Wednesday, November 29, 2006

Hari Yang Lemau II

Bismillah...
Huh!! Hari ni betul-betul meletihkan. Kerja yang bertimbun-timbun kat office menyebabkan aku tak cukup nafas nak buat. Dengan item baru nak buat, item lama nak tukar material, item yang baru keluar nak kena review.. huhuhu.. nangis aku...
Pada masa yang sama, aku dapat beberapa order dari client baru dan lama. Sampai rumah, aku check stock, madu kurang satu lak. Alahai... kena pinjam la kat member cam nie. Nak ambik order tak sempat dah ni. Dah janji nak hantar minggu ni. Satu hal lagi ni nak kena gi Batu Berendam. Isk.. kusut lah
Next? hmmmm... tak der dah. Nak layan tido la. Letiih betul hari ni

Monday, November 27, 2006

Hari Yang Lemau

Bismillah..
Haa.. ingat biskut merry je lemau? Aku pun lemau gak hari ni. Sampai office, aku kena fikirkan Assembly Instruction untuk loft bed aku. Ni dah round 3 dah. Buyer reject A.I aku. Rasa cam nak bakar je loft bed tu. Nyesal aku buat!! Letih la pak ngah naaakkkk....
Sambil buat A.I, kepala aku tersengguk2. Apesal ek? Malam tadi aku tido kol 12. Siang tu dah busy giler. Badan aku letih. Tetapi, beberapa panggilan dari pihak2 tertentu untuk business, membuatkan aku bersemangat. Huh!! La ni nak cakap pasal bisness je. Cakap pasal drawing letih dah. Sekarang cakap pasal stok, pasal modal, pasal market.. huhuhu.. takat autoCAD ni, letih la pak ngah naaakkk..
Apa masalah A.I ko inche Ezad?
Banyaknya masalah. Hardware dah bertindih-tindih. Perspective dah terbalik, insruction pun dah tunggang terbalik. huhuhu.. boleh migrane aku dibuatnya. Masa buat perspective, kepala aku dah pusing2 dah.. tak tau ape yang aku buat sebenarnya..
Huh.. jual minyak kepala dara lagi best la canggini...:)
Moh arr tido.. huja dah rintik2 ni.. nak taarik toto lah

Sunday, November 26, 2006

Hari kenduri

Bismillah

Memula aku nak panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan izinNya kami dah selesai adakan kenduri doa selamat. Alhamdulillah..
Kenduri start lepas solat Zohor. Tapi rumah aku dah ramai orang seawal jam 10 pagi, khususnya saudara mara dan kaum ibu. Lepas solat Zohor aje, jemaah masjid pun tiba, one by one. Pak imam pun datang dengan bini dia.
Time baca doa tu, aku tak tahan sebak. Nangis la sket. Apesal ntah. Tapikebiasaannya, aku jadi sayu time baca doa. Tak tau la apesal. Mesti mata berair sket. Mungkin sebab aku banyak doa kot:(


tuhanku, aku tak layak masuk ke syurgaMu, namun tak pula aku mampu ke nerakaMu

Lepas doa selamat ada sessi marhaban lak. Sayu lagi hati aku. Merdunya suara mak cik tu ber marhaban.
Lepas sessi makan-makan, kami adakan sessi basuh kawah.. huhuhu.. sessi ni memang aku suka sangat. Bukan aku suka basuh kawah, tapi aku suka main air.. kekekeke... Aku basuh kawah, kuali, periuk dan juga tudung periuk. Kalau dapat dengan tong2 gas aku nak basuh sekali. Apakan daya, tak pernah dibuat orang, basuh tong gas.
Lepas basuh semua2 tu sessi lepak-lepak la pulak.
Next? Lepak laaa.. sessi lepak2 tak habis lagi nie

Chowwwzz


Beberapa keping gambar diambil. Tapi aku rasa cukup la 2 keping ni aje yang yang dipaparkan. Sebab yang lain-lain tu adalah gambar family. So rasanya biarlah ianya menjadi tatapan kami sekeluarga aje.

Saturday, November 25, 2006

Persiapan Kenduri


Bismillah..

Hari ni keluarga kami agak sibuk. Maklum la, besok nak buat kenduri. So banyak la persiapan yang nak kena buat. Dan bila namanya kenduri, tak sah la kalau tak der aktiviti masak memasak kan?
Balik dari kerja je, aku kena sain kontrak menggoreng. huhuhu.. aaku diarahkan oleh majlis bertindak kenduri supaya menggoreng ayam dan ikan. Goreng ayam pas. Goreng ikan fail.. sebab ikan aku hancur.. muahaha.. tapi ok la kan... untuk makan malam je.. kalau nak bagi tetamu makan sok, buat malu je..
Moh tengok gambar... kekeke

Gambar depan rumah, dah siap pasang balai. Macam nak sambut menantu je nih.. kekeke

Sessi menggoreng ayam. Sesapa makan ayam yang aku sure akan kata... fuaaaaaaaaaaaaaaahhhh.. ala.. macam iklan KFC tu...

