Persidangan
Bismillah
Pada mulanya aku ingin menulis pasal masyarakat India di Malaysia ketika ini. Ketika mereka sibuk membuat persiapan untuk perayaan cahaya mereka. Namun, aku nak tukar topik gara-gara ketiadaan idea pasal masyarakat India.
Nak tulis pasal apa?
Pasal persidangan terbesar kaum Melayu. Beberapa hari ni, kita didendangkan dengan berita pasal persidangan. Kalau di televisyen, kita akan dihidangkan dengan sedutan-sedutan perbahasan para perwakilan. Aksi-aksi lucu, spontan, semangat yang berkobar-kobar dan sebagainya. Semuanya berbicara pasal agenda melayu. Maka lahirlah istilah-istilah baru ciptaan para pembahas. Mengangkasakan Tamadun Bangsa? Bangsa Glokal? Merakyatkan Perjuangan? Kapasiti Minda di Tahap Maksimum?.....
Wah!!! Hebat pemimpin bangsaku!
Semoga selepas pulang dari persidangan ini, para perwakilan akan mempraktikkan segala yang telah dibahaskan. Jangan berkobar ketika di dewan yang serba inidah itu sahaja. Pulang ke cawangan, buat la apa-apa tindakan susulan supaya akar umbi akan mengangkasakan tamadunnya, menjadi bangsa glokal, di samping bolehlah merakyatkan perjuangan parti. Nak buat semua ini, perlulah menggunakan kapasiti minda hingga ke tahap maksimum, tak gitu?
Nota buat Naib Presiden
Isu babi dah selesai ke?
2 Comments:
Soalan yang terakhir tu tak tahan tuu.. masih lagi belum settle ya, sabo aje la. Lambat sungguh amik tindakan yang itu.
purple
tu la pasalnya. untuk buat perkara baru, perkara lama kena kasi selsai dulu, kan?
Post a Comment
<< Home