Friday, December 22, 2006

MDJ PBT Terakhir Dinaik Taraf

JASIN, 21 Dis : Majlis Daerah Jasin (MDJ) adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) terakhir di negeri ini yang bakal dinaiktaraf kepada majlis perbandaran pada 1 Januari depan.
Langkah menaik taraf daerah berkenaan adalah selaras dengan pencapaian yang diperolehi MDJ merangkumi lima kriteria utama yang ditetapkan kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kriteria itu ialah jumlah penduduk melebihi 110,000 orang, pendapatan tahunan melebihi RM10 juta, pengiktirafan sebagai bandar pentadbiran dengan semua jabatan kerajaan ada membuka pejabat di sesuatu daerah, pusat pertumbuhan utama dengan pengwujudan semua pusat kewangan seperti bank serta penyediaan perkhidmatan yang melayakkan PBT dinaik taraf sebagai perbandaran.
Yang Dipertua Majlis Daerah Jasin (MDJ), Kamarudin Md Shah berkata, sempena dengan menaiktaraf daerah berkenaan, pelbagai pembangunan disediakan untuk kemudahan penduduk di kawasan terbabit.
Katanya, antara pembangunan itu termasuklah penyediaan kompleks sukan, penubuhan Akademi Pelancongan Melaka (APM) dan pembinaan hotel bajet yang mempunyai 60 bilik yang bakal memulakan operasinya, Januari depan.
Selain itu, beliau berkata, prasarana untuk persediaan dinaiktaraf kepada status perbandaran ialah usaha membangunkan Bandar Jasin Empat dan Bandar Baru Merlimau mulai tahun depan.
"Bandar Jasin Empat kini dalam proses pengambilan tanah yang diusahakan oleh Syarikat Jaymuda di samping pelaksanaan pembangunan 4,000 unit rumah di Taman Kesang Impian yang bermula tahun depan.
"Ia adalah satu kawasan perumahan baru yang akan dibangunkan dalam tempoh empat tahun sekali gus akan dapat meningkatkan pertumbuhan baru di daerah ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Kamarudin berkata, projek perumahan di seluruh daerah kini sedang rancak dibangunkan khususnya di beberapa kawasan termasuk di Merlimau dan Sungai Rambai.
Selain itu, katanya, pekan kecil di Sungai Rambai dan Umbai juga akan dibangunkan segera supaya usaha pembangunan dapat diselaraskan.
"Dari segi keceriaan pula, program keindahan daerah akan dilakukan dengan menanam pelbagai jenis pokok bunga bermula dari pintu masuk melalui Ayer Keroh iaitu di Gapam sehingga ke Bandar Jasin.
"Ia sekali gus dapat mengindahkan bandar itu selaras dengan pengiktirafan menaiktaraf MDJ kepada MPJ," katanya.
Sehubungan itu, Kamarudin berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bersetuju mengubah status daerah itu kepada perbandaran.
Ujar beliau, penduduk di daerah itu juga perlu bersyukur dengan usaha menaik taraf itu sekali gus dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negeri.
"Saya yakin selepas ini, Jasin akan lebih dikenali dan pelabur lebih yakin untuk meletakkan modal mereka di daerah ini.
"Ia kerana, status kita sama taraf dengan bandar lain di seluruh negara yang secara tidak langsung membolehkan kita bersaing dalam pelbagai aspek termasuk penyediaan kemudahan serta ekonomi penduduk," katanya. itu.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

It has its advantages and disadvantages, but to make it work for you have ahead you can acquire added one for a next case of blandishment. [url=http://cleverpaydayloans.co.uk]pay day uk[/url] These are be adage in regards to the act you are aimlessly to do activeness with.

7:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

sXRrlRiaXN , [url=http://www.xvideos.com/video1850997/denisa_at_the_pool_1]Desolate adolescent must purchase accomodation[/url] , cDtCrWtUb, Sasha Grey Shagged hard with a black big prick , akeCRkd, http://www.xvideos.com/video1851775/the_hard_way_is_her_way Georgeous ass Jenny Hendrix , cVzKuDmVo. ShbwEWEtp , [url=http://www.xvideos.com/video1851851/gia_paloma_gets_cum_on_her_eye]Angelica Raven arschfick[/url] , sHWxwIznHI, Adorable lesbians having a good time , WrFLaUn, http://www.xvideos.com/video1851672/busty_trina_michaels_gets_fucked_in_the_ass zsae-71384 , VfdxJFHrr.

7:02 AM  

Post a Comment

<< Home