Saturday, October 21, 2006

Entry Edisi Raya - Balik Kampung

Bismillah...

Mulai hari ni, kebanyakan orang akan mula bercuti panjang. Ini la masanya perantau-perantau di kota pulang ke desa masing-masing. Indah sungguh suasananya.... teringat zaman silammmm
(sekali lagi, kalau dalam tv ni, gambar dah kabur..............)

Memandangkan waktu terluang panjang, aku nak cerita peringkat2 aku merantau.

Permulaan - Zaman Budak2 Kolej (time balik kampung pun gantung kad matrik kat baju) -1995 - 1997
Aku mula merantau ke kota pada tahun 1995 (takat dok hostel time sekolah tak yah cerita la kan..). Aku merantau ke KL untuk mencari ilmu. Tapi time aku belajar ni, aku duduk ngan pak cik aku. Rumahnya kat Wangsa Melawati (kemudian berpindah ke Sentul). Bila puasa dan nak raya, tak der la syahdu sangat pun. Semua dah tersedia. hehe.. tapi bila tiba untuk balik kampung, pak cik aku dah sediakan tiketnya. Ye la, aku biasa balik awal. Pak cik aku balik pagi raya. Maklum la, mentuanya dok KL gak, so, pempaham la... Pernah gak dia offer aku balik saing dia. Tapi aku tak nak.. huuhuhu.. tak rela aku nak beraya kat KL nu..... So, dia akan akan hantar aku sampai ke airport (pudu raya lah!), aku kendong beg besar. Selain pakaian, aku angkut gak buku2. Konon nak study kat kampung (study konon, time raya, engkau kemana.. buku still dalam beg!!). Dua tahun aku duduk dengan pak cik aku, dua tahun juga lah aku balik kampung dengan tambang percuma.. kekeke.. tak yah nak pakai diskaun kad untuk student. Cuti aku selama seminggu dihabiskan dengan beraya dengan kengkawan kat kampung.
Time balik KL, tiket penerbangan aku disponsor oleh mak aku lah...:)

Pertengahan - Tahun2 Terawal Sebagai Pekerja (1997 - 1999)
Sebagai manusia yang baru dapat kerja, for sure la aku belum mampu nak berkereta. Makanya bas express tetap menjadi pilihan hatiku (bukan pilihan, terpaksa, kalau tak naik bas ekespress, nak naik apa?). So, Pudu Raya akan jadi tempat kunjunganku saban bulan (setiap bulan aku akan balik ke kampung). Bila musim raya, aku akan beli tiket awal. Seawal 5-7 ramadhan aku dah booking tiket bas. Pernah seketika (rasanya bukan raya lah) aku terpaksa naik bas transnasional dr Puduraya ke Seremban, Seremban - Melaka, Melaka - Jasin.. sebab? tiket KL - Melaka habis daaa.... Hmm.. sepanjang aku berkelana di KL ni, bas yang selalu aku naik untuk pulang ke kampung ialah bas Melor Ekspress, iaitu bas dari KL ke Jasin terus. Kadang-kadang je aku naik bas Transnasional ataupun bas Naila. Itu pun sebab kalau kalau nak membohjankan diri kat Melaka town tu. Dulu2 Bandar Melaka tak secanggih sekarang ni. Tak der Melaka Sentral bagai... Dulu2 naik bas ekspres kat stesen bas serba kekurangan. Dari stesen bas ekspres, kena jalan kaki lagi untuk menuju ke stesen bas domestik. Tu la antara punca aku malas nak naik bas terus ke Bandar Melaka. Selalunya bila dah sampai ke destinasi (samada di Bandar Melaka atau Jasin) aku akan terus beli tiket untuk balik k e KL semula. Biasanya aku balik tengahari lah. Around kol 11 cam tu.. Sampai KL around 2 petang. Sampai Puduraya, gi Central Market. Tunggu bas. Zaman dulu2 belum ada LRT. Paling canggih pun Intrakota.
So bersesak2 la aku kat dalam bas tu. Kalau ketika berlakunya peristiwa tu, memang menyakitkan hati. Tapi bila dikenang2kan balik, rasa best la pulak. Mana taknya, boleh gesel2... kekekeke...

