Saturday, January 30, 2010

Kursus

Bismillah

Hari ni, aku kursus rahsia tarikh lahir di salah sebuah hotel di Melaka. Best sangat. Boleh tau kelemahan dan kekuatan seseorang.

Tapi, telah dinasihatkan agar jadikannya sebagai panduan sahaja. Tak perlu percaya sangat.

Besok sambung lagi.

Friday, January 29, 2010

Sudah Tamat

Bismillah

Tamat sudah masa untuk kita orang bersukaria. Bos akan masuk besok.

Isk..isk.. isk.. kerja-kerja yang diserahkan 2 minggu lepas pun tak siap-siap lagi

Saturday, January 23, 2010

Hari Berkabung

Bismillah

Sedia maklum akan hari berkabung bagi negeri Johor. Tapi tak pasti samada syarikat aku bersama-sama ingin berkabung. Jadi aku ke pejabat juga. Ketika sampai, aku dapati pekerja dah ramai sampai. Maka bekerja la seperti biasa. Tapi jam 9 pagi, syarikat mengumumkan pekerja-pekerja pejabat boleh pulang. Tapi tidak bagi production.

Maka lepak-lepak minum teh tarik. Lepas tu cabut balik rumah

Petang jumpa rakan, bincang-bincang bisnes pulak

Friday, January 22, 2010

Kemangkatan

Bismillah..


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Terdahulu, petang tadi Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dilantik Pemangku Raja.


......

Semoga roh baginda dicucuri rahmat

Thursday, January 21, 2010

Tarikh Lahir

Bismillah

Hari ni belajar tentang tarikh lahir.

Friday, January 15, 2010

Apa Yang Menggembirakan

Bismillah...

Satu pertanyaan,

Apakah perkara yang menggembirakan anda ketika berada di pejabat?

Jawapan aku..

Bila boss berangkat ke luar negara selama 10 hari.

Heh

Wednesday, January 13, 2010

Printer

Bismillah

Hari ni, aku beli printer baru.
Printer lama dah rosak dah.

Monday, January 11, 2010

Letih Dalam Bercuti

Bismillah

Walaupun bercuti, tapi ada banyak perkara yang aku kena selesaikan. Memperbaharui cukai jalan. Jumpa agen insuran, masukkan duit dalam beberapa akaun.

Jumpa pelanggan adalah menyeronokkan, kan?

Walaupun aku ada bawa kerja pejabat untuk disiapkan di rumah, tapi ternyata kerja-kerja tu tak siap, sepenuhnya.

3 set yang aku bawa, 1 je siap.

Sekarang dah letih. Tak mau buat kerja lagi. Mau rehat-reha sambil layan youtube.. heh!

Wednesday, January 06, 2010

Tahun Berubah, Kerja Bertambah

Bismillah

Hampir seminggu 2010 bersama kita. Banyak perkara yang perlu diurus. Kerja di pejabat semakin banyak apabila pihak pengurusan bercadang untuk menyertai lebih banyak pameran pada tahun ini. Lebih banyak penyertaan maknanya lebih banyak rekaan baru perlu direalisasikan. Makin banyak rekaan yang diilhamkan, makin banyak yang ditolak.