Thursday, July 29, 2010

Habis

Bismillah

Sejak hari Selasa hari tu, beberapa designer telah dipilih untuk menghadiri training software Inventor. Training ni adalah untuk update ilmu kami tentang Inventor tu. Banyak juga la info terbaru yang kami dapat. Yang paling penting, update training ni dapat membantu memudahkan kerja kami.

1 lagi, apabila ada training, makan percuma adalah yang dinantikan..

heh!

Sunday, July 25, 2010

Tag : Tak Suka

Bismillah...

Aku dah lama tak buat tag. Aku dah lupa mcm mana nak buat tag ni.
Maka aku pun copy & paste je ayat2 org yang tag aku tu..

Jgn marah haaaaa...:D

TAK SUKA BILA:

1. duduk melepak dengan kawan-kawan, asyik dia je la yang nak bercakap. lepas dia, dia.. lepas dia, dia. pastu cakap plak tak henti-henti. semua perkara dia nak cerita. dari sekecik-kecik kena gigit dek semut api, sehinggalah kekalahan brazil yang memalukan. dia, dia dan dia sesaja. heh.

2. ada orang suka menyampuk dan potong waktu orang tengah bercakap. aku rasa sangat tidak beradab dan berbudi. kalau orang tengah bercakap, boleh tak kau diam? dengar dan fokus apa orang cakap dulu? lepas orang tu dah habis cakap, baru la ko plak cakap. boleh?

3. orang yang semedang pikir dia je betul. orang lain semuanya tak betul. dia la yang paling handsome, paling lawa, paling kaya, paling best best la. kira semua dia je bestttt… orang lain tak ada nya yang best. oiii tak leh bawak mati pun ko punya best tu okkk…

4. yang membz body dan kepochi hal orang lain dengan terlampau-lampau. ada beza antara kepochi dan concern yer. ingat tu anak-anak!

5. dalam panggung wayang. bukak kasut. ko ingat bau kaki ko semerbak? orang yang suka tendang-tendang kerusi. oii nak tendang kalu, pi main bola la oii… tak letak hp dalam silent mode. pastu jawab call cakap kalau boleh nak bagi satu panggung tu dengar. tak belajar sivik ke kat sekolah ha? yenadey?

6. terpaksa deal dengan orang yang tak menepati waktu. fantang betul aku. kalau ko tau ko akan terlambat, boleh tak inform awal-awal supaya aku tak ternanti-nanti tertonggok-tonggok? kalau tak boleh tunaikan janji, jangan tepati..
kalau takat 5,10 minit boleh la consider. kalau lewat sampai sejam 2. apa kes??

7. dilanda migraine. adoiyaii.. rasa nak pecah medula oblongata. sapa yang pengidap migraine ni tau la kan.. memang takde ubat pong. kena balik rumah tidur je.. huhu…

8. waktu drive. jumpa dengan driver yang tak reti nak guna signal. kereta bapak besar-besar, mahal-mahal. takkan signal rosak kot? boleh tak kalau nak ke kiri ke, ke kanan ke, bagi signal 5 saat lebih awal??? lagi satu waktu kat roundabout. roundabout tu dicipta sebab nak smoothkan lalu lintas. bukan bagi lagi sesak. kalau ko kat luar roundabout, boleh tak bagi kereta dalam bulatan tu clear dulu? motipp ko ko nak cucuk-cucuk???? heh.

9. sakit perut nak terkucil di kawasan yang takde toilet. expecially dalam hutan. tetiba hutan kan.. huahuahua… takde la, maksud aku cam tengah vacation ke, tengah camping ke, tengah jalan-jalan la pendek katanya. perut la memulas-mulas sampai berpeluh-peluh. hazabbbb kooo….

10. dan yang tak terakhir sekali. orang pinjam duit, kemudian liat nak bayar. dah pinjam tu, bayar la weyy.. kalau kata tak boleh bayar bulan nie, ko kasik tau aku molek-molek. nak bayar bulan depan. nie dah la pinjam duit orang, pastu bila terserempak, boleh pulak ko buat muka kering. apakaaa…


......


Ada antara yang aku pun tak suka. Ada yang aku tak kisah sgt. Antara yang tak kisah tu adalah seperti no 9. Alaaa... apa adahal, tepi semak pun ok je.. hehehe

Tuesday, July 20, 2010

Happy Birthday

Bismillah

Hari ni, umur Iman 1 tahun

Monday, July 19, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah dari teman...

Bismillah...

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Tuesday, July 13, 2010

Pelatih Industri

Bismillah

Sejak hari Isni lalu, department kami menerima 2 orang pelatih industri. Kedua-duanya perempuan. Seorang dari institusi pendidikan awam Malaysia dan seorang lagi dari universiti di Jerman.

Yang dari Malaysia tu biasa-biasa aje, maklumlah, budak lagi.

Tapi yang dari Jerman tu, kufikirkan boleh la tunjuk skil dia kat kita orang, maklumlah.. sebelum ni kami digembar-gemburkan bahawa dia adalah seorang 'designer' yang hebat..

Tapi.. hampasss

1 kerja pulak aku nak ajar dia AutoCAD

Sampah betul....

Tuesday, July 06, 2010

Salah Bayar

Bismillah

Aku menggunakan perkhidmatan online banking untuk membayar segala bil-bil.

Tadi terima bil telefon. Selepas belek-belek, aku tengok, bulan lepas aku dah terlebih bayar. Bukan sikit-sikit lak tu, 2 bulan punya bil pun tak habis lagi tu. Setelah semak, rupa-rupanya bulan lepas aku tersalah bayar. Aku bayar bil elektrik 2 kali.

Huh! berhati-hati ketika membuat pemindahan wang secara online. Kalau dengan organisasi macam TNB, TM, kira selamat la lagi. Buatnya terpindah kepada orang lain. Haru..

:)