Tuesday, June 29, 2010

40:1

Bismillah

Baru-baru ni, aku terbaca tentang nisbah pengundi baru antara bukan Melayu dan Melayu. Dan amat mengejutkan, kajian itu menunjukkan bahawa orang Melayu kurang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih. Angka yang diperolehi adalah 40 bukan melayu berbanding hanya 1 melayu.

Apa jadi dengan Melayu?

Ada terbaca tentang seorang pensyarah universiti menafikan tulisan Tun Dr Mahathir tentang nilai majoriti orang Melayu. Sehingga sanggup mendakwa yang mantan Perdana Menteri itu seorang yang tidak matang befikir.

Nisbah 40:1

Mana majoriti?

Kepada umat Melayu, tak kisahlah apa pun fahaman politik kalian, asas pemiilihan kerajaan adalah melalui pilihanraya.

Tak guna kalau kalian menyalak sana sini, baring-baring atas jalan, kata parti ini tak betul, parti itu betul, tapi anda sendiri tak mengundi..

Sama la seperti anjing

Anjing yang menyalak bukit.

Thursday, June 24, 2010

Car Boot Sale

Bismillah

Macam nak join je ni.
Menarik ni...:)

Saturday, June 19, 2010

SUKMA 13 - Tamat

Bismillah..

Hari ini, Sukan Malaysia 13 Melaka, tamat secara rasminya. Sebentar tadi, majlis penutup di adakan di Stadium Hang Jebat

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kepada pengunjung, terima kasih juga.

Selama aku memerhatikannya, boleh tahan juga la Melaka menganjurkan SUKMA...

Tahniah warga Melaka.

Sunday, June 13, 2010

Aromatherapy

Bismillah...

Dalam usaha mempelbagaikan produk, kini aku menjual pula Aromatherapy Plus. Mempunyai pelbagai khasiat. Amat baik untuk memulihkan batuk, selesema, asma, kahak akibat batuk dan sakit-sakit sendi. Juga untuk pening, stres dan sebagainya.

Hanya sapu - Pertama di Malaysia.



Saturday, June 12, 2010

SUKMA 13 - MELAKA 2010

Bimillah..


Dari 10 - 19hb ni, marilah sama-sama memeriahkan Sukan Malaysia (SUKMA) ke 13 di Melaka.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan yang paling penting, Melaka menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Kepada semua, selamat datang kami ucapkan. Nikmatilah keindahan bumi Melaka, bandar warisan dunia.

Jaga kebersihan bandar kita!

Monday, June 07, 2010

Mula Langkah

Bismillah

Setelah empat hari bercuti, esok bermulalah hari kerja untuk aku. Penat pun tak habis lagi ni. 2 hari kena kerahan tenaga..:)

Apa-apa pun, alhamdulillah dah selesai

Friday, June 04, 2010

Cuti

Bismillah

Bermulanya cuti sempena perkahwinan.

Alhamdulillah..

Sampai juga jodoh sepupu aku tu.