Sessi memulakan memasak rendang. Nak panggil ape ek? Tapi untuk makluman, rempah yang digunakan adalah rempah Formula Dr Azimuth. Sila klik http://www.freewebs.com/ktebiz/ untuk maklumat lanjut (iklan ini dibayar penyiarannya. Oleh itu belilah. Kalau dapat balik modal bayar iklan pun dah syukur alhamdulillah.)

Oooo.. baru aku sedar, gambar sessi menggoreng ikan tak diambil. Tapi ok lah kan, tak der la memalukan aku.. muahahaha
So hari ni, rumah aku penuh la. Ngan sepupu sepapat, mak cik pak cik, nenek-nenek.. semua ada. Tolong potong daging, bawang, kunyit dan lain-lain lagi. Takkan la pulak nak sebut satu-satu ye tak??
Next? Tarak.. nak tido la pulakkk
chowz

Thursday, November 23, 2006

Hari Yang Aku Jadi Cikgu

Bismillah
Aku jadi cikgu lagi. Adohai.. letih betul usus perut aku. Kali ni student aku anak saudara taukey kilang ni. Senior ajar pasal teknikal, aku lak cerita pasal dokumentasi. Budak pompuan ni bakal jadi MD cawangan kami kat Hong Kong. So, dia nak tau segala-galanya tentang kilang kami lah. So, senior dan aku terpaksalah explain tentang bahagian R & D ni. Aku nak cerita banyak-banyak pasal teknikal aku tak pandai. So aku ambik part dokumentasi la. Bagitau dia dokumen yang kami buat, tentang drawing dan tentang software yang kami pakai. Di samping tu kami bawa ke lab untuk tengok proses-proses buat sample. Suruh pootong kayu dia tak nak. Lantak ko lah!
Selama aku kat kilang ni, dah dua tahun dua bulan, dah ramai dah anak murid aku, khususnya dalam cara-cara guna autoCAD. Tak silap aku adalah dalam 8 orang. Semuanya budak-budak lepas habis study. Tapi ada gak yang dah ada pengalaman kerja. Tapi bila dia orang tengok aku guna AutoCAD, terus nak belajar cara aku.. huhuu... Inventor aku tak berani nak ajar lah.. kekeke.. tapi sesikit boleh la. Sebab tak sampai tahap sifu lagi.. tahap siput baru, lembap.. muahahaha... Semua designer lepas aku dah berhenti, tinggal junior tu je. Yang lain semua tak tahan sebab tekanan kerja. huh!! lembik la lu orang semua... Aku?? huhuhu.. silap2 tahun depan, senior je tinggal sorang ngan junior aku. Sebab aku nak chow.. hehehe.. insyaallah jika ada rezeki untuk buat sendiri.
That's all

Tuesday, November 21, 2006

Bicara Tentang Masa Depan Anak-Anak

Semalam aku tulis pasal bicara aku dgn seorang teman. Hari ini, aku teringat lagi bicara aku dengan seorang teman yang lain. Seorang ibu muda, dan berfikiran sangat jauh... Sungguh jauh. Melangkaui zamannya. Berikut adalah petikannya.

Dia : Tahun depan anak saya dah sekolah tadika. Tu yang beli motor tu. Besok boleh hantar & jemput dia.
Aku : Anak kau sekolah mana?
Dia : Cadang nak masukkan dia kat sekolah cina.
Aku : Elok juga tu. Tapi kenapa?
Dia : Besok senang dapat kerja. Tau2 la company semuanya company cina. Sure nak orang yang mahir bahasa dia orang punya.
Aku : Kau nak anak kau kerja dengan cina ke?
Dia : Dah, company banyak company cina bang. Dia orang nak pekerja nya yang mahir bahasa cina. Senang nak berkomunikasi.
Aku : Elok la. Masukkan la anak kau tu kat sekolah cina. Untung-untung besok boleh la kerja dengan dia orang.

Nota Tapak Kakiku
Kesian? Memanggg aku kesian. Anak belum kenal huruf lagi dah mengimpikan dia bekerja dengan cina. Dari 1 generasi, ke 1 generasi, melayu terus jadi kuli. Pandangan yang jauh sungguh. 20-30 tahun akan datang, ibu muda ini telah melihat bahawa Melayu akan terus jadi kuli. Syabas ibu muda!! Kepada ibu bapa yang anaknya bakal bersekolah, fikirkan lah bahawa masa akan datang juga, anak2 anda akan jadi kuli juga. Kesian sungguh!!

