Thursday, April 28, 2005

Perjalanan yang masih jauh

Memulakan hari dengan bergerak ke pejabat. Hari ni, entah kenapa, seolah-olah tiada masalah melanda. Sepanjang hari di pejabat, kat rumah, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Di pejabat, aku siapkan dresser yang sekian lama tertangguh. Kemudian buat queen bed. 2-3 kali aku naik kat show room bagi memastikan kerja aku perfect kali nie. Insyaallah.
Dalam kol 10, aku bawak khairul & Zila ke K3. Tunjukkan proses kayu. Dari batang kayu, sehingga jadi material perabot. Canggih gak. ehehehe.. aku pun first time tengok benda tu. Tapi environmentnya langsung tak menarik. Bising, berhabuk.....isk... pekerja kat situ tak sakit ke?
Balik dr office, singgah Jasin. Beli mug..:) Nak buat air kat office.. Sebelum nie, tegok pakai botol air mineral je. Sejak dapat bilik baru nie, kita orang dah bawa biskut, nescafe... .. boleh la kunyah2.. walaupun kerja sambil makan, bukan tabiat aku. Yang aku tau, time keje. Tangan kanan kat mouse, tangan kiri kat keyboard, mata kat screen. Mulut diam!! ehehehehehehe

Wednesday, April 27, 2005

Kereta Dah OK

Bismillahirahmanirrahim...

Pagi tadi, aku gie keje awal. kol 710 dah sampai office (kalau kat Sapura, 710 tu kira biasa2 aje). Tapi sebelum bertolah, enjin kereta aku mati 3 kali dalam garaj aje. Hati dah mla risau sesangat.. Ingat nak Emergancy Leave je. Tapi sampai gak Bukit Rambai.. jangan memain (kebal tak kebal la kancil aku tuh!!) Kol 10, pmen abang Baharin sampai. So dia bawak la kancil aku ke workshop dia kat Malim Jaya. So, time lunch tadi, aku aik kereta Zalina.. Kereta aku siap kol 5 ptg. Pome bagitau, dia tuka plug (aku dah tukar last week), cuci caburator ngan ada 1 lagi benda.. aku dah lupa lak..... So, time balik tadi, berdesupppp.. wa cakap luuu...
tatak sangkut..sangkutttt.... tapi lesap RM80.00 la. That's ok... tak la banyak sangat:)

Tuesday, April 26, 2005

Kenapa Menara Pisa condong?

