Monday, November 26, 2007

Amaran

HINDRAF
Jangan Main Api
Jangan Main Api
Jangan Main Api
Jika nasibmu tak terbela, rujuk pemimpin kalian. Jika dia tidak membelamu, ganti sahaja orang lain.
Jangan bersikap kurang ajar dengan menghuru-harakan bumi ini

Sunday, November 25, 2007

Hilang

Bismillah
Ni kisah semalam. Aku kehilangan wallet. Nasib baik MyKad & lesen memandu aku letak tempat lain. So yang hilang, wallet, kad ATM dan kad kredit. Termasuklah kad Bonus link & kad Mesra Petronas dan tunai sebanyak RM***.**
Aduhai....

Monday, November 19, 2007

Bahaya


Bismillah
Mana betul? Merbahaya ke.. berbahaya.
Semua sedia maklum bahawa kata dasarnya adalah BAHAYA. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat beberapa imbuhan bagi menyokong sesuatu perkataan.
Setahu akulah, dlam Bahasa Malaysia tiada imbuhan mer. Jadi perkataan MERBAHAYA adalah tidak tepat. BERBAHAYA adalah lebih tepat kerana ianya membawa maksud adanya bahaya di kawasan tersebut.
Betul tak?
Kalau betul, nampaknya pihak berkuasa tempatan kena lah tukar semua papan tanda yang mempunyai perkataan MERBAHAYA di tepi-tepi jalanraya.
Kalau tak betul, sila beri komen anda supaya semua pihak mendapat faedahnya.


Sunday, November 18, 2007

MB dan Penyapu

Bismillah
Beberapa hari ni, kita dihidangkan dengan berita tentang MB Selangor beri hadiah penyapu kepada Majlis Daerah Hulu Selangor yang gagal dalam memenuhi sasaran kutipan cukai. Dan daripada itu, pelbagai reaksi di kalangan orang ramai diperolehi samada yang menyokong mahupun yang membantah.
Yang menyokong menyatakan ianya bagi menyedarkan PBT dan kakitangannya supaya bekerja dengan lebih keras lagi.
Yang membantah pula menyatakan, dengan menghadiahkan penyapu, ianya seolah-olah menghina kakitangan terbabit di samping penyapu itu merupakan pembawa s*al.
Aku??
Aku melihat tindakan MB Selangor itu agak keterlaluan. Namun begitu, aku amat bersetuju dengan anugerah itu. Aku tidak melihat penyapu itu sebagai pembawa s*al atau lambang MB mahu membuang kakitangan terbabit. Ia merupakan suatu pemberian sinikal supaya pihak terbabit bekerja dengan lebih keras lagi. Buang nilai-nilai negatif yang ada dalam organisasi, seperti sifat malas, hanya tunggu gaji, tidak mesra pelanggan dan sebagainya. Kakitangan kerajaan harus bekerja secara profesional dan bersikap positif. Tidak membabitkan perkara seperti menyinggung perasaan, menghina dan sebagainya. Dengan anugerah penyapu itu, bekerjalah lebih keras lagi. Mana tahu, tahun depan boleh pergi melancong pula.
Kepada kakitangan kerajaan, janganlah terlalu manja. Minta kenaikan gaji diberi, minta bonus, diberi, nak kerja 5 hari diberi, kerja rajin dibawa melancong. Takkan lah beri penyapu kalau tak cemerlang pun nak melenting! Buktikan yang anda merupakan mereka-mereka yang berjaya. Andalah orang yang paling layak untuk jawatan anda sekarang. Tiada orang lain yang mampu menandingi keupayaan kalian. Jangan bekerja untuk sekadar mengisi jawatan dan menunggu gaji setiap bulan.
Orang kita tidak akan maju jika terus sensitif. Terlalu banyak pantang larang. Terlalu bermain dengan perasaan. Buat itu tersinggung, buat ini kecil hati. Itu langgar adat, Ini bukan budaya.
Anak-anak kita perpeleseran, tak malu kah??
Tuhan maha adil. Apa yang kita beri, itulah yang kita dapat, kan??
Pak Khir bagi penyapu. Pak Ali nak bagi apa?
Hanya Pak Ali yang punya jawapan

Tuesday, November 13, 2007

Hari Busuk

Bismillah..