Monday, November 20, 2006

Bicara Tentang Kerja

Berikut adalah petikan perbualan aku dengan seorang rakan. Ianya bukan pada hari yang sama. Yang mula-mula u adalah perbualan 2-3 bulan yang lepas dan yang berikutnya pula adalah perbualan hari ini.

Dia : Susah betul kerja sekarang ni. Anak buah aku sampai hari ni tak dapat kerja lagi.
Aku : Suruh la dia berniaga
Dia : Berniaga lagi susah. Belum tentu untung. Macam kau ok la. Ada kerja, ada bisnes
Aku : Kau sampai bila nak kerja sini?
Dia : Tak tau la. Sampai company ni bungkus kot. Kalau dia bungkus, aku kerja jadi guard je la.
Aku : Kenapa kau nak jadi guard?
Dia : Macam aku ni, tak der sijil, tu je la yang aku boleh buat..
Aku : Kau tak nak berniaga?
Dia : Malas la aku. Aku tak minat
Aku : So kau minat jadi guard la ye?
Dia : Tu terpaksa

Hari ni...
Dia : Kau nak kerja part time?
Aku : Part time? Kerja apa?
Dia : Kerja kat Tesco. Situ ada KFC, kerja la dgn KFC
Aku : Sebab?
Dia : Aku tengok kau kerja teruk sangat. Kat sini kau pressure. Lepas tu berniaga cari customer lagi
Aku : Aku suka
Dia : Tapi kalau kau kerja part time lagi senang. Tak yah ke hulu ke hilir cari customer beli barang kau.
Aku : Aku tak nak jadi kuli selama-lamanya
Dia : Maksud aku, buat sementara je. Bila tiba masanya nanti, kau buka la bisnes.
Aku : Bagi aku, sekarang la masanya untuk aku buka bisnes. Lagipun buat apa aku kerja part time. Dah la pagi jadi kuli, petang pun nak jadi kuli juga.
Dia : Aku nak bagi kau peluang je. Kesian kau tu.
Aku : Aku lagi kesian kat diri aku sebab asyik jadi kuli je......

Nota Tapak Kakiku
Kesiankan? Melayu yang mula meneroka tanah ini, akhirnya menjadi kuli orang lain. Menjadi kuli kerana terpaksa. Terpaksa kerana tak mampu berfikir. Berfikir untuk bertindak. Bertindak untuk mengubah nasibnya. Nasibnya ditentukan orang. Orang itu hanya mentertawakan Melayu.
Melayu, tidakkah kau menyedari hal ini?

Saturday, November 18, 2006

Ekspo Melaka 2006



Moh ke ekspo!!!

Lokasi : MITC, Air Keroh, Melaka

Tarikh : 18 - 26hb November 2006 **(UPDATE)

Datang jangan tak datang!! Bawalah keluarga anda bersama. Pelbagai produk ada dijual. Dari produk makanan sehingga la ke hartanah.

Friday, November 17, 2006

Workstation Seorang Kuli



Bismillah....
Ini adalah workstation aku. Terabur ek? Ruang meja sebelah kanan tu cam kosong je kan? Haa.. tu adalah tempat untuk letak drawing besar. Masa gambar ni di ambil, tak der drawing besar. Baru peringkat awal design produk baru.
Meja aku tu tempatnya paling belakang sekali. Memang aku pilih tempat tu. Sebab, agak tersorok sket, so aku boleh la bagi fokus yang lebih, konon-kononnya lah. Masa gambar ni di ambil, aku sensorang je dalam bilik. Senior ada discussion, Junior emergency leave. Aku masa tu baru ambik gambar sample baru. Dah digital camera dalam tangan, aku ambik la gambar workstation aku. Mana la taukan, kot sok2 aku berenti sok, ada la kenangan.. hehehe.. Masa aku berhenti dari S*pura hari tu, ada gambar pakai kamera filem. Tapi entah mana entah album tu sekarang. Isk.. isk... hilang lah suatu kenangan terindah (amboi.. rasa cam tajuk lagu je nih!!)
Atas meja aku tu, benda paling penting adalah kertas conteng (sememangnya tabiat aku suka conteng-conteng), pensil (adalah lebih penting dari pen, aku lebih suka pakai pensil dari pen), hi-lighter (betul ke??...supaya aku boleh remark apa-apa lah), culculator (memandangkan matematik aku tak pernah pass s, asyik fail dengan cemerlang je, ia digunakan untuk.. err.. takkan buat gait buah lak kot kan?..), measurement tape (nak ukur la, takkan nak makan lak) dan of couse lah, komputer:). Benda-benda yang tak berapa penting ialah pembaris... hehehe.. apesal ek? Sebabnya aku ukur pakai measurement tape lah...
Haa.. tadi member bagitau, yang department aku dapat nombor 1 untuk sistem 5S. Nanti kalau aku free, aku ambik gambar bilik lak.. ok??
So.. chowzzzz

