Monday, March 14, 2011

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Bismillah..



Menyedari kepentingan Bahasa Mandarin, maka hari ini aku mendaftar sebagai pelajar bahasa tersebut. Ianya adalah anjuran Kolej Komuniti daerahku yang terletak di Merlimau. Walaupun agak jauh, namun kugagahi jua. Selama 2 bulan, setiap hari Isnin dan Rabu jam 8.00 - 10.00 malam. Yuran hanya RM10.00 untuk tempoh tersebut. Sangat-sangat murah, tu yang aku nak sangat tu. Matlamat kolej ini membuat kelas sebegini adalah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat belajar secara berterusan. Sebenarnya ada banyak bahasa yang ditawarkan. Tapi aku memilih Bahasa Mandarin.

Insyaallah, bulan depan 1 lagi kelas akan kudaftar. Tapi bidang apa, masih belum dipastikan lagi. Samada nak buat bidang berkaitan kenderaan (mengetuk dan mengecat kenderaan) atau jahitan (membuat kemeja dan seluar).

Pelik,kan? Dua bidang yang jauh bezanya. Tapi aku melihat kepada potensi untuk menjadikannya satu perniagaan sendiri. Tapi, kelas tu belum pasti lagi.

Kelas-kelas ini adalah anjuran GiatMara, sesiapa sahaja boleh daftar. Ini adalah demi menyahut seruan kerajaan agar rakyat Malaysia mengamalkanpembelajaran sepanjang hayat.

2 Comments:

Blogger Purpleheart said...

wa pu ce tau..

8:50 PM  
Blogger Ezad said...

li haiii!! :)

9:46 PM  

Post a Comment

<< Home