Thursday, November 02, 2006

Si Dia Kembali & Ingin Mendampingiku Semula

Bismillah...
Hari ni, aku dapat panggilan dari seseorang. Setelah bertanya khabar, si dia mempelawa aku untuk bertemu dengannya. Mungkin dia memahami diriku, seseorang yang tidak betah untuk melayan panggilan terlalu lama. Namun, pelawaannya aku tolak. Dengan lembut dan berhemah. Maklum lah. Aku kan seorang yang sopan santun.. lagi control macho... Aku tak mahu bersamanya lagi. Sesungguhnya, aku serik bersamanya. Seribu, malah berjuta alasan aku berikan padanya. Namun, aku kenal si dia. Takkan menyerah begitu sahaja. Dia pasti akan sedaya upaya untuk kembali kepadaku.
Lalu... sisa2 kenangan pun kembali menerjah ingatan tat kala aku dikejar dateline kat office.
Sungguh, dia pernah mendampingi aku. Pernah aku terkena panahan asmaranya. Mandiku jadi tak basah, makanku tak lalu dan tidurku jadi lena. Acapkali juga tubuhku menggigil (gigil... menggigil akuuuuu....) kerananya. Ketika berada di pejabat, segala kerjaku tak menjadi. Tumpuanku bukan kepada assignment, sebaliknya kepada si dia. Berulangkali si dia menghubungi aku. Dan mungkin panahan asmaranya kembali menusuk sanubariku...
Aku tak mahu.. sungguh aku tak mahu. Badanku jadi tak bermaya kerananya...
Aku tak mahu kena selesema lagi.. Pergi la kau jauh2... aku banyak kerja lain nak buat. Tak tahan le asyik bersin je.. pas tu hingus meleleh-leleh.. peh.. rasa nak jilat je...ahaks
(Dan iklan 3 minit pun muncul.... kerana tak tahan sakit tekak, aku minum minyak kelapa dara...)
:( ape aku tulis ni....................:(
Hari yang tak best l. kat office macam-macam hal lah. Tension aku. Ingatkan puak yang pandai berniaga ni, tau la segala-galanya.. tapi ba wau dal wau ha jugak. Hangin aku 1 badan. Dah lukis terang-terang, dia pi order benda lain lak. Ba wau nga wau kaf betul. Belakang pi cari salah aku lak. Geagar jugak la purchasing tadi tu. Nasib baik mak buyung sorang tu tak beranak kat office tadi... eee.. geramnyaaaaaaa

5 Comments:

Blogger Noushy Syah said...

ezad...apa kes ni?Eee takutnya dengar perkataan panahan asmara tuh..agak2 mesti sakit kalau tak mengelak!!!..atau dah berdarah tapi dah sembuh..hikss

6:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

uiks, jiwang karat la pulak ye bro..hehe, pastu nak ending dah citer lain pulak...rilek ar, control macho ek? ;)

12:33 PM  
Blogger LediAgli said...

ngwah ngwah.. paleng tatahan panahan tu sampai leh selsema..

hishh

9:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hehe dah terkena panahan ker?

12:54 PM  
Blogger Ezad said...

huhuhu.. korang dah salah paham dah ni... 'panggilan' yang dimaksudkan tu adalah selesema la. bukannya aweks. Selesema yang nak datang kat aku..... la ni dah kena panahan dah... panahan demam.. huhuhu

6:30 PM  

Post a Comment

<< Home