TERDAPAT tujuh benda atau binaan yang disenaraikan sebagai ajaib di dunia iaitu Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer; Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi; Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz; Candi Borobudur yang terletak di Jawa; Angkor Watt di Kemboja, Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu dan Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.
Setiap binaan itu mempunyai keistimewaan dan keajaibannya yang tersendiri. Walaupun binaan itu telah berusia ratusan dan ada yang mencapai ribuan tahun tetapi masih berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Malahan teknologi moden pada zaman kini masih tidak mampu untuk menghasilkan binaan yang sedemikian rupa. Persoalan, keupayaan masyarakat dahulu membina bangunan dan monumen tersebut masih lagi menjadi tanda tanya yang belum terjawab sepenuhnya.
Menara Pisa umpamanya telah condong semasa pembinaannya pada tahun 1154. Hanya tiga tingkat daripada lapan tingkat menara itu yang dapat disiapkan sebelum menjadi condong disebabkan oleh kelembapan tanah liat yang tidak dapat menyokong keseluruhan bangunan itu. Menara yang mempunyai ketinggian 56 meter ini didapati semakin senget dan keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan kepada para arkitek bahawa bangunan ini tersembam ke tanah dalam sedikit masa lagi. Namun begitu, selepas hampir setahun berlalu, Menara Pisa masih berdiri dengan kukuh dan berbagai-bagai usaha telah dibuat untuk memastikan binaan ini terus berada pada posisi asalnya. Sebagaimana binaan lain, pembinaan Menara Pisa mengambil masa 200 tahun untuk disiapkan. Pembinaan menara ini tergendala beberapa kali kerana keadaan tanah yang mendap dan masalah kewangan.
Para jurutera yang membina menara ini berasa ragu-ragu untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan kerana khuatir bangunan ini akan tumbang sebelum dapat disiapkan. Biarpun kebimbangan itu berasas tetapi tidak pernah menjadi kenyataan, lantas menjadikan menara ini terus diselubungi dengan misteri mengenai kedudukannya yang senget itu. Arkitek yang bertanggungjawab membina menara ini ialah Bonanno Pisano. Beliau hanya sempat menyiapkan tiga tingkat sahaja sebelum menghilangkan diri. Terdapat berbagai-bagai jawapan telah cuba diutarakan untuk menjelaskan kehilangannya.
Ada pengkaji menyatakan bahawa Pisano berhenti kerana dapat melihat bencana yang bakal melanda menara itu. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa menara itu sengaja dicondongkan oleh Pisano bagi menunjukkan kehebatannya sebagai seorang ahli arkitek yang tersohor pada zamannya.
Hampir 90 tahun bangunan itu dibiarkan sehingga seorang arkitek bernama Giovanni dari Simone menyambung pembinaannya. Seperti Pisano, arkitek itu hanya mampu menyiapkan tiga tingkat bermula daripada tingkat lima, enam dan tujuh. Menara itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya 80 tahun kemudian dengan pembinaan tingkat lapan yang berkubah. Dalam kubah itu ditempatkan beberapa buah loceng yang setiap satunya seberat satu setengah tan. Loceng itu akan dibunyikan bagi merayakan sesuatu kemenangan dan tanda berlakunya kematian. Kini loceng itu tidak lagi dibunyikan bagi mengelakkan sebarang getaran yang boleh meretak dan meranapkan menara itu. Bagi menghindarkannya daripada menyembah bumi, para saintis telah mengikat menara ini dengan kabel logam. Kabel itu berperanan sebagai sokongan kepada Menara Pisa yang didapati condong satu inci pada setiap tahun.
Kenapakah Menara Pisa boleh condong sedangkan bangunan di kawasan sekitarnya berada dalam keadaan yang elok. Kajian yang dibuat pada tapak binaan itu mendapati tanahnya mengandungi pasir dan tanah liat yang tidak stabil serta mengandungi kuantiti air yang banyak. Tapak yang menjadi asas pembinaan menara itu pula merupakan bekas lagun lama yang mengalami kesan pasang surut air. Malahan kesan pasang surut itu masih lagi berlaku sehingga kini menyebabkan mendapan berlaku dan mengakibatkan menara itu terus condong ke sebelah kiri. Walaupun Menara Pisa dibina dengan asas lantai dan konkrit setebal 13 kaki tetapi masih tidak dapat menampung beban dan berat menara seberat 14,500 tan. Sebarang bentuk pergerakan yang berlaku di bawah tanah sudah tentunya akan menyebabkan menara ini rebah. Yang lebih menakjubkan ialah gempa bumi yang berlaku pada tahun 1846 tidak sedikit pun menjejaskan struktur Menara Pisa.
Sesungguhnya menara ini mempunyai daya ketahanan yang cukup hebat. Jika tidak, sudah lama menara ini rebah menyembah bumi. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan daripada berlaku maka kenderaan bermotor dilarang menghampiri menara itu. Pada masa yang sama, pelbagai ikhtiar sedang dijalankan untuk mempertahankan mercu tanda yang menjadi kebanggaan warisan tamadun barat. Selain menjadi daya tarikan jutaan pelancong, bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Menara Pisa memiliki nilai seni dan estetika yang mengagumkan.
Sesiapa yang berpeluang mendaki 294 anak tangga menuju ke puncaknya akan melihat satu pemandangan yang menarik dari atas bangunan itu. Menara ini juga pernah digunakan oleh Galileo Galilei untuk melakukan demonstrasi sainsnya. Ujian yang dilakukan pada tahun 1589 mendapati bahawa setiap objek berlainan berat yang dijatuhkan mempunyai kelajuan yang serupa.
Tiada siapa pun yang berani meramalkan bilakah menara ini akan tumbang. Tetapi ramai yang percaya bahawa binaan ini akan rebah pada suatu hari nanti. Keyakinan ini berasaskan kepada keadaan yang semakin condong berbanding pada peringkat awal pembinaannya. Ukuran yang dibuat pada masa dahulu menunjukkan menara itu condong 0.04 inci setahun. Tetapi sekarang kecondongannya meningkat kepada 0.06 inci setahun. Meskipun tapak asas bangunan itu telah diperkuatkan dengan memasukkan 93 tan konkrit tetapi nampaknya masih tidak dapat menghalang pergerakan bangunan itu. Begitu juga dengan langkah menyalurkan keluar air hujan daripada bahagian bawah masih tidak berupaya mengelakkan daripada terus tenggelam. Pada tahun 1573, usaha untuk menguatkan tapak asas telah dilakukan dengan melekatkan kepingan marmar tetapi malangnya marmar itu telah tenggelam bersama-sama dasar bangunan.
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh menara ini ialah kecondongannya bukan disebabkan oleh masalah hakisan, pergerakan tanah atau tindak-tanduk manusia. Pada Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada tingkat atas bangunan itu rosak teruk kerana bedilan peluru meriam. Namun, bedilan meriam ini masih gagal meruntuhkan bangunan yang berusia satu kurun itu. Musuh terbesar kepada menara ini ialah daya tarikan graviti yang secara perlahan-lahan menyebabkan bangunan itu sengit sehingga 14 inci daripada kedudukan tegaknya. Apakah dengan segala peralatan moden dan kemajuan sains, manusia dapat menyelamatkan salah satu daripada benda ajaib di dunia? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapannya. Mungkin masa dan takdir yang menentukan sama ada menara ini dapat ditatap oleh generasi yang akan datang atau pun hanya sekadar tinggal dalam lipatan sejarah sahaja.

