Saturday, January 27, 2007

Hari-Hari Yang Kuhitung

Bismillah..
Aku menghitung hari untuk menuju ke suatu lembaran baru dalam hidup. Hanya beberapa minggu sahaja lagi untuk aku bergelar pekerja di kilang perabot. Antara kilang perabot yang terbesar kat Malaysia nih. Dan selepas ini, Insyaallah, jika diizinkanNya, aku menjadi usahawan sepenuh masa. Tadi dah sampai barang-barang yang aku order untuk promosi di sebuah kilang di Ayer Keroh. Alhamdulillah, semuanya lengkap. Tak ada yang tercicir pun. Promosi kali ini, aku fokus kepada bangle dan gelang kristal. Sebab, promosi kat kilang, for sure la ramai minah-minah yang berminat pada produk seperti ini. Itu jangkaan aku lah. Sama ada dapat sambutan ataupun tidak, biar Dia yang tentukan. Tapi aku mengharapkan jangkaan aku tepat lah. Di samping itu, aku juga order VCD-VCD motivasi pengasas produk ini. Banyak juga yang aku pelajari. Cumanya, kena apply lah. Kalau duduk kat rumah aje, tak jalan punya.
Aku mohon doa kalian...

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

rasanya dah tekan 'publish' tadi.tp tak kuar lak..
apepun, smoga berjaya,en ezad!:)

6:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

rasanya dah tekan 'publish' tadi.tp tak kuar lak..
apepun, smoga berjaya,en ezad!:)

6:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

rasanya dah tekan 'publish' tadi.tp tak kuar lak..
apepun, smoga berjaya,en ezad!:)

6:11 PM  

Post a Comment

<< Home