Maklumat Tentang Tidur
Bismillah...
Disebabkan aku mengalami sindrom kemandulan idea, aku sekadar ingin berkongsi maklumat tentang tidur yang aku salin dari mel elektronik yang aku perolehi dari seorang sahabat.
Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat anda cepat mati. Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang sukarelawan dari beberapa bahagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahawa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal dunia lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.
Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahawa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6 atau 5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof. Daniel.
Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahawa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tiada masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesihatan apabila anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.
"Kalau selama ini anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahawa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesihatan anda," ujarnya.
"Kalau selama ini anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahawa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesihatan anda," ujarnya.
Tapi awas, jangan tidur ketika memandu walaupun sesaat. Anda mampu mengubahnya
7 Comments:
bagu gak info ni...lagipon baby je yg paptut tido lama untuk tumbesaran..dah besar ong ni kurang2ka la tido..tu pasal nabi tido sekejap je..the rest qiyamullail..
tatkala aku baca entri ni, aku dah 4 kali menguap. walaupun baru pukul 10 pagi.
grrrr ngantok weh!
iskkk ingat kemandulan apa tadi...good info..tapi selalu tido standard baby..isk3
Kita tidur dalam 6-7 jam, tapi nabi kita lagi kurang tidur, dan banyak ibadah, kita pulak lebih tidur kurang ibadah,kan.. tu yang badan senang kena penyakit.
titi
kalau org besar tido lebih maknanya dia nak kena tumbukanbesar.
marilah sama2 qiyamulail.. :)
wan
err.. ni pembawa budak ni. tak leh nak bagi tumbukanbesar. layankan aje. kesian. anak dlm perut nak tido. mak y bawa perut pun kena tido skalik.. kekeke
arsaili
tak pe. dah dpt info ni, ubah2 la sikap :D
purple
ye.. umat akhir zaman. semuanya serba terbalik
yg saya pnh terbaca, kajian saintis, tido byk yg panjang umo.haha, mcm2 la :D
hayad
wah.. saintis mana bagitau tu?
tp rasanya betul gak, banyak tido, kurang makan, kurang buat keje tak berfaedah, kurang kena pencemaran, kurang stress. bila dah semua kurang, panjang la umo.. kekeke
Post a Comment
<< Home