Tuesday, May 29, 2012

Situasi

Bismillah..

Situasi ni, sesuai untuk lelaki sahaja. Bayangkan situasi ini...

Engkau sedang kencing dalam tandas awam (contoh tandas pejabat kau la).. tiba2 casing handphone kau jatuh dalam lubang tandas tu... For sure, masih ada air kencing bertakung, sebab kau belum flush lagi. Casing tu pulak tenggelam terus.

So, kau kena buat keputusan segera, samada kau nak ambil casing tu atau kau biarkan sahaja.


Dalam kes aku, aku ambil je. Tangan celup la dalam lubang tu. Memang aku tak flush dulu, sebab kalau aku flush, takut casing tu tersekat pulak, tak pasal-pasal je lubang tu tersumbat. Tu nasib baik kencing, kalau berak aku tak tau la...


cizzzz




Friday, May 25, 2012

Ahli Pas?

Bismillah...




Hari ini, beberapa orang lagi beranggapan yang aku ahli Pas. Sikap dan cara seperti orang Pas (???). Dan sekali lagi aku terpaksa jelaskan, aku adalah neutral. Walaubagaimanapun, aku akui, aku ada ramai kawan-kawan dalam Pas, malah bisa aje aku ke markas Pas. Tapi aku bukan ahli Pas malah, bukan ahli mana-mana parti politik. Dan sekali lagi, mereka juga kurang percaya yang aku bukan ahli Pas. 


Lantak korang lah!


Persoalan yang timbul, bagaimana yang dikatakan sikap dan cara orang Pas tu?
Hmmmm....

Wednesday, May 16, 2012

Masuk Dan Keluar

Bismillah...


Hari ini, department kami menerima seorang lagi staff baru. Seorang sahaja. Lelaki dan ada pengalaman dalam bidang industri kami.OK, sangat baik. Dengan adanya staff baru itu, kami percaya, team kami akan menjadi lebih produktif?


Tapi, dengar-dengarnya, ada 2 orang daripada yang ada sekarang nak berhenti pulak. Laaa... 1 masuk, 2 keluar..


Mereka berdua adalah staff baru juga. Adalah join kami dalam sebulan dua ni. Aku dah agak dah yang budak perempuan tu tak kekal lama. Tapi tak terfikir pula yang lelaki tu pun nak keluar sama. OK! Fine! Sesuatu yang menyebabkan aku tak kisah mereka nak keluar adalah, aku tak ajar mereka banyak benda. So, tak la rugi sangat pun!


Apa punya nasib la department kami ni. Kalau macam ni keadaannya, bila masa department kami nak produktif?? 


Hmmmm.............

Sunday, May 13, 2012

Tak Boleh Belayar

Bismillah...

sejak menggunakan wi-Fi ni, ada beberapa lama sesawang yang tak boleh aku layari. Antaranya laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Di samping itu, ada beberapa laman sesawang yang tidak lengkap muaturunnya. Kenapa jadi begini?

Adakah masalah laman sesawang itu sendiri atau masalah wifi kami ni?

Hmmmm....

Monday, May 07, 2012

Wi-Fi Dan Kad ATM

Bismillah...


2 minggu aku tunggu wi-fi aku ni. Hari ni baru mereka tukar modem. Tapi ada masalah baru lak. Security key.. apa ni?? Call technician tak dapat-dapat.


Last-last, pakai cable juga..


Hmmmmmm....


......................


Dua-tiga hari ni, aku tak boleh keluarkan duit guna kad ATM bank Proton Saga. Ok, untuk makluman Bank Proton Saga telah pun bergabung dengan bank seorang lelaki Cina.
Aku sangkakan, kad tu dah tak boleh pakai dah. Sebab dulu bank pernah hantar notis mengatakan yang no akaun akan ditukarkan.
Tapi tadi cuba keluarkan duit lagi. Alhamdulillah, boleh pula.... :) Rupa-rupanya masalah sistem je pun.



Sunday, May 06, 2012

Cikaro

Bismillah


Dulu Bohsia, sekarang cikaro pulak. Macam-macam istilah digunakan. Tapi yang pasti merujuk kepada bangsa Melayu yang mempunyai masalah sosial.


Bukan sahaja tidak malu, bahkan bangga pulak dengan gelaran yang diberikan.


Apa fungsi institusi keluarga hari ini? Kahwin - beranak - abai tanggungjawab. Begitukah?


Moga-moga Allah memelihara bangsaku ini.

Wednesday, May 02, 2012

Ah Long

Bismillah...

Baru-baru ni, aku terima 1 surat dari sebuah syarikat. Mereka menawarkan pinjaman untuk aku mengembangkan perniagaan aku. Aku syak mereka ni ah long la. Dari ribu-ribu hingga juta-juta pinjamannya. Tanpa penjamin, tanpa cagaran.

Tapi yang menjadi kemusykilan aku, dari mana mereka dapat maklumat aku? 

Ni yang aku nak buat report polis je ni..

Tapi, perlu ke?

Tuesday, May 01, 2012

Hari Pekerja

Bismillah...

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja. Semoga lepas ni, kita akan bekerja dengan lebih keras dan penuh dedikasi.

PM dah umumkan gaji minimum. Agak tinggi dari jangkaan kami. Tak kisah la tu, semua golongan yang terbabit akan gembira dengan berita ini. Gunakan wang dengan penuh berhemah ye...