Tuesday, November 21, 2006

Bicara Tentang Masa Depan Anak-Anak

Semalam aku tulis pasal bicara aku dgn seorang teman. Hari ini, aku teringat lagi bicara aku dengan seorang teman yang lain. Seorang ibu muda, dan berfikiran sangat jauh... Sungguh jauh. Melangkaui zamannya. Berikut adalah petikannya.

Dia : Tahun depan anak saya dah sekolah tadika. Tu yang beli motor tu. Besok boleh hantar & jemput dia.
Aku : Anak kau sekolah mana?
Dia : Cadang nak masukkan dia kat sekolah cina.
Aku : Elok juga tu. Tapi kenapa?
Dia : Besok senang dapat kerja. Tau2 la company semuanya company cina. Sure nak orang yang mahir bahasa dia orang punya.
Aku : Kau nak anak kau kerja dengan cina ke?
Dia : Dah, company banyak company cina bang. Dia orang nak pekerja nya yang mahir bahasa cina. Senang nak berkomunikasi.
Aku : Elok la. Masukkan la anak kau tu kat sekolah cina. Untung-untung besok boleh la kerja dengan dia orang.

Nota Tapak Kakiku
Kesian? Memanggg aku kesian. Anak belum kenal huruf lagi dah mengimpikan dia bekerja dengan cina. Dari 1 generasi, ke 1 generasi, melayu terus jadi kuli. Pandangan yang jauh sungguh. 20-30 tahun akan datang, ibu muda ini telah melihat bahawa Melayu akan terus jadi kuli. Syabas ibu muda!! Kepada ibu bapa yang anaknya bakal bersekolah, fikirkan lah bahawa masa akan datang juga, anak2 anda akan jadi kuli juga. Kesian sungguh!!

10 Comments:

Blogger LediAgli said...

munken dia berharap anak dia dapat pergi teguk pengalaman dengan cina, pastu bankrapkan kampeni cina tu tubuhkan kampeni sendiri.. dan berjaya dalah hidup.. insyaAllah..

9:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

adeh...
sedey arr baca sikap orang melayu ni
huarggghhhhh~!!!!! *nangis*

12:37 AM  
Anonymous Anonymous said...

adeh...
sedey arr baca tentang sikap org melayu ni...
huargghhhh~!!! *nangis*

12:38 AM  
Blogger Noushy Syah said...

Multi-langual...the more the better!! And what's wrong with it?? Be it, Chinese, Spanish or even Javanese..ngehhhhh:)

5:41 AM  
Blogger Noushy Syah said...

eh eh..ezad, BTW,I couldn't see your s/bar..including ur cbox..perhaps my PC is FENIN, baru keluar spital..tehehhehe..and you geram2 tgk org lawa2 tu kenapa yea?EEEEEE,,,!!!

5:43 AM  
Blogger Noushy Syah said...

*typo-->multi-lingual..:)

5:45 AM  
Blogger hayad said...

ermm...niat ibu muda tu betul sebenarnya. Dia nak anak dia dpt keje. Tp awak ptt betulkan pemikiran dia sket. Pttnya dia anto anak dia sek cina spy dpt tau lbh byk bhs selain bhs melayu dan inggeris.

Bila kita tau byk bhs, itu jd kelebihan pd kita. So ibu muda tu ptt dibetulkan mind settingnya itu ;)

11:14 PM  
Blogger Ezad said...

ledi.. tak boleh la lingkupkan company tu. sebab dia pun bayar cukai. betulkan diri kita, jgn rosakkan orang lain:)

kuncup.. tu la, sedihkan. kat company kami, org melayu mcm melukut di tepi gantang. banyak hak mereka diketepikan. nasib baik saya tak diperlakukan sedemikian rupa. kalau takkkk...:)

naushy.. bukan soal bahasa yang diperbincangkan. tapi soal metaliti dan maruah bangsa.. huhu.. mcm presiden parti melayu pulak dah:)
la.. takkan tak boleh nampak langsung.. tu keluar hospital dah ok ke lom? ke, kena masuk wad balik tu kot:)
Salah ke geram kat dia org tu?:)

hayad.. betul, dia hantar anak kat situ disokong. tapinya yang tak dipersetujui adalah sebab2 kenapa dia hantar. kalau sebab nak perbanyakkan bahasa, memang betul, tapi kalau sebab supaya anaknya boleh kerja dengan puak tu disebabkan ketiadaan company bangsa sendiri amat la dikesali:)

11:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

sayang.. kedengaran sangat singkat pemikiran ibu muda tersebut.

9:04 PM  
Blogger Noushy Syah said...

It's all in the "ATTITUDE"...

6:31 PM  

Post a Comment

<< Home