Sunday, March 27, 2011

Enam

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Genap enam tahun blog ini. Masih mampukah aku menulis di sini di masa akan datang? Hari ini pelbagai medium telah muncul sebagai wadah pehubung pelbagai idea, pendapat dan nukilan peribadi. Facebook sebagai conoth.

Semoga blog ini akan terus bertahan. Doa-doakan lah agar blog ini panjang umurnya..

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour

Bismillah...

Padam lampu...........

:)

Tuesday, March 22, 2011

Sijil

Bismillah..

Jumaat dan Sabtu aku menghadiri training anjuran pihak syarikat. Training pasal menyelesaikan masalah secara berkesan.

Banyak juga la ilmu yang diperlolehi. Tapi yang penting, dapat sijil.. hehe

Monday, March 14, 2011

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Bismillah..



Menyedari kepentingan Bahasa Mandarin, maka hari ini aku mendaftar sebagai pelajar bahasa tersebut. Ianya adalah anjuran Kolej Komuniti daerahku yang terletak di Merlimau. Walaupun agak jauh, namun kugagahi jua. Selama 2 bulan, setiap hari Isnin dan Rabu jam 8.00 - 10.00 malam. Yuran hanya RM10.00 untuk tempoh tersebut. Sangat-sangat murah, tu yang aku nak sangat tu. Matlamat kolej ini membuat kelas sebegini adalah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat belajar secara berterusan. Sebenarnya ada banyak bahasa yang ditawarkan. Tapi aku memilih Bahasa Mandarin.

Insyaallah, bulan depan 1 lagi kelas akan kudaftar. Tapi bidang apa, masih belum dipastikan lagi. Samada nak buat bidang berkaitan kenderaan (mengetuk dan mengecat kenderaan) atau jahitan (membuat kemeja dan seluar).

Pelik,kan? Dua bidang yang jauh bezanya. Tapi aku melihat kepada potensi untuk menjadikannya satu perniagaan sendiri. Tapi, kelas tu belum pasti lagi.

Kelas-kelas ini adalah anjuran GiatMara, sesiapa sahaja boleh daftar. Ini adalah demi menyahut seruan kerajaan agar rakyat Malaysia mengamalkanpembelajaran sepanjang hayat.

Sunday, March 13, 2011

Kisah Sembahyang dan Nabi

Bismillah..

Sedikit info tentang solat kita. Aku tak pasti samada aku pernah buat entry tentang ini atau pun tidak. Walauapapun, aku sekdar menyampaikan sedikit ilmu. Semoga dapat keberkatan darinya..

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB :
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK :
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Wednesday, March 09, 2011

PERKASA

Bismillah..

Hari ni dapat sijil keahlian dari Pertubuhan Pribumi Perkasa.


Selamat memperkasakan bangsamu, Ezad

Sunday, March 06, 2011

Tahniah

Bismillah..

BN kekal di Merlimau. So, nak terus bermimpi ke? Terus buat kerja. Oh!... janji nak jadikan DUN Merliamu antara yg termaju, kan (sekarang antara yang termundur).. apa lagi, buat lah.

Apa-apa pun tahniah dari kami, orang DUN Rim..