Saturday, September 30, 2006

Sabtu Yang Nyaman

Bismillah.. syukur kerana masih mampu menunaikan ibadah puasa. Samada ibadahku diterima atau tidak, wallahualam

Hari ni, nyaman sungguh. Hujan renyai-renyai dari pagi membawa ke petang. Pergi Air Keroh, tengok proses veneer. So hari ni department aku, tutup kedai, kita orang pakat gi naik van company. Lepas tu pakat gi Bukit Katil. Tengok kedai baru kita orang (eh!! kedai baru dia orang, bukan kedai aku). Tengok VGM ada. Special Assistant for MD pun ada (jawatan baru dalam company ni.. dah tak tau nak bagi jawatan apa kat pompuan nie, so admin pun created la jawatan baru)

Malam ni pun sejuk sungguh. Dapat peluk bantal ni sodap sungguh, perut pun kenyang, ye tak? hehehehe.... Hari ni ada murtabak (eh, ada kata mertabak.. org DBP, tolong jawab), roti jala, pengat pisang, sambal udang, sayur kangkung, ikan goreng serta benda wajib di bulan puasa, kurma yusuff tayuub... Dah semua masuk, time tarawikh tadi terhangguk-hangguk lah, cuaca lak sejuk2 gitu... pehhh.. Kalau tak kerana nak beribadah kepada maha pencipta, dah den bungkus dah badan den ni ngan selimut toto tuh. Tapi bercakap pasal makanan ni, aku rasa, puasa tahun ni aku lom makan kebab lagi.. hehehe, selain murtabak (@ mertabak), kebab juga makanan kesukaan aku time puasa. Tapi kalau tak puasa, gi pasar malam, tak heran pun kebab tu, aku pun tak tau apesal... hmmm.. nafsu kotttttt...

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan 10. Kejap je masa berjalan. kadang-kadang aku rasa aku banyak membazirkan masa. Berubah la inche Ezad, masa tak menunggu kita...


Info Tarawikh

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam

Friday, September 29, 2006

Doa-Doa Dalam Bulan Ramadhan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."
Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih."
Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."
Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."
Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih."
Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."
Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."
Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."
Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."
Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."
Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."
Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."
Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."
Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."
Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."
Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."
Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."
Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."
Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."
Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."
Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."
Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."
Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."
Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."
Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."
Hari Kedua Puluh Enam
"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."
Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."
Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."
Hari Kedua Puluh Sembilan
"Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman."
Info Tarawikh
Malam 7
Seolah-olah dia dapat bertemu dengan nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman

Thursday, September 28, 2006

Sekadar Info Sahaja

Info Tarawikh

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam ini.

Wednesday, September 27, 2006

Hari Aku Dicucuk - Keputusan Kesihatan

Bismillah...

Hari ini, kami dapat result tentang kesihatan kami semua.
Berikut adalah result kesihatan aku, secara am sahaja.

Tekanan Darah - Baik:)
Gred Darah - B (Positive) :)
Fungsi Jantung - Baik:)
Fungsi Hati - Baik:)
Buah Pinggang- Baik (Cuma kurang minum air - urine pekat)
Kolestrol - Kurang baik (kurangkan makan daging, lakukan senaman - risiko sakit jantung) :)
Hipetitis A/B - Negatif (Tak pernah ada protection penyakit tu.. kena cucuk lagi la) :)
Usus - GAGAL (perlu rujuk pakar) :(

Ada masalah kat usus aku. Doktor syak suatu penyakit. Ianya agak bahaya kerana bacaan terlalu tinggi berbanding paras normal. Kena jumpa pakar untuk confirmation :(:(:(

Info Tarawikh

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama pahala orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa

Tuesday, September 26, 2006

Hari Yang Sibuk

Hari ni betul-betul busy lah. Banyak kerja nak kena buat. Penat aku dibuatnya...

