Friday, February 16, 2007

Kisah Semalam (sambungan)

Bismillah...
Tajuk Bengkel : Bengkel Melahirkan Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Grafik dan Pengiklanan
Tempat : MITC, Ayer Keroh, Melaka
Anjuran : Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri Melaka
Statistik tahun 2006 menunjukkan, syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri ini di negeri Melaka adalah sebanyak 20 buah iaitu lebih kurang 8% manakala syarikat bukan bumiputera adalah sebanyak 243 buah (92%)
Sungguh jauh ketinggalan, bukan? Maka, kerajaan negeri Melaka telah menyusun beberapa strategi bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang ini. Antaranya adalah:-
  • Mengadakan program latihan dan kursus keusahawanan secara teori dan praktikal.
  • Memberi khidmat nasihat dan menyediakan pakar perunding
  • Menyediakan kemudahan fizikal dan lain-lain aktiviti sokongan.
Semasa bengkel kami telah didedahkan dengan pelbagai aspek bagi menimbulkan minat peserta dalam bidang ini. Dan seperti biasalah, kalau mahu melahirkan usahawan Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak boleh diketepikan. Mereka ini telah menyediakan pelbagai peruntukan bagi membangunkan usahawan. Seperti biasa juga, ketika bengkel, mereka menceritakan pelbagai produk mereka dan bersedia membantu mereka yang berminat untuk berniaga.
Sessi kedua adalah sessi ceramah yang bertajuk Pengalaman dan Kejayaan Usahawan Grafik dan Pengiklanan Bumiputera. Ianya telah disampaikan oleh seorang usahawan yang berjaya dalam bidang ini. Seorang yang berkelulusan Sarjana Muda Sejarah, menjadi taukey dalam industri pengiklanan. hmmm... pelik tak? Rasanya tak pelik, sebab ramai lagi orang yang berkelulusan bidang lain, tetapi menjadi usahawan dalam bidang lain.
Aku tak bercadang untuk memasuki industri pengiklanan. Kehadiran aku di sana hanyanya untuk berinteraksi dengan orang lain. Itu sahaja. Dalam bidang perniagaan, kemahiran berkomuniasi adalah penting. Maka aku ke sana untuk jumpa orang dan bercerita tentang perniagaan aku. Alhamdulillah... Di samping itu, aku juga ingin menimba ilmu dalam pelbagai bidang. Aku ingin menjadi sebahagian 'player' bagi membantu kerajaan negeri Melaka menjadikan negeri ini maju menjelang tahun 2010 (fuh!! tingginya cita-cita aku ni). Motto Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka adalah Melayu Melaka Maju 2010. Rasa-rasanya, boleh tak?
Lepas habis bengkel, aku singgah Masjid Al Alimi kat sebelah MITC, solat Zohor. Pertama kali aku masuk masjid ni walaupun selalu datang MITC.



Petang lak, hujan turun mencurah-curah. Alhamdulillah, akhirnya hujan turun jua selepas 2 bulan merajuk.


Namun, segala pemberian dari Ilahi aku sambut dengan rasa syukur yang amat sangat:)


0 Comments:

Post a Comment

<< Home