Sunday, June 28, 2009

Jangan Ikut Etika Syaitan

Petikan dari Mingguan Malaysia

SEPERTI diduga, apabila Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA mengeluarkan kenyataan mengkritik gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam, beliau telah menerima kecaman yang hebat.

Pandangan Harussani tidak lagi dilihat sebagai pendapat seorang ulama yang harus dihormati tetapi beliau dikecam dan dituduh sebagai menyokong UMNO. Segalanya berlaku apabila Harussani menyuarakan kekesalan berikutan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas dan UMNO. Beliau diserang habis-habisan di dalam blog-blog tetapi beliau tidak peduli semua itu.

‘‘Saya bercakap yang hak (benar), dalam Islam mengeratkan silaturahim antara saudara Islam adalah wajib, jadi saya hairan daripada rujukan mana sesetengah pihak itu ambil sehingga sanggup mencela saudara seagama,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHD. RADZI MOHD ZIN di pejabatnya di Ipoh, Perak.

Walaupun sekali sekala dalam berhujah, Harussani menyelitkan kata-kata gurauan namun nada beliau sentiasa serius apabila menekankan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Bagi Harussani, masa depan golongan itu dalam semua bidang termasuklah politik akan berhadapan dengan bahaya, jika mereka terus berpecah belah.

Harussani juga kecewa kerana ada sesetengah ahli politik begitu mudah mengeluarkan hujah yang mengelirukan dan mencela sesama Islam. Oleh itu beliau mengingatkan dalam apa pun perkara berkaitan hubungan sesama Islam, jangan sesekali mengikut etika syaitan.


......................


Aku hanya ambil mukadimah sahaja. Paling penting, ianya datang dari seorang mufti. Bukan seorang ahli politik. Tapi setiap kenyataannya yang tidak berpihak kepada pihak sana, ianya akan dipolitikkan. Seperti biasa, beliau akan dituduh sebagai boneka pihak sini.

Kalau kenyataan beliau berpihak kepada pihak sana... maka nadanya pasti berbeza.


Kesian Melayu, ulama yang tolak perpaduan disokong, ulama yg menyatakan yang hak dicaci maki.


Islam jenis apa ni?


.....................


Ada orang suruh aku buat entry pasal MJ.

Sorry la geng, aku tak minat hiburan. Aku tak ada ilmu pasal MJ. Apa sangat la MJ tu. Aku rasa tak perlu la banyak sangat pasal MJ.

Tuesday, June 23, 2009

Tanda

TANDA 40 HARI
Tanda akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.


Wallahualam

Monday, June 22, 2009

Dah Kata Dah

Bismillah

Last week aku kata, kami nak boss sengal kami kena kuarantin.

Khabar menyatakan, dia dah kena kuarantin dalam rumah. Seorang lagi Sales Person yang ikut dia pergi US hari tu, pun kena kuarantin juga. Manakala yang seorang lagi Sales Person terus ke Australia. Heh! Bahaya sungguh...

By the way, kita orang boleh berpesta lagi sehari-dua ni kot..:)

Friday, June 19, 2009

Saya dan TV3

Bismillah...

Pada mulanya, aku nak tulis pasal kerajaan perpaduan. Tapi tak jadi. Sebab kalau aku tulis, pastinya aku akan sentuh soal sikap orang Melayu secara keseluruhan, bukan perangai ahli-ahli politik sahaja. Yang menyebabkan Melayu berpecah adalah kerana sikap Melayu itu sendiri.

Muak beb!

Ok... Cari bahan yang lebih ringan.

Pagi tadi, masa memandu ke tempat kerja, aku buka Hotfm. Hot chat hari ni adalah pasal saya dan TV3.

Seingat aku, TV3 memulakan siarannya di Melaka pada tahun 1987 (sila betulkan fakta ini kalau aku silap). Masa tu, tagline mereka adalah Rangkaian Sukaramai, betul?

Tapi masa tu, TV kat rumah kami adalah TV monocrome (hitam/putih). Maklum lah, orang kampung. TV tu masih ada lagi sampai hari ini. Tapi dah tak boleh guna dah.

Masa zaman kanak-kanak dan remaja, aku memang mengikuti banyak program-program di stesen ini. Sekapur Sirih, Majalah 3, Pop Kuiz dan lain-lain.

Di samping itu, aku juga menjadikan pengacara di TV3 sebagai idola aku. Dan yang paling utama ketika itu adalah Wan Zaleha Radhi. Gambar dia aku tampal dalam almari baju.. hahaha. Selain Wan Zaleha aku juga meminati Mahadzir Lokman (dah dapat pangkat Datuk?). Adalah 2-3 orang lagi, tapi dah lupa nama mereka.

Dan hari ini, TV3 masih menjadi inspirasi aku. Namun, aku sudah kurang menonton TV. Tapi antara program TV3 yang masih aku ikuti adalah Buletin Utama (wajib ni) dan kadang kala Majalah 3. Dan jangan bicara tentang program-program seperti drama ke, cerita alih suara ke, rancangan kartun ke.... memang aku tak ikuti.

Wednesday, June 17, 2009

Arahan

Bismillah

Dengar khabarnya, penjawat awam tidak lagi dibenarkan menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet. Ini termasuklah untuk memuat turun/naik bahan, chatting, perbincangan melalui newsgroup dan sebagainya (blog??).

Dikatakan produktiviti sesetengah penjawat awam ini merosot kerana mereka terlalu asyik menggunakan kemudahan tersebut dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas.

Masa dalam perjalanan ke Muar pagi tadi, radio HotFM mengesyorkan agar arahan itu diperluaskan kepada sektor swasta.

Pada aku, ianya cadangan yang baik. Tapi bukan semua aktiviti internet itu tidak memberi kebaikan kepada pekerja. Ada juga aktiviti yang dapat membantu tugas mereka, sebagai contoh perbincangan melalui forum dan sebagainya (perbincangan, bukan gosip, ok!). Pekerja akan dapat berkongsi maklumat dengan orang lain yang mempunyai tugas dan fungsi yang sama.

Seperti kerja aku, aku menggunakan internet untuk membuat rujukan untuk rekaan kami. Syarikat kami juga menggunakan Skype untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja yang lain. Tapi kemudan internet itu hanya diberikan kepada pekerja-pekerja yang benar-benar memerlukannya.

Hari ini capaian internet adalah keperluan. Mereka yang tidak menggunakannya pasti akan ketinggalan dari segi ilmu dan maklumat.

Jadi, bila kita telah diberikan kemudahan itu di tempat kerja, maka gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Monday, June 15, 2009

Bebas

Bismillah

Sehingga minggu depan, boss sengal tiada. Dia ke US sebab ada pameran di sana. Kita orang dalam department tu berdoa, agar dia kena kuarantin bila balik dari US nanti. Hehehe....

Wednesday, June 10, 2009

Musim

Bismillah

Sekarang musim buah-buahan. Dan setiap kali datang musim buah-buahan, aku mengalami musim batuk.

huhu.. banyak makan rambutan :)

Monday, June 08, 2009

Julung Kalinya

Bismillah...

Hah!

Entry di siang hari. Jangan tak caya. Bukan senang nak buat entry waktu siang.
Hari ni aku cuti sebagai designer. Tapi bekerja sebagai peniaga.
Huhuhu..

Ambil barang, jual barang. Dapat la untung sikit..

Heh!