Info Tarawikh

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Monday, September 25, 2006

Puasa Di Hari Bekerja

Bagi negeri Melaka, awal Ramadhan adalah hari cuti umum. Tapi tak bagi company aku. Ye lah..dah company Taiwan, ape ke hal lak nak cuti awal Ramadhan, kan? So hari ni aku kerja macam biasa awalpun kepala terhanguk- hanguk kat depan komputer.... Biasa lah kan.. puasa.. :D
Tiada apa-apa yang menarik sepanjang waktu bekerja. Setakat gurau senda ngan amoi-amoi kat situ, malas lah nak taip. Benda biasa aje...
Hmm.. balik dari solat tarawikh, ada 1 missed call kat telefon aku. Rupa-rupanya Norhafizah Jauhari... member lama nih... Aku return call dia tak angkat, kejap tu dia call balik.. wawawah.. sembang lama nampak... tak takut kena hempuk ngan taukey kedai dobi ke En. Ezad???
Sembang perkara biasa2 aje.. Tanya khabar, tanya bila nak kahwin (jadi menantu kau boleh ke?), tanya pasal kerja, tanya pasal boleh ke dapat perabot free (boleh la, syaratnya cuci baju aku selama setahun, sekali dgn iron)... dan lain-lain lah...
Lagi? hmmmm... tarak.. nak layan internet lakss....
Info Tarawikh
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arash supaya kami meneruskan sembahyang tarawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau

Sunday, September 24, 2006

Satu Ramadhan

Hari ini permulaaan puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Alhamdulillah, dapat juga melihat fajar Ramadhan tahun ini.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada seluruh umat Islam.

Tarawikh Info

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orangberiman)

Saturday, September 23, 2006

Ramadhan Datang Lagi

Dengan nama 4JJI yang maha pemurah, lagi maha mengasihani..

Kehadiran ramadhan yang dinanti.

Selamat menyambut bulan Ramadhan diucapkan kepada muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan kepada semua.

Tarawikh Info

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Friday, September 22, 2006

Entry Tanpa Tajuk

Kebanyakan blog dah wish selamat berpuasa kepada pembaca masing-masing. Aku tak fikir nak buat tindakan yang sama. Sebab, esok masih ada. Masih boleh makan banyak-banyak. Boleh makan sambil baca blog.
Sewajarnya, kita sambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Inilah masanya untuk kita menambahkan amal ibadat kita.
Paling penting niat.... korang dah hafal niat puasa ke?

Wednesday, September 20, 2006

20 September 2006

Dua tahun yang lalu, pada tarikh yang sama, aku melaporkan diri untuk bekerja dengan KFC. 20 September 2004, itulah tarikhnya. Terlalu pantas masa berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi masa aku mencari kilang tu. Berputar 1 Melaka....
Hari ini, aku masih di sini. Entah sampai bila.... Aku perlukan perubahan. Bukan tak enjoy, tapi aku rasa dah tiba masanya aku mencipta kerja sendiri, bukan membuat kerja untuk orang lain. Dah tiba masanya.. dah tiba masanya... aku berjanji, aku akan buat.. aku janji... AKUJANJI??
Layanzzzzz...

Tuesday, September 19, 2006

Hari Aku Dicucuk

Bismillah
Kat office ada sessi cucuk mencucuk dan kencing mengencing.. hehehe.. Aku pun join sama. Sebenarnya ada pemeriksaan kesihatan kat office. So, kami pun diminta untuk mengisi sebuah botol dengan air kencing dan 3 buah botol dengan darah. Wah, macam cerita puteri gunung ledang laks. Hasil pemeriksaan akan diberitahu kelak. Sebelum dicucuk tadi, kami diminta untuk puasa dari pukul 10 malam kelmarin dan hari ni, aku tak bersarapan... nasib baik kat office ada biskut. Lepas kena cucuk, makan la sikit...
Next?
Kerja aku banyak tak siap lagi. Bos dah minta siapkan hari Jumaat ni.. isk... runsing-runsing..
Balik kerja, jumpa Fakrul.. promote business dia... K-Link la pulak.. macam-macam adaaa..:)

