Saturday, October 29, 2011

Kesian

Bismillah..


Kesian PC aku. Masuk ICU lagi..


huhuhuh

Sunday, October 23, 2011

Dah Sebulan

Bismillah...

Pejam celik, pejam celik dah sebulan usia Nur Iman Fitriyah..



Monday, October 17, 2011

Waranti Tingkap Kuasa Jenerasi Baharu?

Bismillah...


Membaca akhbar Berita Harian dalam talian hari ini...


500,000 pemilik Proton dijangka dapat manfaat daripada "Janji Tingkap Kuasa"

2011/10/17

SHAH ALAM: Kira-kira 500,000 kereta Proton dijangka mendapat manfaat daripada waranti sepanjang hayat tingkap kuasa yang baharu "Janji Tingkap Kuasa" oleh pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. 

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata skim waranti yang baharu itu terpakai bagi kesemua model Proton yang berdaftar mulai dari 1 September dan model Proton semasa yang masih berada di bawah waranti pengeluar yang bermula pada tarikh sama.

Katanya, waranti itu boleh digunakan hanya bagi model kereta yang dijual di dalam pasaran domestik, sama ada milik persendirian atau syarikat besar yang memiliki banyak kereta.

"Ia meliputi empat komponen utama yang berkaitan mekanisme tingkap kuasa kenderaan itu, iaitu pengatur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis dan "run channel." 

"Sebaik menerima tuntutan dari pelanggan yang layak dan bergantung kepada pematuhan terma dan syarat waranti Sepanjang Hayat Tingkap Kuasa, waranti itu akan dilaksanakan oleh Proton secara percuma, yang termasuk kesemua kos buruh dan alat ganti komponen tingkap kuasa," katanya di sini, hari ini. 

Tekal dengan standard automotif global, Syed Zainal Abidin berkata waranti itu terhad kepada 250,000km atau 10 tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan, yang bergantung kepada yang mana berlaku dulu. 

Sambil Proton telah melakukan usaha signifikan untuk menambah baik kualitinya seperti yang ditunjukkan di dalam kenderaan jenerasi baharunya, katanya sesetengah persepsi negatif jenama itu terus wujud sehingga hari ini. 
"Langkah membetulkan persepsi itu walau pun mencabar adalah satu tugas yang perlu. Waranti ini adalah salah satu daripada inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi mengekang persepsi itu. 

"Pesanan kami mudah sahaja, jika anda membeli kereta Proton hari ini, sila ketahui bahawa tingkap kuasa boleh digunakan dan jika tidak, sila tukarnya secara percuma," katanya. - BERNAMA


...

Kebelakangan ini, Bahasa Melayu (atau Bahasa Malaysia?) kelihatan 'agak janggal' apabila menterjemahkan perkataan khususnya yang bersifat teknikal. Apabila Bahasa Inggeris menyebut Power Window, apakah wajar kita menterjemahkannya sebagai Tingkap Kuasa? Apakah badan yang bertanggungjawab terhadap keseragaman tidak prihatin dalam hal sebegini. Mungkin juga pekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka sudah kekeringan idea untuk mencipta istilah teknikal dalam bahasa kebangsaan.

Mengapa perlu menggunakan perkataan waranti, walhal perkataan jaminan sudah ada bagi menterjemahkan perkataan warranty dalam Bahasa Inggeris. Manakala perkataan jenerasi sepatutnya ditulis generasi.

Standard automotif global (nama khas? - tidak menggunakan huruf besar di awal perkataan?) adalah istilah Bahasa Inggeris. Jika ianya suatu nama khas yang tidak perlu diterjemahkan, sepatutnya penulis artikel ini menggunakan pembuka/penutup kata seperti yang digunakan untuk istilah "run channel".

Akhbar merupakan wadah bahasa yang signifikan dengan masyarakat. Salah satu cabang fungsi penerbitan akhbar adalah mendaulatkan bahasa kebangsaan. Bagaimana masyarakat (yang rata-ratanya kini menggunakan bahasa rojak) mahu menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul jika medium utama bahasa iaitu akhbar arus perdana sendiri dilihat tidak serius untuk memartabatkan bahasa itu.

Tepuk dada, tanya minda_

Sunday, October 09, 2011

Art Attack - Rancangan Paling Best

Bismillah

Awal-awal tahun 2000, kami memasang Astro di rumah sewa kami. Pelbagai rancangan disajikan dalam pelbagai saluran. Namun antara yang paling menarik minat aku adalah rancangan ini.. :)

video

Tadi layan Astro, ternampak lak trailer rancangan ni. Akan kembali lagi!
Yeahh!!!

Saturday, October 08, 2011

Bajet 2012 - Penjawat Awam Sakan

Bismillah...

Semalam Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan bajet untuk tahun 2012. Bertemakan Dasar Transformasi Nasional : Bajet Membela Rakyat, Mensejahterakan Negara, bajet kali ini dilihat lebih menyeluruh dengan memberi kesan langsung kepada golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif.

Namun, kami ingin memberi penekanan terhadap durian runtuh yang diterima oleh penjawat awam. Dengan bonus 1 bulan gaji, kenaikan gaji tahunan, pertambahan had umur persaraan dan pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia sudah pasti membyatkan mereka tersenyum lebar.

Tidak dinafikan, mungkin ada dikalangan penjawat awam yang sinikal terhadap apa yang diterima (kerana berada dalam kem pembangkang), namun hakikat yang harus diterima bahawa kerajaan prihatin dengan 'usaha' mereka selama ini.

Bercakap tentang USAHA, diharapkan pada tahun 2012, pegawai-pegawai kerajaan khususnya pada mereka yang bekhidmat secara terus kepada rakyat akan mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka. Lapang-lapangkan lah pintu pejabat untuk menerima kedatangan rakyat yang mungkin hendak membuat laporan, meminta kelulusan, membuat permohonan dan sebagainya. Bukalah semua kaunter-kaunter yang ada. Jangan lah ada 5 kaunter - 3 tutup, 2 je buka dengan memberi alasan pegawai bercuti.

Tingkatkan produktiviti anda. Kurang-kurangkan lah melepak di kafeteria, murah-murahkan lah senyuman (jangan bimbang - kami tak terpikat) dan yang paling penting keikhlasan untuk berkhidmat. Jangan la makan gaji di sana, tapi maki hamun - hentam macam2, kan?

Semoga usaha semua penjawat awam di Malaysia dirahmati - tahniah!

Thursday, October 06, 2011

Orang Baru 2


Bismillah...


Ini orang baru. Namanya Nur Iman Fitriyah

Tuesday, October 04, 2011

Keychain dan Gelang

Bismillah...


Kami ada bebrapa stok keychain dan gelang tangan untuk dijual. Jika berminat, hubungi kami.

Gelang Tangan - Warna Ungu 

 Gelang Tangan - Warna Merah

 Gelang Tangan - Warna Jingga

Keychain - Warna Hijau

Keychain - Warna Ungu

Kami dalam proses menyiapkan website untuk barangan seperti ini intuk dijual secara online. Nantikan kemunculannya. Bila tu tak tau la, siap nanti kami umumkan.. :)