Monday, December 31, 2007

Ucapan

SELAMAT TAHUN BARU 2008
SEMOGA TAHUN 2008 MEMBAWA LEBIH KEMAKMURAN KEPADA UMAT MANUSIA
TIADA PERTELAGAHAN, TIADA KEMUSNAHAN, TIADA PENCEMARAN
YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI, JAUHKAN KAMI DARI MALAPETAKA
KAU BERILAH KEKUATAN KEPADA UMATMU UNTUK MEMBELA AGAMAMU, DAN KAU LEMAHKANLAH ORANG YANG CUBA MELEMAHKAN KAMI
AMIN

..............................................
Apa azam kalian?

Wednesday, December 26, 2007

Tek

Bismillah...
Aku paling ngeri dapat tag ni. Tapi apakan daya, dapat juga. Hantuk kepala kat bantal...

Tag oleh - Purpleheart
First name - Shahrezad
Nickname – Ezad, Shah
Name you wish you had – Tengku ...
What do people normally mistake your name as – Ejaan.. Sharizat. Aku cukup marah orang eja nama aku mcm ni.
Birthday – 14 September 19** (hehehe)
Birthplace – Kampung Terentang, Jasin, Melaka
Time of birth – 3.15 ptg
Parents together or divorced – Pisah mati
Get along with them – Ye
Single or taken - Single :D
Zodiac sign – Virgo

Your Apperance
How tall are you – Tak tinggi mana pun
Wish you were taller – tak cukup ni. nak tinggi mcm erra fazira
Eye color - Black
Eye color you want – White (hehehe)
Hair color – Hitam belang putih
Current hair color – Hitam
Short or long hair – Dulu pernah panjang. Sekarang dah veteran, pendek la... hehe
Ever dye your hair a bizarre color – apa barang dye
Curly,Straight,Wavy – Curly mcm mana? straight mcm mana? wavy mcm mana?
Last time you did something dramatic with your hair – tak pernah buat drastik. potong biasa je
Glasses or contacts – Glasses
you wear make-up – Huh? nak mekap ke?
Ever had hair extensions – Tak
Paint your nails - Tak


In The Opposite Gender
What color eyes - apa-apa je
What color hair - apa-apa je
Shy or outgoing – Outgoing
Looks or personality -Personality
Sexy or cute - Cute
Serious or fun – Fun
Older or younger than you – Apa ada pada usia :)
A turn on – apa??
A turn off – apa ni??

This Or That
Flowers or chocolate – eh!! tak der benda lain ke nak offer?
Pepsi or Coke – teh ais boleh?
Rap or rock – Nasyid beb!! Nasyidddd!!!
Relationship or one night stand – Sapa nak offer one night stand ni?? gua on je beb :)
School or work – masa belajar sibuk nak keje, dah keje sibuk teringat kan zaman sekolah.. ceh!!
Love or money – Cari duit dulu, baru cari cinta... wahh!! boleh buat tajuk drama nih
Movies or music – No need
Country or city - City
Sunny or rainy days – Sunny ok, rainy pun ok.. tp kalau rainy pagi, aku lemau hingga ke petang
Friends or family – Family
Have you ever-Lied – Tak!! hahahahahahaha (caya?)
Stole something – hehehehehehehe... curi hati??
Smoked – Pernah selama 10 tahun. Berhenti tahun 2005. Sampai la ni tak hisap lagi
Hurt someone close to you – Ada kot
Broke someones heart – Ada kot
Had you heart broken – Ada kot
Wondered what was wrong with you – Entah le
Wish you were a prince/princess – Anak sultan Melaka
Liked someone – Ada kot
Liked someone who was taken – Ada kot
Shaved your head - Kepala tak pernah. dagu ada lah
Been in love – Ada kot
Used chopsticks – Pernah. Tapi makanan tak masuk mulut. Masuk lubang hidung
Sang in the mirror to yourself - Ada nampak aku masuk AF? kekekeke..
Favourite flower - No need
Candy – Gula batu
Song – Malaysiaku Gemilang.. hahahahaha
Scent – Eternity
forever color – Biru
Movie - No need
Singer - No need
Word – Sebab???
Junk food – No need
Website –
http://ezadahmad.blogspot.com/
Lotion – No need
Animal - Kucing
Ever cried over someone – Tak
Is there anything you wish you could change about yourself – Tak
Your biggest fear – Takut dosa (yaaaaa ampuunnn..)
Do you think you're attractive – Ye, dgn kecerdikan ku.. muahahahaha.. aku cerdik??
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose – aladin
Do you play any sports - sport toto???

Tuesday, December 25, 2007

Bersama Memerangi Jenayah - Siri 9 (Akhir)

TRAFIK

Apa Yang Setiap Pejalan Kaki Perlu Tahu?

