Sunday, March 30, 2008

Perubahan Yang Mengelirukan

Bismillah

DAP - 6
PKR - 3
PAS - 1
Sebelum ini, 'para ulamak' (ulamak ke?) mengatakan bekerjasama dengan bukan Islam adalah HARAM. Sekarang ini, dah HALAL. Inikah perubahan yang kita mau?
Besok lusa, apa pula yang jadi HALAL ye...? (yang sebelum ni segalanya HARAM)
Ini bukan Islamik, ini munafik

Thursday, March 27, 2008

Ulang Tahun Ke 3

Bismillah..
Hari ini genaplah usia blog
MENCARI DAMAI ABADI
ke 3
SELAMAT ULANGTAHUN
SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI

Tuesday, March 25, 2008

Bebelan

Bismillah
Hari ini, semua designer kat office aku mendengar bebelan CEO. Ini adalah gara-gara design boss aku direject bulat-bulat. Dah lewat petang masa tu, lebih kurang 6.30 petang. Aku tengah kemas laptop, konon-konon nak balik la. Pada mulanya aku tak terbabit untuk projek tu. Tapi entah macam mana, CEO minta idea aku untuk improve design boss aku tu. Aku orang baru, takkan nak kutuk design boss aku. haha.. aku kata, aku tak ada idea untuk design tu. Walaupun hakikatnya aku cukup tak suka warna yang digunakan, dark brown. Warna yang tak sesuai untuk ruang sempit. Ada bentuk curve untuk kabinet fail yang kecil, pada aku, ianya membazirkan ruang kabinet itu sendiri di samping menyusahkan production. Kabinet fail yang kecil buat empat segi je. Habis cerita.
Wah.. banyaknya kutukan aku terhadap design boss!! Hahaha....
Tapi lagi banyak CEO complaint design tu. Sudahnya, CEO aku mula membebel. Dia kata design tu nampak kelakar, semak, kos tinggi. Lepas tu dia org tujukan bebelan tu kat kita orang pulak. Desinger perlu banyak tengok katalog. Ubah idea orang lain, kena tau konsep, kena tau warna, kena tau trend... Sambil tu buka cerita pasal Minangkabau, kisah zaman Hang Tuah, Sultan Iskandar Shah. Nak gelak pun ada, tapi...
..... dalam kepala, aku hanya fikir pasal 4 projek yang perlu aku siapkan sehingga minggu depan.
Pening...pening....

Friday, March 21, 2008

Super Hero?

Bismillah
Aku dapat arahan dari babe supaya menyiapkan tag ini. Alahai...
Aku bab2 cerita dongeng ni aku kurang mahir sikit. Lagipun aku tak kenal pun super hero-super hero kat alam dongeng ni. Batman? Superman? Spiderman? Cicakman? Kluangman?...
Apa tuuuuuuuuuu???
1. Apa super power idaman anda?
Aku tak tamak macam Wonder Woman tu, aku cukup la ada 1 je. Aku nak power yang boleh menyelesaikan segala masalah rakyat dengan hanya petik jari je. Asal petik jari je dpt ilham, asal dpt ilham je petik jari. Cam tu la lebih kurang. So, PU13, undi la aku :D
2. Siapa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan itu?
Superezadman. Korang kenal? ahahahaha.. tak kenal sudah!!!
3. Kenapa atau untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Untuk mendapat ilham laaaaa
4. Kelemahan superpower anda? Wajib ada
Tak glamer macam superhero amerika tu
5. Nama anda sebagai hero?
Superezadman II
6. Motto anda sebagai superhero?
Mari naik motokar abang jolok moto ye banggg
Sekian terima kasih

Thursday, March 20, 2008

Hari Maulidul Rasul

Bismillah
Hari ini adalah cuti umum bagi aku. Alhamdulillah. Sempena cuti umum ni, kerja aku adalah menyiapkan kerja pejabat. Sambil tu buat juga kerja-kerja freelance aku. Letih sungguh.
Lain-lain, tiada yang menarik. Besok kerja. Best!!

Thursday, March 13, 2008

Lelaki

Bismillah
Lelaki, kononnya mestilah seorang yang gagah perkasa.
Tapi ada juga yang tidak berapa gagah. Ala-ala lembut gitu. Ada yang lebih teruk, bawa bedak pergi pejabat. Alahai.....
Jadilah lelaki yang keras, walaupun bukan gagah.

Wednesday, March 12, 2008

Baru Nak Berbaik?