Kemuncak - Tahun2 Terakhir di Kuala Lumpur (1999 - 2004)
Peringkat ni, aku dah mampu pakai kereta. Walaupun tak secanggih kereta orang lain, kancilku tetap juga kereta. Walaupun hanya mampu mencecah kelajuan 160km/j aku tetap kena saman bila aku bawak 140km/j. huhuhu...
Waktu ni, segala urusan pulang ke kampung berjalan dengan cukup mudah dan teratur. Tak perlu fikir beg yang nak dipikul ke, tiket ada lagi ke tak, nak tunggu bas ke Puduraya ke dan lain-lain lagi. Apa yang perlu difikirkan ialah, kat mana ank isi minyak.. hahahaha..
Kebiasaaannya, bila pulang ke kampung (tak kisah la, hujung bulan atau musim perayaan) aku akan bergerak seawal mungkin. Sebagai manusia yang menepati masa, acapkali aku bergerak jam 6 pagi. Kenapa? Sebabnya, aku suka keluar rumah awal pagi. Boleh hirup udara segar, dan lagi, kalau keluar awal, rezeki murah (ye ke?). Awal2 pagi tiada kesesakan. Di MRR2 ke, kat PLUS ke, gerenti jalan clear punya. Dan memandu awal pagi merupakan hobi aku.. Bila tiada kesesakan, tiada la tekanan, so aku boleh la bersiul2 sambil dengar ERA. Bawak kereta pun slow2, ketepi ke.. ketengah ke... maklum la, jalan tu aku buat macam Samy Vellu yang punya.. hahahahahaha.....
Bila dah ada kereta, aku tak perlu persediaan awal. Masukkan baju dalam beg ke.. fikir, ape barang nak bawak..apa2 je la. Bila aku nak keluar je, aku akan angkut kain baju sesuka hati aku.. then campak je kat seat belakang. Aku rasa, cara ni korang tak leh ikut. Pernah jadi 1 kejadian yang mana, aku dah beli beberapa jenis kuih raya untuk dibawa pulang, tapi tertinggal la pulak. Akibatnya, kuih raya tu dimakan selepas aku balik KL.. huhuhuhu..sadis sungguh.
Dari kampung nak balik KL pun sama. Aku akan keluar seawal mungkin. Dan kebiasaannya, aku akan berhenti kat Kawasan R&R Seremban. Kat sini aku akan buang apa2 yang patut, teguk apa2 yang patut & yang paling penting, sedut apa2 yang patut... hehehe

So itu la pengalaman aku pulang beraya semasa di perantauan. Hari ini, aku tak perlu fikirkan itu semua. Aku tetap bersama keluarga:)
Kepada pembaca blog, berhati2 ketika memandu. Kalau korang tak sayangkan nyawa korang, setidak2nya, fikirkan lah orang yang korang sayang. Apa akan jadi bila korang tak der akibat kemalangan.... hmmm.. Doa Pak Lah untuk semua pemandu di Malaysia..

‘‘Ya Allah...! Selamatkanlah perjalanan hamba-Mu dalam kenderaan ini; berikanlah perlindungan daripada malapetaka kepada dirinya dan seluruh ahli keluarganya; murahkanlah rezekinya dan Kau tambahkanlah keimanan, kasih sayang dan kebahagiaan kepadanya pada lebaran ini.
‘‘Ya Allah...! Hanya kepada-Mu kami sujud dan berserah; limpahkanlah kesejahteraan-Mu kepada rakyat negara ini; tambahkanlah rahmat-Mu kepada seluruh umat Islam; dan dakapilah kami dalam belas ihsan-Mu sentiasa. Amin.’’
Info Tarawikh
Malam 30
Allah swt memberi penghormatan kepada orang bertarawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman
"Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga dan mandilah engkau dari air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kauthar"
Malam 29
Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji mabrur

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

http://markonzo.edu http://blog.bakililar.az/flagyl/ http://profiles.friendster.com/premarin#moreabout baggage http://riderx.info/members/cardizem-side-effects.aspx http://blog.tellurideskiresort.com/members/paroxetine-side-effects.aspx http://aviary.com/artists/protonix neto http://www.hothotheat.com/profiles/blogs/arimidex-side-effects-1 http://aviary.com/artists/Seroquel rodriguez

12:24 AM  

Post a Comment

<< Home