Saturday, March 31, 2012

Mimpi Junjungan Besar

Bismillah...

Sedikit tazkirah dari facebook rakan


‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Tuesday, March 27, 2012

7

Bismillah...

Genap tujuh tahun. Dah boleh pergi sekolah rupanya. Semoga murah rezeki dan panjang umur.

Amin



Sunday, March 25, 2012

Telefon

Bismillah...

Sejak awal tahun hari tu aku berhasrat untuk membeli telefon baru. Bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain. Pada mulanya nak beli pada hari lahirnya, tapi tertangguh pula.
Semalam telefonnya buat hal. Pagi tadi dah tak boleh cas baterinya. Sah la dah rosak. Tengahari aku terus belikan yang baru..
Alhamdulillah, mak aku dah ada handphone baru.. :)

Friday, March 23, 2012

Cuti

Bismillah...

Cuti di hari Jumaat, untuk menguruskan beberapa perkara. Ketika di bandar, aku lupa yang hari ni hari jumaat. Maka aku tak letak kupon parkir. Ngam-ngam aku keluar sebuah kedai, penguasa majlis perbandaran dah stand-by. Selamat aku!!

heh!

.....................

Asal aku cuti je, jabatan kerajaan mesti system down. Asal system down je aku cuti. Apesal ntah. Agaknya memang aku tak serasi dengan pejabat kerajaan kot...

Sunday, March 18, 2012

Nikotin

Bismillah...

Tadi aku lepak sambil tengok berita. Tertarik dengan 1 berita yang mengatakan bahawa kementerian kesihatan akan mengurangkan kandungan nikotin sebanyak 50% dalam setiap batang rokok. Tujuannya adalah untuk mengurangkan ketagihan rokok di kalangan rakyat Malaysia.

Deyy!!!

12 Februari hari tu, kata nak beri nikotin percuma kepada yang berhasrat untuk berhenti merokok. Hari ni pula kata nak kurangkan kandungan nikotin dalam rokok. Tapi kenapa kurangkan 50%? Kenapa tak hapuskan terus nikotin tu dalam rokok?
Betul, dua-dua itu boleh mengurangkan ketagihan merokok. Tapi ketagihan itu berpunca dari sikap. Kalau mereka tak nak berhenti merokok, memang tak der makna pun tindakan itu. Soalnya, bagaimana kita hendak menyedarkan masyarakat bahawa merokok itu membahayakan kesihatan mereka? Letak grafik tak jalan, kempen itu ini tak jalan... hmmmm

Aku terfikir sesuatu...

Apa kata, arahkan peruncit jangan display rokok tu kat kaunter. Letakkan rokok tu kat rak yang sama dengan racun serangga, racun rumpai, baja dan bahan-bahan racun yang lain. Sure la benda-benda tu terletak di tempat-tempat yang tersorok, kat atas lantai dan sebagainya. Moh kita tengok, sapa yang sanggup hisap benda tu...heh!

boleh?

Friday, March 16, 2012

Amah Indonesia

Bismillah...


Khabarnya rakyat Malaysia bakal memiliki pembantu rumah warga Indonesia yang profesional dan terlatih. Dengan syarat, mereka sanggup membayar minimum RM700.00 sebulan dan mengarahkan mereka melakukan 1 tugas sahaja.
Itu adalah intipati laporan akhbar hari ini.

..............

Aku sedang berkira-kira untuk mengambil pembantu rumah. Dengan syarat dia adalah seorang Muslim dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Makanya calon yang paling layak adalah warga Indonesia. Nak harapkan warga tempatan jadi amah, jagan harap le. Lebih baik mereka kerja kilang. Ada juga O.T.
 Tapi dengan syarat yang sebegini, nampaknya terpaksalah aku membatalkan hasrat memilih warga Indonesia sebagai pembantu rumah aku.
Bagi aku, sebagai pembantu rumah, mereka seharusnya melakukan kerja-kerja rumah seperi kemas rumah, memasak, mambasuh dan menjaga kanak-kanak. Tapi dengan terma baru ini, mereka hanya melakukan 1 tugas yang dipertanggungjawabkan. Jika majikan membayarnya hanya untuk memasak, maka kerjanya memasak sahaja. Kalau baby menangis, sorry.. bukan kerja dia untuk siapkan susu baby itu.