Dey macha...
Sudah tumbang kalu, baru mau baik-baik ka? Masa ada kuasa, masa ada pengaruh, lu orang sombong. Batu besar kapla atas ada dodok. Tak mau jumpa satu sama lain.
Sekarang, krusi hilang, undi hilang, sudah bau baik-baik. Mau lupa kisah lama. Apa mau bikin sekarang? Duduk warung la... Sembang-sembang kisah masa depan
Dey macha... piiiraahh...
815pm.. ketika mendengar Buletin Utama

Tuesday, March 11, 2008

Hari Mengundi Pun Sudah Berlalu

Bismillah...
Masih hangat diperkatakan tentang pilihanraya. Rata-rata bercerita tentang 'kemenangan memalukan' yang diterima oleh BN. Siapa yang boleh menafikan perkara itu? Tumbangnya kerajaan BN di 4 negeri yang dikuasainya sebelum ini adalah bukan calang-calang negeri. Selangor misalnya adalah pusat segala kegiatan ekonomi, budaya dan sosial bagi negara ini, kini dikuasai oleh PKR.
Dari satu aspek, aku amat gembira dengan perkembangan ini. Tuhan maha adil. Mungkin mahu menguji kekuatan pemimpin-pemimpin kat bumi Malaysia ini. Sebelum ini, acapkali selepas pilihanraya, macam-macam tohmahan dilemparkan. Adanya pengundi hantu, sistem tidak telus, suruhanjaya berpihak kepada parti pemerintah dan sebagainya. Sekarang, siapa yang berani mempertikaikannya?
Hari ini (selepas 3 hari pilihanraya berlalu), ada dengar pasal pengundi hantu? Ada dengar pasal sistem tidak telus? Ada dengar pasal SPR tidak adil?
Tak ada bukan? Mungkin pasal masing-masing dok sibuk fikirkan barisan kabinet/exco yang akan dibentuk. Dalam sejarah, semua parti bertanding kali ini berjaya membentuk kerajaan masing-masing. Kalau sebelum ni, yang kalah tak der buat apa-apa, so depa dok canang la segala keburukan yang berlaku (barangkali).
...............................
Jadi, hari ini, masing-masing ada kuasa. Buktikan kepada rakyat jelata, di kalangan you all, siapa yang paling bagus memimpin. Ada 5 tahun sahaja. Setiap pemerintah perlu bekerja keras. Mana-mana janji yang telah dibuat tu, jangan buat-buat lupa pulak. Jangan dok bagi macam-macam alasan. Kalau sebelum ni kata nak bagi RM6000 setahun. Bagi aje. Jangan bagi alasan you all tak ada kuasa akses ke kementerian kewangan.
Kata nak mansuhkan tol, mansuhkan. Jangan dok bagi alasan, kerajaan negeri tak mampu tanggung kos pembinaan dan sebagainya.
Ada kata nak teruskan pembangunan sedia ada, buat. Agihkan segala projek kepada rakyat. Sama timbang, sama adil. Jangan dok bagi kroni je. Buat bangunan tinggi2 bagi kat kroni you all, buat parit pun bagi kat kroni you all juga ke?
Satu lagi. Masa berbahas kat parlimen tu, cakap la perkara-perkara yang ilmiah sahaja. Setaraf dengan imej you all sebagai wakil rakyat. Tak payah la dok bertekak kemudian cakap perkara-perkara yang diucapkan oleh budak-budak sekolah. Takat nak buat macam tu, tak payah jadi wakil kami. Kami yang tak sekolah tinggi ni boleh buat.
Kami nak you all tunai janji. Macam mana nak tunaikan janji tu, itu bukan masalah kami. You all orang cerdik pandai. Sebelum berjanji, dah tentu lah you all akan berfikir dulu, kan? Cakap, tapi tak buat, berjanji tapi tak tunai, adalah sifat manusia munafik. Kami tak mahu pemimpin yang munafik. Kuasa ada ditangan kami. Bila-bila aje parti you all boleh tumbang kalau you all adalah golongan munafik.
You all bukan tuan kami sebenarnya. You all kuli kami. Jadinya, tolonglah
Buat kerja!
Buat kerja!
Buat kerja!
Amaran keras untuk BN. Ingatlah, bukan selamanya rakyat akan berpihak kepada anda. Begitu juga yang lain-lain.
Dengan lafaz tulus ikhlas, saya menyokong penuh kepimpinan Pak Lah. Bukan atas kapasiti beliau sebagai presiden UMNO, tapi atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang telus dan adil (siapa berani menafikan kenyataan ini?)
Mohon jasa baik TDMM agar terus menyokong kepimpinan PM sebagaimana beliau pernah meyokong TDMM pada tahun-tahun 97-99.
Sesungguhnya, aku bukan ahli mana-mana parti politik.
Itulah perubahan namanya. Lepas ni ada fatwa baru, undi DAP pun masuk syurga juga

