Wednesday, February 28, 2007

Seminar

Bismillah...

Tajuk Seminar : Seminar Potensi Perniagaan RMK-9 Telekom Malaysia Business Programme (TMBP)
Tempat : MITC, Ayer Keroh, Melaka
Anjuran : Pusat Khidmat Perusahaan Kecil & Sederhana Melaka


Statistik tahun 2006 menunjukkan usahawan Melayu Melaka yang menjalankan perniagaan telekomunikasi adalah sebanyak 13% berbanding kaum bukan bumiputera sebanyak 87%.
Oleh yang demikian, kerajaan khususnya badan yang berkaitan dalam pembangunan usahawan telah berusaha untuk meningkatkan jumlah penyertaan bumiputera dalam industri ini.
TM yang juga sedang mengusahakan Telekom Malaysia Business Programme (TMBP) telah diundang bagi membantu kerajaan negeri dalam usaha tersebut. Program ini telah dijalankan bersama Faratech Distribution Sdn Bhd selaku operator program.
Semasa seminar, kami telah didedahkan dengan produk-produk TM di samping kaedah program ini dijalankan. Sebenarnya, konsep ni sama dengan konsep Program Khas Usahawan Telekomunikasi (PKUT) yang telah dibuat setahun yang lalu. Cumanya, kali ini, mereka lebih menumpukan kepada pembangunan distributor dan agent. PKUT dulu, tak silap aku dia orang melatih untuk mewujudkan Master Distributor. Satu lagi untuk TMBP ni tak ada penglibatan Mara secara langsung.
Semangnya perniagaan ni memang menguntungkan. Margin tinggi tau. Tapi tu la, kena la bekerja keras untuk mendapatkan pelanggan. Aku masih mempertimbangkan untuk menyertainya. Sebab, modal aku dah susut.. kekeke.. Dulu masa PKUT, aku tak dapat bagi komitmen sebab bekerja dan aku perlu hadir latihan untuk pengetahuan produk. Sudahnya, aku tinggalkan benda tu.
Lepas habis seminar, aku terus ke Sungai Rambai. Hantar produk air aku. Hari ni, alhamdulillah, sales meningkat sikit.. hehehe
Next? tak der dah...
Nak layan benda lain lak.. kekeke
Selamat malam

Monday, February 26, 2007

Makanan Segera

Bismillah...
Hari ni, apa kata kalau kita sembang-sembang pasal makanan segera ni. Sekarang ni kan heboh pasal kementerian kesihatan minta iklan pasal makanan segera ni dihentikan penyiarannya di TV. Setuju ke?
Bagi aku, sama ada benda tu ada iklan atau tidak, benda tu tetap menjadi pilihan rakyat jelata kan? Dunhill, Marlboro, Mild 7, Benson & Hedges, Salem... tu apa? Tak der iklan pun orang tau itu adalah jenama rokok. Orang tetap hisap juga. Malah, dikatakan jualannya saban tahun meningkat.
KFC, McD, Pizza Hut, A&W, Merry Brown, Meggi... tu apa? Tanya je budak-budak, for sure dia orang tau punya. Jenama-jenama tu semua orang dah kenal. So kalau tak der iklan kat TV pun, orang tetap akan membeli. Jadi, bagaimana kita nak menyeru kepada rakyat jelata supaya menghindarkan makanan-makanan tersebut.
Oppsss.. nawaitu aku sebenarnya, bukan nak berpolitik. Tapi nak menggamit memori dulu kaler.. seperti biasa, gambar di tv dah mula kabur
MEGGI... siapa tak pernah makan benda alah ni? Aku percaya, benda ni adalah makanan ruji orang bujang merangkap student dan orang-orang yang merantau, kan? Malah ada yang beli banyak2 diawal bulan demi bekalan dihujung bulan.. kan? Aku tak nafikan, bukan orang bujang je yang makan benda ni, orang yang dah kahwin pun makan, budak-budak pun makan juga.
Tapi aku nak cerita pasal orang bujang la.
Secara jujur, aku bukanlah dikatakan tegar dalam bab meggi ni. Aku tak jadikan meggi ni makanan aku dihujung bulan. Tapi tetap ada dalam simpanan (housemates beli untuk makan bersama-sama) Benda ni, aku makan kalau geng-geng 6 jahanam bertandang kat rumah (masa duduk KL dulu lah.. ingat lagi member2 6 jahanam aku yang buruQ lantaQ tu?..hehehe). Biasa lah, orang bujang mana tidur pukul 9, kan? Pukul 2, pukul 3 pun masih segar bugar lagi dengan pelbagai aktiviti. Haa.. masa ni, perut memang lapar, makanya, kami adakan aktiviti gotong-royong memasak meggi. Untuk 6 orang, biasanya kami masak 4-5 bungkus sekali gus - remember si buruQ lantaQ). Kadang-kadang rebus, kadang-kadang goreng... Siap la dengan teh O atau Milo. Tapi kadang-kadang hidang Coke (sorang runner pi beli kat 7E), & tambah la dengan keropok ke.. ape2 junk food lain. Bila dah complete, seperti biasalah, akan dihidangkan di atas surat khabar, di depan TV. Maka, tamatlah riwayat meggi-meggi itu dibaham dek kami semua. Gerenti tak der yang tinggal, habis licin semuanya. Dan kebiasaannya, bila dah melantak, & disudahi dengan aktiviti menghembus asap-asap yang merosakkan paru-paru, baru la kita orang boleh tidur.. hahahaha
Itulah, aku hanya akan makan benda tu bila reramai la, kalau sorang-sorang, tak layan sangat benda ni. Tapi tak tau la org lain.. aku cerita pasal aku... sebab ni blog aku, kan? hahaha

