Friday, November 10, 2006

Lamanya Tak Update

Bismillah...

Wah, lama gak aku tak update blog nih. Sepanjang aku tak update ni, aku masuk kejap je, pas tu keluar. Buat kerja lain.
Entry kali ni, aku nak cerita pasal kursus yang aku gi hari tu. Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan Teknousahawan siri 3/2006. Anjuran KUTKM dan diadakan di Grand Continental, Melaka dari 8-9hb hari tu.

8-11-2006
Hari pertama. Dalam jadual, pendaftaran kol 8, aku sampai kol 750am (dalam bab2 masa ni, aku memang senantiasa menepatinya). Tapi, urusetia datang kol 825am. Punya hangin aku. Lepas register, aku terus masuk bilik seminar. Tunggu sehingga acara pertama bermula. Iaitu ceramah motivasi. Sementara tunggu tu, sempat gak la berkenal-kenalan ngan peserta kusus. 70% daripada peserta kali ni adalah mak cik dan pak cik. Budak muda tak ramai. Kebanyak mereka dah berniaga dah. Ada buat kerepek, kuih muih, kek, insurans, MLM, pakaian dan lain-lain lagi. Sambil2 tu aku peratikan la juga style usahawan2 ni. Dan 1 perangai usahawan melayu ni, bila cakap, mesti nak ber I ber U. Pas tu campur bahasa.
Lebih kurang kol 910, ceramah motivasi pun bermula. Ianya disampaikan oleh seorang pengurus kanan pemasaran sebuah syarikat bumiputera. Yang ni pun aku tak berapa berkenan. Banyak kursus motivasi usahawan yang aku join, jarang sekali yang beri ceramah itu adalah golongan usahawan sendiri. Sebaliknya golongan-golongan yang makan gaji, baik swasta, mahupun kerajaan. Lepas tu dia orang bercakap pasal risiko, pasal daya saing, pasal budaya, pasal semangat untuk usahawan. Tapinyaaa.. dia makan gaji.. ceh!!!... Memang betul la, usahawan tu terlalu sibuk. Tak ada banyak masa untuk bengkel2 ni. Betul la, orang kata, usahawan melayu tak der sifat ingin membantu bangsa sendiri. Hmm.. aku tak nak komen benda ni. Tak kisah la sesapa pun yang bagi ceramah. Yang penting diri sendiri. Kalau yang bagi seramah tu Bill Gates sekali pun, tapi yang mendengarnya tak der sifat ingin berubah.. tak jadi juga kan?? Aku nak highlight sket intipati ceramah tu. Pasal sikap, pasal risiko, aku tak nak kacau. Tapi aku nak sebut pasal sihir. Penceramah tu bagitau, dalam dunia perniagaan, orang melayu paling ramai guna sihir bila dengki dgn pesaing2nya. "Taukey burger" kena sihir, "taukey kat kampung" kena sihir dan "taukey gamba rumah melayu" pun kena sihir. Hmm.. dan beliau memesan kepada kami semua, bersedialah untuk menjadi mangsa seterusnya.. hmm.. sesuatu yang amat menarik bagi aku. Aku akan cerita pasal sihir dalam perniagaan melayu ni lain entry..ok??
Lepas lunch ada perbincangan secara berkumpulana lak. Kita buat satu rancangan perniagaan. Tak kisah la business apa2 pun. Buat RPnya. So group aku 3 orang, kita orang sepakat nak buat hotel kadar rendah. Kira punya kira, nah kau... kosnya mencecah RM600, 000.00 (betul tak, enam ratus ribu, tulis mcm tu? banyaknya bulat2) Disebabkan terhegeh2, kita orang tak dapat laptop. So, tulis pakai tangan je dulu. Aku offer untuk taip kat rumah nanti. Seeett!!
Disebabkan tak der laptop, aku deng dong deng dong je. Kejap masuk meja sana, kejap masuk meja sini. Tapi paling best, orang mintak ajo guna laptop.. muahahaha.. layankan aje.
Sessi hai tu tamat jam 530pm. Aku pun balik. Tunggu keter akak aku....
Malamnya, aku balun buat RP tu sehingga jam 2 pagi. Huh.. cam buat assigment zaman sekolah lak.
9.11.2006
Hari ni, aku bawak keter sendiri, akak aku outstation. Tawaf bangunan hotel tu 2 kali, cari parking, last2 dapat gak. Siap ada bumbung lagi. Pak guard kat situ offer aku parking situ. Tapi sempit sket, sebab ada plastik baja kot.. entah, aku tak check. Lepas lock kereta, aku berjalan menuju ke hotel. Dalam 5 langkah cam tu, aku patah balik ke kereta. Sebab, aku drive pakai selipar, lupa nak tukar kasut.. kekeke
Sampai je kat bilik bengkel, around 755am kot. Aku tengok masih lengang. Ahh!! Melayu memang begitu. Jam 815am baru la beberapa orang sampai. Pas tu kol 830am baru la urusetia datang buka pintu bilik. Tensionnya. Kenapa la tak bleh nak tepati waktu. Kata enterpreneur!
Hari ni adalah sessi perbincangan dan pembentangan rancangan perniagaan. Awal2 lagi aku dah booked laptop sebab ada beberapa pengubahsuaian yang aku nak buat. So, jam 830am - 1pm, adalah acara memerah kepala otak.. kui..kui..kui... Sambil pecah2 kan paler otak, sempat gak la register untuk jadi ahli teknousahawan nie. Faedahnya banyak. Bab tu akan ku ceritakan lain kali. So sebagai ahli kelab, aku dapat email kelab gak...
Lepas lunch, tunggu sessi pembentangan sebab group kita orang dah siap buat. Seperti biasa, aku akan reronda ke setiap meja. Saje je sembang2 sambil bertukar2 business card.. keke.. banyak aku dpt business card.
Kol 3 sessi pembentangan pun bermula. Kita orang pakat nak jadi the first. So kita orang pun bentang la. Semua ahli group dok kat depan. Aku tak present sebab aku dah taip, so akak yang dua orang tu (akak ke mak cik nih) yang bentang sebab dia org rajin bercakap. Cakap tak leh berhenti punya, sampai urusetia warning masa... lia minit lagi.. lima minit lagi.. keekeke.. Kita orang present depan pagawai bank SME & pensyarah KUTKM. Habis je present, aku tarik nafas lega. Lepas dah azab. Tunggu rakan2 yg lain punya presentation lak. Sambil2 tu, aku menghulurkan bantuan (aku kan rajin tolong orang) kat beberapa group lagi yang belum siap. Oh.. lupa lak. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Habis je presentation semua kumpulan, macam biasa, kita minum dulu. Lepas tu sessi dengar ucapan dekan KUTKM. Pas tu sessi penyampaian cenderamata. Lepas tu sessi penyampaian hadiah. kekeke.. Group aku dapat no 2 untuk sessi pembentukan rancangan perniagaan tu. Alhamdulillah. Hadiahnya? hmm.. nanti aku ambik gambarnya. Sekarang digital camera tak der, akak aku bawak gi outstation.. huhuhu..
Habis je penyampaian hadiah, penyampaian sijil lak. Bertambah la sijil aku.. kekeke...
Lagi..sessi ambik gambar, salam2, peluk2 dan bersurai....
Aku memandu dalam hujan yang amat lebat....:)
Lagi....
Tak der la, pasal kerja kat office hari ni, malas la nak citer, biasa2 je...:) Oh.. projek SLF tu rupa2nya ada 3 saiz katil. Aku hanya siapkan 2 je.. .. isk..isk..isk..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home