Thursday, November 16, 2006

Hari Yang Meeting Paling Lama

Bismillah..
Hari ni, aku attend meeting paling lama. Dari pukul 830 pagi sampai pukul 1200 tengahari. Lepas lunch, sambung lagi dari kol 130 petang sehingga pukul 300 petang. Meeting pasal produk 1 company ni. Punya la berserabut. Semuanya pasal kualiti. Ada tu, dalam drawing ada, production tak ada. Dalam drawing tak ada, production pergi tambah. Sudahnya dah tak standard. Drawer ketat, pintu longgar, kaki tak sama.. macam-macam hal. Banyak gak la drawing nak kena tukar sebab nak memudahkan production. Team designer hangin je tadi. Rasa cam nak baling je ngan kayu.. hahaha
Lagi,
Jualan untuk hari ni pun kencang. heheh. tu je lah

Wednesday, November 15, 2006

Cokelat Durian

Assalamualaikum
Pernah makan cokelat durian?
Aku sebenarnya tak suka durian. Bukan dari azali la aku tak suka buah ni, tapi sejak termakan durian busuk masa zaman sekolah menengah, sampai sekarang aku tak usik buah tu. Jangan kata makan, bau pun aku tak suka. Dah la tu, segala waris-warisan buah ni pun aku tak makan. Ini termasuklah tempoyaknya, dodolnya dan juga buburnya.
Tapi, tadi aku dah termakan benda ni. Bukan buah, bukan tempoyak, bukan dodol bukan juga buburnya. Tapi... cokelatnya. Isk.. hari ni baru aku tau ada cokelat durian. Aku tak tau pada mulanya. Family aku hidang cokelat depan tv, aku pun amik la sebutir, terus telan. Dan aku terasa benda yang kali terakhir aku makan lebih kurang 15 tahun nan lalu... isk... Akak aku explain la.. itu lah cokelat durian. Nak keluarkan balik dari mulut, nampak sangat la aku ni kuang ajaQ. Sudahnya, telan je laaaa.. eeeee
wakakaka.. sampai la ni aku masih terasa baunya.. isk... dah la batuk2 la pulak. Sejuk2 ni, kalau berlingkar dalam selimut, best kan?

Monday, November 13, 2006

Keseorangan 'Jaga Kedai'

MANANYA YANG AKU TAIP TADI NI? HAMPEH BETUL.. ILANG LAK DIA.. CELAH BEDAH MANA DIA DUDUK NTAH... MALAS AKU NAK TAIP LAGI.. LAIN KALI JE LAH.... EEEEEEEEEEEE

Sunday, November 12, 2006

Perniagaan dan Sihir

Bismillah...

Sihir menurut wikipedia ialah satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan atau hati atau akal orang yang disihir dengan tanpa melalui sentuhan sama sekali, yang dilakukan diluar daripada hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam

ilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam merangkumi yang diamalkan ada berkait rapat dengan jin atau makhluk halus.

Mengikut ulama, pengamalan ilmu yang tidak berlandaskan yang Maha Esa boleh membawa kepada syirik.

Di kalangan orang Melayu, sihir merupakan suatu yang amat sinonim dengan mereka. Bahkan dikatakan orang Melayu lah yang paling kerap menggunakan benda yang dilaknat ini. Walaupun beragama Islam dan mengaku akan kekuasaan tuhannya, tetapi bantuan makhluk halus ini acapkali digunakan untuk menjatuhkan orang lain. Dalam konteks perniagaan, ilmu hitam ini digunakan untuk menlingkupkan perniagaan pesaingnya. Bila seseorang dah rasa seperti disihir, orang yang akan ditemui ialah pawang a.k.a bomoh lah. Mula la tok moh tu goreng pesakit dia. Macam-macam dia goreng. Time berubat tu, gelek telur lah, potong limau lah. Lepas tu macam2 yang keluar. Rambut lah, jarum lah, kain lah...isk... yang peliknya, yang kena goreng tu percaya bulat-bulat... isk.. melayu.....