Sunday, February 25, 2007

Kena Tag

Bismillah...
Semalam aku kena tag. Ni semua kerja dak FAMIA la ni. Mentang-mentang la dia kena tag, lepas tu aku pun di tag sama. 6 benda pelik dari aku? Huh.. bak kata orang yang tag aku ni pun, pelik tu sebenarnya normal. Tak der pun peliknya. Lain la, boleh berjalan atas air ke, boleh terbang ke, pelik la tu kan...
Tapi tak pe la. Ni aku senaraikan perkara-perkara 'pelik' yang ada dalam tubuh badan aku. Kalau korang rasa tak pelik, tak pe la, aku faham.. hehehe.. Kalau aku tulis aku boleh terbang, korang percaya tak? hahahahaha
KESATU Aku paling suka tengok orang. Maksud aku bukan la tenung cam nak makan orang tu. tak..Kalau ada kelapangan, aku suka duduk kat 1 sudut di mana ramai orang lalu lalang. Kat situ, aku akan perhati je. Satu persatu orang akan aku tengok. Bukan tengok apa la, tengok gaya, cara pakaian, perangai. Sebenarnya, dengan memerhati, kita akan memperbaiki diri kita. Kan?
KEDUA Mudah sangat tersentuh sampai boleh nangis-nangis lagi. hhaha.. aku jantan ok. Siapa kata jantan tak nangis. Kalau tak pernah nangis tu, hati batu kot. Pernah dengar iklan kat era, pasal kanak-kanak atau seorang wanita memangis sebab kehilangan orang tersayang masa raya beberapa tahun lepas. Iklan tu boleh buat aku nangis.
KETIGA Kalau makan, aku tak gemar makan benda yang leceh-leceh. Contohnya ketam, udang atau kerang. Yang mana kena kopek kulit kalau nak makan. Lepas tu, tangan lak penuh dengan nasik. Kopek kulit pulak tu. Pakai dua-dua belah tangan lak. Aiseyy.. leceh la. So, aku tak makan benda-benda ni. Tapi kalau kerang tu aku makan la, tapi lepas makan nasi, lepas basuh tangan.
KEEMPAT Kalau aku beli barang, contohnya time raya la (contoh je!!), sure kita beli macam-macam untuk persiapan raya, kan? Aku tak gemar beli barang-barang tu sekali gus. Katakan la time raya nak beli baju, seluar, kasut etc. Aku akan beli baju/seluar dulu. Kemudian, hari yang lain aku beli kasut lak. Hari lain benda lain lak. Dan biasanya, di kedai yang berlainan juga.Tapi aku tak cerewet, aku bukan rambang mata. Kalau rasa rupa OK, warna OK, harga Ok, aku capai je.
KELIMA Tak gemar sangat bercakap kat telefon. Sebab? Entah le, aku rasa macam tak best la sembang2 kat telefon tu. Biasa aku cakap benda-benda yang penting je. Kalau dah meleret-leret tu, isk rasa cam rimas je.
KEENAM Suka main air. Kalau dok dalam bilik air tu, lama gak la aku lepak. Dekat-dekat sejam tu, senang-senang je aku perabih kan dalam bilik air. Sebenarnya, macam2 kita boleh buat dalam bilik air tu tau. hehehe....
KETUJUH eh.. enam je kan.....
Pelik ke? Tak kottt. Biasa-biasa je kan? Tapi kalau rasa pelik, ok la tu kan. Maka tercapailah matlamat tag ni diberikan kepada aku
So, siapa yang patut buat tag ni seterusnya? Sesiapa pun boleh. hehehe.. OK tak? Buat la.. kata member