Kereta sangkut-sangkut

Bismillah...
waa.. pening paler aku. Kereta kancil aku sudah batuk-batuk.. Maklum lah. sudah tua kot:) By the way, aku dah tanya abang Baharin, besok dia bawa member dia datang tengk. Dia kata mungkin caburator aku problem. Minyak sangkut.
OK la tu....
Hari nie, reputasi aku kat KCF terjejas teruk. Ye lah, Khairul punya OK, aku punya yang sangkut. Hampeh toll la! Memang drop my water face punya kes.
Besok, aku nak datang awal. Nak siapkan chest & dresser aku. Tak boleh jadi nih!!!

Monday, April 25, 2005

Hari-hari yang biasa

Hari Isnin, 25.04.2005...
Masa memang benar-benar mencemburui umat manusia. Termasuklah aku (ye lah.. aku pun manusia gak). Hari nie, seorang staff baru IED memulakan hari pertamanya. Aweqs la pulak. Hari pertamanya, aku menyruh dia susun file yang berterabur dalam almari. Then after lunch, aku suruh dia distribute drawing yang dah siap. Banyak gak minggu nie punya drawing. 6 set!! Rekod baik punya!!!... Hari nie senior aku half day. MC..demam katanya. OK la tu.. Aku doakan ko cepat sembuh
Balik kerja, aku try buat flash. OK gak. Tapi tak jadi. Besok la sambung.. ehehehehe... Tapi, rasanya memang boleh buat. Dah recall memory dah.
Aku tak der idea yang banyak hari nie... so, aku paste jenaka ni yang aku copy dr 1 laman web

Berapa bulan?
Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan. Setelah mendapat gilirannya di kaunter, pegawai berkenaan terus bertanya tentang jumlah yang ingin dibayarnya.“Berapa bulan, Puan?”Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab, “Dah masuk lapan bulan ni...” sambil mengusap-usap perutnya.

Anak kakaktua
Seorang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang. Tiba-tiba seorang lelaki muda bergaya 'punk' duduk di sebelah lelaki tua tersebut. Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut. Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu, pemuda punk itu bertanya, “Eh, pakcik, kenapa tenung saya macam tu? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?” Setelah menarik nafas panjang, lelaki tua itu menjawab, “Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakaktua. Jadi sekarang ini aku keliru, jangan-jangan kamu adalah anak ku.“
OOOOOOOOOO... aku dah tau macam mana nak tukar-tukar text color nie. Hampeh tol, benda depan mata pun tak nampak.. ahaks... makin meriah la blog aku nie...kuang..kuang..kuang..kuanggggg
See... kan ada macam-macam kaler nie...ahaks