Aku selalu dengar hal ni. Ada suatu kisah kat kampung aku. Seorang mak cik yang berhasrat membuka kedai nasi campur kat depan rumahnya. Pada masa yang sama ada beberapa orang dah buat perniagaan yang serupa di kampung itu. Minggu pertama dia berniaga, tiada masalah. Walaupun untung tak banyak (maklum la, kampungkan..) tapi dia bersyukur. Begitu juga minggu ke dua dan seterusnya. Dalam sebulan dia berniaga, pada suatu pagi, apbila dia masuk je kat kedai dia, dia rasa lain macam. Rasa malas nak masak.. Tapi dia gagahi juga memasak. Tapi mood dia tak der. Then, pada hari tu dia tak berniaga. Dia fikir dia tak sihat la. Hari berikutnya pun sama, tak der mood nak masak. Tutup lagi kedai dia. Then agaknya laki dia boring dia tak bukak kedai (laki dia keluar modal buat warung & beli perkakas memasak) bawak la pi jumpa tok moh ni. Tok moh ni cerita, dia ke na buatan orang (sihir la tu). Orang dengki sebab dia bukak warung makan. Orangnya bukan orang lain, orang kat situ2 juga lah.

1 cerita je aku bagi contoh. Tak nak la buka pekung bangsa sendiri. Sebenarnya ada banyak lagi cerita2 sebegini yang boleh kita dengar atau diperdengarkan. Bukan di kampung aje, malah di bandar besar seperti KL pun benda ni berlaku. Tapi yang tetap sama adalah bangsa.. yang mengamalkannya adalah bangsa MELAYU. Kenapa dalam bab berniaga orang Melayu suka pakai sihir?
Sebab, orang Melayu tak reti berniaga. Mereka tak faham konsep persaingan. Dalam dunia perniagaan, persaingan adalah budaya yang amat sihat. Tetapi orang Melayu anggap persaingan merupakan suatu yang bakal menggugat perniagaannya. Dia tau, perniagaannya tak seberapa, jadinya bila ada persaingan maka perniagaannya akan menjadi lebih teruk. Padahal dengan adanya persainganlah maka kita akan berusaha memperbaiki produk & perkhidmatan kita. Dan secara tak langsung akan meningkatkan perniagaan kita.
Tapi, itulah realitinya. Seluruh tubuh umat melayu telah disaluti dengan perasaan hasad dengki. Tak senang melihat kejayaan bangsa sendiri. Nak buat sendiri tak reti. Tapi bila orang lain berjaya, mula la dengki. Bila bangsa sendiri tak maju, mula salahkan kerajaan, kerajaan tak adil, tak bela bangsa sendiri. Lepas tu, tuduh puak lain curi kemakmuran umat Melayu. Tutup peluang anak bangsanya, tak diberi peluang. Padahal, dia sendiri yang tak berusaha dan bersatu. Dan jalan penyelesaiannya adalah sihir, santau, ilmu hitam... macam mana hidup nak berkat. Buat perkara yang dilaknat Allah
huh... makin menyampah ngan tabiat bangsa sendiri....

Friday, November 10, 2006

Lamanya Tak Update

Bismillah...

Wah, lama gak aku tak update blog nih. Sepanjang aku tak update ni, aku masuk kejap je, pas tu keluar. Buat kerja lain.
Entry kali ni, aku nak cerita pasal kursus yang aku gi hari tu. Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan Teknousahawan siri 3/2006. Anjuran KUTKM dan diadakan di Grand Continental, Melaka dari 8-9hb hari tu.

