami hadapi ditahap yang sangat serius. Maka, CEO telah mengarahkan kami, senior designer mengendalikan sendiri sistem ini. Dan junior-junior kami telah diarahkan belajar membuat kerja-kerja teknikal.

Kalau ikut flow cart, nama aku sahaja dari peringkat pertama (planning concept), hinggalah peringkat akhir (approved for shipment). Sebab aku tau buat semua..

Hahaha

Walau apa pun, masa training tadi, akulah manusia paling sengal. Tak tau apa-apa. Dan sememangnya, aku tak ambik port pun pasal sistem ni. 3 orang senior designer dalam tu, buat bodoh je. Lepas tu siap kutuk-kutuk orang lagi.

Oh! 3 senior designer ini mewakili 3 kaum terbesar di Malaysia :)

4 Comments:

Blogger shafarina said...

1 malaysia, bagus!

10:07 AM  
Blogger Ezad said...

wan

ye loooo

9:54 PM  
Anonymous slank said...

sekolah tempat yang takan aku lupakan

1:16 AM  
Anonymous slank said...

sekolah tempat yang takan aku lupakan

1:16 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home