MB dan Penyapu
Bismillah
Beberapa hari ni, kita dihidangkan dengan berita tentang MB Selangor beri hadiah penyapu kepada Majlis Daerah Hulu Selangor yang gagal dalam memenuhi sasaran kutipan cukai. Dan daripada itu, pelbagai reaksi di kalangan orang ramai diperolehi samada yang menyokong mahupun yang membantah.
Yang menyokong menyatakan ianya bagi menyedarkan PBT dan kakitangannya supaya bekerja dengan lebih keras lagi.
Yang membantah pula menyatakan, dengan menghadiahkan penyapu, ianya seolah-olah menghina kakitangan terbabit di samping penyapu itu merupakan pembawa s*al.
Aku??
Aku melihat tindakan MB Selangor itu agak keterlaluan. Namun begitu, aku amat bersetuju dengan anugerah itu. Aku tidak melihat penyapu itu sebagai pembawa s*al atau lambang MB mahu membuang kakitangan terbabit. Ia merupakan suatu pemberian sinikal supaya pihak terbabit bekerja dengan lebih keras lagi. Buang nilai-nilai negatif yang ada dalam organisasi, seperti sifat malas, hanya tunggu gaji, tidak mesra pelanggan dan sebagainya. Kakitangan kerajaan harus bekerja secara profesional dan bersikap positif. Tidak membabitkan perkara seperti menyinggung perasaan, menghina dan sebagainya. Dengan anugerah penyapu itu, bekerjalah lebih keras lagi. Mana tahu, tahun depan boleh pergi melancong pula.
Kepada kakitangan kerajaan, janganlah terlalu manja. Minta kenaikan gaji diberi, minta bonus, diberi, nak kerja 5 hari diberi, kerja rajin dibawa melancong. Takkan lah beri penyapu kalau tak cemerlang pun nak melenting! Buktikan yang anda merupakan mereka-mereka yang berjaya. Andalah orang yang paling layak untuk jawatan anda sekarang. Tiada orang lain yang mampu menandingi keupayaan kalian. Jangan bekerja untuk sekadar mengisi jawatan dan menunggu gaji setiap bulan.
Orang kita tidak akan maju jika terus sensitif. Terlalu banyak pantang larang. Terlalu bermain dengan perasaan. Buat itu tersinggung, buat ini kecil hati. Itu langgar adat, Ini bukan budaya.
Anak-anak kita perpeleseran, tak malu kah??
Tuhan maha adil. Apa yang kita beri, itulah yang kita dapat, kan??
Pak Khir bagi penyapu. Pak Ali nak bagi apa?
Hanya Pak Ali yang punya jawapan
3 Comments:
pak Ali bagi vacuum :)
we should follow the Japaneese
just my 2 cents worth:)
Anak-anak kita berpeleseran, tak malu kah??
Aku rasa lagi patut kalau bapak yang gagal didik anak tu yang serah diri dan jawatan. Not the other way around.
Mula2 PM naik dulu, dia ada cakap gitu.
babe
mana boleh bagi vacuum. mahal tu.
bagi tong sampah kott.
Org jepun buat mcm mana?
wan
ye.. dpt penyapu malu sebab masuk surat khabar muka depan. anak kena tangkap khalwat tak malu pun:D
Post a Comment
<< Home