8-11-2006
Hari pertama. Dalam jadual, pendaftaran kol 8, aku sampai kol 750am (dalam bab2 masa ni, aku memang senantiasa menepatinya). Tapi, urusetia datang kol 825am. Punya hangin aku. Lepas register, aku terus masuk bilik seminar. Tunggu sehingga acara pertama bermula. Iaitu ceramah motivasi. Sementara tunggu tu, sempat gak la berkenal-kenalan ngan peserta kusus. 70% daripada peserta kali ni adalah mak cik dan pak cik. Budak muda tak ramai. Kebanyak mereka dah berniaga dah. Ada buat kerepek, kuih muih, kek, insurans, MLM, pakaian dan lain-lain lagi. Sambil2 tu aku peratikan la juga style usahawan2 ni. Dan 1 perangai usahawan melayu ni, bila cakap, mesti nak ber I ber U. Pas tu campur bahasa.
Lebih kurang kol 910, ceramah motivasi pun bermula. Ianya disampaikan oleh seorang pengurus kanan pemasaran sebuah syarikat bumiputera. Yang ni pun aku tak berapa berkenan. Banyak kursus motivasi usahawan yang aku join, jarang sekali yang beri ceramah itu adalah golongan usahawan sendiri. Sebaliknya golongan-golongan yang makan gaji, baik swasta, mahupun kerajaan. Lepas tu dia orang bercakap pasal risiko, pasal daya saing, pasal budaya, pasal semangat untuk usahawan. Tapinyaaa.. dia makan gaji.. ceh!!!... Memang betul la, usahawan tu terlalu sibuk. Tak ada banyak masa untuk bengkel2 ni. Betul la, orang kata, usahawan melayu tak der sifat ingin membantu bangsa sendiri. Hmm.. aku tak nak komen benda ni. Tak kisah la sesapa pun yang bagi ceramah. Yang penting diri sendiri. Kalau yang bagi seramah tu Bill Gates sekali pun, tapi yang mendengarnya tak der sifat ingin berubah.. tak jadi juga kan?? Aku nak highlight sket intipati ceramah tu. Pasal sikap, pasal risiko, aku tak nak kacau. Tapi aku nak sebut pasal sihir. Penceramah tu bagitau, dalam dunia perniagaan, orang melayu paling ramai guna sihir bila dengki dgn pesaing2nya. "Taukey burger" kena sihir, "taukey kat kampung" kena sihir dan "taukey gamba rumah melayu" pun kena sihir. Hmm.. dan beliau memesan kepada kami semua, bersedialah untuk menjadi mangsa seterusnya.. hmm.. sesuatu yang amat menarik bagi aku. Aku akan cerita pasal sihir dalam perniagaan melayu ni lain entry..ok??
Lepas lunch ada perbincangan secara berkumpulana lak. Kita buat satu rancangan perniagaan. Tak kisah la business apa2 pun. Buat RPnya. So group aku 3 orang, kita orang sepakat nak buat hotel kadar rendah. Kira punya kira, nah kau... kosnya mencecah RM600, 000.00 (betul tak, enam ratus ribu, tulis mcm tu? banyaknya bulat2) Disebabkan terhegeh2, kita orang tak dapat laptop. So, tulis pakai tangan je dulu. Aku offer untuk taip kat rumah nanti. Seeett!!
Disebabkan tak der laptop, aku deng dong deng dong je. Kejap masuk meja sana, kejap masuk meja sini. Tapi paling best, orang mintak ajo guna laptop.. muahahaha.. layankan aje.
Sessi hai tu tamat jam 530pm. Aku pun balik. Tunggu keter akak aku....
Malamnya, aku balun buat RP tu sehingga jam 2 pagi. Huh.. cam buat assigment zaman sekolah lak.
9.11.2006
Hari ni, aku bawak keter sendiri, akak aku outstation. Tawaf bangunan hotel tu 2 kali, cari parking, last2 dapat gak. Siap ada bumbung lagi. Pak guard kat situ offer aku parking situ. Tapi sempit sket, sebab ada plastik baja kot.. entah, aku tak check. Lepas lock kereta, aku berjalan menuju ke hotel. Dalam 5 langkah cam tu, aku patah balik ke kereta. Sebab, aku drive pakai selipar, lupa nak tukar kasut.. kekeke
Sampai je kat bilik bengkel, around 755am kot. Aku tengok masih lengang. Ahh!! Melayu memang begitu. Jam 815am baru la beberapa orang sampai. Pas tu kol 830am baru la urusetia datang buka pintu bilik. Tensionnya. Kenapa la tak bleh nak tepati waktu. Kata enterpreneur!
Hari ni adalah sessi perbincangan dan pembentangan rancangan perniagaan. Awal2 lagi aku dah booked laptop sebab ada beberapa pengubahsuaian yang aku nak buat. So, jam 830am - 1pm, adalah acara memerah kepala otak.. kui..kui..kui... Sambil pecah2 kan paler otak, sempat gak la register untuk jadi ahli teknousahawan nie. Faedahnya banyak. Bab tu akan ku ceritakan lain kali. So sebagai ahli kelab, aku dapat email kelab gak...
Lepas lunch, tunggu sessi pembentangan sebab group kita orang dah siap buat. Seperti biasa, aku akan reronda ke setiap meja. Saje je sembang2 sambil bertukar2 business card.. keke.. banyak aku dpt business card.
Kol 3 sessi pembentangan pun bermula. Kita orang pakat nak jadi the first. So kita orang pun bentang la. Semua ahli group dok kat depan. Aku tak present sebab aku dah taip, so akak yang dua orang tu (akak ke mak cik nih) yang bentang sebab dia org rajin bercakap. Cakap tak leh berhenti punya, sampai urusetia warning masa... lia minit lagi.. lima minit lagi.. keekeke.. Kita orang present depan pagawai bank SME & pensyarah KUTKM. Habis je present, aku tarik nafas lega. Lepas dah azab. Tunggu rakan2 yg lain punya presentation lak. Sambil2 tu, aku menghulurkan bantuan (aku kan rajin tolong orang) kat beberapa group lagi yang belum siap. Oh.. lupa lak. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Habis je presentation semua kumpulan, macam biasa, kita minum dulu. Lepas tu sessi dengar ucapan dekan KUTKM. Pas tu sessi penyampaian cenderamata. Lepas tu sessi penyampaian hadiah. kekeke.. Group aku dapat no 2 untuk sessi pembentukan rancangan perniagaan tu. Alhamdulillah. Hadiahnya? hmm.. nanti aku ambik gambarnya. Sekarang digital camera tak der, akak aku bawak gi outstation.. huhuhu..
Habis je penyampaian hadiah, penyampaian sijil lak. Bertambah la sijil aku.. kekeke...
Lagi..sessi ambik gambar, salam2, peluk2 dan bersurai....
Aku memandu dalam hujan yang amat lebat....:)
Lagi....
Tak der la, pasal kerja kat office hari ni, malas la nak citer, biasa2 je...:) Oh.. projek SLF tu rupa2nya ada 3 saiz katil. Aku hanya siapkan 2 je.. .. isk..isk..isk..

