Thursday, January 11, 2007

Hadiri Seminar

Tajuk Seminar : Program Padanan Industri Binaan Bumiputera Negeri Melaka
Tempat : Ballroom MITC, Air Keroh, Melaka
Anjuran : Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya, Malaysia
dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera, Jabatan Ketua
Menteri Melaka

Apa yang diperolehi?
Seminar ini adalah bagi mempromosikan satu cadangan penubuhan tradhub Melaka. Tradhub Melaka merupakan suatu gabungan pengilang, pembekal dan kontraktor bumiputera di dalam industri pembinaan. Dengan adanya gabungan ini, semua pihak yang terlibat di dalam industri ini akan menggunakan perkhidmatan atau produk ahli yang ada dalam gabungan tersebut. Dalam ertikata lain, projek yang diperolehi oleh kontraktor bumiputera akan menggunakan bahan dan perkhidmatan dari pengilang dan pembekal bumiputera juga. Ini secara langsung akan meningkatkan ekuiti bumiputera dalam bidang pembinaan yang selama ini hanya dimonopoli oleh kaum lain. Bayangkan, negeri Melaka merupakan negeri yang mempunyai masjid terbanyak, tetapi kebanyakan bahan yang digunakan diperolehi dari kaum lain. Maknanya, tempat kita sujud kepada tuhan kita juga dibina oleh kaum lain. Dan setiap kewujudan masjid ini akan memberi keuntungan kepada kaum tersebut. Kita? Pahala pun belum tentu kan?

Makanya, kerajaan telah mewujudkan satu mekanisma di mana umat Melayu boleh berjaya dalam industri ini. Iaitu dengan mewujudkan tradhub Melaka. Namun semasa sessi perbincangan didapati masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum tradhub ini diwujudkan. Antaranya,
  • Kekurangan pengilang/pembekal bahan binaan di kalangan umat Melayu
  • Harga yang ditawarkan tidak kompetitif
  • Perkhidmatan yang diberikan tidak mesra pengguna/ tiada kecekapan
  • Tiada pengetahuan produk yang mendalam
  • Terlalu bergantung kepada projek kerajaan
  • ALIBABA
Sebenarnya masalah yang paling berat adalah ALIBABA. Sikap umat Melayu yang hendak untung cepat tanpa bekerja keras. Lalu, dijualnya projek itu kepada orang lain. Orang lain itu yang sudah mempunyai rangkaian, cekap dan mahir, mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Sedangkan umat Melayu amat berpuas hati apabila memperolehi keuntungan atas angin yang hanya 2-5% itu.

Sedih, kan?

3 Comments:

Blogger Noushy Syah said...

Emmm..kenapa dlm usia kemerdekaan Msia yg telah mencapai hampir setengah abad masih ade ALIBABA? A'aaa I remembered one of my mom's collection movie-AliBaba Bujang lapuk!!BTW Ezad sekang dah buat bzs sendiri yea? Noushy doakan kejayaan anda yea..good luck!

p/s Product tea yg Ezad bg link tu nampaknya so healthy!I guess I have to start drinking tea O for the max effects!!

5:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

ummi pun selalu dgr pasal ALIBABA ni. kdg2 kesian kat org melayu ni kan! nak kutuk melayu lebih2 pun ummi pun org melayu. so morale of the story cubalah jauhkan diri kita dari menjadi macam mereka.

p/s maaf kalau ader yg tersinggung!

9:27 AM  
Blogger Ezad said...

noushy.. secara rasmi menjadi usahawan sepenuh masa pada 4 februari. sekarang ni kerja lagi. last day kat office pada 3 februari nanti.. sama2 la kita berjaya. pasal teh tu memang sangat baik. ramai dah cuba dan puas hati. bukan seakat teh aje. kopi ada, jus ada, rempah ada.. nak order ke? hehe

ummi.. sekarang ni zaman teknologi. sepatutnya dah tak der perlunya untuk kita rasa tersinggung atas kelemahan diri. sekarang masa untuk bekerja untuk bangsa. sedih bila tengok umat kita merempat di bumi sendiri

8:56 PM  

Post a Comment

<< Home