Akaun
Bismillah
Hari ini, aku ambil exit pass untuk ke Bandar Muar. Tujuannya adalah untuk membuka akaun EON Bank. Memandangkan aku memang tak biasa bandar ni, maka semalam, aku dah ronda-ronda dah sekejap. Jumpa la EOB Bank tu. Jadi, hari ini, aku terus saja tuju ke lokasinya. Tapi sebelum keluar, rakan sekerja ada bagitau, yang bank memerlukan salinan Mykad. Aku fikir, aku tak akan menghadapi masalah untuk cari kedai photostat ketika di bandar nanti. Selepas letak kereta di hadapan bank, aku menuju ke deretan kedai berhampiran. Konon-konon nak cari kedai photostat la. Tapi tak jumpa. Aku alihkan pandangan ke deretan kedai bertentangan, tiada signboard kedai yang ada ciri-ciri kedai photostat (biasanya kedai buku lah). Aku tanya amoi di sebuah kedai. Katanyanya, kedai photostat yang paling dekat adalah 'selepas roundabout'. Aku lihat, ia lebih kurang 200 meter dari situ.
Huh??
Aku memulakan perjalanan, sampai deretan kedai 'selepas roundabout' aku lihat tiada kedai photostat. Aku pun terus melangkah. Jalan punya jalan, jumpa la sebuah kedai photostat. Itupun selapas 10 minit aku berjalan!!!
Huh??
Bandar Muar memang besar. Tapi banyak restoran Cina dan kedai nombor! Oh, di samping itu banyak poster roket juga.
OK.. habis bab photostat. Lepas photostat, aku menuju ke bank semula. Oh, baru aku perasan. Sebelah bank pun kedai nombor juga!
Dalam bank, orang tak ramai. Aku menuju ke sebuah meja pegawai bank. Layanannya sungguh mesra (dan cun juga). Dia minta Mykad aku. Aku bagi. Kemudian dia suruh aku scan jari. Selepas meminta beberapa butiran lain, dia suruh aku sain borang-borang tersebut. Aku tak perlu isi pun. Sambil-sambil tu sembang la sesikit. Siap offer aku kad kredit lagi. Alahai.. aku yang tergoda dengan ke'cun'annya, ambil sahaja borang permohonan kad kredit tu.
Lepas tu, dia suruh aku ke kaunter untuk masuk duit dan ambil kad ATM. Sekali lagi amoi kat kaunter tu minta Mykad aku. Beberapa minit kemudian, aku dah dapat buku akaun dan kad ATM EON Bank.
Yang aku tension, dia orang tak minta pun salinan MyKad aku.. huhuhuhuhu....
Nasib baik la layannya mesra dan amoinya cun, kalau tak.. tak berbaloi rasanya berjalan selama 20 minit hanya untuk buat salinan MyKad, lepas tu tak digunakan.
Rakan sekerja aku tu pun tak boleh marah, sebab awek... hahaha
So, sekarang ni, aku dah ada 6 buah buku akaun. hahaha.. Tak termasuk akaun Tabung Haji dan akaun syarikat aku. Buku je banyak, wang nya tak banyak-banyak juga...
6 Comments:
sama la..ted kad atm melambak tau..tp duit hampeh takde jua..hehe
isk... jgn dilambakkan kad tu. nanti org curi.. :)
isk kita pon same... byk kad tapi duit nye tak de pon... huhu
manje
simpan la rm10 setiap bulan utk setiap akaun. janji ada... :)
kalau aku jadik kau,
aku akan fikirkan kat mana port sesuai kat situ untuk bukak kedai potostet
tak der.. aku dah usyar dah... hehe
tak der kedai kosong.. semua full
Post a Comment
<< Home