Sunday, November 28, 2010

Melaksana Agenda Rakyat


Bismillah

Tahniah kepada PKR kerana telah berjaya melaksanakan Kongres Tahunannya yang ke-7. Semestinya kongres tahunan ini menjadi perhatian kerana ianya turut melaksanakan pemilihan pucuk pimpinan. Tahniah juga kepada yang berjaya dipilih ke jawatan masing-masing.

Melaksana Agenda Rakyat

Apa yang dimaksudkan dengan agenda rakyat ini? Rakyat yang menjadi ahli PKR sahaja atau rakyat Malaysia keseluruhannya?

Atau rakyat yang dimaksudkan itu adalah 3-4 orang rakyat Malaysia yang disayangi oleh Ketua Umumnya.

Samada sanggup menelan ataupun tidak, hakikatnya PKR menjadi 1 parti yang hanya untuk menjadikan seseorang sebagai Perdana Menteri. Tidak lebih dari itu. Soal rakyat dibela atau tidak, itu bukan urusan mereka. Yang penting, ketua mereka harus ke Putrajaya.

Untuk sampai ke Putrajaya, pelbagai cara yang digunakan. Tak kira halal-haram. Tak kira depan-belakang. Matlamat menghalalkan cara - istilah yang dicipta untuk pembangkang Malaysia, tak kira Pas, DAP, bahkan PKR juga. Semuanya menggunakan apa juga cara - untuk menumbangkan BN.

Berapa ramai lagi rakyat yang masih berjuang dengan PKR? Berjuang untuk apa? Untuk Ketua Umum ke Putrajaya atau melaksana agenda rakyat?

Apakah agenda rakyat itu? - Mewujudkan sebuah kerajaan yang telus, adil dan bebas rasuah?

Kalau itu agenda rakyat yang mahu dilaksanakan, PKR merupakan sebuah parti yang salah untuk menjayakannya.

Salah kerana mereka bukan sebuah parti yang telus, adil dan bebas rasuah.

Bukti?

Tepuk dada tanya minda. Aku percaya, jawapan ada pada semua orang yang berfikiran matang.

Walau apapun,

Selamat menjalankan tugas kepada pemimpin-pemimpin PKR. Jenguk-jenguklah ahli-ahli di peringkat ranting.

Mereka adalah rakyat yang perlukan perhatian. Maklumlah, anak manja. Perlu dibelai selalu. Kalau tak, menyalak la mereka di tepi jalan..

Tak pasal-pasal nanti ada yang kena guling dek ahli sendiri

Monday, November 22, 2010

Hari Keputeraan

Bismillah..

Hari ini seluruh warga Johor bercuti sempena hari keputeraan baginda sultannya. Semoga tuanku senantiasa sihat sejahtera di bawah rahmat Allah

Daulat Tuanku

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha

Bismillah...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut aidiladha kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada.

Semoga aidiladha ini memberi seribu keinsafan kepada kita.

Doakan kesejahteraan saudara kita di Palestin..

Sunday, November 14, 2010

Terus

Bismillah..

Besok, aku akan terus kekal di selatan. Walaupun sebelum ini ada tawaran dari utara.
Terima kasih di atas tawaran tersebut.
Bukan tak menarik, tapi.........

:)

Sunday, November 07, 2010

Tengok Dulu

Bismillah...

Bed for kid.

Thursday, November 04, 2010

Deepa

Happy Deepavali to all Indians in Malaysia.


.............................

Tahniah kepada wakil-wakil rakyat yang baru. Bekerjalah untuk rakyat. Jangan sombong. Meraka dah beri undi, maka balaslah kepercayaan mereka.