Tutup Kedai
Bismillah....
Setelah melihat prestasi syarikat aku sejak kebelakangan ni, aku dapati ianya mengalami banyak kemerosotan. Ini disebabkan kos yang terpaksa aku tanggung terlalu banyak sedangkan perolehan yang aku dapat tidak seberapa. Maka, untuk mengelakkan syarikat aku mengalami kerugian, maka aku mengambil keputusan untuk menutup kedai dan menjalankan operasi perniagaan di rumah sahaja.
Kecewa? Memang la kecewa. Tapi nak buat lagu mana. Buat masa ni, belum rugi lagi. Jadi, sebelum rugi, lebih baik aku buat sesuatu.
7 Comments:
Assalamu`alaikum.....
Sesungguhnya saya dah beberapa bulan tak menjenguk blog Ezad ni... tapi ntah macam mana hari ni hati saya tergerak untuk menaip ezadahmad.blogspot.com, Terkejut... sedih... bukan apa, tapi... kerana satu masa dulu saya mengikuti tulisan Ezad yang penuh dengan motivasi dan semangat tinggi... harapan saya satu hari nanti Ezad berjaya menjadi Usahawan yang hebat pada masa akan datang. Sedih juga kerana hari ini tulisan Ezad bermula dengan "TUTUP KEDAI"
Di mana silapnya?
ezad BOLEH!
apa pun aku doa semgoa bisnes ko cepat maju
bila nak bukak kedai pool? ;P
Ishk Ezad, apasal jadi lagu ni? Tapi keputusan mesti dibuat jugak kan, utk elak rugi berlipat ganda.
Semoga terus sukses yerrr!
jamalulail
terima kasih kerana mengikuti perkembangan. kedai ditutup adalah disebabkan kekurangan jualan untuk pemborongan. mungkin sebab terlalu fokus kepada freelance buat design yang agak banyak, maka sales pemborongan merosot. tapi saya tak akan bayar sewa kedai dan beli stok dengan duit freelance
skidg8
terima kasih
babe
terima kasih
kedai pool kat jasin tak laku.. kekeke.. kita org tak reti main
wan
terima kasih
sedang usahakan strategi baru. tapi kedai terpaksa dikorbankan
hmm.. sabar eh awak. nak mulakan perniagaan memang camtu. abah erni dulu pun, teruk gak masa memula. wat kat umah pun ok, asalkan maju. insyaAllah..
erni
terima kasih
Post a Comment
<< Home