Sunday, April 24, 2005

Begitu pantas masa berlalu

Hari nie, aku hanya duduk di rumah. Tak gi memana pun. Duduk kat rumah aje. Malas la nak berjalan-jalan. Lagipun kereta aku tu terbatuk-batuk. Nak gi workshop.. tapi MALAS.. adohai... ape nak jadik ngan aku nie. Sifat2 kemalasan semakin menjadi-jadi lak sejak dua menjak nie. dah la tu, beberapa program aku pun dah tertangguh. Misalnya, pergi ke pejabat Majlis Belia Malaysia caw Jasin. Entah bila la aku nak gi sana. MALAS betul lah. Paper work untuk Fillah pun tak siap lagi. Pening paler nak menaip lah.
Besok dah keje. Malam nie nak kena iron baju lagi. Hari-hari yang aku lalui rasa cam laju je. Tapi time kat office, rasa macam jarum jam tu tak bergerak. Hmm.. besok ada staff lagi masuk. OK la, kurang sket beban keje. Dah ada tenaga lain lagi.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Maknanya, umur pun dah makin lanjut. Kejap je aku dah 7 bulan kat tempat baru. Dan, dah 7 bulan juga aku menetap di kampung. Beberapa hari lepas, Aery call, inform kat aku yang dia nak masukkan duit sewa rumah yang dulu tu. So terbuka la sikit cerita pasal si Halim tu. Dah putus cinta? Hidup dah tak tentu arah? Duduk ngan pak cik Rejab?? Come on la, takkan aku tak der ko dah tunggang langgang dah.. ehehehe..
Sabo la Lim, orang lain pun banyak masalah gak. Tapi man-man la. Satu masalah timbul, takkan ko nak hancurkan life ko tu.....ehehehe.. kalau korang tau pasal si Halim tu, email la kat aku. Aku ak tau sangat pasal abang sorang tu. Ada try call, tapi tak berjawab. Cam ceti kutip utang lak aku nie.
ehehehe.. ileks la braderrrrr.. moh minum kat kedai kak ina tuh..ehehe.. pe kaba dia skang ek??
*macam mana nak kasi ruang side bar aku tu rata ek??

Saturday, April 23, 2005

Jap boleh..jap tak bleh

Masalah pada netscape lah pulak.
Pakai IE ok la pulak.
Macam2 hal la PC nie.
Nak anto kedai gamaknya nie

Friday, April 22, 2005

tanya kat korang

korang boleh sufr ke weblog aku nie...
sapa2 yang boleh, tolong call aku, kat pc aku tak leh lah

Thursday, April 21, 2005

Apa pulak masalahnya nie

Aik.. apesal blog aku nie?
Tak display pun... hmmm

Wednesday, April 20, 2005

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh sa’adah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul awal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yag sa’adah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirlah putera yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirlah bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan yang mulia


* Masa Maulidul Rasul, bukan lagu nie yang penting, yang penting adalah Selawat ke atas baginda.

Aku Yang Tak Bercuti Esok

Assalamualaikum....

Besok merupakan hari Maulidurrasul. Public holiday bagi seluruh negara. Tapi aku yang bekerja kat co Taiwan nie, tak ada cuti. Hampeh toll!! Ape boleh buat. Keje aje lah. Keje tu kan ke ibadah. Kalau cuti, tapi tak bangkit2 dari katil pun tak guna jugak. Macam aku citer kat Mamad tadi. Yang penting, tak kira hari apa, kita kena buat aktiviti2 yang berfaedah. Lama gak tak jumpa mamat tu. Borak panjang tadi. Keje kat Segamat dah. Kem motivasi.. ahaks... ade motivasi ke keje tu? muahahahahaha... What ever lah. Janji keje. dari nganggor tak tentu hala.. ye tak???

Kereta aku masih lagi terhenjut-henjut. Entah apesal entah. Semalam dah tukar spark plug. Terbang RM25.00. Taukey kedai tu pun tak tau ape masalahnya. Time dia tekan minyak keter aku ok je. Aku citer la masalahnya. Time enjin sejuk je dia sangkut2.. Siap ada bunyi prep..prep..prep lagi (kentut kott!!) So, dia tuko plug je. Tapi masih dok lagu tu je lagi. Alaa.. leceh la... tak best la jalan sangkut2. Risau gak aku. Kot nanti tersadai kat highway Kerubong tu, sapa la nak jemput aku:(

Nooreen ada balik. Maklum la besok cuti.. hmmm.. cam nak lenjan kelisa je.. ehehehehehehehehehe... bleh ke???

Tuesday, April 19, 2005

Memelayukan KFC

Bismillahirahmanirrahim...

Semalam ada seorang lagi interview jawatan Industrial Engineer. Aku dah baitau boss, ambik je mamat tu. Sekali ngan sorang budak perempuan yang dia oraang interview hari Isnin lepas. Hari Isnin tu aku tak joint sebab aku bercuti. So next week, budak perempuan tu masuk kemudian minggu lagi 1 tu, budak jantan tu pulak. yang best.. semuanya itu adalah Melayu.. ahahahahahaha... secara tak langsung, department aku merupakan department yang mengandungi orang Melayu teramai. Sebagai kepala keretapi, aku harap dengan adanya dia orang tu, maka tak timbul lagi masalah-masalah besar seperti yang aku lalui sebelum nie.

