Saturday, November 25, 2006

Persiapan Kenduri


Bismillah..

Hari ni keluarga kami agak sibuk. Maklum la, besok nak buat kenduri. So banyak la persiapan yang nak kena buat. Dan bila namanya kenduri, tak sah la kalau tak der aktiviti masak memasak kan?
Balik dari kerja je, aku kena sain kontrak menggoreng. huhuhu.. aaku diarahkan oleh majlis bertindak kenduri supaya menggoreng ayam dan ikan. Goreng ayam pas. Goreng ikan fail.. sebab ikan aku hancur.. muahaha.. tapi ok la kan... untuk makan malam je.. kalau nak bagi tetamu makan sok, buat malu je..
Moh tengok gambar... kekeke

Gambar depan rumah, dah siap pasang balai. Macam nak sambut menantu je nih.. kekeke

Sessi menggoreng ayam. Sesapa makan ayam yang aku sure akan kata... fuaaaaaaaaaaaaaaahhhh.. ala.. macam iklan KFC tu...

Sessi memulakan memasak rendang. Nak panggil ape ek? Tapi untuk makluman, rempah yang digunakan adalah rempah Formula Dr Azimuth. Sila klik http://www.freewebs.com/ktebiz/ untuk maklumat lanjut (iklan ini dibayar penyiarannya. Oleh itu belilah. Kalau dapat balik modal bayar iklan pun dah syukur alhamdulillah.)

Oooo.. baru aku sedar, gambar sessi menggoreng ikan tak diambil. Tapi ok lah kan, tak der la memalukan aku.. muahahaha
So hari ni, rumah aku penuh la. Ngan sepupu sepapat, mak cik pak cik, nenek-nenek.. semua ada. Tolong potong daging, bawang, kunyit dan lain-lain lagi. Takkan la pulak nak sebut satu-satu ye tak??
Next? Tarak.. nak tido la pulakkk
chowz

0 Comments:

Post a Comment

<< Home