Saturday, October 21, 2006

Salam AidilFitri


Pemergian Ramadhan akan ditangisi oleh orang-orang yang beriman. Namun mereka tetap menyambut syawal dengan penuh kesyukuran.
Sempena Syawal yang akan menjelang tak beberapa hari lagi, aku ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir dan batin
Kepada semua umat Islam diseluruh dunia amnya dan pembaca-pembaca blog aku khususnya. Semoga pemergian Ramadhan tahun ini akan membawa kemenangan bagi umat Islam. Sambutlah Syawal ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Insyaallah, Dia akan memberkati segala yang telah kita usahakan.
Dalam kita merayakan Aidilfitri, janganlah dilupa kepada mereka-mereka yang hidup dalam kedaifan. Sesungguhnya, mereka juga ingin merasai nikmat Aidilfitri. Bantulah mereka sedaya mungkin. Jika kita mengasihi mereka, Insyaallah, Allah juga akan mengasihi kita.
Aku juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada antara entry-entry aku dalam blog ini menyebabkan sesetengah pihak terasa hati. Bukan niat aku untuk mengguris perasaan, tapi sekadar luahan rasa pada ketika aku menaip entry tersebut. Namun aku percaya, serba sedikit entry-entry aku tu ada manafaatnya, kan? Apa-apapun yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri.
Kepada rakan-rakan dan saudara-mara (ada ke yang baca?) aku mohon maaf jika sepanjang perkenalan kita aku telah menyakiti hati korang. Halalkan makan minum. Semoga persahabatan ini bekekalan hingga akhir hayat. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

0 Comments:

Post a Comment

<< Home