Hari nie, keje cam biasa. kurang tekanan. Aku sering fikirkan item 736, tu yang aku risaukan. tapi dok senyap je, dah settle ke masalah packing aku tu???

Esok keje cam biasa. tapi cam tak larat la..:)

Sunday, April 17, 2005

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

ahad

hari ni, aku janji nak duduk rumah aje. tak nak gi mana-mana.
penat angkat barang masa pindah hari tu masih tak hilang lagi. so, duduk rumah aje lah. tak der ape-ape yang menarik hari nie. baca paper pun tak habis lagi.

Thursday, April 14, 2005

Besok Pindah

Bismillah...

Besok, kami akan pindah ke office baru. Petang tadi aku dah kemas sesikit barang-barang aku. Besok, just pikul aje.

Patutnya besok cuti... ape lah KFC nih... Jasin Shopping Center pun tutup tau!! Hangin aku 1 badan. Tapi apekan daye..ekekekekekeke...

Wednesday, April 13, 2005

Alamak

Assalamualaikum

Hari ni, hari yang dilalui agak 'selesa' kat office. tiada apa-apa masalah besar yang timbul. Yang kecik2 tu biasa la. aku dah tak heran dah..

Hari jumaat nie, pindah office baru kat atas warehouse. ok la. tapi jumaat tu hari pengisytiharan melaka sebagai bandaraya bersejarah. tak cuti rupanya KFC. kalau cuti best gak. secara tak langsung, aku kena iron lagi sehelai uniform.. hampeh..
baru je plan, baik punya hari jumaat nie:( tapi tak kisah lah tu...

Monday, April 11, 2005

Cuti

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari nie, merupakan kali pertama aku mohon cuti untuk tahun ini. Reason, sekadar nak merehatkan minda yang sekian lamanya tertekan dek kerana penangan KFC.
So, hari cuti ni, aku gi Taman Malim Jaya, untuk mengambil kad kredit yang baru. Hari nie, baru aku aku tahu yang Mayban Finance dah bergabung dengan Maybank. Kalau aku tahu, aku suruh je Maybank HQ hantar kad aku kat Jasin. Senang. Tadi berputar jugak kat Malim jaya tu cari bangunan bank tuh. Nasib baik jumpa. Kalo tak.. buat penat je gi sana.
Hari Sabtu hari tu, baru aku perasan yang 14hb nie pun cuti gak. Cuti Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah. Wah!! Bestnya. Secara automatiknya, malam nie, aku hanya perlu iron uniform 3 helai aje lah:) Next week pun ada cuti gak. Hari Keputeraan Nabi Muhamad saw. Tapi aku tak sure KFC ada ambik cuti tu ke tak. Wait and See je lah.

Sunday, April 10, 2005

Sure Heboh

Sure Heboh kembali ke Melaka

Ni kali pertama aku pergi Karnival Sure Heboh kat Melaka nih. Teringin jugak tengok apa yang menarik sampai satu Malaya bergegar dek kerana penangan Sure Heboh nih. Bagi aku, sebenarnya tak der apa bezanya dengan karnival-karnival yang lain. Yang jadik luar biasanya ialah kerana promosi giler2 yang dianjurkan oleh media elektronik. Dalam hal nie, TV3 sebagai penganjur dan media itu jugak la yang mempromosikan karnival tu. Setiap kali karnival nak dianjurkan, ada saja iklan mengenai disiarkan, dan ia berkait rapat dengan negeri yang akan menganjurkannya. Dan iklannya berunsur jenaka, aku pasti, strateginya untuk menarik kanak-kanak. aku masih ingat tahun lepas, bila karnival tu nak dibuat kat seremban, iklannya adalah lagu apo nak dikato....
wujud unsur-unsur klakar bagai nak giler. apa ntah lagi, iklan tu dilakonkan oleh ahli senario.
Jam 10 pagi kami bertolak dari rumah. Sampai di Air Keroh, kami tersangkut dalam kesesakan yang amat teruk. 1 perkara biasa apabila ada acara besar berlaku, kesesakan pasti melanda. puas kami cari kawasan untuk park kereta. akhirnya dapat juga. tentu la dapat, kalau tak, kami tak gi karnival, balik terus!!

Masuk aje ke kawasan dataran sejarah, ianya seperti karnival2 yang lain. biasa aje. tak der yang menarik pun. lelebihpun dapat jumpa personaliti tv3.. lain.. tak de paper ponggg...