1- Pimpin Tangan Anak Anda Semasa Melintas Jalan - Ingatlah bahawa papan tanda jalanraya direka untuk orang dewasa. Ianya tidak mudah difahami oleh kana-kanak. Oleh itu, kanak-kanak perlukan bantuan orang deawasa. Ibubapa perlu sentiasa memimpin tangan anak-anak mereka semasa melintas jalan. Ajar mereka melihat kanan, kiri dan kanan semula sebelum melintas. Kanak-kanak juga perlu diajar supaya pasangkan telinga mereka untuk mendengar bunyi kenderaan yang datang. Apabila dipastikan keadaannya selamat, berjalanlah dengan pantas tetapi jangan berlari.

2- Gunakan Kemudahan Lintasan Jalan Yang Betul - Tunjukkan contoh yang baik. Jangan melintas jalan yang sibuk secara sembarangan. Amalkan penggunaan lintasan pejalan kaki, lintasan berlampu isyarat atau jejantas. Di tempat yang terdapat ORANG HIJAU, melintaslah hanya apabila tanda orang hijau bernyala. Sedikit usaha dan keprihatinan boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.

3- Berjalan Menghadap Arah Kenderaan - Perjalanan menjadi lebih selamat jika anda dapat melihat kenderaan yang datang ke arah anda. Ajar anak-anak anda berjalan menghadap arah kenderaan yang mendatang. Walaupun mereka tidak dapat mengagak bentuk atau jarak, kanak-kanak dapat melihat kenderaan yang datang ke arah mereka dengan lebih baik dan meningkatkan peluang mereka untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

4- Cara Melintas Dengan Selamat - Sentiasa amalkan cara melintas jalanraya dengan selamat. Lihat kanan, kiri dan kanan semula dan melintaslah apabila ianya selamat. Berjalan dengan tenang dan janan terburu-buru semasa melintas.

5- Berikan Perhatian - Beri perhatian terhadap arus lalu lintas dan jangan bermain berhampiran jalan raya. Tingkah laku sebegini boleh mengganggu perhatian pemandu dan boleh menyebabkan kemalangan.

6- Cara Yang Betul Menggunakan Lorong Pejalan Kaki Di tepi Jalan Raya - Semasa menggunakan lorong pejalan kaki, jangan berjalan terlalu hampir dengan jalan raya. Sekiranya anak anda tergelincir atau jatuh, dia tidak akan jatuh di atas jalan raya. Pastikan anak anda faham kepentingan menggunakan lorong pejalan kaki dengan betul. Sentiasa membimbing anak anda dalam memahami perkara yang patut serta tidak patut diamalkan semasa berada di jalan raya.

Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pemandu?

1- Tali Pinggang Keledar Belakang - Sebelum memulakan perjalanan, ingatlah penumpang anda di belakang. Pastikan mereka memakai tali pinggang keledar sentiasa. Jadikannya satu amalan, terutamanya sekali jika terdapat penumpang kana-kanak.
Ada sebabnya mengapa ciri keselamatan ini dipasang dan wajar digunakan. Semasa dalam perjalanan, kita kadang kala perlu melakukan brek kecemasan untuk mengelakkan kemalangan. Apabila ini berlaku, kita akan terhumban ke hadapan. Jika kita tidak memasang tali pinggan keledar di belakang, penumpang bukan sahaja boleh mengalami kecederaan serius yang membawa kematian kepada diri sendiri malah kepada penumpang dan pemandu di hadapan mereka.

2- Pandang Cermin, Beri Isyarat, Baru Pandu - Sebaik sahaja anda menghidupkan kenderaan anda, ingatlah 3 langkah asas ini sebelum anda memulakan pemanduan anda.
  • Pertama, lihat cermin belakang dan sisi anda untuk memastikan bahagian belakang dan sisi kenderaan tiada lalulintas atau pejalan kaki, termasuk anak-anak kecil.
  • Kedua, beri isyarat arah mana kenderaan anda hendak dipandu supaya para pemandu dan pejalan kaki mengetahui niat pergerakan anda.
  • Ketiga, apabila semuanya selamat, pandulah kereta anda dengan berhati-hati. Awasi kenderaan arah depan yang datang secara mengejut. Sentiasa amalkan kegunaan cermin dan pemberian isyarat, ia sangat penting sebelum pergerakan menukar lorong dilaksanakan.

3- Jangan Memandu Laju - Fikirkan betul-betul, berapa banyak sangat masa yang anda boleh jimatkan ketika memandu laju? Dan bagaimana pula risikonya? Anda membahayakan banyak nyawa. Satu kesilapan kecil boleh menyebabkan penyesalan seumur hidup. Adakah ia berbaloi? ingatlah tanggungjawab anda sebagai orang dewasa terutama sekali semasa memandu. Biar lambat asal selamat.