Monday, November 06, 2006

Hari Yang Sibuk

Bismillah

Setelah cuti aku diluluskan, aku keje bagai nak giler (nasib baik tak giler betul2). Apa taknya, aku target, katil untuk SLF akan siap sebelum aku bercuti. Tak toleh kiri kanan. Aku lukis je. Sampai time balik, ada sangkut lagi sket. Aku seluk poket, kuarkan pen drive aku. Aku copy data then bawak balik. Sambung keje kat rumah. La ni dah siap dah. Besok pepagi print, then tunggu boss check....

Sunday, November 05, 2006

Hari Ahad

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani
Hari ni, demam aku dah baik sikit. Batuk pun dah kurang. So, siang tadi aku gi ronda2 la. Perkara utama yang aku buat hari ni, ambik stok & pi cari member aku nak renew lesen perniagaan. Dah expired dah lesen aku bulan lepas. Kang tak renew kang, jadi peniaga yang tak bertanggungjawab la pulak... konon2 je la kan? (inche ezad, tax dah bayar?? muahahahaha....) Sempat gak la promote produk aku kat area situ tadi.
Besok kerja. adohai.. letih badan aku nak gi office lah. Besok aku nak siapkan SLF punya produk. Tinggal lagi 2 set. Aku akan cuba siapkan sebelum aku bercuti untuk kursus hari Rabu & Khamis nanti. Isk.. cuti tak apply lagi, kotnya besok VGM moody tak ke haru dibuatnnya. Tapi aku tak kira, aku nak gi kursus tu gak. Kursus tu je yang bakal mengubah aku dlam tempoh terdekat ni. Nak tunggu plan2 lain entah bila nak geraknya. Dalam pada masa yang sama, aku tak nak la kerja2 aku kat office terbengkalai. Kang aku cuti kang, kerja aku tak siap, tak best la pulak. Tapi hasrat untuk menukar kerjaya pun tak boleh la ditangguh-tangguhkan. Sebab, masa aku dah suntuk sangat. Aku janji pada diri aku sampai hujung tahun ni je. Kalau gagal laksanankan dalam tahun ni, aku rasa, lebih baik aku jadi kuli je la.. tak yah la jadi taukey. Aik.. dah patah semangat ke inche ezad??? jangan la canggitu... berjuang la dulu....
Aku sebenarnya amat suka melukis. Kat sekolah, subject yang paling aku suka adalah lukisan. Aku tak pernah ponteng kelas lukisan. Walaupun lukisan aku tak cantik sangat, tapi selalu gak la lukisan aku digantung kat dinding class (ingat tak, zaman dulu2 lukisan pelajar yang menarik digantung kat dinding kelas, sekarang tak tau la pulak). Tapi subject lain selalu la aku tuang. Subject yang paling kerap aku ponteng adalah subject geografi. Sebab? entah le, aku memang tak minat subject ilmu alam tuh. Dan tempat yang selalu aku tuju bila time aku nak ponteng kelas adalah bilik lukisan sekolah aku. kekeke.. aku ahli persatuan pendidikan seni. tu pasal la bilik lukisan tu aku buat macam bilik aku sendiri.
Tapi sejak kebelakangan ni aku dah boring nak lukis. Aku rasa cam nak jual barang je la pulak. Rasa macam best je kalau barang tu aku boleh jual. Dulu, aku rasa menjual ni tak best langsung. Jumpa orang, promote barang, lepas tu orang maki, orang kutuk..eee.. tak best la. Tapi hari ni aku rasa jadi salesman ni best la. Puas hati aku kalau aku dapat jual barang. Dan besok aku akan bawakan beberapa barang untuk pelanggan-pelanggan baru aku!! bestnyaaaa.......

Saturday, November 04, 2006

Hari Yang Demam

Bismillah...