Saturday, February 24, 2007

Kisah Kena Paw

Bismillah
Tadi, baca blog seorang sahabat ni, (
click to I miss) kisah peristiwa awal muharramnya. Ini mengingatkan aku beberapa kejadian yang aku alami sendiri ketika di perantauan. Seperti biasa, gambaran semakin kabur.................
Seingat aku la, kejadian pertama aku kena paw ni, masa on the way dari Puduraya nak ke Bangkok Bank (bukan la aku jalan kaki nak ke Bangkok, tapi nama tempat nak tunggu bas. Tempat tunggu bas tu depan bangunan bank perdagangan bernama Bangkok Bank.. kekeke.. ni aku expain untuk org yang tak tau, yg tau tu dendiam la). Masa tu baru balik kampung. Biasalah kan, kalau perantau pulang ke kota, for sure dia orang ni bawa beg besar-besar, kan? Begitu juga la hal nya dengan aku ni. Muda lagi masa tu, dalam umur 20 tahun kot. Masa jalan-jalan tu, aku ditahan oleh seseorang. Dia kata, macam pernah nampak aku, aku blur je (masa tu, tak tau pun nak kena paw- orang kampung la katakan, kan). Dia tanya aku dari mana. Aku yang lurus bendul ni pun kata la dari Melaka. Dia pun goreng aku dia kata dia pun dari Melaka gak (Masjid Tanah, tak silap aku). Pas tu mula la dia bukak cerita, kononnya dia kena tipu dengan ulat bas ekspres. Dia nak balik Melaka, tapi duit dah tak ada. Last2 dia minta aku RM10.00. Dengan selamba bodohnya, aku pun huluQ la RM10.00... bodoh, kan?
Tu pengalaman pertama.Yang kedua pulak....Masa zaman study kat KL, aku ni suka sangat lepak kat CM tu. Aku suka lepak sensorang kat situ. Biasa aku gi sana hujung minggu, tu pun petang2 la. Konon2 cari ilham. Aku suka dok kat tepi-tepi orang lukis potret yang bersepah kat CM. Dah boring tengok dia orang lukis, aku pi lepak kat luar pulak. Kat tembok yang dia orang tanam pokok tu la (muka pun dah macam muka tembok). Ada 1 hari tu, sedang aku asyik lepak sambil baca komik, aku didatangi oleh seseorang. Seperti biasa, adat orang kita, bila bertegur sapa, memula kena bagi salam ye tak? (tak tau ke? weeii... penyamun pun tau bagi salam la). Lepas sembang lebih kurang, dia pun buka citer yang dia hilang wallet, then, mintak aku 'pinjamkan' duit barang 10 ringgit. huhuhu.. dulu aku bodoh la, sekarang tak.. dengan bersahaja je aku jawab, aku pun tak der duit sekarang ni, dok tunggu 'abah' aku ambik. Aku goreng dia, cakap aku ni baru habis kelas. Tengah tunggu 'abah' aku ambik. Kejap tu dia mintak diri, kemudian ucap terima kasih kat aku.
Dalam hati aku berkata, betul ke tindakan aku? Sebabnya, mana la tau kan, kot2 wallet dia memang hilang. Aku pulak kencing dia. isk... Kan ke dah tak baik tu, tak tolong orang yang dalam kesusahan.
By the way.. itu lah KL yang aku kenal. Kalau bukan orang yang berlakon, diri sendiri yang bersandiwara..
Secebis sahaja tentang aku kena paw. Hmm.. sebenarnya, aku pun pernah disamun menggunakan pisau. Tapi aku cerita lain kali lah...
Note untuk Famia.. tag nanti la kau buat ye.. hehehehe.. ilham tak der arr..