4- Memotong Barisan - Jangan ambil mudah perkara berkaitan keselamatan atau etika jalan raya yang ebtul. Memotong barisan bukan sahaja biadap, malah anda juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Anda juga berkemungkinan membawa padah kepada diri anda, para penumpang anda dan orang lain yang tidak berdosa. Selain itu anda juga menunjukkan contoh yang tidak baik kepada si kecil. Anak-anak akan meniru kelakuan anda dan sebagai ibubapa anda harus mengamalkan amalan keselamatan jalan raya yang baik.

5- Mengikut Terlalu Rapat - Jangan mengikut kenderaan di depan terlalu rapat. Pandulah pada jarak yang selamat. Petuanya ialah memandu pada jarak 4 saat di antara kereta. Kiralah 1001... 1002... untuk memastikan jarak masa tersebut antara dua kenderaan anda. Ingatlah bahawa kereta memerlukan masa untuk berhenti. Jika anda terlalu rapat, perlanggaran pasti berlaku apabila kenderaan di hadapan membuat brek kecemasan. Perbuatan ini juga boleh mengakibatkan perlanggaran berturutan.

6- Berehat Bila Penat - Sebelum memulakan perjalanan jauh, dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Adalah amat tidak bertanggungjawab jika anda memandu semasa anda dalam keadaan letih atau mengantuk. Pertimbangan jalan raya anda akan terjejas. Jika anda merasa letih atau mengantuk sewaktu memandu jauh, berhentilah di kawasan rehat yang sesuai dan tidurlah sebentar. Perjalanan anda sekeluarga lebih meriangkan dan juga lebih selamat dengan cara begini. Orang tersayang akan merasa lebih yakin bila mengetahui anda pemandu yang bertanggungjawab.

7- Rancang Perjalanan Anda - Rancanglah perjalanan anda untuk pemanduan yang lebih lancar. Memandulah semasa kenderaan tidak banyak di jalan raya. Mulakan perrjalanan lebih awal. Elakkan daripada menghadapi situasi di mana anda perlu memandu secara tergesa-gesa. Pastikan keluarga anda memahami kepentingan merancang setiap perjalanan terutamanya perjalanan jauh. Siapkan anak-anak anda lebih awal. Buat senarai semak pada malam sebelumnya. Nikmati permulaan yang selesa dan perjalanan anda akan lebih selamat tanpa sebarang masalah.

Petua Ciri Keselamatan Semasa Membeli Kenderaan Baru

Kenderaan baru mempunyai ciri keselamatan yang biasa dan secara pilihan. Pastikan kenderaan baru yang anda beli mempunyai ciri keselamatan berikut:-

  • Tali pinggang keledar hadapan dan belakang
  • Beg udara
  • ABS - Sistem Brek Anti Kunci

Ciri keselamatan secara pilihan:-

  • Kerusi keselamatan yang bersesuaian dengan umur anak anda (bagi yang berkeluarga)
  • Alat pengesan semasa mengundur

Apa Yang Setiap Penunggang Motosikal Perlu Tahu?

1- Topi Keledar Menyelamatkan Nyawa

  • Topi keledar adalah perlindungan terbaik anda. Pakaian sepanjang masa tidak kira berapa dekat perjalanan anda. Ia mungkin menyelamatkan nyawa anda.
  • Ikatkan topi keledar anda betul-betul. Anda tidak dilindungi sepenuhnya jika tidak mengikatnya dengan ketat.
  • Pastikan topi keledar anda memenuhi piawaian keselamatan SIRIM. Gantikannya jika rosak atau telah mengalami kemalangan kerana ianya tidak lagi selamat digunakan.
  • Belilah topi keledar yang benar-benar muat untuk memastikan keselesaan dan perlindungan maksimum anak-anak anda.

2- Merah Tanda Berhenti

  • Melanggar lampu merah membahayakan semua pengguna jalan raya termasuk anda. Sama ada anda terlambat, tergesa-gesa atau merasakan 'selamat' bukanlah sebab untuk melakukannya. Penantian beberapa saat boleh menyelamatkan nyawa anda. Berhentilah di lampu isyarat merah. Hargailah nyawa anda.

