Monday, November 20, 2006

Bicara Tentang Kerja

Berikut adalah petikan perbualan aku dengan seorang rakan. Ianya bukan pada hari yang sama. Yang mula-mula u adalah perbualan 2-3 bulan yang lepas dan yang berikutnya pula adalah perbualan hari ini.

Dia : Susah betul kerja sekarang ni. Anak buah aku sampai hari ni tak dapat kerja lagi.
Aku : Suruh la dia berniaga
Dia : Berniaga lagi susah. Belum tentu untung. Macam kau ok la. Ada kerja, ada bisnes
Aku : Kau sampai bila nak kerja sini?
Dia : Tak tau la. Sampai company ni bungkus kot. Kalau dia bungkus, aku kerja jadi guard je la.
Aku : Kenapa kau nak jadi guard?
Dia : Macam aku ni, tak der sijil, tu je la yang aku boleh buat..
Aku : Kau tak nak berniaga?
Dia : Malas la aku. Aku tak minat
Aku : So kau minat jadi guard la ye?
Dia : Tu terpaksa

Hari ni...
Dia : Kau nak kerja part time?
Aku : Part time? Kerja apa?
Dia : Kerja kat Tesco. Situ ada KFC, kerja la dgn KFC
Aku : Sebab?
Dia : Aku tengok kau kerja teruk sangat. Kat sini kau pressure. Lepas tu berniaga cari customer lagi
Aku : Aku suka
Dia : Tapi kalau kau kerja part time lagi senang. Tak yah ke hulu ke hilir cari customer beli barang kau.
Aku : Aku tak nak jadi kuli selama-lamanya
Dia : Maksud aku, buat sementara je. Bila tiba masanya nanti, kau buka la bisnes.
Aku : Bagi aku, sekarang la masanya untuk aku buka bisnes. Lagipun buat apa aku kerja part time. Dah la pagi jadi kuli, petang pun nak jadi kuli juga.
Dia : Aku nak bagi kau peluang je. Kesian kau tu.
Aku : Aku lagi kesian kat diri aku sebab asyik jadi kuli je......

Nota Tapak Kakiku
Kesiankan? Melayu yang mula meneroka tanah ini, akhirnya menjadi kuli orang lain. Menjadi kuli kerana terpaksa. Terpaksa kerana tak mampu berfikir. Berfikir untuk bertindak. Bertindak untuk mengubah nasibnya. Nasibnya ditentukan orang. Orang itu hanya mentertawakan Melayu.
Melayu, tidakkah kau menyedari hal ini?

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

abg ezad...
kalau kita fikir dalam2... naper melayu jadik camtu ek~??
kuncup raser melayu skrang dah jadik penakut..
maksud kuncup takut pada kesusahan lantas berfikiran negatif.
org islam yg bersifat berani kerana benar satu maser dahulu, rajin berusaha dan berahlak mulia dah pula pupus...
melayu dah muler jadik me'layu'...
pendapat kuncup lar...

9:52 AM  
Blogger hayad said...

erm, melayu mmg byk jd kuli je skang ni. Org melayu tak nak buka bisnes sendiri, klu buka pn cpt bungkus. Saya bkn la nak kutuk melayu psl sy pn melayu, tp rs sedih dgn bangsa sendiri.

hrpnya kita semua yg ada kesedaran dpt berubah, buat bisnes spy dapat bg peluang pekerjaan pd melayu lain, xde la ssh org melayu nk cari keje yg sng dpt solat. Kebanyakan melayu yg keje dgn tokey non muslim biasanya ssh utk dpt waktu slt.

Semoga impian nak ada bisnes sendiri suatu ari nnt tercapai :) sy pun berimpian begitu :)

4:57 PM  
Blogger hayad said...

oh ya, menarik la job awak,"furniture designer "...

nnt leh la mntak design cantik2 yg khas untuk umah sy suatu ari nnt,hehehe

4:59 PM  
Blogger Ezad said...

kuncup.. orang melayu, takut susah, tapi tak nak usaha lebih. tapi suka tuding jari kat org lain. saling tuding menuding, sudahnya, tak der hasil. tu la org kita:(

9:02 PM  
Blogger Ezad said...

hayad.. haa.. saya ada 1 cerita lagi pasal tabiat org melayu. check it out...

9:03 PM  
Blogger Ezad said...

hayad.. boleh, no hal punya. design terpelihara. hanya awak je sorang pakai design tu kat atas muka bumi ni.. hehehe

9:06 PM  

Post a Comment

<< Home