Tak lama kami di sana, lebih kurang 2 jam kat dalam tu, terus balik...
layan tv lagi best

ehehehehehehe

Wednesday, April 06, 2005

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Latar belakang Syed Mokhtar

-Umur - 53 tahun

-Pendidikan - SPM

-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

-Kekayaan -RM1,425 juta

-Ke 7 terkaya di Malaysia

-Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

-Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

-Kereta - Proton Perdana

-Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.



-Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1.Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2.(berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3.Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4.Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5.Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6.Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7.Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8.Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9.Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10.Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11.Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12.Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13.Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14.Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15.Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17.Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18.Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20.Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21.Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22.Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23.Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24.Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25.Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak behutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26.(perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27.Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28.Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29.Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31.Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32.Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33.Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35.Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36.Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37.Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39.Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40.Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42.Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43.Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44.Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45.Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46.Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47.Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49.Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Monday, April 04, 2005

Salam Sejahtera

Assalamualaikum

Bertemu sekali lagi. Ketika ini, badan tersangatlah letihnya.
Nak siapkan bisnes proposal lagi nie. Alah ai.. Asyik kena reject aje. Fed up la pulak. Tadi aku call co yang nak jual buku interactive. Kena pergi Serdang la pulak.Ni yang malas nak turun KL lagi nie. Interactive book for primary school, menurut gambaran yang diberikan, aku rasa pernah tengok buku tu. Buku yang ada pen khas, so bila tunjuk kat perkataan, akan ada suara yang menyebut perkataan tersebut. Korang tau buku tu? Alaaa.. kat tv kat siaran smart shop ade tunjuk.. ehehehehehe...
Aku tunggu dia orang hantar risalah. So, kalau menarik, aku turun KL lah. Kalau tak, tak der lah.

Sunday, April 03, 2005

Ahad Yang Singkat

Aku rasa hari yang paling singkat ialah Ahad. Tau kenapa? Aku rasa korang pun tau gak. So tak yah la aku citer pasal kesingkatan hari ahad tu.

Bagi aku, rasanya baru je kejap tadi aku bangun tido. Ahad, as usual, aku bangun pagi kol 9. ehehehehehe.. Lepas mandi, aku gi Jasin, beli paper. Bali dari Jasin, aku ngadap breakfast. Sambil belek paper.

Gedebak gedebuk.. skang ni dah kol 930 malam. Ada rancangan Anugerah Bintang Popular kat TV3. Hujan turun renyai-renyai. Kan best kalau besok cuti. ehehehehe... Layan tido memang best nie.

So, tak der ape nak tulis lah. Rasa nak tido jeee. Besok keje. Tak tau la ape plak halnya besok. Kat KFC tu macam-macam hal. Tak larat nak layan rasanya. Tapi aku tetap mencuba jugak......

Aku rasa pelik la. Column English learning kat blog nie tak berfungsi sepenuhnya. Kejap ada, kejap tak der. Macam biskut lak. Tengok dlm script dah ada. Ntah ape masalahnya ntah.

Friday, April 01, 2005

Senyuman Wujudkan Hubungan Baik

Dipetik dari Utusan Malaysia (01.04.2005)

APA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu. Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman.

Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.

Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut:

Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)

Senyuman merupakan perbuatan kecil yang mencerminkan salah satu ciri akhlak yang mulia, namun kesannya cukup besar dalam mempengaruhi keadaan.

Senyuman

Malah dalam pengurusan perniagaan antarabangsa, seperti perniagaan bersifat francais, sama ada dari restoran makanan segera sehinggalah kedai barangan harian 24 jam, disebutkan dalam manual pengendalian francaisnya agar setiap kakitangannya perlu memaniskan muka dengan senyuman dan sapaan mesra setiap kali pelanggan keluar masuk dari pintu premis.

Daripada konteks hubungan antarabangsa, senyuman wakil sesebuah negara dalam sebarang pertemuan rasmi secara tidak langsung membawa gambaran nilai serta imej negara asalnya dan personaliti pemimpin di hadapan lensa media.

Meskipun begitu, masih ramai yang tidak sedar betapa senyuman yang diberikan boleh menimbulkan ikatan dan hubungan yang baik sesama manusia.

Penulis berpeluang menjalankan tinjauan sendiri terhadap sekelompok pelajar dan pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi sepanjang dua tahun.

