Thursday, October 26, 2006

Kembali Seperti Biasa

Assalamualaikum

Selepas raya sakan, hari ni, aku kembali ke pejabat. Dengan semangat baru dan perut yang kenyang.
Rutin hari ni, macam biasa aje. Lagipun ramai lagi yang tak masuk kerja. Aik.. puak yang pandai berniaga pun cuti raya lelama.. gasak korang lah:)
Masa lunch, kedai makan yang biasa kita org lepak tak bukak. Kena la drive jauh sket. Gi kedai anak dia pulak. OK la. Ada macam-macam lauk. Ikan pari ada, sayur kobis ada, ikan keli ada, ayam goreng... sumernya sedap. Tapi aku terpandang sesuatu. Yeee.. SARDIN! Time raya dah melantak ayam lah, daging lah, tepung lah, air sirap lah... lepas raya aku makan sardin.. kekeke... Tengah2 makan, rasa cam kureng rasa lak. Pi cari telur mater & kicap... Pehhh!!! sedap giler ngko tau....!!! Rasa cam nak jilat2 je pinggan tu. Nasib baik kat kedai makan.. muahahahaha....
Time balik lak, hujan bukan main lebat lagi. Kol nam dah gelap dah. Untuk elak kesukaran memandu, aku ikut highway. Ye la, jalan kampung bengkang bengkok. Jalan licin. Lebih baik aku ikut highway. Pandu cermat jiwa selamat.. orang belakang hangin 1 badan.. muahahaha.. aku hangin ngan keter depan aku tadi. Dok merangkang-rangkak cam penyu.. huhuhu.. lane kanan banyak keter lak. Maklum la, orang nak balik JB la tu... Nasib baik dpt potong gak...
Lagi? Tak der arr.. nak tido la pulak.. sejukk.. tarik toto best nih
chowzzz....
Nota untuk TDMM,
TDMM, bantu lah DSAAB untuk mentadbir negara dengan jayanya. Janganlah ganggu gugat kepimpinan DSAAB demi kepentingan diri sendiri. Kami sanjung TDMM dan kami akan terus sanjung TDMM sehingga akhir hayat. Namun, jika TDMM cuba ganggu gugat kepimpinan DSAAB, akan hilanglah sanjungan kami kepada TDMM. Bukankah DSAAB hari ini adalah pilihan TDMM? Bukan kami yang menamakan DSAAB untuk jawatan ini. DSAAB memegang jawatan ini bukan sebab merebut kuasa dari TDMM. Tapi atas dasar kepercayaan TDMM berpaksikan keupayaan DSAAB sendiri. Kegagalan DSAAB hari ini adalah kegagalan TDMM memilih pengganti...... Dan kegagalan memilih orang untuk jawatan sepenting ini adalah kegagalan yang sememangnya tiada maafnya.
Dari saya, yang bukan ahli parti Melayu itu...

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

aku pon amat rindukan sayur kacang botol cicah sambal belacan dengan gulai ikan masen.. hish.. penat makan ayam daging.. dah la aku ni dah klasifikasi ayam daging mwahahahhaha

11:22 PM  
Blogger Fad said...

best pula blog bro ni. ^_^

12:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

siap ada pesanan untuk TDMM lagi tuh ;-)... slmt kembali bertugas! saye 30hb br keje :-)

10:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

Selamat kembali bertugas!!Samalah keadaan MR sekarang kedai kat ofis ni banyak yang tutup!!!Rasa macam nak cabut awal jer....Salam kenal..Betul kata Ezad tu pasal TDMM & DSAAB...

11:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

ek~!!! apsal cam samer jer kita ni ezad
kuncup smlm baru start keje, pepagi dah carik epok2 sardin kat kantin
teeheehee....

12:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

:) sardin pun best per..
letak chili padi banyak sket.. letak bawang lebih sket.. lebih-lebih lagi sedap *bawang besar ok*..

pastu.. cam biasa.. letak asam.. gedish gedish.. tiba-tiba saya pulak yg teringin nak makan ikan sardin.. aiyo~ camner nak buat ni.. :P

8:56 AM  
Anonymous Anonymous said...

ha..ha.. Sardin! Naik muak ngan sardin. Dulu jaga anak buah 2 orang yang hantu sardin. Everyday makan sardin.. takder sardin, tak mau makan.. bila dengar perkataan sardin jer, rasa muakk.. tapi makan gak klu ader.. kui..kui..

7:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

selamat bekerja.. sesekali pekena ngan lauk sardin, best gak..

7:24 PM  

Post a Comment

<< Home