3- Ikut Satu Laluan

  • Menunggang sambil mencelah-celah kenderaan meningkatkan risiko maut setiap kali anda memotong kenderaan. Anda mungkin merasakan mencelahkenderaan cara paling cepat untuk sampai ke destinasi anda. Sedarlah bahawa sebenarnya cara ini amat berbahaya.
  • Pengguna jalanraya yang lain mungkin terkejut jika anda muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka. Mereka tidak mungkin dapat menjangkakan pergerakan anda dan mungkin mempercepatkan kenderaan atau menukar laluan tanpa dijangka. Ini bukan sahaja membahayakan anda malah para penunggang lain yang tergesa-gesa perlu bertukar arah untuk mengelakkan anda. Gunakan laluan motosikal jika ada.
  • Jika anda perlu menukar laluan, berilah isyarat yang jelas kepada pengguna jalan raya yang lain. Pasang lampu isyarat dan melambai-lambai tanan anda ke arah laluan yang hendak dituju. Isyarat yang awal memberi masa kepada pengguna lain melihat dan bertindak balas terhadap tujuan anda.
  • Anda perlu memakai warna yang terang seperti jaket dengan pemantul cahaya pada waktu siang dan malam. Jangan memakai pakaian gelap. Anda juga disyorkan supaya memakai jaket keselamatan, seluar panjang dan kasut. Pakaian yang tebal dan sarung tangan dapat membantu melindungi anda jika terjatuh. Elakkan daripada memakai seluar pendek, skirt dan selipar ketika menunggang.

4- Kelajuan Boleh Membunuh - Menunggang dengan laju adalah pembunuh terbesar di jalanraya. Memecut mengundang bahaya. Sentiasa patuhi had laju. Tungganglah pada kelajuan yang membolehkan anda memperlahankan atau menghentikan motosikal anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangkan berlaku. Berhati-hatilah dalam cuaca atau keadaan jalanraya yang buruk seperti hujan dan kabus.

BERSABARLAH, BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT


Maklumat dari:-

Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka

Tamat

Sunday, December 23, 2007

Bersama Memerangi Jenayah - Siri 8

ROGOL

Lindungi Diri Anda Dari Dirogol
Bagaimana Boleh Berlaku?
  • Perogol biasanya menyerang mangsa yang keseorangan di tempat sunyi.
  • Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
  • Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
  • Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan mengadakan hubungan seks.

TAHUKAH ANDA, RAMAI PEROGOL TERDIRI DARIPADA:-

  • TEMAN LELAKI
  • MAJIKAN
  • JIRAN
  • SAUDARA MARA
  • MEREKA YANG DIKENALI OLEH MANGSA

BAGAIMANA MENGELAKKANNYA?

  • Pastikan tiada orang lain di dalam kereta, ketika anda hendak memandu bersendirian.
  • Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
  • Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
  • Berwaspada apabila melihat orang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).
  • Pastikan anda berteman ketika masuk lif atau di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.

JIKA BERLAKU ANCAMAN

  • Undang-undang membenarkan hak memmpertahankan diri daripada rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
  • Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki ataupun sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan untuk membantu penyiasatan polis.
  • Anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

Maklumat dari:-
Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka
Siri 9 (akhir) - Trafik

Wednesday, December 19, 2007

Ucapan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
daripada
**aku yang masih demam**

Monday, December 17, 2007

Blog Yang Genius

Bismillah...


Babe cabar aku untuk jawab tag dia. Maka inilah hasilnya.



cash advance


Cash Advance Loans

Walaupun blog ini adalah untuk golongan genius, bukan bermakna yang tak genius tak boleh baca. Malah, jika anda membacanya, nescaya anda juga akan genius macam kami. Oleh itu, bacalah :)
Jika anda seorang yang genius, blog ini menjadi wadah yang harus dijadikan bacaan anda.
(huh!! promo yang melampau!!!)
Apa-apapun, aku dah demam hari ni.

Saturday, December 15, 2007

Bersama Memerangi Jenayah - Siri 7

RAGUT
Tempat Sering Berlakunya Ragut
  • Tepi jalan/lorong sunyi.
  • Peragut biasanya berjalan kaki atau bermotosikal/kereta.

Bagaimana Ia Boleh Berlaku

  • Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan ramai.
  • Membawa beg tangan dengan cara memudahakn peragut untuk meragut.
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
  • Meninggalkan beg yang berisi wang di tempat yang tidak selamat.
  • Menyimpan beg duit di poket belakang yang tidak berbutang.

Cara Mengatasi

  • Kepit atau bimbit tas tangan dengan kemas dan kuat.
  • Amalkan sikap berwaspada setiap masa bila berjalan.
  • Elakkan memakai barang kemas berlebihan dan menunjuk-nunjuk.
  • Jangan bawa wang berlebihan. Sentiasa membawa wang secara minimum.
  • Amalkan berjalan menentang arus kenderaan.
  • Elakkan dari meletakkan beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, dalam bakul motosikal dan sebagainya.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tempat awam.
  • Elakkan dari tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
  • Sentiasa berwaspada kepada persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.