Sunday, September 17, 2006

Guna Jurnal Berpengaruh, Buka Blog

Ilmuwan Islam perlu guna pendekatan bijak perangi prasangka, bias media Barat
SETAKAT ini apa yang banyak diperkatakan ialah Peristiwa 11 September dan kesan ke atas masyarakat Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS). Apa yang lebih penting ialah implikasi ke atas psyche mereka – bahawa rasa ketakutan terhadap ancaman ‘teroris Muslim’ melahirkan fobia dan reaksi yang pelbagai. Pada waktu sama prasangka dan bias terhadap umat Islam semakin buruk.
Peristiwa 11 September yang diingati ulang tahun kelima minggu lalu adalah penanda penting bagi masyarakat Barat dan umat Islam. Peristiwa itu bukan saja memperkuat hujah mengenai pertembungan tamadun (clash of civilisation) tetapi juga menimbulkan bahaya baru akibat kekeliruan, ketidakfahaman dan keengganan menerima dan memahami satu sama lain.
Apa yang selalu kita lupakan ialah kesan Peristiwa 11 September ke atas umat Islam sendiri. Kita tahu 1.3 bilion umat Islam hari ini sebenarnya tidak lebih baik keadaan mereka selepas kejadian itu. Bagi pemimpin dan ilmuwan Islam, banyak masa dihabiskan untuk mempertahankan imej umat Islam pada kaca mata Barat. Kita selalunya kalah dalam soal ini. Bagi saya peranan ilmuwan atau intelektual Islam dalam soal ini amat penting. Terlalu banyak ketidakadilan diperlakukan ke atas umat Islam dalam media cetak dan media elektronik Barat. Terlalu banyak laporan tidak betul mengenai Islam disajikan pada masyarakat bukan Islam. Islam menjadi senama dengan keganasan dan terorisme. Malah wajah ‘militan Islam’ digunakan sebagai alasan menunjukkan umat Islam menyokong dan membenarkan keganasan dilakukan atas nama agama. Oleh kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Hari ini kerajaan negara Barat menggunakan alasan melawan terrorisme untuk menangkap, menyeksa dan membunuh sesiapa saja. Atau menyerang negara Islam.
Semua ini berlaku kerana umat Islam tidak punya upaya melawannya. Umat Islam lemah dan tidak ada negara Islam boleh menandingi kuasa ketenteraan negara Barat. Media Barat melawan Islam melalui kecanggihan dan taktik perang saraf. Kaum Yahudi menggunakan apa saja untuk menghalalkan tindakan mereka. Mereka menguasai sistem perbankan, industri hiburan dan media. Mereka punya gerakan lobi yang hebat dan ditakuti di serambi kuasa negara Barat. Lobi Yahudi di AS boleh menaik dan menumbangkan mana-mana pemimpin politik negara itu.
Kita hanya ‘menjawab’ tohmahan mereka di mimbar masjid, dalam akhbar dan majalah di negara Islam dan melalui demonstrasi dan teriakan. Kita tidak akan dapat menghujahkan kes kita dengan cara demikian. Dunia hari ini ialah dunia media, dunia TV, dunia soundbites dan dunia mesej dan imej. Kita harus menggunakan semua itu untuk menghujahkan kes kita kepada dunia.
Banyak orang menyatakan tugas melawan prasangka Barat terhadap Islam ini terpikul pada negara Islam di dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Tetapi pertubuhan sedemikian punya keutamaan lain. Biarlah OIC memainkan peranan yang diamanahkan padanya. Isu membabitkan kerjasama sesama negara Islam pun masih bermasalah. Banyak negara anggota OIC sebenarnya masih hidup di bawah telunjuk kuasa Barat.
Bagi saya tugas badan bukan kerajaan atau NGO dan intelektual Islam amat diperlukan dalam konteks ini. Hari ini hampir tidak ada sebuah penerbitan yang berautoriti dan dihormati bagi menghujahkan kes Islam. Kita memerlukan sebuah Foreign Affairs misalnya, jurnal yang diterbitkan dua bulan sekali oleh Council of Foreign Affairs, Inc di New York. Apa yang penting ialah jurnal seperti ini menjadi medan menghujahkan kepentingan tertentu dan oleh kerana ia dibaca oleh pemikir, pembuat dasar dan ilmuwan, maka walaupun edaran kecil tetapi implikasi terhadapnya amat besar.
Di dalam jurnal seperti inilah kes Islam boleh dihujahkan. Bukan itu saja malah apa yang perlu ialah ilmuwan Islam sendiri yang harus menggunakan penerbitan yang sudah established ini untuk berbuat demikian. Kita boleh bergantung pada ‘pakar Islam’ dari kalangan Barat untuk berbuat demikian tetapi kesannya tentulah tidak baik untuk jangka panjang. Selama inipun ‘wacana Islam’ banyak dihujahkan oleh Bernard Lewis, Francois Burgat, John Esposito dan lain-lain dalam buku atau esei yang mereka tulis.
Atau kita harus bergantung pada mendiang Edward Said untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Edward Said ialah intelektual Kristian anak Palestin yang sepanjang hayat mengetengahkan perjuangan dan nasib rakyat bangsa tertindas itu. Melalui buku seperti The Politics of Dispossessions: The Struggle for Palestinian Self Determination 1969 - 1994 dan Peace and Its Discontents serta sekian banyak esei dalam jurnal yang penting, beliau menjadi jurucakap paling dikenali di Palestin. Beliau disegani sebagai intelektual dan dimusuhi rejim Yahudi kerana pendiriannya. Tetapi suara dan consciencenya berkumandang lama selepas beliau meninggal dunia.
