Hari Yang aku Hitung
Ahad 7hb Januari 2007. Aku hanya lepak kat rumah aje. Tak keluar ke mana-mana. Hendak jadi baik kot. Tak la. Sebenarnya, aku sekadar menghitung hari. Bulan ni, banyak perkara yang aku nanti-nantikan. Kepulangan bonda pada 21hb. Penghujung bulan pada 31hb, sebab masa tu, hanya tinggal beberapa hari sahaja aku naktinggalkan kerjaya aku. 9 tahun 6 bulan aku bergelar pekerja di 2 buah syarikat besar. Lagi, beberapa seminar yang akan aku hadiri pada 11hb (peluang ceburi bidang pembinaan) dan16hb (motivasi usahawan). Aku suka sangat pergi seminar-seminar yang macam ni. Masih tunggu keputusan beberapa pihak mengenai kedai yang hendak disewa. Informasi tentang kelab yang baru aku sertai. Entah bila nak buat aktiviti entah. Hmm... semuanya amat penting bagi aku. Bulan ini juga merupakan bulan dimana aku akan menyerahkan sedikit demi sedikit tugas aku kepada junior. Rasanya tak banyak dah. Sebab last projek aku, dah jalan dah hari tu. Tak ada sebarang masalah.
Lagi? huhuhu.. roadtax aku tamat tempoh bulan depan daaaaa....
3 Comments:
selamat tahun baru... sama le road tax keta ummi pun tamat feb. semoga maju jaya dalam bidang yg di ceburi.
heh.. road tax tak kene renew.. sebab tak de kete.. tapi kene renew azam tawun baru je.. hehe.. btw, lama tamasuk sini.. sangat bzzzzzzz
ummi.. haa.. simpan la duit.. kekeke
ledi.. ko kena income tax la. gaji ko banyak
Post a Comment
<< Home