Tuesday, January 31, 2012

Tingkat

Bismillah...

Kami sedang mempertingkatkan sistem teknologi maklumat kami demi kepuasan diri kami sendiri.

:)

Tuesday, January 24, 2012

Perut Dan Nanas

Bismillah...


Aku tak faham, kenapa nanas sangat sedap. Aku juga tak faham, kenapa setiap kali aku makan nanas, perut aku buat hal. Kenapa mereka tak boleh bersatu? hmmm.. Dek kerana ketidakkacipan mereka, tak pasal-pasal dubur aku kena kerja keras...


huh!!



Monday, January 23, 2012

Gong Xi Fa Cai - 2012

video

Thursday, January 12, 2012

Penilaian Prestasi

Bismillah..


Aku rasa, akulah orang terakhir dalam syarikat itu yang dinilai prestasinya. Alhamdulillah, markah tip top :) Yang lain-lain masih belum pasti. Tunggu saja surat keluar..

Wednesday, January 04, 2012

Entry Edisi Siang :)

Bismillah...

Cuti sempena anak-anak masuk sekolah :)
Beberapa urusan peribadi perlu dilaksanakan. Antaranya memperbaharui lesen perniagaan. Sedikit perubahan pada lesen SSM sekarang ni ialah dah tak der design2 seperti lesen yang dulu. Dulu ada la tulisan kat background nya tp sekarang ni semua putih. Seperti perint atas kertas A4 biasa je. Pada mulanya aku agak ragu-ragu nak meninggalkan kaunter tu sebab aku tak yakin dengan lesen yang aku dapat. Tapi setelah diperjelaskan maka aku terima je la. Walaupun sepanjang perjalanan keluar menuju ke kereta, aku masih membelek2 'ketidaklawaan' lesen tersebut..

huhuhuh

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru

Bismillah..

Beberapa jam lagi, berakhirlah tahun 2011. Kami percaya, banyak kenangan pahit dan manis terlakar sepanjang tahun ini. Apa-apa pun, jadikanlah ia sebangai pengajaran dan pedoman. Semoga tahun baru 2012 akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kita semua

Terima kasih. Jasamu tetap dikenang :)

Selamat berkhidmat!!

Bila sebut tahun baru, kami percaya, ramai di kalangan kita yang sibuk memasang azam. Pelbagai azam yang ingin dilakukan, tapi akhirnya hanya tinggal angan-angan.

Kepada yang beazam tu, semoga berjaya, dan kepada yang tak mahu berazam tu (aku lah) semogaberjaya jugak lah!

Tuesday, December 20, 2011

Sebiji je tinggal

Bismillah...


Demam-demam ni, macam-macam mimpi yang dialami. Ada mimpi best, ada mimpi tak best, ada mimpi seram dan juga mimpi basah.


Tapi mlam tadi aku mimpi ngeri. Sebiji je yang tinggal.. huhuhuhuh