Noam Chomsky seperti kita tahu ialah intelektual berbangsa Yahudi yang sebenarnya lebih dikenal sebagai ahli linguistik. Tetapi suara Chomsky sebagai pengkritik dasar AS dan Israel membuat beliau paling menonjol. Di antara sekian banyak intelektual AS berbangsa Yahudi yang menentang tindakan Israel di Asia Barat, Chomsky amat lantang dan tanpa kompromi. Beliau menganggap dasar ‘orde baru neo-liberal’ yang menguasai pentadbiran AS hari ini sebenarnya menimbulkan banyak masalah dan menjadi punca dunia menjadi lebih tidak selamat. Chomsky tidak pernah jemu mengecam dasar yang bagi beliau tidak menguntungkan kemanusiaan.
Saya mungkin dituduh tidak berlaku adil pada intelektual dan ilmuwan Islam yang juga aktif menghujahkan kes Islam di banyak penerbitan antarabangsa. Memang ada intelektual kita sendiri menulis dalam jurnal antarabangsa yang menjadi jurucakap soal keislaman ini. Tetapi bilangan mereka terlalu kecil untuk memberi impak. Lebih malang lagi hampir tidak ada ada langsung ‘pakar Islam’ (Islamic experts) di kalangan kita yang berbuat demikian.
Kita juga harus mengakui kelemahan umat Islam yang terbesar ialah kita tidak menguasai media. Hari ini sesiapa yang menguasai maklumat menguasai kuasa. Sesiapa yang menguasai media menguasai maklumat. Kita semua tahu siapa yang menguasai media. Selagi organisasi media dimiliki kaum Yahudi dan simpatisannya selagi itulah harapan untuk mendapat liputan yang adil bagi umat Islam akan gagal. Malah lebih merisaukan ialah ‘suara pilihan’ bagi media sebenarnya semakin mengecil.
Menurut John Pilger dalam bukunya Tell Me Not Lies: Investigative Journalism and Its Triumphs, pada 1983 kira-kira 50 syarikat gergasi antarabangsa memiliki pertubuhan media utama. Pada 2002, bilangan itu menjadi sembilan syarikat multinasional. Pada Februari 2004, Rupert Murdoch dalam satu ucapannya meramalkan bahawa dalam masa tiga tahun, hanya ada tiga syarikat media yang akan berdiri tegap – milik beliau sendiri salah satu daripadanya. Kita tahu dominasi Murdoch dalam soal ini. Di Malaysia, kita menonton saluran hiburan, filem dan sukan 24 jam milik beliau. Beliau juga memiliki Fox TV di AS yang banyak mewakili kepentingan kelompok anti-Islam. Oleh sebab itulah kita memerlukan Al Jazeera dan Al Manar TV yang sekurang-kurangnya dapat mengimbangi pengaruh mereka.
Saya melihat pilihan lain ialah ‘blog’ atau laman web milik persendirian yang amat berpengaruh masa ini. Pemilik blog atau bloggers hari ini mulai menjadi ancaman pada media arus perdana dalam bentuk tradisional. Mereka adalah suara alternatif yang sebenarnya amat penting. Saya ingin mencadangkan ilmuwan, pemikir, wartawan dan penulis Islam menggunakan blog untuk menghujahkan kedudukan Islam di dalam internet.
Jangan perkecilkan pengaruh internet. Banyak orang Islam mencurigai kehadirannya. Malah ada yang percaya teori konspirasi yang menyatakan itu ciptaan untuk merosakkan akidah Islam. Bagi saya internet ialah senjata yang harus digunakan umat Islam untuk memerangi bias dan prasangka terhadap mereka. Cara ini murah tetapi amat berkesan. Hari ini bloggers adalah wira baru dalam dunia kewartawanan tidak rasmi.
Saya mahu melihat lebih ramai ilmuwan dan intelektual Islam ini mewujudkan blog mereka sendiri. Mereka harus menggunakan kesempatan menjawab tohmahan selain memberikan hujah cerdik pada golongan skeptikal terhadap Islam dan penganutnya.
Mungkin suatu hari nanti akan wujud satu rangkaian blog Muslim yang cukup berpengaruh sebagai suara alternatif. Tetapi rangkaian blog ini harus memancarkan Islam yang sederhana, progresif dan maju.
Umat Islam memerlukan apa saja wahana pada masa ini bagi memerangi pengaruh media yang memusuhi atau yang berprasangka terhadapnya. Dalam dunia yang semakin canggih dan cerdik, kita juga nampaknya harus melawan secara canggih dan cerdik. Bukan dengan sekadar emosi dan dendam. - Johan Jaafar
Nota Tapak Kakiku
Dalam semua aspek, Islam dilihat terbelakang dari umat-umat yang lain. Walhal, Islam pernah bangkit dan umat lain tunduk kepada kita. Hari ini, umat Islam bukan sahaja diperlekeh tapi dibunuh sewenang-wenangnya. Alasan mereka, umat Islam adalah pengganas yang mampu mengancam umat lain.
Setelah diperlekeh sebegitu, apakah tindakan umat Islam? Mereka bangkin dengan menunjukkan perasaan di tepi-tepi jalan, membakar bendera, membaling objek ke arah tepat-tempat ibadat agama lain (bukankah itu tindakkan yang ganas??). Di samping itu, berceramah sambil mengutuk musuh umat Islam. Tidak adakah cara yang lain yang wujud di dalam otak umat Islam??
Penguasaan ekonomi dan politik adalah asas kepada kekuatan ummah. Namun, untuk menguasai ekonomi dan politik, umat Islam perlu ada ilmu pengetahuan. Justeru itu, perkayakanlah diri untuk menguasai bidang-bidang itu. Jika semua umat mempunyai kesedaran, Insyaallah, Islam akan terus dihormati. Bukan cara menuding jari, atau menyalahkan orang lain. Walaupun tindakan mereka salah, tapi hak mereka untuk menjaga kepentingan peribadi mereka. Itu hak mereka. Kerja kita sekarang adalah memperbaiki diri agar orang akan menghormati kita. Jika kita tidak laksanakan tanggungjawab kita, makin banyak bumi yang akan menjadi seperti Palestin, Lubnan, Iraq dan Afganistan. Dan kita, hanya akan merenung nasib mereka dikaca tv, Itupun kalau bukan giliran kita dilanyak-lanyak.