Thursday, February 22, 2007

Mencari Pasaran

Bismillah...
Pagi tadi, En Azahar call, dia cakap dia nak hantar barang-barang aku. Wah!! cantek lah. Tak payah la aku nak ke Seremban lagi. Tapi dia kata aggreement dia akan bawa hari Isnin. Dia nak turun Melaka. Wah!! lagi la best!! Makanya, aku dah jimat kos transport. Lepas tu, aku dah boleh promote besok. Hehehe.. best!!! Produk apa En Ezad?? uhuhuh.. tak leh bagitau lagi. Sebabnya, gambar tak ambik lagi. Barang aku dah susun kat sudut kat rumah. Gelap nak ambil gambar. Barang pun sampai kol 9mlm tadi. Hangi gak tadi. Mula-mula dia call kata driver sampai kol 4 atau 5 petang. Sudahnya sampai kol 9mlm (Melayu!!!) So pasal produk aku cerita kemudian lah. Bukan pa-apa pun minuman aje..:)
Lagi? Tak der apa2 lah, tapinya 2-3 hari ni, lenguh kaki driving..:)
Oh yer.... semenjak kerja sendiri, iaitu mencari pasaran, aku singgah beberapa masjid..:)
Untuk hari ni, aku solat Zohor kat Masjid Jamek Jasin yang baru. Baru sahaja dirasmikan masa pengisytiharan Jasin sebagai Majlis Perbandaran hari tu. Nama masjid tu ialah masjid Al-Ghaffar, sempena nama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga anak jati Jasin.

Ni gambar masjid tu...
Ketika menonton Forum Perdana tadi, seorang panel mengungkapkan kata-kata ini:-
Pepatah Cina menyatakan, jika kamu tidak mampu menjual senyumanmu, nescaya kamu tak akan mampu menjual apa-apa. Dan kamu akan gagal dalam perniagaan....
hmm.... 'produk' pertama yang perlu dijual oleh seorang peniaga adalah senyumannya sendiri, benarkan?

Wednesday, February 21, 2007

Perjalanan Ke Seremban

Bismillah...

Hari ni, aku ada appointment kat Seremban. Aku bercadang untuk menambah produk untuk syarikat aku. Sebagai pengedar, aku perlu mempelbagaikan produk. Jadi, tak perlulah menunggu peruncit menghabiskan sesuatu barang di kedai. Letak tiga-empat jenis produk dalam satu premis, kemudian tunggu dia habiskan stok. Tapi sementara tu, cari jugalah lain-lain premiskan? So, produk yang akan aku ambil ni, adalah makanan dan minuman juga lah. Ada kordial dan nata de coco (ada perkataan lain ke untuk produk ni??). Produk-produk ni senang juga nak dijual walaupun margain nya agak rendah. Tapi pasarannya luas. Dapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Canteekk... beberapa sekolah dah ambil, cuma aku kena sambung serve aje la. Lagi canteeekk.. By the way, sebelum aku terlupa, alhamdulillah.. ucapan ni harus dikeluarkan dahulu sepatutnya kan? So, untuk produk ni, aku dapat hak untuk edarkan seluruh Melaka. Tapi buat sementara waktu, aku ambil 40 kotak dan aku nak try kat Jasin dulu. Nak test juga, macam mana respond peruncit kan? Lepas ni, baru la boleh cerita ratus-ratus kotak.. hehehe.. Namun, produk ni murah dan sedap... ehe
Produk apa? hmm.. ramai yang tertanya-tanya ni kan? Tapi, aku akan bagitau pada entry yang akan datang. Sebab produk tu aku perlu ambil hari Sabtu ni. So sekarang ni tak leh cerita la dulu... tunggu....
OK.. sesapa yang dari Melaka, kalau nak buat majlis apa-apa, bleh la cari aku untuk serve minuman... hehehe.. (sempat promosi lagi.. businessman la katakan.. kekekeke...)
Next? Oh ye, produk Dr Azimut masih diteruskan lah.. kan aku kata tadi, aku nak mempelbagaikan produk...

