Saturday, December 23, 2006

Hari Yang Dah Tak Hujan

Bismillah...
Pertamanya, aku ingin panjatkan kesyukuran kerana hari ni hujan dah berhenti. Last hujan, time aku nak gi kerja pagi tadi, dalam kol 630pagi, berhenti around jam 700pagi, lebih kurang lah. Dan sejak tu, tak hujan lagi. Walaupun mentari belum menampakkan sinarnya, tapi setidak-tidaknya tangisan sang awan telah pun reda. Masa balik kerja, lalu area kampung, dah nampak dah diaorang tengah basuh rumah. Bersusun sofa, karpet dan perabot2 lain kat tepi jalan. Aku dapat rasakan, betapa jenuhnya nak mencuci rumah tu. Kalau rumah kecik kira OK lah, kalau rumah besar?? fuhh...!!! Di samping tu, kelihatan gak beberapa kereta yang telah ditanggalkan seatnya. Masuk air la tu.
Masa lalu kat kawasan empangan, kelihatan air masih melimpah. Macam laut.. hmm tapi warna cokelat laa..:)
Kat kawasan rumah aku, beberapa tempat masih ditakungi air, kawasan tepi rumah, belakang rumah dan kawasan reban ayam kita orang. Cian ayam aku, rebannya banjir:(
Lagi? Tak der la kot. Nak tido la, badan sengal2 la pulak.. kekeke..

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hebat penangan hujan kali ni. umah ko cam ne nye ha? sengal2 badan pon pegi la mentolong jiran2 yang memerlukan "tangan". hehe..

2:32 AM  
Blogger Ezad said...

kampung aku tak kena banjir. air bertakung je sana sini. sudahnya kena basuh kaki lima je la. jiran2 tetangga pun sama je. tak der yg terjejas pun. so nya, buat la sendiri.. hehehehe

2:27 PM  

Post a Comment

<< Home