Hari Minggu

Bismillah...
PC aku dah format lagi. Sepanjang dua tahun ni, aku rasa dah 4 kali aku format PC aku ni. Lepas format ni, terpaksalah aku install software-software yang aku nak gunakan. AutoCAD, ADOBE, Macromedia.. software yang aku perlu sentuh setiap hari. Tak sentuh kalu, rasa cam tak best.. ye ke???...
Tak ada apa yang menarik hari ini. Aku godak-godak PC... melayari internet dan chatting (chatting ke? muahahahaha..... chatting keee????)
Lelain tak der la. Ngantuk ni.... Sok dah kerja dah....
Layan je laaa

Thursday, September 14, 2006

Happy Birthday To Me

Hari ni birthday aku yang ke 30. Dah 30 dah, tak banyak pencapaian yag aku buat selama 30 tahun ini, astagfirrullahal'azim.
Anjakan paradigma? Anjakan berganda? Semua anjakan-anjakan ini aku lakukan dalam momentum yang amat kecil (atau tiada langsung??).
Namun, jauh di sudut hati aku, aku ingin berjaya seperti orang lain. Aku selalu tanamkan dalam diri bahawa aku juga boleh berjaya seperti mereka. Namun, tanaman aku kebanyakannya tak terhasil sebagai pokok.
Dalam mengejar kejayaan, jangan lupa kendungkan kegagalan...
Wallahualam
...........................................................................................................................
Petikan berita dari akhbar Melaka Hari ini