Maklumat dari:-

Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka

Siri 8 - Rogol

Friday, December 14, 2007

Bersama Memerangi Jenayah - Siri 6

PECAH RUMAH


Bagaimana Ianya Dilakukan?
  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap.
  • Menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
  • Masuk melalui bumbung/siling yang terbuka.
  • Tingkap yang tidak berkunci/terbuka.
  • Menggunakan kunci pendua.

Sebab Berlaku

  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong.
  • Tiada bermuafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing.
  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar.
  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar yang tidak dihentikan.
  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara-Cara Mencegah

  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
  • Sentiasa pasang lampu bila keluar rumah.
  • Jangan tinggalkan sebarang nota yang boelh membantu pemecah rumah bertindak.
  • Hubungan yang baik dengan jirandapat membantu keselamatan rumah apabila kita tidur.
  • Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/bangunan.
  • Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.

Nasihat Apabila Berlaku Pecah Rumah

  • Segera buat laporan di Balai Polis berdekatan.
  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang-barang yang didapati berserakan selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti yang di tempat kejadian seperti kesan cap jari stsu alat-alat yang ditinggakaln penjenayah.

Maklumat dari:-

Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka

Siri 7 - Ragut

Thursday, December 13, 2007

Bersama Memerangi Jenayah - Siri 5

NARKOTIK

Apakah Itu Dadah?
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
  • Mempunyai kesan paling ketara atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
  • Digunakan bukan tujuan perubatan dan penggunaanya adlah dilarang.
  • Diperolehi secara haram.
  • Mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologikal dan peningkatan daya tahan terhadap dadah.
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
  • James Scarzelli (1983) - Dadah ialah apa jua bahan kimia psikoaktif semada asli atau tiruan apabila dimasukkan ke dalam badan akan mengubah fungsi struktur badan manusia di mana penyalahgunaan menyebabkan seseorang sentiasa bergantung kepada bahan itu.

    Apakah Yang Dikatakan Penyalahgunaan Dadah?

    Seseorang dikatakan menyalahgunakan dadah apabila dia menggunakannya tanpa nasihat dan arahan doktor.

    Jenis-Jenis Dadah

    Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

    Candu (Opium)

    Candu adalah narkotik yang diperolehi dari poppy. Bahan ini digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau untuk melegakan kesakitan tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan. Dadah yang boleh diperolehi dari candu adalah morfin dan heroin.

    Ganja (Cannabis)

    Ganja adalah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi dari pokok Genus Cannabis. Ganja juga dikenali sebagai marijuana, grass, pot dan weed, bhang, tokrouri dan dagga. Pokok ini ditanam di kawasan-kawasan beriklim panas di Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.

    Depresen

    Bahan depresen memainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan. Walaubagaimanapun, ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan. Bahan-bahan ini dikelaskan seperti Sedatif-hipnotik dan Tranqulizer.

    Simulant

    Simualant merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsangkan aktiviti sistem saraf pusat secara keseluruhan. Terdapat dua jenis simulant iaitu jenis amphetamine dan kokain.

    Halusinogen

    Ia adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception). Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah untuk membezekan yang benar dan yang tidak.

    Dadah Perangsang

    Apakah Itu dadah Perangsang Jenis Amphetamine?

    Dadah ini bertindak ke atas otak dan merangsang aktiviti fizikal. Kesan Amphetamine Type Of Simulant (ATS) pada amnya serupa dengan kesan Amphetamine yang menyebabkan kerosakan kepada sistem degupan jantung, pernafasan, kesihatan dan kulit.

    Amphetamine Type Of Simulant (ATS) merupakan dadah sintetik dan kebanyakan dihasilkan oleh kilang-kilang haram. Kandungan ATS dalam seuatu keluaran adalah berbeza-beza dan tercemar dengan bahan yang memudaratkan. Terdapat 14 jenis ATS yang disenaraikan sebagai dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Tanda-Tanda Penggunaan Amphetamine Type Of Simulant (ATS):-

    Bercakap berlebihan, bertindak balas kepada muzik yang kuat dengan menggoyangkan kepala, badan, kelihatan resah/cemas, panas baran, kerap minum air kerana suhu badan panas dan berpeluh.

    ATS Yang Sering Disalahgunakan:-

    1. 3-4 Methylenedioxymethamphetamine (Ecstasy, MDMA)
    2. Methamphetamine (Syabu/Ice)
    3. Amphetamine

    Akibat Penyalahgunaan Amphetamine Type Of Simulant (ATS)

    ATS menyebabkan seseorang tidak boleh tidur, kegelisahan dan mengalami tekanan perasaan yang teruk dan bertindak ganas. Keadaan gila, paramonia juga boleh dialami oelh pengguna ATS pada dos yang tinggi, pengguna juga berhadapan risiko maut.

