Friday, August 31, 2012

Merdeka

Bismillah...

Alhamdulillah, Malaysia menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-55 tahun. Seperti biasa, hari-hari merdeka sebegini, rakyat akan dihidangkan dengan acara-acara perarakan, lagu-lagu patriotik dan cerita-cerita sedih dan pilu zaman sebelum merdeka. Dah biasa sangat dah!

Tapi tak kisah la tu, yang paling penting, setiap rakyat harus menghargai nikmat kemerdekaan ini. Bagaimana? Terpulanglah kepada diri masing-masing, asalkan negara ni tak huru-hara, tak berperang sesama sendiri dan tak dijual kepada negara luar...cukup lah..

Janji Ditepati - Rasanya tema ni tak menepati semangat kemerdekaan.  Tak kisah la, asalkan negara makmur.. :)

Tuesday, August 21, 2012

Cuti Seminggu

Bismillah...

Hari ini dikhabarkan ramai dah pulang ke bandar kerana esok mereka mula bekerja. Namun, masih ramai yang mengambil cuti sehingga hujung minggu ini bagi meraikan Aidilfitri. Yang cuti panjang tu, termasuk la aku. Nak beraya lagi. Tapi dalam pada masa yang sama, aku ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dalam minggu ini.

Kepada yang pulang ke bandar tu, selamat jalan. Behati-hati ketika memandu.

Sunday, August 19, 2012

Sakan

Bismillah...

9.30pm - Bateri kong (nite all)


Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri

Bismillah


Dengan kerendahan hati, kami memohon ampun dah maaf sekiranya sepanjang penglibatan kami dalam penulisan blog ini ada yang terkasar bahasa dan tersilap perbuatan. Semoga Syawal tahun ini memberi keinsafan kepada semua umat Islam. Allah hanya meminjamkan nikmatnya kepada kita, maka syukurilah ia.

Ya Allah, rahmatilah umatMu ini.. Amin

Tuesday, August 07, 2012

Lebihan Kos

Bismillah...

Raya tahun ni, aku telah mengalami lebihan kos yang sangat tinggi. Radio kereta tak berbunyi dah, maka aku pi kedai, pasang radio baru. Bila dah pasang, radio masih tak berbunyi, Makenik tu kata speaker aku rosak. Dah kena beli speaker pula. Maka, perbelanjaan untuk kereta melangkaui belanjawan yang telah ditetapkan.

Pap!! Dahiku tepuk.. :)


:)

Friday, August 03, 2012

Pertengahan

Bismillah

Alhamdulillah, sudah hari ke 15 umat Islam melalui bulan rahmat tahun ini. Sungguh cepat masa berlalu. Diam tak diam, tinggal separuh bulan lagi menjelang Syawal.

Beberapa minggu ni, situasi kami tak menentu. Dengan kerjanya, dengan orang-orang sekeliling, macam-macam hal. Kadang-kadang rasa geram, sesekali timbul panas baran, tiba-tiba timbul kasihan pulak.

Raya bakal menjelang tak lama lagi. Namun, tiada persiapan untuk diri sendiri. Ada beberapa urusan sebenarnya yang masih tertangguh, Janji dengan beberapa teman, masih belum tertunai. Nampaknya kena tunggu lepas raya la ye.. ehehe...

Hmmm....