BUKIT BERUANG, 13 Sept : Dua pengguna jalan raya, termasuk seorang warga emas, maut dalam kemalangan berasingan di daerah Jasin dan Alor Gajah semalam.
Dalam kejadian pertama, Abdul Rahman Abdullah, 60, cedera parah selepas beliau dikatakan dilanggar oleh sebuah motosikal di Km 21 Jalan Melaka-Muar kira-kira jam 7.30 petang.
Beliau bagaimanapun, meninggal dunia di Hospital Melaka selepas dikejarkan ke hospital tersebut.
Pegawai Turus Trafik Negeri, ASP Ruslan Abdullah berkata, warga emas tersebut sedang berjalan kaki pada masa kejadian, apabila motosikal yang datang dari arah belakangnya melanggarnya.
Dalam satu lagi kejadian, seorang wanita maut apabila terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Petai di Alor Gajah kira-kira jam 7.20 petang.
Mangsa yang dikenali sebagai Wan Farah Liyana Wan Zulkaple, 18, cedera teruk di kepala.
Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Batu 11 Kampung Dusun, Tampin, meninggal dunia di Hospital Alor Gajah kira-kira jam 10.15 malam.
Menurut Ruslan, kejadian tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit dinasihatkan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
**Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka**
Nota Tapak Kaki
Kes kemalangan jalan raya yang terlalu banyak, tak pernah menginsafkan diri kita. Cuba lah renungkan, bagaimana keadaan keluarga mangsa jika mereka kehilangan orang tersayang. Bayangkan jika orang yang kita kasihi menjadi mangsanya, apakah tindakan kita?? Pasti kita juga akan menangis, bukan??

Wednesday, September 13, 2006

Entry Ke2 Hari Ini (Sekadar Catatan Peribadi)

Hari ni merupakan hari terakhir umur aku bermula dari angka dua. Esok masuk nombor 3. Aduh.. sudah berumur dah.. huhuhuhu...
Banyak benda yang harus aku buat...
Ya Allah, aku redha atas segala pemberianMu
Aku redha atas segala dugaan yang Engkau berikan.. Aku yakin, segala pemberianMu itu, adalah yangterbaik untukku
Amin

Aku Yang Bercuti


Hari ni aku cuti. Hanya bercuti untuk KFC, tapi untuk KTE aku terus bekerja. MAITREX 2006 dah tamat dah semalam. Letih juga buat expo ni. Walaupun perolehan amat mengecewakan, tapi aku puas hati. Banyak benda aku belajar selama 3 hari. Paling penting, aku dapat ramai kawan di kalangan usahawan Melayu. Banyak juga offer yang aku terima untuk jadi pengedar produk-produk mereka kat Melaka. Alhamdulillah.
Di sini aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak DPMMNM khususnya Afis, Puan Suhaida dan Puan Sarilawati kerana banyak membantu. Puan Habibah dari Mara dan Encik Shariffudin dari C U At The Top.
Semoga segala usaha yang dicurahkan akan senantiasa diberkati oleh Allah swt.

......................................................................................................

Semalam Kak Yati SMS, bagitau yang ayahandanya dah pulang ke rahmatullah. Innalillahiwainnahirrajiun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Monday, September 11, 2006

MAITREX 2006

Bismillah...

Hari ni, masuk hari kedua MAITREX 2006. Sambutan diluar jangkaan. Tidak ramai orang yang menghadiri expo tersebut. Ini menyebabkan jualan dikebanyakan booth mengalami kemerosotan berbanding semalam. Tidak terkecuali booth 74. Kami juga mengalami kemerosotan yang agak ketara. Kecewa.. namun, setelah berfikir kembali, inilah asam garam orang berniaga. Jika hakikat ini aku tak boleh terima, aku rasa adalah lebih wajar aku memikirkan semula rancangan aku untuk terjun ke bidang ini.
Hakikatnya, aku belajar banyak perkara selama dua hari ni.
Karenah Pelanggan/Pengunjung
Karenah pelanggan pelbagai. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Ada yang suka produk kami dan ada juga yang tidak. Ada yang bangga dengan peniaga melayu, dan ada yang mengutuk (orang melayu juga...) Semuanya harus aku telan.
Rangkaian Perniagaan
Suatu rahmat yang aku perolehi dari expo ini adalah rangkaian perniagaan. Aku dapat banyak peluang untuk terus menceburi bidang ini. Menjadi ahli kelab usahawan, ahli dewan perniagaan, pengedar produk, bantuan perniagaan dan sebagainya. Orang lain bawa balik barang belian, aku bawa balik kad perniagaan.. hehehe...
Pengurusan Majlis
Aku banyak meluangkan masa dengan pihak urusetia. Jadi, banyaklah maklumat yang disampaikan kepada aku. Mereka menerangkan bagaimana mereka menguruskan expo, menghubungi pihak-pihak terbabit sehinggalah menjemput VVIP datang. Sebab aku suka sangat dok kat booth urusetia ni ialah.. (maaf, aku dah padam reasonnya, agak peribadi untuk dikongsi bersama.. hehehehe...)
............................................................................................................
Aku terima berita sedih dari Kak Yati, ayahnya berada di Hospital Melaka akibat kemalangan jalan raya..:(
Semoga segalanya berada dalam kesejahteraan. Ya Allah, rahmatilah mereka sekeluarga, amin

Saturday, September 09, 2006

PROMOSI KUIH RAYA... BELI JANGAN TAK BELI!!


