Wednesday, May 26, 2010

MC

Bismillah


KUALA LUMPUR: Pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit?

Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.

“Majikan di negara berkenaan meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pekerja dan sistem yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu itu, ternyata berkesan dalam mengurangkan pengambilan cuti sakit.

"Sistem itu berjalan baik kerana majikan percaya kepada pekerja, tambahan pula ada mekanisme menilai prestasi pekerja. Kalau pekerja kerap mengambil cuti sakit atau banyak masalah peribadi lain, ia menjejaskan peluang kenaikan pangkat atau pemberian bonus.

"Apa yang penting, perlu ada nilai kepercayaan antara pekerja dan majikan. Kalau kita tidak percaya kepada pekerja, mereka akan menipu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mengguna pakai sistem itu untuk mengatasi masalah pekerja yang sering mengambil cuti sakit.

Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja.
Beliau berkata, ada juga segelintir kakitangan awam mengambil MC selepas melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Dr Molly tidak menolak kemungkinan wujud penipuan bagi mendapatkan MC, tetapi menganggapnya sebagai kes terpencil.

“Kalau ini berlaku, ia perlu dilaporkan segera untuk siasatan, tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara ini.

"Oleh itu, tidak adil untuk menyalahkan doktor yang memberi MC kerana bukan tugas doktor untuk membuktikan pesakit mereka menipu. Kalau mereka kata pening kepala keterlaluan, tidak boleh bekerja, apa boleh kami buat, sudah tentu saya bagi MC," katanya.

Beliau berkata, MC dikeluarkan doktor perubatan bertauliah dan diperakui kerana doktor tidak boleh sewenang-wenangnya memberi cuti sakit tanpa pemeriksaan teliti.


........

Bila sebut sahaja penjawat awam, maknanya lebih 90% adalah Melayu. Dan bila sebut Melayu, faham2 aje la....

Ada yang kata salah kerajaan (biasalah, sekarang ni apa yang kerajaan buat semua tak betul...). Jadi apa yang harus kerajaan lakukan untuk memastikan perkara ini tidak berulang, atau sekurang-kurangnya mengurangkan peratus 'kaki kencing' ini? Mungkin kerajaan perlu mengetatkan syarat kenaikan pangkat dan pemberian bonus. Kalau dah terlalu banyak MC mana mungkin ada peningkatan prestasi. Jika tiada peningkatan prestasi, kenapa harus bayar bonus lebih? Kerajaan juga boleh mengetatkan syarat pengambilan pekerja. Pilih la yang benar-benar sihat. Ada jawatan yang memerlukan ujian kecergasan sebelum pengambilan. Jadi, apa kata kalau ujian kecergasan itu dikaji semula. Buat ujian yang lebih mencabar, cadangan sahaja.

MC itu takkan wujud jika doktor menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Semestinya penjawat awam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital kerajaan juga. Jadi, doktor di hospital itu semestinya juga kebanyakannya Melayu, jadi faham2 aje la...

Apa juga alasan dan cadangan, pokok pangkalnya bermula dari sikap. Sikap penjawat awam harus berubah. Sikap majikan juga harus berubah...

Atau, kalian yang akan rebah..

2 Comments:

Blogger Purpleheart said...

huu sapa la tuu.. tahun lepas amik mc 4 hari - itu pun 2 hari sakit mata, 2 hari sakit gigi..tahun ni baru sehari amik cuti n belum ada mc lagi..

9:51 PM  
Blogger Ezad said...

purple
kerja kena ikhlas..:)

8:39 PM  

Post a Comment

<< Home