Sunday, September 23, 2012

Kejutan

Bismillah...



Aku tak pandai bab elektrik. Tapi sesekali kena la juga repair barang-barang elektrik sendiri.  Setakat tukar mentol, tukar plag tu biasa-biasa je. Kat rumah kami gunakan generator (betul ke generator?) untuk pam air perigi terus ke paip air. Pernah sekali rosak, hantar kedai mereka repair kan. Tapi tadi aku memandai pi repair sendiri. Fail! Entah mana silapnya. Masa aku nak buka paip, terkena renjatan. Cramp tangan aku kejap.

....

Pernah masa di kolej, microphone lecturer dalam class kami tak berfungsi. Maka aku bersama seorang rakan, secara sukarela cuba nak repair microphone tersebut. Walaupun kami tiada basic elektrik (kami student architecture, ok!), kami tetap ingin mencuba. Sedang-sedang repair, entah macamana alatan tu meletup. Dah meletup tu kami buat2 tak faham je la. Tinggal macam tu je (kami student architecture, ok!)



Pernah dengar peribahasa tikus membaiki labu? - Tikus tu belajar architecture la. So kepada sesiapa yang tak ada basic electrical, jangan memandai nak repair barang elektrik.

.....

Happy birthday to adik vrieda verlia. - Sekadar peringatan untuk diri sendiri, Selalu confuse tarikh lahir beliau.. kikiki

Sunday, September 16, 2012

Hari Malaysia

Bismillah...

Selamat Hari Lahir, Malaysia. Semoga terus amandan makmur di bawah naungan Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong.

Ya Allah, rahmatilah negaraku ini.

Amin

Friday, September 14, 2012

Tambah Lagi 1

Bismillah..


Alhamdulillah. Tambah setahun lagi. Moga murah rezeki lagi.

Tuhan, terima kasih atas tawaranMu ini.

Wednesday, September 05, 2012

Training Tak Habis-Habis


Bismillah..

Hari ni dan esok training lagi. Tak sudah-sudah training inventor ni. Boring sungguh. Benda aku dah buat hari-hari, tapi kena masuk class balik. Disebabkan ada seorang staff baru masuk, maka dia pun join sekali. Dan disebabkan laptop yang beri tak cukup satu, aku dengan rasa bangganya menyerahkan laptop aku pada budak baru tu. So dia belajar, aku mengajar..

huh!