Hakikatnya, wujud majoriti golongan terpelajar tidak peka dengan keadaan apabila setiap kali melintasi para pekerja am yang kebanyakannya layak dihormati sebagai makcik, mereka hanya diam dan terus menuju ke bilik kuliah atau ruang pejabat tanpa senyuman, apatah lagi memberi salam.

Perkara ini berlaku berulang-ulang kali di tempat yang sama dan keadaan ini cukup mengecewakan. Apatah lagi ia melibatkan individu bergelar Muslim.

Jika berlaku perubahan keadaan, sudah pasti wujud ikatan erat dan rasa hormat yang tinggi antara dua kelompok. Bagi pekerja-pekerja am, mereka merasakan para pelajar tersebut menghargai kewujudan dan sumbangan mereka di situ.

Bagi para penuntut dan pengajarnya pula, senyuman yang diiringi salam itu mempamerkan akhlak dan kerendahan hati seorang yang terpelajar. Bukankah itu menguntungkan?

Begitu juga situasi di kafetaria di pelbagai jabatan dan institusi atau di gerai-gerai makanan, kesibukan melayani para pelanggan mungkin adakalanya memberi sedikit tekanan kepada pengusahanya, apa salahnya jika ada pekerja restoran datang membersihkan meja makan anda, balaslah dengan ucapan terima kasih dan senyuman. Impaknya dari sudut motivasi bekerja akan meningkat dan kualiti pasti bertambah.

Mengapa senyuman begitu berkesan terhadap manusia? Senyuman mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Pertama ia mempunyai daya tarikan, ia mempunyai hasrat dan keinginan untuk memiliki dan unsur bertindak untuk memiliki. Senyuman adalah gambaran unsur-unsur akal, perasaan dan kemahuan.

Kepentingannya telah membawa kepada perbincangan mendalam oleh golongan ahli fikir dan filosofi awal seperti Locke, Schopenhaur, Spencer, Descrates dan Hartley melalui satu perbincangan dan perdebatan yang mendalam melalui karya-karya penulisan mereka.

Dari sudut kesihatan diri, terbukti melalui senyuman ia merangsang otot-otot wajah dan memberi kesegaran dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut di wajah, kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan tenaga emosi yang berpusat dari dalam.

Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimisme, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagiaan di sekeliling. Dalam masa yang sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati orang lain terhadap diri dengan nilai kepercayaan.

Nilai positif sebuah senyuman wujud apabila seorang Muslim redha berhadapan dengan keadaan malang untuk menguji iman. Syaitan sedaya upaya menjalankan pujuk rayunya agar manusia sentiasa bermusuhan dan menghilangkan seri wajah seorang mukmin daripada senyuman yang ikhlas.

Wajah yang masam, penuh kebengisan tanpa sedikit hiasan di bibir, secara tidak langsung mengaktifkan minda yang negatif. Peranan syaitan menjalankan agendanya agar manusia terus menerus bersikap demikian, sebagaimana diperingatkan oleh Allah:

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita. Sedangkan bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah, dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Mujadalah: 10)

Namun begitu, senyuman boleh dimanipulasi oleh golongan tertentu yang menyalahgunakan nikmat Tuhan ini. Dalam mempamerkan senyuman yang berkesan, ia turut hadir sama dengan perkataan yang bijak dan berhikmah. Dalam sebuah kisah, Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih dicintainya. Adakah Fatimah, puterinya atau Ali, suami beliau? Dengan senyuman baginda menjawab, Fatimah, lebih aku cintai dan engkau aku lebih hargai.

Luar jangkaan

Senyuman juga dikaitkan dengan salam perpisahan. Ia sering berada di luar jangkaan manusia, malah dalam sirah Rasulullah dicatatkan peristiwa yang sama. Diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik, pada hari Isnin ketika wafatnya Rasulullah, baginda keluar dan memandang mereka yang menunaikan solat Subuh.

Melihat sikap mereka, Rasulullah tersenyum. Mereka yang menyedari berpaling dan menyangka baginda beransur pulih. Dalam suasana gembira mereka diisyaratkan agar meneruskan ibadah mereka. Hakikatnya itulah senyuman perpisahan Rasulullah kepada mereka.

Dalam menjadikan senyuman sebahagian daripada cara hidup, seseorang perlu sedar bahawa senyuman perlulah dipamerkan tanpa berlebih-lebihan atau terlalu kurang. Ia perlu sentiasa berada di pertengahan. Bak kata pepatah, kebaikan muncul antara dua keburukan.

Jangan pandang remeh nilai sebuah senyuman, ia mungkin tidak ada nilai daripada harga yang ditentukan manusia. Tetapi ia membayar pada nilai lebih tinggi dalam kehidupan.

