Bismillah..
Aku ada baca akhbar online - menyebut bahawa kerajaan mahu mewajibkan pemasangan airbag pada setiap kenderaan menjelang tahun 2012.
Apakah tujuannya?
Untuk 'menyelamatkan' nyawa mangsa kemalangankah?
Untuk itu, kerajaan juga harus memikirkan bagaimana nak menyelamatkan nyawa penumpang bas. Mungkin juga boleh mewajibkan pemasangan airbag pada setiap kerusi penumpang bas.
Pemasangan airbag, dan sebelum ini pemasangan tali pinggang keledar pada bahagian belakang kenderaan difikirkan memang perlu untuk memastikan nyawa pemandu dan penumpang kenderaan selamat apabila berlaku kemalangan.
Soalnya, kenapa terjadinya kemalangan??
Soalan itu yang harus dijawab terlebih dahulu sebelum memikirkan kaedah-kaedah menyelamatkan mangsa kemalangan.
Ada banyak faktor yang menyebabkan kemalangan. Tapi aku tetap berpegang kepada faktor sikap adalah punca utama kemalangan di Malaysia.
Walaupun kenderaan kita dilengkapi dengan pelbagai alat perlindungan nyawa yang tercanggih sekali pun, tapi kalau sikap kita ketika memandu tidak diubah, kemalangan maut akan terus berlaku.
Di negara lain, mereka tidak diwajibkan menggunakan topi keledar kepada penunggang/pembonceng motosikal, tapi kadar kemalangan maut di tempat mereka tidak setinggi di Malaysia (yang mewajibkan penggunaa topi keledar, dan topi keledar itu mesti ada cop SIRIM!!)
Jadi mengapa harus mewajibkan pemasangan itu, pemasangan ini di kenderaan kita? Pada satu aspek ianya sangat baik. tapi hakikatnya, ada kaedah yang lebih baik bagi menjamin keselamatan pengguna jalanraya di negara kita.
Berapa ramai pengguna jalanraya yang tiada lesen memandu? Berapa ramai pengguna jalanraya yang ada saman dan masih belum berbayar? Berapa ramai pengguna jalanraya yang ada waran t angkap kerana kesalahan lalulintas?
Pengguna-pengguna ini yang harus dilarang menggunakan jalanraya. Ini adalah asasnya. Penjenayah biasanya diasingkan dari masyarakat luar, maksudnya mereka dipenjarakan agar tidak menggugat keselamatan orang lain. Jadi, konsep yang sama digunakan kepada 'penjenayah jalanraya'. Mereka juga harus 'dipenjarakan' dari menggunakan jalanraya.
Kaedah paling berkesan adalah, menggantung lesen memandu dan cukai jalan mereka-mereka yang terlibat. Jika masih menggunakan jalanraya, well... no licence anymore.... susah ke macam ni?
Satu lagi, perlaksanaan undang-undang haruslah berkesan. Jangan buat akta itu, akta ini, undang-undang itu, undang-undang ini, tapi bila buat sekatan jalanraya, hanya sekadar terpacak tengah jalan, tengok lebih kurang, kemudian lepaskan...
Apa ni, geng???
Hmmm... nak tanya la sikit. Peraturan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar tu, wajib ke tak? Dengar khabar dah ditangguhkan sehingga 2012. Kenapa tangguh lagi? Ada rakyat tak mampu pasang ke? Kalau begitu, kenapa tak fikir sebelum buat dasar?
Mewajibkan pemasangan airbag pada tahun 2012 - Dah fikir masak-masak ke belum?