Sebarang soalan, boleh taip kat cbox atau comment...
Menjelang hari raya, berakhirnya puasa... lalalalala....

Thursday, September 07, 2006

Ansuran Hutang Mara serendah RM20 memalukan Melayu

Ansuran hutang Mara serendah RM20 malukan Melayu
Oleh Sadatul Mahiran Rosli

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kesediaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerima bayaran balik hutang serendah RM20 bukan sahaja memalukan orang Melayu, bahkan menggambarkan seolah-olah golongan profesional Melayu begitu ‘miskin’ untuk membayar hutang.

Malah, jumlah bayaran balik yang disyorkan itu juga dianggap ‘tidak masuk akal’ dan tidak akan memberi keinsafan atau kesedaran kepada pemiutang supaya menjelaskan hutang dengan lebih cepat.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Hal Ehwal Pengguna UMNO, Datuk Subahan Kamal berkata, walaupun tindakan Mara itu boleh memberi manfaat kepada peminjam, tetapi ia bukan cara terbaik untuk mendapatkan hutang yang berjumlah RM556 juta itu.

Katanya, tindakan Mara itu dilihat lebih kepada usaha untuk mengelakkan anak-anak Melayu profesional diheret ke mahkamah yang boleh menjatuhkan reputasi dan kedudukan mereka.

“Pembayaran ansuran serendah RM20 memang memalukan, seolah-olah peminjam pinjaman pelajaran Mara tidak berduit sedangkan rata-ratanya berjaya dalam kerjaya masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Mara membenarkan peminjamnya membayar hutang secara ansuran serendah RM20 sebulan jika mempunyai masalah.

Sehingga 30 Julai lalu, tunggakan hutang Mara berjumlah RM556 juta membabitkan 121,486 peminjam.

Subahan berkata, Mara sebenarnya sudah tidak boleh berlembut lagi dengan peminjam yang degil dan telah beberapa kali diberikan peringatan serta amaran.

“Wang yang dipinjam adalah hak Mara dan sudah tentu Mara berhak mendapatkannya kembali, carilah cara lain yang lebih tegas dan yang boleh menyedarkan peminjam untuk membayar hutang mereka,’’ katanya.

Menurut Subahan, jika peminjam itu mampu membayar pinjaman rumah serta kenderaan, mereka juga sepatutnya mampu membayar balik pinjaman pelajaran dalam jumlah yang besar.

“Kedegilan dan tiada tindakan tegas seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan adalah punca Mara tidak dapat mengutip hutangnya dengan berkesan,” katanya.

Sementara itu, tokoh ekonomi, Prof. Diraja Ungku Aziz berpendapat, Mara perlu menyediakan satu kaedah yang drastik tetapi munasabah dan tegas bagi menyedarkan peminjam tentang tanggungjawab membayar hutang.

Menurutnya, isu itu tidak timbul jika semua pelajar yang membuat pinjaman menyedari tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman mereka.

Beliau berkata, orang Melayu perlu mempunyai tanggungjawab dan insaf bahawa bantuan yang diterima telah membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang baik.

Beliau turut mengingatkan bahawa tidak membayar hutang itu adalah berdosa walaupun kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mara itu adalah sindiran kepada peminjam Mara yang terdiri daripada orang Melayu.

“Sepatutnya, mereka (orang Melayu) malu dengan kenyataan itu, seolah-olah graduan Melayu tidak mampu untuk membayar pinjaman pelajaran dan mudah lupa dengan bantuan yang diberi oleh Mara dalam membiayai pelajaran mereka.

“Janganlah sampai kaum lain mengiakan kata-kata Melayu Mudah Lupa ekoran daripada tindakan itu,’’ katanya.

Tambahnya, tindakan Mara yang masih berlembut dan tidak tegas adalah penyebab kepada kedegilan anak Melayu untuk membayar hutang.

