Sunday, April 25, 2010

Tahniah

Bismillah

Tahniah kepada BN kerana berjaya merampas kerusi Hulu Selangor. Besok, sila buat kerja. Jangan kerana nak undi, anda janji macam-macam. Tapi bila dah menang, anda lupakan tanggungjawab anda.

Ingat, kerusi itu bukan untuk bersenang lenang. Anda adalah kuli rakyat Hulu Selangor. Bekerjalah untuk mereka, bukan mereka bekerja untuk anda.

Kepada rakyat Hulu Selangor, kalian telah memilih wakil kalian. Tahniah dan terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab kalian.

Monday, April 19, 2010

Hulu Selangor v.2

Bismillah...

Oh!! semalam empat, hari ni dah tinggal dua.

Selamat berjuang!

Sunday, April 18, 2010

Hulu Selangor

Bismillah...

Selamat bertanding kepada ke empat-empat calon.
Berkempen lah secara sihat. Jangan bangkitkan isu-isu sensitif. Dan yang paling penting, jangan bankitkan isu peribadi calon.

Ingat tu, ini adalah pesanan dari pihak yang mempertahankan kerusi.

Sebelum ni, depa guna isu peribadi calon tak apa, itu dulu.. sekarang mereka dah insaf!

Maka... Jangan bangkitkan isu peribadi calon.

Ada faham??

Sunday, April 11, 2010

Layan Perabot

Bismillah...

Manager set & conference table

-Mood: cuti-

Saturday, April 10, 2010

Sudah Bersawang

Bismillah

Lama pula tak kemaskini blog sendiri. Asyik laan facebook aje. :)
Sibuk dengan design, sibuk dengan bisnes sendiri.
Tak tau nak kejar mana dulu..

Walauapapun, Isnin cuti dari merekabentuk. Penat mengadap AutoCAD dan Inventor...