    AMPHETAMINE TYPE OF SIMULANT (ATS) ADALAH DADAH BERBAHAYA DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

    Pemilikan ATS boleh dikenakan hukuman sehingga RM100,000.00 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

    Pemilikan 5-30gm ATS - Penjara 2-5 tahun dan 3-9 sebatan.

    Pemilikan melebihi 30gm ATS - Penjara 5 tahun hingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

    Pemilikan melebihi 50gm - Dianggap mengedar dadah berbahaya dan hukuman mati madatori.

    Maklumat dari:-
    Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka
    Siri 6 - Pecah Rumah

    Wednesday, December 12, 2007

    Bersama Memerangi Jenayah - Siri 4

    JENAYAH KOMERSIAL
    Akta Sewa Beli 1967
    Kebanyakan laporan yang diterima darpada mangsa yang menjual kenderaan yang masih lagi dalam perjanjian sewabeli/trade in kenderaan yang masih dalam perjanjian sewa beli yang mana pembelitidak dapat meneruskan pembayaran dan mangsa kemudiannya telah dikenakan tindakan saman oleh pihak institusi kewangan yang berkaitan.
    PERINGATAN!!!
    • Pemilik kenderaan yang masih di dalam perjanjian sewabeli dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak institusi kewangan sebelum menjual kenderaan mereka.
    • Pastikan pembeli menjelaskan tunggakan di institusi kewangan sebelum menyerahkan kereta.

    Kesalahan

    Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh penyewa berhubung Akta Sewa Beli 1967 adalah seperti berikut:-

    Gagal untuk menyatakan di mana barang-barang tersebut berada.

    Seksyen 37 (2) Akta Sewa Beli 1967

    Jika:-

    a) Seseorang penyewa memindahkan barang-barang yang terkandung dalam sesuatu perjanjian sewa beli dari alamat yang ditentukan atau;

    b) Barang-barang yang terkandung dalam sesuatu perjanjian sewa beli hilang atau dipindahkan atau diambil daripada milikan penyewa, penyewa hendaklah memberitahu pemunya secara bertulis atau menyatakan di hadapan pemunya:-

    i) alamat terbaru di mana barang-barang itu disimpan.

    ii) tarikh dan hal keadaan di mana barang-barang itu hilang.

    iii) tarikh dan hal keadaan di mana barang-barang itu telah dipindahkan atau diambil daripada milikannya. Mana-mana penyewa yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen ini dalam tempoh 14 hari kehilangan atau pemindahan barang-barang itu adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini.

    Seksyen 38 menyatakan:

    Setiap orang yang dengan pelupusan atau penjualan mana-mana barang yang terkandung dalam satu perjanjian sewa beliatau oleh pemindahan barang-barang atau dengan mana-mana cara lain, memfraud atau mencuba untuk memfroud pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini dan akan, jika disabitkandikenakan denda tidak melebihi RM10,00.00 atau penjara bagi tempoh tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya.

    Penjualan froud atau pelupusan barang-barang oleh penyewa

    Kesalahan ini sering dilakukan oleh tuanpunya kenderaan di mana menjualkan kenderaan kepada pihak ketiga tanpa dimaklumkan kepada pemunya (institusi kewangan). Sekiranya pembeli menjelaskan tunggakan yang masih terhutang sebelum anda menyerahkan kenderaan kepada pembeli. Jika tidak, anda masih dipertanggungjawabkan ke atas tunggakan tersebut dan kesalahan di bawah seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967.

    Kes Penipuan Tanah

    Kebanyakan laporan yang diterima melibatkan warga emas yang didatangi oleh suspek yang pada peringkat awalnya berurusan untuk menyewa atau membeli rumah/tanah dan meminta nilai sewaan dan jualan itu dinaikkan bagi memperolehi komisyen.

    Seterusnya, suspek akan mengajak mangsa untuk berjumpa dengan majikan mereka kebiasaanya di hotel mewah. Semasa perjumpaan tersebut, topik perbincangan akan bertukar kepada pembelian tanah dan mengajak mangsa berkongsi dalam urusan pembelian tanah tersebut yang mendatangkan keuntungan yang lebih besar. Setelah wang diperolehi, suspek melarikan diri dan gagal dihubungi.

    Langkah-Langkah Pencegahan

    • Semak tentang kedudukan tanah dari segi pemilikan di Pejabat Tanah yang berkenaan sebelum wang diserahkan.
    • Berurusan di pejabat peguam atau pejabat tanah.
    • Catatkan maklumat berkenaan suspek iaitu pengenalan diri, kenderaan yang dinaiki dan sebagainya.
    • Jangan terlalu mudah percaya kepada tawaran yang tidak munasabah.
    • Janagn cepat/mudah percaya kepada orang yang baru kita kenali untuk membuat sebarang urusan.