Sunday, March 09, 2008

Hari Mengundi

Bismillah...
Semalam hari pengundian. Aku mengundi untuk DUN Rim dalam Parlimen Jasin.
Ketika ini, keputusan pilihanraya sedang hangat diumumkan.
Telah diketahui bahawa DUN Rim dan Parlimen Jasin dimenangi BN. BN juga telah menubuhkan kerajaan di Melaka.
Keputusan di luar jangkaan telah banyak berlaku dalam pilihanraya kali ini. Setakat ni, PP beralih tangan ke DAP, Kelantan masih milik PAS, Kerusi di Wilayah banyak dirampas DAP.....
Nampak gayanya, kepimpinan Pak Lah goyah setelah memang besar sebelum ni. Betul kata Tun Dr Mahathir, BN mungkin boleh bentuk kerajaan, tapi dengan majoriti yang semakin mengecil (mentor aku ni memang ahli nujum.. aku suka!!).
Aku nak tengok keputusan. Ulasan pilihanraya akan ditulis kemudian.

Tuesday, March 04, 2008

Akaun

Bismillah
Hari ini, aku ambil exit pass untuk ke Bandar Muar. Tujuannya adalah untuk membuka akaun EON Bank. Memandangkan aku memang tak biasa bandar ni, maka semalam, aku dah ronda-ronda dah sekejap. Jumpa la EOB Bank tu. Jadi, hari ini, aku terus saja tuju ke lokasinya. Tapi sebelum keluar, rakan sekerja ada bagitau, yang bank memerlukan salinan Mykad. Aku fikir, aku tak akan menghadapi masalah untuk cari kedai photostat ketika di bandar nanti. Selepas letak kereta di hadapan bank, aku menuju ke deretan kedai berhampiran. Konon-konon nak cari kedai photostat la. Tapi tak jumpa. Aku alihkan pandangan ke deretan kedai bertentangan, tiada signboard kedai yang ada ciri-ciri kedai photostat (biasanya kedai buku lah). Aku tanya amoi di sebuah kedai. Katanyanya, kedai photostat yang paling dekat adalah 'selepas roundabout'. Aku lihat, ia lebih kurang 200 meter dari situ.

Huh??

Aku memulakan perjalanan, sampai deretan kedai 'selepas roundabout' aku lihat tiada kedai photostat. Aku pun terus melangkah. Jalan punya jalan, jumpa la sebuah kedai photostat. Itupun selapas 10 minit aku berjalan!!!

Huh??

Bandar Muar memang besar. Tapi banyak restoran Cina dan kedai nombor! Oh, di samping itu banyak poster roket juga.

OK.. habis bab photostat. Lepas photostat, aku menuju ke bank semula. Oh, baru aku perasan. Sebelah bank pun kedai nombor juga!

Dalam bank, orang tak ramai. Aku menuju ke sebuah meja pegawai bank. Layanannya sungguh mesra (dan cun juga). Dia minta Mykad aku. Aku bagi. Kemudian dia suruh aku scan jari. Selepas meminta beberapa butiran lain, dia suruh aku sain borang-borang tersebut. Aku tak perlu isi pun. Sambil-sambil tu sembang la sesikit. Siap offer aku kad kredit lagi. Alahai.. aku yang tergoda dengan ke'cun'annya, ambil sahaja borang permohonan kad kredit tu.

Lepas tu, dia suruh aku ke kaunter untuk masuk duit dan ambil kad ATM. Sekali lagi amoi kat kaunter tu minta Mykad aku. Beberapa minit kemudian, aku dah dapat buku akaun dan kad ATM EON Bank.

Yang aku tension, dia orang tak minta pun salinan MyKad aku.. huhuhuhuhu....

Nasib baik la layannya mesra dan amoinya cun, kalau tak.. tak berbaloi rasanya berjalan selama 20 minit hanya untuk buat salinan MyKad, lepas tu tak digunakan.

Rakan sekerja aku tu pun tak boleh marah, sebab awek... hahaha

So, sekarang ni, aku dah ada 6 buah buku akaun. hahaha.. Tak termasuk akaun Tabung Haji dan akaun syarikat aku. Buku je banyak, wang nya tak banyak-banyak juga...

Saturday, March 01, 2008

Murung

Hari ini, tahap metabolisme aku jatuh pada tahap paling rendah. Beberapa situasi menyebabkan aku rasa kecewa. Keadaan dan sikap beberapa orang individu menyebabkan aku rasa seperti hilang keyakinan diri.


Matinya seorang cupid. Keadaan aku hari ini. Seperti kena anak panah. Tapi sakitnya lebih dari itu. Mungkin aku tak perlu jadi cupid. Sebab bila aku jadi cupid, aku nampak stupid. Bila nak pandai?