Aku suka memandu kereta. Aku suka bawa kereta sambil pusing-pusing kampung. Masuk kampung sini, keluar kampung sana. Sambil dengar radio. Sambil berangan. Tapi ketika memandu, aku lebih suka pakai selipar dari kasut. Sebab bila aku pakai kasut, aku rasa yang aku tak tekan minyak pun.
Hari ni, seperti biasa aku akan membeli surat khabar di bandar Jasin. Dan seperti biasa aku akan parking kereta di kawasan parking yang di sediakan. Bukan depan kedai surat khabar. Kedai surat khabar berhadapan jalan besar. Ada garisan kuning, bersebelahan simpang. Jadi aku tidak memberhentikan kereta di situ. Jadi dari parking sampai ke kedai surat khabar, aku terpaksa berjalan kaki sedikit. Adalah dalam 2o meter kot. Lepas bayar semua bagai, aku kembali ke kereta. Masa melintas jalan tu, aku terpandang 1 banner yang digantung depan tiang lampu. Aku pun pi la dekat sikit. Nak baca banner tu. Banner pasal Konsert kat Stadium Jasin.
Habis baca, aku pun berjalan menuju ke kereta. Sampai kat kereta aku terbau sesuatu. Bau busuk sangat. Aku pun tengok la selipar aku. Rupa-rupanya aku dah terpijak ta*i kucing. Cizzzz!!!.. mana nak cari air basuh dah. Sudahnya, aku pun gosok-gosok je tapak selipar tu kat atas jalan. Agak-agak dah ok, aku sembur dengan pewangi kereta. Tak puas hati lagi, aku alas lantai kereta dengan plastik sampah yang tersedia di bonet. Sepanjang perjalanan, aku rasa macam tak best je. Buka cermin kereta semua... Tapi masih ada bau...

Bau yang busuk... uweeekkkk

Sunday, November 11, 2007

Bicara Tentang Movie

Bismillah

Hari ni, aku sibuk capture movie masa kenduri emak ke Makkah dan pertunanga adik. Dah berbulan-bulan, baru hari ni aku dapat capture masuk ke PC. Tapi tak sempat nak masuk CD lagi. Dok edit sesikit....

Lain.. tarak. Oppss.. beberapa hari lalu kereta aku samput. Masa enjin sejuk dia batuk2. Sekarang dah ok dah. Tip top..
Sapa nak rempit???

kekekekeke

Thursday, November 08, 2007

Happy Deepavali


Happy Deepavali kepada penganut agama hindu. Semoga sejahtera di bumi bertuah ini.
(kredit untuk babe sebab gambar ini)

Tuesday, November 06, 2007

Persidangan

Bismillah
Pada mulanya aku ingin menulis pasal masyarakat India di Malaysia ketika ini. Ketika mereka sibuk membuat persiapan untuk perayaan cahaya mereka. Namun, aku nak tukar topik gara-gara ketiadaan idea pasal masyarakat India.
Nak tulis pasal apa?
Pasal persidangan terbesar kaum Melayu. Beberapa hari ni, kita didendangkan dengan berita pasal persidangan. Kalau di televisyen, kita akan dihidangkan dengan sedutan-sedutan perbahasan para perwakilan. Aksi-aksi lucu, spontan, semangat yang berkobar-kobar dan sebagainya. Semuanya berbicara pasal agenda melayu. Maka lahirlah istilah-istilah baru ciptaan para pembahas. Mengangkasakan Tamadun Bangsa? Bangsa Glokal? Merakyatkan Perjuangan? Kapasiti Minda di Tahap Maksimum?.....
Wah!!! Hebat pemimpin bangsaku!
Semoga selepas pulang dari persidangan ini, para perwakilan akan mempraktikkan segala yang telah dibahaskan. Jangan berkobar ketika di dewan yang serba inidah itu sahaja. Pulang ke cawangan, buat la apa-apa tindakan susulan supaya akar umbi akan mengangkasakan tamadunnya, menjadi bangsa glokal, di samping bolehlah merakyatkan perjuangan parti. Nak buat semua ini, perlulah menggunakan kapasiti minda hingga ke tahap maksimum, tak gitu?
Nota buat Naib Presiden
Isu babi dah selesai ke?

Saturday, November 03, 2007

Pencerobohan

Bismillah...
Sejak kebelakangan ni, aku dapati banyak komen dari pihak yang entah apa-apa. Aku rasa ianya adalah spam. Adakah kalian menghadapi masalah yang serupa? Bagaimana pula nak mengatasinya?

Thursday, November 01, 2007

Musim Apa?

Musim apa?
Musim ...
Musim apa?
Musim ...
Musim apa?
Musim ...
Musim apa?
Musim ...
Musim apa?
Musim ...
Musim apa?
Musim pegawai kerajaan kena tahan BPR, nakk :)
Jadi, pegawai-pegawai kerajaan yang mengambil rasuah. Awas!! anda diperhatikan. Bersiap sedialah. Jika tidak hari ini, esok lusa giliran anda pula.
Pegawai-pegawai kerajaan yang ditahan BPR, sewajarnya diberhentikan kerja. Kami pembayar cukai tidak mahu memberi makan orang-orang seperti ini.