    Cabutan Bertuah

    Satu lagi kaedah penipuan yang semakin berleluasa masakini. Perbuatan penipuan ini dilakukan oleh sindiket dengan menggunakan remaja belasan tahun untuk membuat promosi.

    Modus Operandi

    • Suspek berjumpa mangsa untuk mendapatkan maklumbalas terhadap sesuatu jenama barangan yang terdapat di pasaran.
    • Topik perbincangan beralih kepada menawarkan hadiah dengan cara memberi kad untuk digores dengan memaklumkan bahawa mangsa akan memenangi hadiah menarik.
    • Mangsa kemudiannya dikehendaki untuk membuat bayaran berdasarkan harga barangan yang tertera pada kad cabutan bertuah dan seterusnya melayakkan mangsa untuk menyertai cabutan bonanza.
    • Mangsa akan menerima barangan seperti yang tertera di kad di mana nilainya adalah lebih murah daripada nilai sebenar di pasaran.
    • Setelah itu, suspek menghilangkan diri dan gagal untuk dikesan oleh mangsa.

    Langkah yang perlu diambil

    • Orang ramai hendakalah berhati-hati dengan jurujual yang datang ke rumah dan menawarkan barangan serta hadiah pada harga yang murah.
    • Apabila mereka datang kerumah pastikan semakan dibuat dari segi pengenalan diri, pendaftaran syarikat dan lesen jualan langsung.
    • Jika tidak pasti, tanya kepada jiran-jiran anda ataupun rakan-rakan yang berpengetahuan berkaitan hal ini.

    Maklumat dari:-

    Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka

    Siri 5 - Narkotik

    Tuesday, December 11, 2007

    Bersama Memerangi Jenayah - Siri 3

    GANGSTERISM

    Faktor Pelajar Terjerumus
    • Pengaruh kawan atau rakan sebaya yang telah terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
    • Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri (low self-esteem).
    • Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
    • Mereka kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.

    Langkah Pencegahan

    • Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan gangterism di sekolah (pelajar, ibubapa, penjaga, pihak sekolah, polis dan ahli masyarakat).
    • Orang ramai perlu bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan tidak sihat.
    • Ibubapa atau penjaga hendaklah memberitau pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam gangsterism di sekolah.
    • Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
    • Ibubapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan sekolah atau polis dalam menangani gangsterism yang melibatkan ahli keluarga mereka.
    • Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
    • Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanafaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

    Maklumat dari:-
    Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka
    Siri 4 - Jenayah Komersial


    Monday, December 10, 2007

    Bersama Memerangi Jenayah - Siri 2

    CURI KENDERAAN


    Elakkan kereta dan motosikal anda daripada dicuri
    Tahukah anda, daripada 100 kereta dan motosikal yang dicuri, cuma 12% sahaja yang ditemui semula.

    Di manakah kecurian kerap berlaku?
    • Tempat letak kereta awam.
    • Di hadapan rumah.
    • Kompleks membeli belah.
    • Tepi jalan raya.
    • Tempat letak kereta hotel-hotel

    Faktor berlaku kecurian

    • Tidak dikunci.
    • Tiada kunci tambahan.
    • Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam.
    • Meninggalkan barang berharga di motosikal.

    Bagaimana mencagah kecurian kereta

    • Pastikan kereta dipasang alat penggera keselamatan yang baik.
    • Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda atau kelac.
    • Pastikan kereta sentiasa dikunci.
    • Sentiasa meletakkan kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam di tempat yang terang/berlampu.
    • pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis.
    • Jangan serahkan kunci kepada joey kereta.
    • Adalah lebih baik untuk mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (sandblasting).

    Bagaimana Mencegah Kecurian Motosikal?

    • Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
    • Pastikan motosikal dikunci ketika meninggalkannya.
    • Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
    • Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk digunakan.
    • Pasangkan alat pencegah kecurian motosikal dan ukir nombor pendaftaran pada bahagian-bahagian yang jelad dilihat.

    Maklumat dari:-
    Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka

    Siri 3 - Gangsterism

    Bersama Memerangi Jenayah - Siri 1

    BULI

    Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

    Siapa yang sering membuli (Pembuli)?
    • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan 4, 5 dan 6.
    • Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
    • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
    • Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
    • Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

    Siapa yang sering dibuli (Mangsa Buli)?

    • Terdiri daripada pelajar menengah rendah iaitu tingkatan 1, 2 dan 3 serta pelajar sekolah rendah.
    • Bertubuh kecil

    Kenapa mereka sering dibuli?

    • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
    • Individu yang membuli ini mungkin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
    • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
    • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdiri daripada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
    • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
    • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan rasa bosan.
    • Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
    • Akibat masalah keluarga.
    • Sekadar mahu berseronok.

    Jenis-jenis buli

    1. Buli fizikal

    • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit datau sepak terajang sehingga menyebabkan kecederaan.
    • Palin ganas boleh menyebabkan kematian.

    2. Buli mental

    • Lebih kepada ejek mengejek. Misalnya jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
    • Sungguhpun kes buli ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

    Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?

    • Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, samada dalam bentuk fizikal atau mental. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan buli.
    • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada pelajar untuk dibaca bersama dengan ibubapa.
    • Tindakan disiplin, merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
    • Perlu diwujukan 1 jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibubapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
    • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah.
    • Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari masa ke semasa.

    Maklumat dari:-

    Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka

    Siri 2 - Curi Kenderaan

    Saturday, December 08, 2007

    3M - Mandul Minda Malas

    Bismillah...
    Beberapa hari ini, hujan turun hampir sepanjang masa. Menyebabkan metabolisme badan aku berada pada tahap paling minimum.
    Disebabkan metabolisme badan yang sebegitu rupa, minda aku juga tidak berkesan untuk bertindak balas terhadap sebarang aktiviti.
    Disebabkan minda aku sebegitu rupa, pergerakan badan aku juga tidak aktif untuk melakukan sebarang aktiviti termasuk lah untuk ber blog.
    Natijah daripada itu, blog ini bersawang di laman sesawang.
    Nak mandi bunga laut lah :)

    Monday, December 03, 2007

    Penghargaan

    Bismillah...
    Masa zaman sekolah dahulu, aku minat sangat baca buku kartun. Majalah kartun yang popular ketika itu adalah Gila-Gila, Gelagat dan Gelihati. Seringkali karya kartunis-kartunis top ketika itu seperti Rejabhad (Allahyarham), Lat, Ujang, Aie, Gayour, Nik, Nudin, Leen Mafia (sekadar menyebut beberapa nama) membuatkan aku terhibur. Sehinggalah aku mengambil inisiatif untuk belajar melukis kartun. Ketika itu, Allahyarham Rejabhad ada menulis tentang cara-cara yang betul untuk melukis kartun. Aku beli buku itu dengan harga RM10.00.
    Majalah Gelagat juga ada membuat program melukis kartun secara pos. Aku juga menyertai program tu. Sampai dapat sijil. Seingat aku, ketika itu, antara guru yang membimbing aku adalah Kienaka. Lupa pula apa karyanya semasa di Gelagat. Apa yang dia buat sekarang?

    Aku bercerita kisah ini sebab semalam aku jumpa sesawang blog mentor aku 14 tahun yang lalu :)


    Ini pula sijil yang aku perolehi ketika mengikuti kursus melukis kartun anjuran majalah Gelagat.


    Oh ya. Kalau hari ini aku disuruh melukis kartun, aku pasti ketawa, sebab jari-jemariku sudah keras. Kerana selama 10 tahun, aku melukis menggunakan tetikus, bukan pensil. 14 tahun sudah berlalu. Masa begitu pantas berlari.

    Sunday, December 02, 2007

    Maklumat Tentang Tidur

    Bismillah...
    Disebabkan aku mengalami sindrom kemandulan idea, aku sekadar ingin berkongsi maklumat tentang tidur yang aku salin dari mel elektronik yang aku perolehi dari seorang sahabat.

    Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat anda cepat mati. Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang sukarelawan dari beberapa bahagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahawa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal dunia lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.
    Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahawa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6 atau 5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof. Daniel.
    Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahawa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tiada masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesihatan apabila anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.


    "Kalau selama ini anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahawa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesihatan anda," ujarnya.
    Tapi awas, jangan tidur ketika memandu walaupun sesaat. Anda mampu mengubahnya

    Saturday, December 01, 2007

    Mandul

    Bismillah...
    Beberapa hari ni, kita dihidangkan dengan isu DBP kemandulan minda. Mereka gagal mencipta istilah yang berciri keMelayuan untuk istilah-istilah baru. Kebanyakannya diceduk terus dari istilah Bahasa Inggeris.
    Itu di DBP
    Aku di sini, mengalami sindrom kemandulan idea untuk menulis kemasukan. Nampaknya aku kena banyak melayari lapangan sesawang untuk mencari idea.
    Setelah menjumpai artikel menarik, aku hanya perlu potong dan adun ke dalam laman blog aku nanti.
    *Harap DBP dapat mencipta istilah blog dalam Bahasa Melayu*