Wednesday, August 31, 2011

Salam Kemerdekaan

Bismillah..

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun. Semoga apa yang kita kecapi hari ini akan terus berkekalan sehingga cucu cicit kita. Mempertahankan kemerdekaan tidak semudah mendapatkannya. Gagal mempertahankan kemerdekaan akan menyebabkan kita dijajah lagi. Dan cubalah belajar mengenang jasa-jasa parajurit kita yang telah banyak menabur jasa untuk mempertahankan maruah negara kita.

(bukan komunis ye!)

Tuesday, August 30, 2011

Meraikan Syawal

Bismillah...

1 Syawal menjelma lagi. Seperti biasa, umat Islam akan menunaikan solat aidilfitri pada paginya.
Sesuatu yang menarik perhatian aku ketika di masjid tadi adalah trend bergambar di dalam rumah Allah itu. Semasa mendengar khutbah, aku dapati ada beberapa orang yang mengambil gambar khatib dan selepas habis doa, kebanyakannya bersurai (sebahagian lagi menunggu untuk majlis tahlil) dan terdapat juga beberapa orang berposing sambil bergambar. Ada yang berposing di hadapan mimbar, dan ada juga yang berdiri ditengah-tengah jemaah yang sedang bersalaman sambil berselawat ke atas junjungan nabi. Mungkin mereka ini anak-anak perantau yang pulang ke kampung beraya bersama datuk nenek mereka. Mungkin mereka tak selalu ke masjid itu, dan sekadar merakamkan kenangan mereka beraya di kampung. Atau, mungkin juga senibina masjid itu sungguh indah..

Hmmm...

Aku terlalu banyak makan rendang hari ini. Lupa pulak nak bergambar.. huhuh



Apesal tak boleh tukar colour lak font ni??

Monday, August 29, 2011

Bismillah

Selamat meyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga Syawal membawa beribu rahmat untuk kita. Tatkala sedang bergembira, janganlah dilupa kepada mereka yang serba kekurangan. Hulurkanlah bantuan mengikut keupayaan masing-masing.

Saturday, August 27, 2011

Cuti Raya

Bismillah

Disebabkan terlalu sibuk, baru hari ni aku sempat apply cuti raya. Nasib baik approved, kalau tak, aku tapau rendang & ketupat bawa gi office minggu depan.

Anyway, jawatan pereka perabot dilepaskan selama seminggu (30/8 - 3/9).

Pasti aku mernidui jawatan tersebut.. hahahaha

Saturday, August 20, 2011

Duit

Bismillah..

Tadi aku cucuk dinding yang boleh keluarkan duit tu. Mula-mula aku tengok baki. Aku rasa dah macam terlebih je. Takkan gaji dah masuk separuh kot. Tapi tak der pengumuman pun lagi.
Ke, duit turun dari langit? huhuhuh Apa-apahal pun tadi aku dah keluarkan sikit (sikit la, dah dlm akaun tu sikit....)


Thursday, August 18, 2011

Zakat Dan Solat

Bismillah

Waktu rehat tadi, aku ke masjid berdekatan untuk 1 tujuan. Membayar zakat fitrah. Sebenarnya dah 3 kali aku ke masjid tersebut untuk tujuan itu. Tapi pak imam tak ada. Baru hari ni ada. Alhamdulillah, lunas juga zakat aku tu.



***Update (20.08.2011) : oh! 1 satu perenggan hilang, bab solat.. hahaha.. tak pe la

Tuesday, August 16, 2011

Tidur Selepas Asar

video

Bismillah

Pada permulaan ceramah ini, penceramah bercerita tentang orang yang tidak perasan akan pukul 7 waktu pagi dengan pukul 7 waktu petang - mamai kerana tidur waktu petang. Zaman muda dulu, aku pernah tidur selepas sahur sampai ke pukul 7, yang mana pada mulanya aku sendiri tak pasti ianya 7 pagi atau 7 petang. Dan ketika itu, aku mengharapkan agar ianya 7 petang, supaya boleh terus berbuka. Dan realitinya, memang pukul 7 petang! Hebat... puasa yang sebegitu.. huhuhuh

Sunday, August 14, 2011

Bokeh

Bismillah

Boleh tak gambar macam ni dikatakan bokeh? :)




Monday, August 01, 2011

Ramadhan Datang Lagi

Bismillah...

Ramadhan kembali menjengah. "Menjengah" bermaksud melihat seketika. Memang Ramadhan datang hanya seketika. Tapi banyak manfaatnya.

Semoga kedatangannya kali ini membawa lebih kerahmatan kepada umat Islam.

___Jangan lupa Palestin____