Logik ke? Kenapa persefahaman ini termetrai? Yang duduk berbincang tu tak pakai otak ke? OK lah, aku boleh ambil mereka bekerja jadi pembantu rumah aku. Aku memerlukan seorang tukang masak. Terms dia begini:-

- Tiada penginapan - maksudnya pembantu rumah aku tak duduk serumah dengan aku. Mana dia nak duduk, itu dia punya pasal la. Tapi aku perlu tau dia dudduk di mana, sebab bekalan bahan mentah, aku akan hantar ke ruamh itu. So, make sure dapurnya lengkap. Perlu diingat, mereka telah dilatih selama 200 jam untuk menjadi tenaga kerja mahir dan profesional.
- Dia perlu menyediakan makanan 3 kali sehari. Pagi, tengahari dan malam.
- Dia perlu hantar makanan itu tepat pada waktunya. Kenderaan? Sorry, tak provide. Pandai2 la ko hantar makanan tu, naik basikal ke, jalan kaki ke.. itu ko punya pasal. Bukankah kau telah dilatih selama 200 jam untuk jadi pekerja mahir dan professional?
- Setiap kali lewat hantar makanan, kena penalti. Potong gaji lor. Macam tempat kerja aku buat. Lambat beberapa saat pun, potong gaji!
- Cukup bulan, aku akan bank in kan gaji dia.
- Nak cuti, kena isi form. Tak hantar makanan selama 2 hari berturut-turut tanpa notis, automatik, dia dikira ponteng dan aku berhak untuk pecat dia.

Kalau sesiapa amah Indonesia yang  boleh terima terms ini, anda dialu-alukan untuk memohon. Pelbagai faedah dan gaji lumayan disediakan! Kenaikan gaji dan bonus tahunan akan diberi berdasarkan prestasi semasa.

Wednesday, March 14, 2012

Aku Gemuk?

Bismillah...

Pagi tadi, peristiwa itu berulang. Nasib baik belum sampai office. Masih kat rumah kejadian tu berlaku. Ini memberi tanda bahawa aku dah gemuk. Tahap gemuk yang melampau. Gemuk gedempol orang kata. Nampak gayanya, aku terpaksa la diet dan bersenam. Tak boleh macam sekarang - Tidak melakukan aktiviti kecergasan.

Nak tau peristiwa apa yang berulang tu???


..........................................................................................................Butang seluar tercabut... ;)

Tuesday, March 13, 2012

Sudah Pasti

Bismillah..

Alhamdulillah. dapat surat dari pengurusan. Dapat gaji baru, jawatan baru.

....................

Aku sebenarnya amat sedih dengan apa yang berlaku terhadap kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar seperti yang dilaporkan di akhbar hari ini.

Tidak pasti apa yang ada dalam diri manusia yang membakarnya. Yang pasti di dalam diri mereka bukan sahaja tiada hati dan perut, akal juga tidak dianugerahkan. sanggup membakar kanak-kanak yang tidak berdosa.

Akhbar juga melaporkan bahawa ketika kanak-kanak itu ke kedai, ibunya sibuk dengan FB. Hal ini aku tak mampu nak ulas. Nampaknya media yahudi nan satu ini sudah mampu melalaikan umat kita.

Jadi kepada para ibubapa, pelihara anak-anak anda dengan sempurna. Jangan abaikan mereka. kanak-kanak masih belum mampu berdikari. Jangan biarkan mereka keluar rumah tanpa diiringi orang dewasa.

Semoga apa yang berlaku akan menjadi iktibar kepada kita semua {ayat skema?). Kepada pihak berkuasa, siasatlah kes ini sesegera mungkin. Jangan biarkan pembunuh itu terus berkeliaran. Dia mungkin sedang memerhattikan kanak-kanak lain untuk dibunuh.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh adik  Nurul Nadirah (Dirang)

-Al-Fatihah-





Monday, March 05, 2012

Pameran Perabot

Bismillah...

Kami mewakili semua pemain industri perabot Malaysia mengundang kalian ke Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia 2012(MIFF 12). Pameran yang bermula pada 6 - 10 Mac akan di adakan di PWTC, Kuala Lumpur.

.................

Apabila bermulanya pameran, maka berakhirlah kesibukan melampau kami, manusia-manusia yang bertugas di tingkat 3. Hmm.. sebenarnya separuh dari kami, yang separuh lagi tu tak masuk senarai sebab mereka fokus produk lain. Hari ni barulah kami boleh bergurau senda sesama kami. Kalau tak, asyik nak angin 1 badan je. Emo je lah. Maunya tak, tension seyy!! Kalau dengar telefon berbunyi tu rasa nak lari je, tak mau jawab panggilan. 

Apa-apa pun, minggu ni boleh bernafas sikit walaupun ada banyak benda lagi nak kena buat. Ah!!! persetankan tu semua.

:)