Jendela senyuman membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekitar anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri. Perkara kecil sebegini mempunyai manfaat yang besar seperti kata Rasulullah, Janganlah meremehkan amalan kebaikan, walau sekadar berwajah manis. (Abi Dzar).

Kalimat Rasulullah Patut Jadi Pedoman Umat

Petikan dari Berita Harian (01.04.2005)

RASULULLAH ialah manusia yang paling rupawan, dermawan dan dicintai. Sebagai manusia contoh, yang mana akhlak serta peribadinya dibentuk Allah, setiap kalimat Rasulullah menjadi ikutan serta pedoman kita semua.

Di sini diperturunkan beberapa hadis Rasulullah yang wajar menjadi renungan serta ikutan kita:

# Barang siapa menganggap sesuatu ajaran atau perintah itu berasal dariku, padahal sebenarnya bukan dariku, orang itu akan masuk neraka;

# Pengumpat atau penabur fitnah bakal masuk neraka;

# Amal kebajikan seseorang itu akan mencegah bencana yang akan datang;

# Menemui kawan kita dengan perasaan gembira dan mengundang mereka untuk makan, adalah perbuatan orang yang suka beramal;

# Memberi perhatian terhadap jiran tetangga dan mengirim hadiah kepada mereka juga satu amalan orang yang suka beramal;

# Jangan mengharapkan kematian sebelum waktunya tiba;

# Barang siapa yang sihat dan mampu bekerja, tetapi tidak bekerja untuk dirinya atau untuk orang lain, nescaya Allah benci padanya;

# Mereka yang mencapai sesuatu kehidupan yang jujur adalah kekasih Allah;

# Allah mengasihi orang yang memperoleh kehidupan cemerlang hasil usahanya sendiri dan bukannya dengan cara mengemis;

# Barang siapa keluar rumah dengan niat untuk mengemis, nescaya Allah akan membuka baginya kemiskinan;

# Ya Allah, jagalah diriku ini daripada ketidakampunan dan kemalasan;

# Orang yang memonopoli perdagangan adalah orang yang berdosa;

# Tinta ulama itu lebih suci daripada darah syuhada;

# Barang siapa melakukan perjalanan untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan baginya jalan ke syurga;

# Carilah ilmu, kerana orang yang mencari ilmu bererti berada di jalan Allah dan melaksanakannya suatu amalan yang soleh;

# Orang yang suka berbicara mengenai ilmu bererti memuji Allah, yang mencarinya bererti mencintai Allah, yang mengajarnya bererti memberikan sedekah, yang menanamkannya kepada sasaran yang tepat bererti berlaku setia kepada Allah;

# Ilmu memungkinkan pemiliknya membezakan apa yang dilarang dan yang tidak, ilmu adalah sinar ke syurga, teman di padang pasir, sahabat di waktu kesunyian dan sahabat ketika kehilangan teman;

# Ilmu membimbing kita menuju kebahagiaan, menahan kita daripada kesengsaraan. Ilmu adalah perhiasan kita bersama teman. Dengan ilmu, makhluk Allah muncul di puncak kebajikan dan memperoleh kedudukan mulia, menghubungkan kita dengan yang paling berkuasa di dunia ini serta membantu kita mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan;

# Orang yang paling buruk adalah orang yang tidak berilmu dan orang yang terpelajar adalah yang terbaik;

# Musuh Allah yang paling besar adalah mereka yang mengaku Islam dan melakukan tindakan yang tidak Islam, serta menumpahkan darah manusia tanpa sebab;

# Jauhkan dirimu daripada penyakit iri hati kerana iri hati itu menelan dan menghapuskan perbuatan baik, seperti api memakan dan membakar kayu;

# Orang yang berpuasa tetapi tidak meninggalkan dusta dan suka menabur fitnah, maka Allah tidak mempedulikan puasanya;

# Sesungguhnya Allah mencintai seorang Muslim yang sedikit keluarganya dan menahan diri daripada perbuatan yang haram dan tidak suka mengemis;

# Orang yang paling mulia dalam pandangan Allah ialah orang yang suka memaafkan orang yang melukakan hatinya di saat dia mempunyai kekuatan untuk membalasnya; dan

# Tidaklah kuat dan berkuasa seseorang yang menjatuhkan orang lain tetapi orang yang kuat itu ialah yang dapat menahan dirinya daripada amarah.