Perniagaan dan Sihir
Bismillah...
Sihir menurut wikipedia ialah satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan atau hati atau akal orang yang disihir dengan tanpa melalui sentuhan sama sekali, yang dilakukan diluar daripada hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam
ilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam merangkumi yang diamalkan ada berkait rapat dengan jin atau makhluk halus.
Mengikut ulama, pengamalan ilmu yang tidak berlandaskan yang Maha Esa boleh membawa kepada syirik.
Di kalangan orang Melayu, sihir merupakan suatu yang amat sinonim dengan mereka. Bahkan dikatakan orang Melayu lah yang paling kerap menggunakan benda yang dilaknat ini. Walaupun beragama Islam dan mengaku akan kekuasaan tuhannya, tetapi bantuan makhluk halus ini acapkali digunakan untuk menjatuhkan orang lain. Dalam konteks perniagaan, ilmu hitam ini digunakan untuk menlingkupkan perniagaan pesaingnya. Bila seseorang dah rasa seperti disihir, orang yang akan ditemui ialah pawang a.k.a bomoh lah. Mula la tok moh tu goreng pesakit dia. Macam-macam dia goreng. Time berubat tu, gelek telur lah, potong limau lah. Lepas tu macam2 yang keluar. Rambut lah, jarum lah, kain lah...isk... yang peliknya, yang kena goreng tu percaya bulat-bulat... isk.. melayu.....
Aku selalu dengar hal ni. Ada suatu kisah kat kampung aku. Seorang mak cik yang berhasrat membuka kedai nasi campur kat depan rumahnya. Pada masa yang sama ada beberapa orang dah buat perniagaan yang serupa di kampung itu. Minggu pertama dia berniaga, tiada masalah. Walaupun untung tak banyak (maklum la, kampungkan..) tapi dia bersyukur. Begitu juga minggu ke dua dan seterusnya. Dalam sebulan dia berniaga, pada suatu pagi, apbila dia masuk je kat kedai dia, dia rasa lain macam. Rasa malas nak masak.. Tapi dia gagahi juga memasak. Tapi mood dia tak der. Then, pada hari tu dia tak berniaga. Dia fikir dia tak sihat la. Hari berikutnya pun sama, tak der mood nak masak. Tutup lagi kedai dia. Then agaknya laki dia boring dia tak bukak kedai (laki dia keluar modal buat warung & beli perkakas memasak) bawak la pi jumpa tok moh ni. Tok moh ni cerita, dia ke na buatan orang (sihir la tu). Orang dengki sebab dia bukak warung makan. Orangnya bukan orang lain, orang kat situ2 juga lah.
1 cerita je aku bagi contoh. Tak nak la buka pekung bangsa sendiri. Sebenarnya ada banyak lagi cerita2 sebegini yang boleh kita dengar atau diperdengarkan. Bukan di kampung aje, malah di bandar besar seperti KL pun benda ni berlaku. Tapi yang tetap sama adalah bangsa.. yang mengamalkannya adalah bangsa MELAYU. Kenapa dalam bab berniaga orang Melayu suka pakai sihir?

Sebab, orang Melayu tak reti berniaga. Mereka tak faham konsep persaingan. Dalam dunia perniagaan, persaingan adalah budaya yang amat sihat. Tetapi orang Melayu anggap persaingan merupakan suatu yang bakal menggugat perniagaannya. Dia tau, perniagaannya tak seberapa, jadinya bila ada persaingan maka perniagaannya akan menjadi lebih teruk. Padahal dengan adanya persainganlah maka kita akan berusaha memperbaiki produk & perkhidmatan kita. Dan secara tak langsung akan meningkatkan perniagaan kita.
Tapi, itulah realitinya. Seluruh tubuh umat melayu telah disaluti dengan perasaan hasad dengki. Tak senang melihat kejayaan bangsa sendiri. Nak buat sendiri tak reti. Tapi bila orang lain berjaya, mula la dengki. Bila bangsa sendiri tak maju, mula salahkan kerajaan, kerajaan tak adil, tak bela bangsa sendiri. Lepas tu, tuduh puak lain curi kemakmuran umat Melayu. Tutup peluang anak bangsanya, tak diberi peluang. Padahal, dia sendiri yang tak berusaha dan bersatu. Dan jalan penyelesaiannya adalah sihir, santau, ilmu hitam... macam mana hidup nak berkat. Buat perkara yang dilaknat Allah
huh... makin menyampah ngan tabiat bangsa sendiri....
5 Comments:
perkara syirik dan kurafat tu jugaklah yg org dok buat lagi...tak paham aku...
Inilah akibat bila berpegang pada hawa dan nafsu, mudah-mudahan kita dijauhkan Allah dari segala sifat-sifat keji ini. Ameeen.....
orang yg mengamalkan ilmu hitam ni memang tak berperikemanusiaan. lari dari ajaran Islam yg sebenar. Ilmu hitam ni memang amalan syaitan.
semoga kita tak tergolong dlm kelompok melayu yg "banggang" tuh.. berjuang demi anak bangsa...
tapikan en ezad, tak sume yg terima bulat2 cakap tok moh.dah g rujuk dari doktor biasa hingga pakar.bile check, tak de pe..kluar je bilik pakar, haa..segala yg dideritai,start balik.ubat tok sah kata la,pelbagai saiz.habis ditelan sampai ilang rasa nak makan... hmm..akhirnya,yg membantu (dgn izinNya jua) tok moh tepi rumah. hmm...
Post a Comment
<< Home