Monday, February 19, 2007

Hari ke 2 Di Tahun Baru Cina

Bismillah...
Semalam, segerombolan tetamu datang. Pak Ngah, Mak Ngah (baru), adik Mak Ngah baru, adik ipar Mak Ngah baru dan anak saudara pak/mak ngah aku. Campur tolak bahagi, 2 kereta la datang semalam.. muahahaha...
Mereka dari rumah saudara mereka di Bukit Rambai, dia orang ke sana sempena tahun baru cina ni (pak ngah aku duduk Kluang, adik iparnya duduk KL). So malam tadi, dia orang ronda-ronda Jasin pulak. Tempat yang dituju adalah rumah aku (oppss!! rumah mak aku la). So sempena kedatangan dia orang, nenek aku ada sekali (nak jumpa anak menantu la katakan). Tiba kat rumah ni dah dekat kol 10 malam (huh!! bagitau nak sampai petang, tiba malam lak.. melayu sungguh!!).. Sampai sini, makan-makan, lepak-lepak, tidur............
Pagi tadi, sembang-sembang lagi. Tapi kejap aje, sebab aku gi Sungai Rambai atas urusan perniagaan.. eheemmmm!!!
Gi Sungai Rambai kejap aje. Jumpa 1 client tu, atas promotion member. Lepas tu terus balik rumah. Janji dengan akak nak bawa kereta gi cuci. Sudahnya, hujan sampai ke petang, tak jadi la bawak kereta tu.
Tetamu? Still ada lagi. Tak mandi2 lagi dia orang ni. Sudahnya dia orang gerak dekat kol 12. Sempat la promote produk aku tadi.. hahahaha...
Lagi? Tak der dah. Ingat tadi nak gi Ayer Keroh, tak jadik la.. hujannnnnn.....
Ada orang KL datang Melaka tak bagitau!! Tapi sesat kat Mahkota Parade baru call, tanya jalan... muahahaha.. derhaka sumpah 6 jahanam la tu..:)
**update**.. tapi, sejak kebelakangan ni, aku rasa kosonglah..... :(

Sunday, February 18, 2007

Ucapan


GONG XI FA CHAI
SELAMAT TAHUN BARU CINA

Friday, February 16, 2007

Kisah Semalam (sambungan)