Aku demam. Sejak semalam penyakit ni mengulit tubuhku. uhuk.. sesekali batuk tersembur keluar.

aku yang tergolek dog cat
Namun, aku tetap gi kerja. Hari ni, aku duduk kat workshop je. Sebab aku nak packing sample. Semuanya beres tepat jam 12. Kol 1210 terus cabut. Ingat nak gi Batu Berendam (nak berendam ke? tak lah.. nak beli kuih badak berendam:P) Tak jadik lah. Cancel appointment. Besok la aku gi. Tapi aku rasa, aku jadi orang sewel kot. Berbaju panas kat tempat yang bahang. hahaha.. berpeluh gak la kat dalam tu tadi. Oh.. aku tengok muka boss aku pucat je... Aku tanya apesal, dengan selamba kuda je dia jawab.. demam... hahahahaha.. sah2 dia dapat virus tu dari aku semalam.. kui..kui..kui.. Nak mintak approval cuti minggu depan pun tak jadi.. huhuhu..

Lagi? Hujan la. Badan aku jadi tak selesa. Kejap hujan, kejap panas menyebabkan badan aku kejap OK, kejap KO.

Haa.. aku nak komen sikit pasal enty aku ari tu..

Si Dia Kembali & Ingin Mendampingiku Semula

Gara-gara entry ini, aku telah disiasat oleh seseorang. Dengan kata lain, entry ini telah disalahfahamkan atau disalahertikan

Sebenarnya, tiada 'seseorang' pun yang called pasal nak 'rujuk'. Yang panggil tu adalah selesema. Sebelum kita dapat selesema (sebenarnya, selsema ke.. selesema? ke.. salesmen??.. DBP tolong jawab) kita akan mengalami sakit tekak, hidung berair.. kan?? Tu kira 'panggilan' la tu. Sebenarnya ada ayat2 lagi aku nak tulis sebelum aku cakap pasal selesema tu. Tapi disebabkan ketidaklaratan tubuh badan, maka aku pun sort cut la. Maka ceritanya telah jadi lain. huhuhu.. puas la aku jawab soalan2 tadi. Tapi, nasib baik suara aku lebih garau daripada biasa, makanya apa buktilah kan???

Thursday, November 02, 2006

Si Dia Kembali & Ingin Mendampingiku Semula

Bismillah...
Hari ni, aku dapat panggilan dari seseorang. Setelah bertanya khabar, si dia mempelawa aku untuk bertemu dengannya. Mungkin dia memahami diriku, seseorang yang tidak betah untuk melayan panggilan terlalu lama. Namun, pelawaannya aku tolak. Dengan lembut dan berhemah. Maklum lah. Aku kan seorang yang sopan santun.. lagi control macho... Aku tak mahu bersamanya lagi. Sesungguhnya, aku serik bersamanya. Seribu, malah berjuta alasan aku berikan padanya. Namun, aku kenal si dia. Takkan menyerah begitu sahaja. Dia pasti akan sedaya upaya untuk kembali kepadaku.
Lalu... sisa2 kenangan pun kembali menerjah ingatan tat kala aku dikejar dateline kat office.
Sungguh, dia pernah mendampingi aku. Pernah aku terkena panahan asmaranya. Mandiku jadi tak basah, makanku tak lalu dan tidurku jadi lena. Acapkali juga tubuhku menggigil (gigil... menggigil akuuuuu....) kerananya. Ketika berada di pejabat, segala kerjaku tak menjadi. Tumpuanku bukan kepada assignment, sebaliknya kepada si dia. Berulangkali si dia menghubungi aku. Dan mungkin panahan asmaranya kembali menusuk sanubariku...
Aku tak mahu.. sungguh aku tak mahu. Badanku jadi tak bermaya kerananya...
Aku tak mahu kena selesema lagi.. Pergi la kau jauh2... aku banyak kerja lain nak buat. Tak tahan le asyik bersin je.. pas tu hingus meleleh-leleh.. peh.. rasa nak jilat je...ahaks
(Dan iklan 3 minit pun muncul.... kerana tak tahan sakit tekak, aku minum minyak kelapa dara...)
:( ape aku tulis ni....................:(
Hari yang tak best l. kat office macam-macam hal lah. Tension aku. Ingatkan puak yang pandai berniaga ni, tau la segala-galanya.. tapi ba wau dal wau ha jugak. Hangin aku 1 badan. Dah lukis terang-terang, dia pi order benda lain lak. Ba wau nga wau kaf betul. Belakang pi cari salah aku lak. Geagar jugak la purchasing tadi tu. Nasib baik mak buyung sorang tu tak beranak kat office tadi... eee.. geramnyaaaaaaa