Monday, December 03, 2007

Penghargaan

Bismillah...
Masa zaman sekolah dahulu, aku minat sangat baca buku kartun. Majalah kartun yang popular ketika itu adalah Gila-Gila, Gelagat dan Gelihati. Seringkali karya kartunis-kartunis top ketika itu seperti Rejabhad (Allahyarham), Lat, Ujang, Aie, Gayour, Nik, Nudin, Leen Mafia (sekadar menyebut beberapa nama) membuatkan aku terhibur. Sehinggalah aku mengambil inisiatif untuk belajar melukis kartun. Ketika itu, Allahyarham Rejabhad ada menulis tentang cara-cara yang betul untuk melukis kartun. Aku beli buku itu dengan harga RM10.00.
Majalah Gelagat juga ada membuat program melukis kartun secara pos. Aku juga menyertai program tu. Sampai dapat sijil. Seingat aku, ketika itu, antara guru yang membimbing aku adalah Kienaka. Lupa pula apa karyanya semasa di Gelagat. Apa yang dia buat sekarang?

Aku bercerita kisah ini sebab semalam aku jumpa sesawang blog mentor aku 14 tahun yang lalu :)


Ini pula sijil yang aku perolehi ketika mengikuti kursus melukis kartun anjuran majalah Gelagat.


Oh ya. Kalau hari ini aku disuruh melukis kartun, aku pasti ketawa, sebab jari-jemariku sudah keras. Kerana selama 10 tahun, aku melukis menggunakan tetikus, bukan pensil. 14 tahun sudah berlalu. Masa begitu pantas berlari.

9 Comments:

Blogger shafarina said...

Dulu, masa sekolah2, minat benar dgn Gayour tuh. Sebab kartun dia.

Ezad, cuba scan kartun lama2 tu, boh kat sini. Leh tengok daaaaa

9:54 AM  
Blogger Ezad said...

wan
ye.. kartun dia lawa. awek dlm kartun dia memang cun :D

idea yg menarik. nanti aku cari majalah tu kat bawah katil :)
eh.. ko nak kartun aku ke.. kartun kartunis yg lelain tu?
karun aku dah tak der dah.. 14 tahun sudah berlalu.. ehehe

8:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

lukis la muke aku pakai paint

9:19 PM  
Blogger Ezad said...

babe
bak meh gambar ko. aku tukar jadi lukisan guna photoshop

9:30 PM  
Blogger arsaili said...

fuyoo melukis menguna tetikus....mesti berlari2 tikus tuh..ekekeke....warm up la jari jemari tuh...sayang bakat yg ada

9:52 AM  
Blogger shafarina said...

Ler.. ko buang buat ape...

Ni yg nak paksa ko melukis balik nih. Mana tau leh jadi bisnes, cover buku nota etc.

Hehehe

ps: karikatur ko pandai ke?

3:50 PM  
Blogger Ezad said...

arsaili
ye.. bukan setakat berlaria sahaja tikus-tikus itu, sebaliknya sampai terberak-berak dikerjakan. hahaha
apa boleh buat, kesuntukan masa menyebabkan hobi itu terpendam sahaja.

wan
apa boleh buat. masa dulu-dulu mana hendak fikirkan soal kenangan. main buang sahaja.
jangan lah dipaksa. memang dah keras dah.
lukis karikatur tidak pandai.. hehehe

7:35 AM  
Blogger LediAgli said...

Yer..aku pon suke kartun...

aku sadis baca ayat..

14 tahun sudah berlalu.. heheh

11:39 PM  
Blogger Ezad said...

ledi
sadis? kekeke..
lagi sadis bila dikenang aku lahir 31 tahun nan lalu...

masa yang pantas berlari, atau kita yang terhegeh2 berjalan?

8:21 PM  

Post a Comment

<< Home