Bismillah...
Tajuk Bengkel : Bengkel Melahirkan Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Grafik dan Pengiklanan
Tempat : MITC, Ayer Keroh, Melaka
Anjuran : Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri Melaka
Statistik tahun 2006 menunjukkan, syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri ini di negeri Melaka adalah sebanyak 20 buah iaitu lebih kurang 8% manakala syarikat bukan bumiputera adalah sebanyak 243 buah (92%)
Sungguh jauh ketinggalan, bukan? Maka, kerajaan negeri Melaka telah menyusun beberapa strategi bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang ini. Antaranya adalah:-
  • Mengadakan program latihan dan kursus keusahawanan secara teori dan praktikal.
  • Memberi khidmat nasihat dan menyediakan pakar perunding
  • Menyediakan kemudahan fizikal dan lain-lain aktiviti sokongan.
Semasa bengkel kami telah didedahkan dengan pelbagai aspek bagi menimbulkan minat peserta dalam bidang ini. Dan seperti biasalah, kalau mahu melahirkan usahawan Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak boleh diketepikan. Mereka ini telah menyediakan pelbagai peruntukan bagi membangunkan usahawan. Seperti biasa juga, ketika bengkel, mereka menceritakan pelbagai produk mereka dan bersedia membantu mereka yang berminat untuk berniaga.
Sessi kedua adalah sessi ceramah yang bertajuk Pengalaman dan Kejayaan Usahawan Grafik dan Pengiklanan Bumiputera. Ianya telah disampaikan oleh seorang usahawan yang berjaya dalam bidang ini. Seorang yang berkelulusan Sarjana Muda Sejarah, menjadi taukey dalam industri pengiklanan. hmmm... pelik tak? Rasanya tak pelik, sebab ramai lagi orang yang berkelulusan bidang lain, tetapi menjadi usahawan dalam bidang lain.
Aku tak bercadang untuk memasuki industri pengiklanan. Kehadiran aku di sana hanyanya untuk berinteraksi dengan orang lain. Itu sahaja. Dalam bidang perniagaan, kemahiran berkomuniasi adalah penting. Maka aku ke sana untuk jumpa orang dan bercerita tentang perniagaan aku. Alhamdulillah... Di samping itu, aku juga ingin menimba ilmu dalam pelbagai bidang. Aku ingin menjadi sebahagian 'player' bagi membantu kerajaan negeri Melaka menjadikan negeri ini maju menjelang tahun 2010 (fuh!! tingginya cita-cita aku ni). Motto Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka adalah Melayu Melaka Maju 2010. Rasa-rasanya, boleh tak?
Lepas habis bengkel, aku singgah Masjid Al Alimi kat sebelah MITC, solat Zohor. Pertama kali aku masuk masjid ni walaupun selalu datang MITC.



Petang lak, hujan turun mencurah-curah. Alhamdulillah, akhirnya hujan turun jua selepas 2 bulan merajuk.


Namun, segala pemberian dari Ilahi aku sambut dengan rasa syukur yang amat sangat:)


Thursday, February 15, 2007

Hari Seminar

Hari ni aku menghadiri seminar yang bertajuk pembentukan usahawan bumiputera dalam bidang grafik dan pengiklanan. Tapi aku tak larat nak cerita. Besok la aku sambung...:)

Monday, February 12, 2007

Suatu Petang Di Pusat Latihan

Bismillah..
Petang tadi, aku berada di Alor Gajah. Tempat di mana Pusat Latihan Entrepreneurs Development Institute. Berbincang dengan koordinator negeri. Ni kali kedua aku berada di sini. Sungguh nyaman. Perbincangan dibuat di tepi kolam renang berhampiran dengan tasik. Kami buat temujanji jam 5.00 petang tetapi setibanya di sana, koordinator negeri berada di Bandar Melaka. So, sementara menunggu dia balik aku pun snap la gambar untuk tatapan kita semua. Sungguh nyaman..











Pejabat Pentadbiran











Manjanya Sang Ikan











Tenangnya Sang Air




Rimbunnya Sang Pokok
Indah sungguh panorama di sini. Aku bersyukur, mataku masih mampu melihat keindahan ciptaan -Nya.
Perbincangan berkisar tentang produk Dr Azimuth Formula. Dan aku merupakan WDC yang pertama berjumpa dengan beliau sejak dilantik minggu lepas. Di samping itu, kami juga berbincang tentang strategi pemasaran untuk daerah aku. Dan sejak pulang dari kem tersebut, aku rasa sungguh damai....dan semangat baru mula berputik dan berkobar, juga hati mula tenang...
Puas
(hmmm... error on page la pulak!!)

Sunday, February 11, 2007

Penangan Si Limau Mandarin

Bismillah....
Sejak hari Jumaat hari tu, rumah kami dipenuhi dengan buah limau. Akak aku bawak dari officenya. Aku memang suka limau ni. Ape lagi, aku merupakan makhluk perosak yang perabihkan limau-limau tu. Sudahnya, ketika ini, aku mengalami sakit perut yang teramat sangat. Hari ni rasanya dah 5 kali masuk tandas. Buat apa?? BERAK LA