Katanya, banyak cara lain yang boleh gunakan oleh Mara untuk mendapatkan semula wangnya tetapi bukan dengan cara ansuran serendah RM20.

‘‘Mara boleh mengarahkan majikan membuat potongan gaji sehingga pinjaman selesai, tindakan mahkamah ke atas mereka yang degil atau melantik satu badan sebagai pengutip hutang,’’ jelasnya


Nota Tapak Kakiku

Sungguh!! Melayu sememangnya bangsa yang tak reti tanggungjawabnya. Bukan sahaja kepada ribuan penagih dadah ditepi-tepi longkang, belia-belia yang berpeleseran di kompleks milik cina dan gadis-gadis yang suka tayang pusat dan seluar dalam (bila kena rogol menangis la pulak). Tak perlu cakap la pasal ahli politik yang masuk dewan rakyat hanya semata-mata nak bangkitkan hal-hal peribadi dan berebut jawatan itu dan ini. Dan 1 lagi golongan, para eksekutif/profesional yang liat nak bayar hutang. RM20 UNTUK LANGSAI HUTANG. Sampai ke liang lahat la jawabnya mereka kendung hutang-hutang tu.
Semua peringkat, Melayu menunjukkan reputasi cemerlang sebagai bangsa yang tak reti tanggungjawab. Dulu kata-kata sindiran Melayu yang layu, ditelan jua, tapi hari ini, Melayu serupa kayu, mampukah engkau menelannnya jua??. Aku semakin tak sanggup untuk jadi Melayu. Sungguh, aku makin tak berdaya......Kecewaku makin tak terbendung... Tatkala bangsa lain mengejar kemajuan, Melayu makin hilang pegangan, baik yang tua, atau yang muda, pemimpin atau yang dipimpin, yang berjaya dan yang gagal.............tertera bebal didahi Melayu

Tuesday, September 05, 2006

Naik Taraf Perbandaran

Laporan : Harian Metro 5.9.2006




JASIN: Majlis Daerah Jasin (MDJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) terakhir di negeri ini yang bakal dinaik taraf kepada majlis perbandaran selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Sebelum ini, dua PBT lain sudah dinaik taraf kepada majlis bandaraya dan majlis perbandaran membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini, MDJ masih belum menerima surat pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sudah dimaklumkan secara lisan beberapa pegawai Bahagian Dasar kementerian terbabit.
Yang Dipertua MDJ, Kamaruddin Md Shah, berkata pihaknya yakin akan menerima surat pengesahan itu daripada kementerian terbabit dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya akhir tahun ini.
“Pada peringkat awal kami menjangkakan surat pengesahan itu akan diperolehi awal tahun ini bagi membolehkan pengisytiharan menaik taraf itu dilakukan Jun lalu.
“Ini kerana, jika MBMB diisytiharkan pada April, MPAG pula Mei, maka adalah cukup baik jika Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) diisytiharkan pada Jun,” katanya.
Sehubungan itu, Kamaruddin turut mengajak masyarakat di Jasin supaya sentiasa bersedia untuk `menyambut’ kedatangan suasana baru selepas Jasin diumumkan sebagai majlis perbandaran.
Pada 15 April 2003, kerajaan negeri mengumumkan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMMB) dinaik taraf sebagai MBMB, manakala Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG) kepada MPAG pula pada 1 Mei tahun yang sama.
Pengisytiharan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku SyedSirajuddin Syed Putra Jamalullail, mengikut Seksyen 4 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Mengikut syarat yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pihak berkuasa tempatan yang ingin dinaikkan taraf daripada majlis perbandaran kepada majlis bandaraya perlu memenuhi beberapa kriteria.
Ia termasuklah kawasan itu mesti menjadi pusat pentadbiran sesebuah negeri dengan jumlah penduduk tidak kurang daripada 300,000 orang.
Selain itu, pihak berkuasa tempatan itu juga perlu mempunyai autonomi daripada segi kewangan dengan hasil pendapatan tahunan tidak kurang RM80 juta.
Kawasan yang dicadangkan itu juga perlu mengalami perkembangan ekonomi yang pesat, mempunyai pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh serta memiliki pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab, universiti dan perpustakaan.
Nota Tapak Kaki : Jika Jasin diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran, maka dengan ini, Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mana semua jajahan takluknya bertaraf Majlis Perbandaran. Adakah fakta aku ni betul? Kalau salah, tolong la betulkan.