Wednesday, February 07, 2007

RM40 Billion Pinjaman Baru PKS Lulus

Oleh JOHARDY IBRAHIM
(Petikan Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Sebanyak RM40 bilion pinjaman baru kepada lebih 84,000 akaun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah diluluskan sepanjang tahun lalu, dengan RM5 bilion daripadanya melalui institusi perbankan Islam.
Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ia menunjukkan komitmen kerajaan bagi memastikan PKS memperoleh akses kepada kemudahan pembiayaan menerusi pelbagai inisiatif.
Katanya, pembiayaan kewangan daripada institusi kewangan Islam kepada PKS telah menunjukkan trend menaik yang memberangsangkan iaitu tumbuh pada kadar purata tahunan 34.2 peratus bagi tempoh enam tahun dari tahun 2001 hingga 2006.
Sehingga akhir 2006, ujarnya, pembiayaan Islam telah mencecah RM10 bilion, mewakili 9.6 peratus daripada keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan dalam sistem perbankan di negara ini.
Jumlah tersebut, kata beliau, adalah sangat besar dibandingkan pada akhir 2000, yang hanya berjumlah RM1.7 bilion atau 2.4 peratus daripada keseluruhan sistem perbankan.
Dalam konteks ini, menurutnya lagi, wujud potensi besar bagi institusi kewangan Islam untuk memainkan peranan lebih besar bagi menyediakan pilihan luas kepada PKS dalam memenuhi keperluan kewangan mereka.
‘‘Kini, PKS daripada pelbagai sektor memerlukan produk dan perkhidmatan khusus serta berlainan daripada yang biasa ditawarkan.
‘‘Oleh itu, institusi kewangan Islam perlu memahami keperluan mereka dan berupaya menawarkan bukan saja produk inovatif baru tetapi pakej pembiayaan yang menarik.
‘‘Pada masa yang sama, institusi tersebut perlu menggandakan usaha bagi mewujudkan kesedaran di kalangan PKS mengenai ciri-ciri unik produk dan perkhidmatan Islam,’’ katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama sempena pemeteraian perkongsian strategik Credit Guarantee Corporation Bhd, (CGC) dengan lapan institusi kewangan Islam tempatan.
Ia terdiri daripada Affin Islamic Bank Bhd., AmIslamic Bank Bhd., Bank Islam Malaysia Bhd., Bank Muamalat Malaysia Bhd., CIMB Islamic Bank Bhd., EONCAP Islamic Bank Bhd., Hong Leong Islamic Bank Bhd. dan RHB Islamic Bank Bhd.
Mengulas mengenai perkongsian strategik itu, Dr. Zeti berkata, ia adalah detik penting kerana ia memenuhi dua matlamat utama kerajaan iaitu meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dan mempromosikan pertumbuhan kewangan Islam.
Menurutnya, dalam tempoh lima tahun ini, industri perbankan Islam Malaysia telah berterusan mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 20 peratus setahun.
Malahan, ujar beliau, ia juga menjadi penyumbang penting kepada paras keuntungan yang kukuh dicatat oleh kumpulan-kumpulan perbankan.
‘‘Daripada segi aset, sektor perbankan Islam kini mewakili 12 peratus daripada keseluruhan sistem perbankan negara ini, dan disasar mencapai 20 peratus pada tahun 2010,’’ katanya.

Thursday, February 01, 2007

Hari-Hari Promosi

Bismillah...
Selama 2 hari ni, aku membawa produk-produk Dr Azimuth Formula ke sebuah kilang di Ayer Keroh. Sangat besar kilang tu. Alhamdulillah, walaupun tak capai target yang diharapkan, namun aku berjaya juga la mempromosikan produk-produk ini kepada pekerja di sana. Barang-barang yang aku bawa adalah bangle, kristal dan teh serta kopi. Aku tak bawak produk-produk seperti colonkleen, bioyouth, rempah dan jus. Sebabnya aku target, produk tu tiada permintaan. Memang pun. Yang banyak teh. Aku target bangle/kristal. Tapi teh pulak yang laku. hehe.. alhamdulillah. Tak kisah la tu kan?
Letih sangat. Penat juga berniaga ni. Tapi tak pressure. Sebab? Aku taukey maaa.. hehehe.. Aku bebas melakukan apa sahaja yang aku nak buat.
Lelain, tak der kot. Ketika ni Pak Ngah aku ada kat rumah ni. Sambil sembang-sembang, taip juga la. Tapi badan dah letih ni
OK.. nite to all
chiawwwzz